Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz

Mereka Pembaca Setia


Menulis Dengan Satu Nama
Oleh : Isha Idiaz

*****


Gambar cover itu memang saya yang melukisnya.. Saje melukis sebab dah lama tak melukis.. Itulah hasilnya.. Tangan dah keras sangat dah. Maka, terhasilnya cover puisi Menulis Dengan Satu Nama~ 

*****

Aku mula menulis dengan satu nama,
Satu nama, dua kata,
Isha Idiaz, itulah sebuah nama pena,
Nama pena yang membuat aku memegang tinta



Aku coretkan kisah cinta mereka,
Tidak lupa kisah sedih menghiris jiwa,
Bagi aku menulis perlu rasa,
Menulis perlu jiwa.



Mereka tertawa bila membaca,
Ada kalanya mereka menitiskan air mata,
Aku hanya menulis kisah biasa,
Kisah biasa yang antara kita ramai mengalaminya

Saat aku menulis, aku berkhayal ke alam maya,
Dunia kecil itu aku punya,
Walau ia mengambil masa lama untuk menyiapkan sebuah cerita,
Kerana aku suka, maka aku rela.

Aku mula menulis dengan satu nama,
Satu nama dua kata,
Isha Idiaz, itulah sebuah nama pena,
Nama pena itu yang pernah membuat aku terluka, dahulu, suatu ketika~


*****
©Hak Cipta Terpelihara – Isha Idiaz


Share