Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz

Mereka Pembaca Setia


Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Sempena menyambut tahun baru 2012 ini, Isha ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru.


Semoga tahun 2012 menjanjikan kehidupan yang lebih baik kepada kita. Segala kekhilafan sepanjang tahun 2011 moga dapat kita jadikan sempadan dan pengajaran supaya kita tidak mengulangi kesalahan yang sama di masa akan datang. Teruskan membuat azam tahun baru anda. Laksanakanlah ia seperti yang anda rancangkan. Semoga semuanya dipermudahkan, InsyaAllah.

Daripada Isha sendiri, sejuta ampun dan maaf Isha pohon atas segala kekurangan sepanjang Isha menghasilkan karya-karya yang ada di blog ini. Maaf dari hati ini kerana Isha agak lewat mengupdate DDKM mahupun KABSU yang telah lama dibiarkan sepi. Bukan niat di hati untuk melambatkan sambungannya, namun kerana kekangan waktu, Isha terpaksa mendahulukan pelajaran dan peperiksaan. Harap anda semua memahami dan memaafkan Isha. 

InsyaAllah, sepanjang Isha bercuti bulan satu nanti, Isha akan cuba menyiapkan manuskrip DDKM untuk dihantar ke mana-mana syarikat penerbitan. Mohon doa anda semua agar Isha sempat menyiapkan manuskrip itu dan semua proses berjalan lancar. 

Salam dihulur, pengakhir bicara, semoga anda tetap ceria dan berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Amin, InsyaAllah.


Salam Sayang,
Isha Idiaz


Share
Puisi 17 : Selamat Tahun Baru, wahai Mr. Nice Guy ku!
Oleh : Isha Idiaz

*****
Saat aku bersedih,
Dia hadir membuat aku rasa tidak tersisih.
Perkenalan yang tak di duga,
Dia datang membawa bahagia.

Corat-coret hati insan yang tidak dikenali,
Tetapi dia lebih memahami.
Bukan aku minta berlebih-lebih,
Aku cuma minta kau tidak bersedih.
Share
Cerpen 15 : Andai Kau Pergi
Oleh : Isha Idiaz

*****

NAMA aku Isha. Ini bukan kisah cinta aku. Tetapi ini kisah hidup aku. Kisah aku bersama seorang yang aku gelar sahabat baik. Sehingga aku menulis cerita ini, aku telah kehilangan seorang sahabat baikku selama tiga tahun. Entah hidup, entah tidak, aku sendiri tidak pasti. Satu yang pasti adalah aku sangat rindukan dia saat ini. Aku berharap dia membaca nota kecilku ini jika dia masih hidup. Hanya itu harapanku.

*****
Share
19
*****
AZAN subuh kedengaran sayup-sayup mengejut insan-insan yang masih terlena agar bangkit menunaikan kewajipan kepada Yang Maha Esa. Faizah yang sejak semalam masih belum sedar akhirnya terjaga dari tidur yang agak lama. Mata yang terasa berat untuk dibuka dikerdipkan beberapa kali.

Sewaktu mahu bangkit dari pembaringan, tangannya terasa dipegang oleh seseorang. Pantas Faizah menoleh ke sisinya. Dilihat Mira masih lena di sebelahnya. Tangannya dipegang erat oleh tangan kanan Mira. Malah baru dia sedar tangan kiri Mira memeluk erat pinggangnya.

Faizah keliru. Dia tidak ingat apa yang terjadi semalam. Melihat warna cadarnya yang lain juga menyedarkannya dia bukan tidur di atas katilnya tetapi di atas katil Hajar, teman sebiliknya.
Share
Assalammualaikum dan Selamat sejahtera.


Sedikit perkongsian untuk pembaca setia blog ini. 


11.12.2011


Apa istimewanya tarikh ini? 


Tarikh ini sangat bermakna dalam sejarah nama Isha Idiaz. Pada tahun lepas dengan tarikh yang sama adalah pertama kali saya mula menulis. Kini, genaplah usia saya menggunakan nama Isha Idiaz ini selama setahun dengan berkecimpung dalam dunia penulisan.
Share
Cerpen : Kau Tigakan Cintaku


Oleh : Isha Idiaz

*****

“KENAPA mesti sekali lagi abang?” ujar Lydia kepada suaminya. Air mata yang mengalir laju diseka menggunakan hujung lengan baju kurung putih berbunga merah jambu itu.

“Maafkan abang sayang. Abang tak pernah terfikir untuk menduakan sayang,” ujar Latif dengan rasa hiba.

Lydia memalingkan mukanya daripada memandang wajah suaminya. Hatinya kini benar-benar terluka. Tidak mungkin bisa disembuhkan lagi.
Share