Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz

Mereka Pembaca Setia

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

InsyaAllah Isha akan menulis e-novel terbaru bagi menggantikan e-novel DDKM yang baru sahaja di hantar ke pihak penerbit untuk proses evaluasi. Mohon doa daripada semua pembaca DDKM dan pengikut blog ini agar DDKM dapat dibukukan dalam bentuk novel. 

Bagi yang pernah membaca KABSU, Isha akan cuba menyambung e-novel ini tetapi mungkin agak lambat sedikit. Memandangkan ini adalah semester terakhir Isha sebelum menjalani praktikal, mungkin blog ini akan sunyi buat sementara waktu. Namun, jika ada kesempatan, Isha akan cuba menulis cerpen dan update di blog ini. 
Share
Cerpen : Cintaku pada Nur Muhammad
Oleh : Isha Idiaz
*****

"ANTARA banyak-banyak benda dalam dunia ni, apa yang kau tak nak buat?” Ilia bertanya soalan yang entah bila terlintas di otaknya itu kepada sahabat baiknya Zarina. Bertaut kening Zarina mendengar pertanyaan Ilia tadi.

Otaknya juga ligat memikirkan apa yang dia tidak mahu lakukan di dunia ini. Setelah berfikir beberapa ketika, akhirnya Zarina bersuara.

 “Aku tak nak kahwin.”

Ringkas namun padat jawapannya. Terlopong mulut Ilia apabila mendengar jawapan Zarina tadi. Bukan Zarina tidak tahu hukum. Malah, boleh dikatakan, Zarina lebih arif bab-bab hukum ini.
Share
Tunjukkan Aku Jalan ke Hatimu
Oleh : Isha Idiaz

*****
LELAKI itu. Kenapa dia ada di sini? Buat apa dia di sini? Berkerut-kerut kening Dieyla memandang  jejaka yang tinggi lampai itu.

Jejaka itu segak dengan kemeja-T hitam berkolar. Penampilannya tampak santai dengan jeans dan sneakers yang dipakainya ketika ini. Sama seperti waktu pertama kali mereka bertemu dahulu. Wajahnya iras-iras pelakon Hindustan yang popular suatu masa dahulu iaitu Arjun Rampal.

“Tengok siapa?” tegur Nina sambil memanjangkan lehernya untuk turut sama melihat orang-orang yang ada di dalam medan selera itu. Mana tahu jika ada juga orang yang dikenalinya di dalam ruangan itu.
Share