Mereka Pembaca Setia
Dengan rendah hati, saya persembahkan lagu ini buat semua penyokong saya.. Lagu ini untuk anda semua..
Lagu tema e-novel Dalam Diam Ku Mencintaimu aka DDKM
Tajuk Lagu : Dalam Diam Ku Mencintaimu
Lirik : Isha Idiaz , Encik Mimpi
Melody Asal : Abdullah Aqeel, Nur Adiah
Melody Ubah Suai : Encik Mimpi
Penyanyi : Encik Mimpi
*****
Verse 1 :
Dalam sukarnya meluahkan kata itu,
Aku tunjukkan rasa cintaku,
ku zahirkan rasa rindu
Verse 2:
Kelembutanmu mempesonakan jiwa,
Senyum bibirmu mengundang ceria,
Hingga terbuai rasa
c/o:
Dalam diam ku mencintai kamu,
Selamanyakan tetap di hatiku
Terpisah jauh jiwa dan raga mu,
Walau beribu tahun aku kan menunggumu
*****
Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz
**Sebarang bentuk ciplak, copy paste mana-mana daripada bahagian lagu ini tanpa kebenaran daripada saya akan di ambil tindakan undang-undang
Lagu tema e-novel Dalam Diam Ku Mencintaimu aka DDKM
Tajuk Lagu : Dalam Diam Ku Mencintaimu
Lirik : Isha Idiaz , Encik Mimpi
Melody Asal : Abdullah Aqeel, Nur Adiah
Melody Ubah Suai : Encik Mimpi
Penyanyi : Encik Mimpi
*****
Verse 1 :
Dalam sukarnya meluahkan kata itu,
Aku tunjukkan rasa cintaku,
ku zahirkan rasa rindu
Verse 2:
Kelembutanmu mempesonakan jiwa,
Senyum bibirmu mengundang ceria,
Hingga terbuai rasa
c/o:
Dalam diam ku mencintai kamu,
Selamanyakan tetap di hatiku
Terpisah jauh jiwa dan raga mu,
Walau beribu tahun aku kan menunggumu
*****
Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz
**Sebarang bentuk ciplak, copy paste mana-mana daripada bahagian lagu ini tanpa kebenaran daripada saya akan di ambil tindakan undang-undang
Cerpen : 3 Kali Mencintaimu
Oleh : Isha Idiaz
*****
INI kisah cinta aku. Kisah cinta aku tidaklah sehebat kisah cinta Laila dan Majnun, mahupun Juliet dan Romeonya. Kisah cinta aku adalah kisah cinta biasa. Kadang-kadang aku juga terfikir adakah kisah cinta aku ini kisah cinta magis kerana setiap kali aku jatuh cinta, pasti dia orangnya? Terpulang pada kalian untuk menilai seberapa magisnya kisah cinta aku ini.
*****
3 Kali Mencintaimu
Mengisahkan kisah percintaan antara Haziq dan Hazirah yang berputik sejak di bangku sekolah lagi. Kisah cinta mereka terhenti tatkala umur mereka menginjak dewasa dan kedua-duanya hilang tanpa berita. Takdir menermemukan mereka kembali di saat masing-masing sedang kecewa.
Tatkala mereka bertemu semula, adakah mereka masih jatuh cinta dengan orang yang sama? Siapakah di antara mereka yang masih memendam rasa?
Ikuti kisah mereka di dalam cerpen :
3 Kali Mencintaimu.
"Setiap kali aku jatuh cinta, mengapa pasti engkau orangnya?"
Kau Tigakan Cintaku
Kisah bermula apabila muncul orang ketiga dalam kisah cinta mereka. Rumahtangga yang dulunya bahagia kini menjadi porak-peranda dengan kehadiran seorang wanita bernama Tasya. Kesabaran Lydia sebagai seorang isteri tercabar apabila sang suami mula berbagi rasa cinta di hati.
Masihkan ada ruang di hati Lydia untuk memaafkan Latif suaminya yang pernah dicintai?
Ikuti kisah mereka di dalam cerpen :
Kau Tigakan Cintaku
"Ku tak menyangka dibelakangku kau tigakan cintaku yang hanya kepadamu"
Encik Mimpi versus Cik Realiti
Kisah cinta alam maya antara Encik Mimpi dan Cik Realiti. Encik Mimpi, seorang pemain gitar yang berjaya memikat hati Cik Realiti menerusi alunan lagu dan suaranya yang merdu. Cik Realiti, seorang penulis kisah cinta yang berjaya menawan hati Cik Mimpi melalui kisah-kisah cinta yang ditulis olehnya.
Bila Encik Mimpi masuk di alam realiti, mampukah dia menggegar naluri Cik Realiti? Bila Cik Realiti masuk ke alam mimpi, mampukah Encik Mimpi tidur lena?
