Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz

Mereka Pembaca Setia


 10
SATU khemah dihuni oleh sepuluh orang pelajar. Maka bersempit-sempitlah mereka tidur di dalam khemah yang sepatutnya dihuni oleh enam orang sahaja.
            Faizah membetulkan posisi baringnya. Dia berbaring mengiring ke kiri dan mukanya dihadapkan ke dinding khemah. Hujan renyai-renyai sedari petang tadi kini mula turun dengan lebat. Memandangkan matanya masih belum mengantuk, Faizah leka memandang bayang-bayang titis hujan yang turun jatuh di khemahnya.
            Hujan lebat yang turun membasahi bumi ini selebat air mata Faizah yang deras mengalir saat ini. Ingatannya berbalik pada kejadian petang tadi. Tangannya menekup mulutnya agar suara tangisnya tidak didengari oleh teman sekhemah yang lain.
Share
Puisi 13 : Luahan Hati Anak Perantau
Oleh : Isha Idiaz

Note : Tidak ada ayat yang tepat untuk menggambarkan kekecewan yang aku rasakan. Sekadar berkongsi rasa sedih yang bertandang di hati~    


*************

Kelmarin dalam mimpi siangku,
Aku terbayang wajah ibu,
Aku terbayang wajah ayah,
Mereka tersenyum menyambut kepulanganku.

Semalam pabila aku terjaga,
Aku tahu mimpiku bakal menjadi nyata,
Kerana tiket penerbangan sudah ku punya,
Hanya menunggu masa dan ketika.
Share
           
           “Isteri derhaka! Aku bagi kau duit tu untuk belanja barang dapur! Bukan untuk kau labur dekat jantan tu!” Satu tamparan hinggap di pipi Faridah. Tangan kiri Hasrul masih tidak melepaskan rambut Faridah yang panjang mengurai itu daripada genggamannya.
Share
9
PEJAM celik pejam celik sudah hampir ke penghujung semester. Sebelum tamat semester, siswa siswi semester pertama harus mengikuti kem sebagai salah satu syarat untuk lulus aktiviti ko-kurikulum.

            “Dah kemas barang ke untuk kem nanti?” Deli datang menghampiri Faizah dan duduk di sebelahnya.

            “Dah. Malam tadi.” Faizah masih membaca nota Biologi yang ditulisnya dalam lembaran-lembaran kertas yang dilipat kemas.

            “Jangan lupa bawa Ya’asin. Kem Sri Gading tu bahaya sikit,” ujar Deli prihatin.
Share
Cerpen 7 : Saat Terakhir
Oleh : Isha Idiaz
Cerita Asal : Anna (Bukan nama sebenar)

Cerpen ini ditulis atas permintaan seorang kakak yang saya sayangi. Maaf dipinta jika cerpen ini tidak seperti cerita asal. Sekadar mengimbas kembali kenangan anda bersama arwah jika anda mengenali Pakcik Tuo. Al-Fatihah buat arwahyarham Dzulhairi Farish Rashid a.k.a Pakcik Tuo. Semoga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan bersama orang-orang yang beriman. Aminn..

************
Share
8

TELEFON bimbitnya berdering menandakan ada panggilan yang masuk. Pantas Faizah mencari telefon bimbit yang diletakkan di bawah bantal.

            Melihat nama yang tertera di skrin, pantas Faizah menerima panggilan itu. “Hello. Assalammualikum,” ujarnya perlahan.

            “Waalaikummussalam. Faz, abang ni,” ujar Iskandar Syah di hujung talian.

            “Kenapa abang call? Ada apa-apa yang penting ke?” Faizah bertanya.

            “Faz free tak petang ni?” suara Iskandar kedengaran teragak-agak.
Share

7


PANTAS sungguh masa berlalu. Sekejap sahaja sudah hari rabu. Farhan melihat sekilas jadual kuliahnya yang di tampal di softboard berhadapan mejanya. Hari ini jadual kuliahnya agak padat. Petang nanti mereka masih mempunyai kegiatan ko-kurikulum.

            “Farhan, kau dah siap assignment yang Miss Rozita bagi semalam?” Deli bertanya. Tangannya masih menekan-nekan butang pada kalkulator Casio350 itu.

“Dah siap. Malam tadi aku dah buat.” Farhan memandang Deli sekilas sambil tangannya pantas mengacau-ngacau air milo di dalam gelas yang masih panas itu.
Share
Puisi 12
Merajuk, Hatinya Luka!!

***********

Saat dia merajuk
Dia hanya diam tidak minta untuk dipujuk
Dia hanya biar dirinya dikutuk

Saat dia merajuk
Air matanya menitis jatuh tidak jenuh
Jiwanya terus berkecamuk

Saat dia merajuk
Mengapa mereka tidak memujuk?
Mengapa mereka biar dia terus mengamuk?

Tahukah mereka hatinya luka?
Tahukah mereka hatinya kecewa?
Tahukah mereka dia sengsara?

Share