Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz

Mereka Pembaca Setia

Kata dia...
Cinta itu subjektif...
Kata aku...
Cinta itu relatif...

Kata dia...
Cinta itu dekat...
Kata aku...
Cinta itu percaya...

Kata dia...
Cinta itu x perlu di paksa...
Kata aku...
Cinta itu buatku menunggu.


Kata dia...
Dlm hatinya sudah punya cinta...
Kata aku...
Hatiku bagai di tusuk sembilu...
Share
Kerana Aku Bukan Seorang Ustazah a.k.a. K.A.B.S.U. [9]
Jenis Karya : E-Novel
Oleh : Isha Idiaz

*****************

Surat tawaran untuk meneruskan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Johor jurusan Sains Hayat berada di tangannya. 

“Alhamdulillah”,rendah suara Fisha menuturkan ucapan itu tanda syukurnya kepada yang Maha Esa.

Inilah surat pertama yang sampai kerumahnya setelah keputusan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) di umumkan. Fisha bertekad untuk meneruskan pengajiannya di matrikulasi atas dua sebab. Pertama, untuk meraih cita-citanya sebagai seorang doktor dengan jalan singkat namun penuh ranjau. Namun, ada satu lagi sebab yang mendorong Fisha untuk menerima tawaran itu. Fahmi. Dia sangat merindui insan itu. Hatinya sangat kuat mengatakan bahawa Fahmi juga akan melanjutkan pelajaran di sana.

“Aku yakin kau juga akan mengambil keputusan yang sama denganku Fahmi”, bisik hati kecilnya.


Share

Kerana Aku Bukan Seorang Ustazah a.k.a. K.A.B.S.U. [8]
Jenis Karya : E-Novel
Oleh : Isha Idiaz

****************

14 Februari. Dikeluarkan nota yang diterimanya dua hari lepas dari tasnya. Fisha menghela nafas panjang setelah melihat nota itu. Di baca kembali ayat yang tertulis di atasnya.

Make sure you come. I’ll wait for you.

Dilihat sekeping kad terjatuh di atas ribanya. Ya, kad itu. Kad pemberian Fahmi. Di buka sampul suratnya. Di keluarkan kad yang berwarna merah hati itu. Di baca sekilas perkataan yang tertera di atsnya.

Valentines Dinner Invitation to : Miss Fisha
Date : 14 Februari 2005
Venue : SAB Hall
Do wear proper attire according to the dress code.
Please attend this dinner with those that gave you this invitation.


Share
Kerana Aku Bukan Seorang Ustazah a.k.a. K.A.B.S.U. [7]
Jenis Karya : E-Novel
Oleh : Isha Idiaz

****************

Fisha sedang bersiap-siap untuk ke kuliah hari ini. Di buka almari pakaiannya. Matanya tertancap pada kalendar. 

“14 Februari”, hati kecilnya berbisik pada diri sendiri.

14 Februari sangat sinonim dengan “Valentines Day”. Kononnya hari memperingati kekasih.

                “Habis kalau aku yang tiap-tiap hari ingat si Faris ni tak kira hari,apa kes?”, soal Fisha pada dirinya sendiri.

“Tapi….. Kenapa tiba-tiba muka Fahmi yang terbayang kat otak ni?”, Fisha semakin runsing.

Seketika ingatannya kembali kepada seseorang yang di kenalinya sejak zaman sekolah menengah lagi. Bukan Faris. Fahmi. Ya Fahmi. Nama itu tidak asing lagi dalam hidupnya. Mungkin kerana hubungannya lebih lama dengan Fahmi berbanding Faris. 


Share
Kerana Aku Bukan Seorang Ustazah a.k.a. K.A.B.S.U. [6]
Jenis Karya : E-Novel
Oleh : Isha Idiaz

**********************
“You can turn up for respiration, You can turn down, if you felt depression, but do not turn to your right or left for any discussion”.

Fisha mengangkat mukanya sebaik sahaja ayat itu selesai di tuturkan oleh Dr Sony yang mengawas dewan peperiksaan di Auditorium Prof. Dr. A. Amiruddin. Seukir senyuman terukir di bibirnya apabila matanya bertembung dengan mata Dr Sony. Seukir senyuman juga terukir di bibir Dr Sony. Mungkin tidak menyangka kata-katanya di dengari oleh Fisha.