Ikuti kisah mereka di dalam cerpen:
Encik Mimpi versus Cik Realiti
"dan bila mimpi menjadi realiti, terjadikah penyatuan dua hati?"
Pasangan suami isteri ini menutup kesedihan yang bertandang di hati dengan berpura-pura mereka gembira dengan kehidupan mereka kini. Namun dalam hati mereka, penyesalan memakan diri. Dalam senyum yang diukirkan, tercalit seribu kedukaan. Dalam tawa yang diluahkan, terukir sebuah memori duka.
Mampukah mereka bahagia seperti sebelumnya? Memori apa yang sering mengganggu tidur malam mereka? Mampukah mereka menerima takdir Yang Maha Esa?
Ikuti kisah mereka di dalam cerpen:
Sebenarnya Kecewa
"dia bukan lagi milik kita"
KERUSI di sebelah Mira ditarik oleh Deli sebaik sahaja dia sampai di kelas. Shafiq yang agak sedikit terkejut dengan tindakan Deli itu akhirnya beralah. Kebiasaannya, tempat di sebelah Mira adalah tempatnya. Enggan berdebat di pagi hari, Shafiq menarik kerusi di sebelah Faizah lantas melabuhkan punggungnya di situ.
“Apa hal budak tu?” soal Syafiq sambil menyiku lengan Faizah yang sedang tekun membaca nota Biologinya. Faizah memang begitu. Pantang sahaja ada masa terluang, pasti dia akan membaca. Hargai masa katanya.
“Hurm?” soal Faizah sambil memalingkan wajahnya daripada buku memandang wajah Syafiq yang duduk di sebelahnya. Serius, dia tidak dengar apa yang dituturkan oleh Syafiq sebentar tadi.
Cerpen : Songket Putih I^2 Pemberian Siapa?
Oleh : Isha Idiaz
*****
Sebuah sambungan daripada cerpen I^2 + A^2 = Entah Bila Cinta
*****
“Sah?” soal Encik Izaid sambil memandang tiga orang saksi lain yang duduk disebelahnya.
Setelah ketiga-tiga mereka menyatakan pernikahan itu sah, doa pun dibaca mengucapkan kesyukuran atas terbinanya sebuah mahligai perkahwinan.
*****
Di atas permintaan ramai,
Isha Idiaz
bakal kembali dengan sambungan cerpen
I^2 + A^2 = Entah Bila Cinta
yang diberi judul baru iaitu,
Songket Putih I^2 Pemberian Siapa?
Nantikan kemunculannya dalam masa terdekat ini..
(^_^)
Salam Sayang,
~Isha Idiaz~
TANGAN Iskandar sudah pun melingkar di pinggang Faizah. Rakan-rakan seperjuangan Iskandar ataupun lebih senang dikatakan senior Faizah sudah bersorak daripada bawah pentas. Sepantas itu juga flash daripada kamera digital silih berganti mengabdikan kenangan antara Iskandar dan Faizah sebagai ‘King and Queen of The Night’ malam itu.
Riak wajah Faizah sudah berubah merah. Dia merasa Iskandar sudah melampaui batas. Rasa marah bertandang di hatinya tiba-tiba. Mahu sahaja ditepis tangan Iskandar yang berpaut kemas di pinggangnya itu.
Faizah menjeling tajam Iskandar yang berdiri rapat di sebelahnya. Iskandar tidak berani memandang wajah Faizah. Pautan tangan di pinggang Faizah masih kemas dan semakin kuat.
Assalammualaikum dan selamat sejahtera..
Orang kata awal sangat nak post kad raya..
Tapi saya berdegil juga nak post di blog ni..
Bukan apa, takut nanti kalau dah mula kuliah, terlupa pula..
Kepada pembaca setia blog Isha Idiaz,
Terima kasih kerana sentiasa memberikan sokongan kepada saya untuk terus menulis..
Andai ada salah dan silap, maaf jua yang saya pohon..
Salam Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin daripada saya
Salam sayang,
~Isha Idiaz~
Assalammualaikum and hye to all
Saje post malam-malam
Eh malam ke?
Pagi dah ni pukul 2:00 tepat jam di lappy Isha
Nak roger-roger kat korang
Isha ade sediakan lagu tema E-Novel DDKM ni
Nak dengar lagunye macam mana?
Boleh...
Nak tahu siapa penulis lirik?
Siapa si penyusun melody?
Siapa si pemetik gitar?
Dan siapa punya suara?
Nantikan dalam masa terdekat ni..
~LOVE YOU SILENTLY~
The Theme Song
Subscribe to:
Posts (Atom)








