Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz

Mereka Pembaca Setia


Puisi : Dia Awan
Credit : Thanks to Fir for describing me in one word. AWAN.

************
Kamu awan,macam awan
Perubahan kamu mengikut cuaca
Menyerap butir-butir halus air
Lama-lama pastikan turun hujan

Susah untuk ditentukan
Kamu berubah mengikut keadaan
Hujan itu tangisan kamu
Awan yang terbentuk adalah khilaf kamu


Ramai antara mereka selesa tumpang redup di bawahmu
Kerana kamu adalah awan
Manusia suka hari yang cerah
Namun hari yang cerah itu tidak bisa jika tiada kamu

Kamu menjadikan cuaca teduh
Namun begitu, kamu tetap pergi
Saat mereka memerlukan kamu
Saat mereka mengharapkanmu

Bagiku, kamu adalah awan
Tidak lebih dari itu
Cuma awan

*********
©Hak CIpta Terpelihara : Isha Idiaz & Fir Firdaus
Share

0 comments: