Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz

Mereka Pembaca Setia


6


CEPAT benar masa berlalu. Hari ini sudah hari isnin. Mujur hari ini kuliahnya bermula pada jam sembilan. Faizah mengulangkaji sedikit subjek biologi sebelum masuk ke kelas Puan Ainun nanti. Mira pula sedang menyeterika pakaian yang akan dipakai sebentar nanti di meja sebelahnya.

            “Faiz, saya dah siap gosok baju. Awak nak gosok tak?” tutur Mira sambil menurunkan suhu di sterika.
           
            “Nak,” Faizah menjawab. Kakinya pantas menuju ke almari pakaiannya. Matanya tertancap pada sehelai baju yang diletakkan paling hadapan antara helai-helai baju yang lain. Blous yang diberi oleh Farhan tersangkut kemas di situ.
Share
5


PAGI itu sangat tenang. Bayu berpuput lembut menyapa pipi gebu milik Faizah. Daun-daun pokok diluar kelas bergesel-gesel sesama sendiri menghasilkan bunyi yang sangat merdu untuk di dengar.

            Faizah rindukan keluarganya. Lama sekali dia tidak pulang ke rumah. Pagi ini baru terasa kerinduannya menggunung seperti gunung Everest yang direkodkan sebagai gunung tertinggi di dunia.

“Faiz, awak kenapa?” Mira menyoal setelah dilihat Faizah hanya berdiam diri sejak tadi.

Faizah memandang sekilas Mira yang duduk disebelahnya. “Tak ada apa-apa,” jawabnya ringkas. Pandangannya kembali dibuang ke luar tingkap kelas. Syahdu sungguh dirasakan hari ini. Inilah yang dikatakan kelebihan hari jumaat sebagai penghulu segala hari. Mungkin ramai yang tidak tahu apakah kelebihan hari jumaat selain daripada penghulu segala hari.
Share

4


SEDAR tidak sedar, sudah hampir dua bulan mereka berada di UiTM Jengka ini. Kini mereka semakin sibuk. Assignment semakin banyak, lab report juga semakin bertimbun. Mana tidaknya, dalam masa seminggu, tiga kali mereka masuk ke makmal untuk melakukan eksperimen. Satu hari untuk makmal Biologi, satu hari untuk  makmal Fizik dan satu lagi untuk makmal Kimia.

            “Assalammualaikum semua.” Miss Liza berjalan masuk ke ruangan makmal Fizik dan menuju ke meja pensyarah dihadapan.

            “Waalaikummussalam miss,” semua pelajar ASD1SH menjawab.
Share

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Eh eh, ni bukan cover untuk karya Isha Idiaz
Tetapi ini adalah header blog seorang blogger yang menganjurkan segmen yang menarik minat Isha Idiaz
Nak tahu siapa?
Share
                                                                    


“WOI Farhan!! Bila kau nak bangun ni!! Bangun la weyh!!” Afiq sudah bermain kasar. Penat sudah dia mengejut Farhan sejak jam enam tadi tetapi makluk bernama Farhan ni memang liat betul mahu bangun.

            “Aku paling tak suka nak kejut manusia yang tak reti-reti nak bangun ni.” Afiq sudah mula membebel. “Kau ingat aku dodoikan kau ke suruh kau tidur balik.” Suara Afiq semakin meninggi.

            Farhan yang mendengar suara Afiq yang semakin meninggi itu mula mengambil bantal busuknya dan ditekupkan ke telinga. “Bising betul la Afiq ni. Sekejap lagi kalau aku membebel mahu berdarah telingnya mendengar. Aku dah cakap semalam aku tak nak main DOTA. Kau yang beria-ia ajak aku main. Tengok, kan dah liat mata ni nak buka,” desis hati kecilnya.
Share
Cerpen 5 : BUKAN Cinta Biasa
Oleh : Isha Idiaz

Note : Cerpen ini ditulis atas permintaan seseorang yang istimewa dalam hidup saya.  