Aish, boleh pulak Dr. ni wat lawak time tengah final exam. Paper neuropsychiatry pulak tu. Ada jugak arahan sebelum periksa macam tu kat Indonesia ni ”,tutur Fisha dalam hati.
Share

Kerana Aku Bukan Seorang Ustazah a.k.a. K.A.B.S.U. [5]
Jenis Karya : E-Novel
Oleh : Isha Idiaz

************

Jendela YM telah terbuka sejak sejam yang lalu. Namun orang yang di nanti masih belum online. Faris hampir putus asa. Tatkala mahu meninggalkan mejanya, terdapat popup di skrin komputer riba miliknya.

Fisha is now online. 

Mata Faris tertancap pada skrin. Lama sudah nama itu di tunggu olehnya di Yahoo Messanger. Baru hari ini nama itu muncul kembali.

Di lihat status Fisha yang tertulis di situ : 

No ReGrEtS aFtEr TuRnInG bAcK. CoZ I rEaLlY hAtE yOu. (^_^)

Faris tahu status itu ditujukan untuknya. Lalu,sekelip mata beribu-ribu persoalan mengasak minda tenang miliknya. Begitu tegarkah hati Fisha meninggalkannya? Begitu mudahkah cinta Fisha bertukar menjadi benci? Gembirakah Fisha setelah meninggalkannya? Meranakah Fisha saat bertekad meninggalkan dirinya?


Share
Kerana Aku Bukan Seorang Ustazah a.k.a. K.A.B.S.U. [4]
Jenis Karya : E-Novel
Oleh : Isha Idiaz

***************

“Saya kemari dengan dua tujuan. Pertama, saya sedia menerima undangan untuk menyampaikan ceramah di pesantren Pak Kiyai. Kedua, dengan lafaz Bismillahhirrahmannirrahim, saya bersedia menjadi suami kepada Sylvie. Itu pun jika Sylvie bersetuju. Adakah dik Sylvie punya apa-apa syarat?”, soal Syamsul Hadi kepada Sylvie.

“Saya tiada apa-apa syarat kak” , jawab Sylvie kepada Syamsul Hadi sambil senyuman bahagia terukir di bibirnya. 

 “Cinta tanpa syarat”, rendah suara Fisha menuturkan. 

Dialog itu terngiang-ngiang di telinganya sejak dia menonton filem Indonesia yang di beri judul “Dalam Mihrab Cinta” yang di bintangi oleh pelakon terkenal Indonesia iaitu Dude Harlino, Boy Hamzah dan Asmirandah. Filem ini di adaptasi daripada sebuah novel yang laris jualannya di Indonesia dengan judul yang sama hasil karya Habiburrahman El-Shirazy. 


Share
Kerana aku bukan seorang ustazah [3]
Jenis Karya : E-Novel
Oleh : Isha Idiaz
***************

Lagu itu berkumandang lagi. Kali ini benar2 menyentuh hati perempuannya. Kalau dulu pernah sahabat-sahabat Fisha semasa diploma menggelar dirinya gangster atau yakuza kerana sifatnnya yang kasar dan slumber, tetapi jika mereka melihat Fisha dalam situasi begini pasti mereka akan meggelarnya, “perempuan melayu terakhir” atau paling kurang pun “ratu air mata”.

**************

Sementara menanti waktu kuliahnya bermula, Fisha menghabiskan masanya  mengulangkaji subjek Biologi di hadapan Perpustakaan Al-Bukhari di UiTM Jengka, Kampus Khazanah Alam. Dan ketika itulah, datang sekumpulan manusia yang bakal mengharu-birukan hidup Fisha. Dari kejauhan, Fisha dapat mendengar pekik-lolong sekumpulan manusia itu.
              
                 “Gengster!!!! Gangster!!!”


Share

Kerana aku bukan seorang ustazah [2]
Jenis Karya : E-Novel
Oleh : Isha Idiaz

………………

Kelihatan di luar cermin, titis-titis hujan masih lagi membasahi bumi. Sudah hampir sehari semalam hujan,namun ia masih belum menunjukkan tanda-tanda mahu berhenti. Ya, hujan turun dengan lebat sejak hari pernikahan Fisha dengan insan yang bergelar suami semalam. Memori semalam menggamit ingatan.

                “Lebat betul hujan hari ni, tak pernah hujan lebat macam ni kat Jengka”,kata seorang makcik yang tidak ku tahu namanya.

                “Betul tu. Tak pernah hujan sampai banjir Kg. Awah tu. Tenggelam generator dekat kawasan tadahan air tu. Nasib baik aku da siap-siap simpan air dalam kolah semalam. Tak de la aku risau sangat kalau tak de air ”, kata seorang lagi makcik.