*************
DARRIS Eng memecut keretanya dengan kelajuan 100km/j. Kereta proton perdana hitam itu membelah jalan raya dengan megah. Semegah pemandunya yang cukup segak mengenakan kemeja putih dan slack dengan warna yang sama. Tali leher bewarna hitam putih terlilit kemas di kolar bajunya. Jam Rolex yang dipakai di pergelangan tangan kirinya dijeling sekilas. Tujuh lima minit. Kelajuan kereta di tambah lagi dengan menekan pedal minyak. Kereta Perdana itu terus meluncur laju di atas jalan raya.

Lagu Can’t Wait dendangan Yuki Hsu dan Yoo Seung Jun bergema didalam kereta itu menandakan ada pesanan ringkas yang masuk di dalam telefon bimbitnya.
Share

Salam dan selamat sejahtera 

Sekadar pemberitahuan untuk semua readers yang ada di sini. Bagi yang mengikuti perkembangan E-Novel terbaru Isha Idiaz iaitu Dalam Diam Ku Mencintaimu, kini, dengan berbesar hati, Isha Idiaz menjemput anda menyertai group yang Isha Idiaz tubuhkan di FB. 

Klik link di bawah untuk menjadi ahli group DDKM:


Tujuan group ini ditubuhkan adalah :
  • Sebagai ucapan tanda terima kasih Isha Idiaz kepada pembaca setia yang sentiasa menyokong karya Isha Idiaz
  • Sebagai salah satu medium untuk anda memberikan segala kritikan dan saran terhadap DDKM
  • Untuk mengetahui pendapat anda mengenai perjalanan setiap episod DDKM 
  • Untuk mengetahui kehendak anda sebagai pembaca (bagaimana anda mahu cerita itu diteruskan untuk setiap episod)


Sekali lagi, Terima Kasih atas segala sokongan anda kepada saya. 

Salam Sayang,
~Isha Idiaz~
Share

2

DERINGAN alarm daripada handphone itu kedengaran lagi buat kali kedua, namun masih belum dapat membangunkan lena Faizah.  Faizah masih lagi diulit mimpi barangkali. Alarm berbunyi lagi setelah lima minit.

“Saya nak nyanyikan awak satu lagu.” Bisik suatu suara di telinga Faizah sambil memeluk pinggangnya dari belakang.

“Lagu apa?” Faizah bertanya dengan senyuman menghiasi bibirnya.

“Awak dengar ya.” Suara itu masih berbisik lagi.
Share


                                             1


PROTON Iswara bewarna merah itu memasuki pintu masuk Universiti Teknologi MARA, Kampus Jengka, Pahang Darul Makmur. Berderet-deret kereta mencari tempat parkir. Kelihatan banyak sekali ibu bapa mengiri anak mereka ke Dewan Serbaguna untuk pendaftaran mahasiswa dan mahasiswi baru sesi julai 2006. Faizah menelan air liur. Rasa gerun melihat begitu ramai manusia di kampus ini. Tidak pernah dia melihat manusia seramai ini.Peluh sudah memercik di dahi. Dadanya berdegup kencang. “Inikah alam universiti yang harus aku tempuhi nanti.” soalnya dalam hati.
  
      “Angah, jom turun. Jangan lupa bawa semua dokumen untuk daftar tu.” Puan Laila mengarahkan setelah dilihat Faizah ralit memandang orang yang lalu-lalang di sekitar tempat parkir itu. Dia tahu gadisnya itu gusar barangkali kerana perbezaan budaya. Dia mengakui itu adalah silapnya kerana telah memasukkan Faizah ke sekolah sejenis sejak anaknya itu sekolah rendah lagi. Faizah perlu belajar mengadaptasikan dirinya setelah menempuh alam universiti ini.
Share



Percubaan ke-2
Bakal Menyusul E-Novel terbaru Isha Idiaz
Dalam Diam Ku Mencintaimu
InsyaAllah bakal memuatkan 24 bab kesemuanya
Teruskan menyokong karya Isha Idiaz

Salam Sayang : ~ Isha Idiaz~ 
Share
Puisi 11 : Dingin-Sejuk-Beku, Itulah Cintaku
Oleh : Isha Idiaz

**********

Dalam kedinginan
Dia memeluk aku
Aku bertambah dingin di situ
Kerana cintanya masih dingin seperti dahulu
Share