                “Rezeki pengantin ni kot. Kata orang tua-tua kalau kahwin musim hujan ni,sejuk rumah tangga pasangan tu”, balas makcik yang pertama.


Share
Kerana Aku Bukan Seorang Ustazah [1]
Jenis Karya : E-Novel
Oleh : Isha Idiaz
........................

Jendela chatting masih lagi terbuka.. Perbincangan mereka masih di teruskan..

 fisha- 12:45am    Can i ask you something?
 faris- 12:45am    What?
 fisha- 12:46am    Kenapa you tak pernah bagi I peluang?
 faris- 12:47am     I afraid that one day i might search for other girl..
Then probably it will be very complicated..
 fisha- 12:50am    Salah ke mencuba?
 faris- 01:04am     I dah ada calon pilihan
 fisha- 01:04am    Boleh beritahu  I siapa calon pilihan you?

Share



Cintaku Tertinggal di Malaysia
Jenis Karya : Cerpen
Oleh     : Isha Idiaz


*************
Pagi itu sungguh nyaman. Nyaman seperti hari-hari sebelumnya di bumi Jengka, Pahang Darul Makmur ini. Udara yang di hirup sungguh membuat Linda terasa segar. Mungkin kerana bumi Jengka ini di penuhi oleh tumbuh-tumbuhan yang tidak diusik oleh mana-mana tangan kotor yang hanya memikirkan keuntungan mereka tanpa mengambil kira keadaan alam semulajadi ciptaan tuhan ini.

“Mungkin kerana itulah UiTM ini diberi nama Kampus Khazanah Alam”, desis Linda dalam hati.

Matanya masih meliar memandang pepohon hijau di luar tingkap biliknya yang melambai-lambai perlahan di tiup angin. Otak Linda terbang entah ke mana. Sama terbang di bawa angin memikirkan hala tuju hidupnya setelah tamat semester enam dalam jurusan Diploma Sains ini.

“Hoi Linda!! Tak habis-habis berangan!!”

Sepantas jeritan itu, tangan Linda juga pantas mencapai bantal busuknya dan di lempar ke teman sebiliknya itu.


Share
Aku, Kau, atau Dia
Jenis Karya : Cerpen

By : Isha Idiaz

**************
Bila tiga bibir berbicara..
Yang salah adalah siapa?
Aku,Kau atau Dia?

Tiga nama, tiga rasa.. Sha, AE dan SNMR.. Antara mereka ada satu rasa. Rasa cinta. Dan antara mereka, siapakah yang bersalah? Adakah Sha, AE atau SNMR? Mari kita selami perasaan mereka….

***************
1. Sha

Sha melalui hari-harinya tanpa AE. Tiada lagi airmata mengalir dipipinya.
Share
Because I’m stupid
Jenis Karya : Cerpen
Oleh : Isha Idiaz


Lagu dendangan SS501 – Because I’m stupid kedengaran dari playlist MP3 nya. Masuk kali ini lebih 200 kali lagu itu bermain tanpa henti di telinganya. Sha masih tidak dapat melelapkan matanya walaupun jarum jam sudah menunjukkan jam 4 pagi. Matanya masih memandang kosong ke arah siling biliknya. Tidak berganjak sejak jam 9 malam tadi. Sudah dipujuk matanya untuk tidur tetapi matanya tetap berdegil. Di pujuk hatinya untuk melupakan, namun hatinya tetap begitu. Semuanya statik. Tidak bergerak walaupun seinci. Fikirannya masih mengingati seorang insan. AE.


            “Siapa AE di hati aku?”, inilah persoalan yang mengganggu fikirannya.


“Siapa pula aku di hati AE?”, nafas dalam di hela lagi.



Share
***********
Salam and hye to all readers out there. For my regular readers and followers from my fb and past blog, at http://www.fareezfarisha.blogspot.com, thanks for your support guys. I realized that all of you have difficulties to find my short stories and e-novels there. So, i take this opportunity to transfer all my writings there in this blog. Feel free to leave your comment after readings. Click like button if you like my entry. By clicking the like and FB share button, you help to promote my blog and my entry to other people that connects with you in facebook. For that, thanks guys.

***********

Just a basic introduction of myself:

Name : Isha Idiaz
I'm a new free writer, author, and novelist
I write with my heart, so read with your heart
Feel it and you will understand all my writings
I don't know how to lie,but i know how to cry
I don't know how to ride, all i know is to write

************

May all of you satisfied with my entry. Enjoy your readings.

************

With Love, 
Isha Idiaz

************
©Hak Cipta Terpelihara - Isha Idiaz


Share