Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz

Mereka Pembaca Setia


6


CEPAT benar masa berlalu. Hari ini sudah hari isnin. Mujur hari ini kuliahnya bermula pada jam sembilan. Faizah mengulangkaji sedikit subjek biologi sebelum masuk ke kelas Puan Ainun nanti. Mira pula sedang menyeterika pakaian yang akan dipakai sebentar nanti di meja sebelahnya.

            “Faiz, saya dah siap gosok baju. Awak nak gosok tak?” tutur Mira sambil menurunkan suhu di sterika.
           
            “Nak,” Faizah menjawab. Kakinya pantas menuju ke almari pakaiannya. Matanya tertancap pada sehelai baju yang diletakkan paling hadapan antara helai-helai baju yang lain. Blous yang diberi oleh Farhan tersangkut kemas di situ.

Pantas fikirannya mengingati kata-kata yang diucapkan oleh Farhan pada sabtu lalu. “Jangan lupa pakai semua tu hari isnin ni. Aku nak tengok.”

            Faizah mengambil sehelai baju daripada almarinya dan baju itu diseterika. Mira sekadar tersenyum melihat Faizah. Faizah membalas kembali senyuman Mira. Mira mengangguk tanda faham.

            Hari isnin merupakan hari korporat di UiTM. Mereka tidak dibenarkan memakai pakaian lain melainkan baju kurung bagi siswi dan bagi siswa pula hanya dibenarkan memakai kemeja dan slack.

************

SEJAK dari subuh tadi Afiq melihat Farhan tersenyum seorang diri. “Apa kenalah budak ni. Angau agaknya,”Afiq bermonolog sendiri. Farhan masih tersenyum lagi.

            “Mak aku kata, senyum sorang-sorang sendiri ni makruh,” selamba Afiq menuturkan sambil menarik kerusinya di sebelah Farhan.

            “Mana ada aku senyum sorang-sorang,” Farhan cuba membela dirinya sendiri. Senyumannya mati di situ. “Ish Afiq ni. Kacau daun betul,” hatinya mengutuk Afiq.

            “Tak senyum apanya. Aku tengok dah macam kerang busuk dah tadi. Kau berangan apa Farhan?” Afiq cuba memancing Farhan untuk menceritakan apa yang ada di fikirannya sekarang ini.

            “Kau ni dah macam paparazzi pulak Afiq. Siapa yang upah kau ni? Deli ke?” sengaja Farhan mengaitkan nama Deli. “Padan muka kau Afiq, tu la, nak kenakan aku sangat. Sekarang biar aku kenakan kau,” otak jahat Farhan berfikir.

Deli yang masih berbaring-baring di atas katil bangkit apabila mendengar namanya disebut oleh Farhan. “Apa hal pula nama aku yang disebut-sebut ni? Siapa nak upah si Afiq ni. Aku kalau nak upah paparazzi, aku upah si Shu tu lagi baik,” Deli menuturkan sambil meletakkan komik yang dibacanya tadi di rak bukunya.

 “Korang kalau nak tahu apa-apa tanyalah Shu. Cause you know what? Shu is manusia serba tahu,” Farhan mengajuk kata-kata Shu yang menjadi trademarknya itu. Terhambur ketawa tiga sahabat tadi. Siapa yang tidak tahu perangai Shu yang memang suka menjaga tepi kain orang itu.

“Tapi tu kalau you nak tanya pasal gossip la. I love gossiping,” giliran Deli pula mengajuk cara Shu bercakap dengan gayanya sekali.

“Kalau you all nak tanya pasal kecantikan pun boleh. I master dalam bab menjaga kecantikkan ni. Tengok ni kulit I, halus lagi mulus,” Afiq menunjukkan kulit di tangannya.

Sekali lagi mereka bertiga ketawa terbahak-bahak. “Kau punya kulit kasar la Afiq. Tak macam kulit Shu tu, halus lagi mulus,” Farhan menuturkan dalam ketawa yang masih bersisa.

Deli memandang jam di dinding. Pukul lapan tiga puluh. “Jom siap-siap. Kuliah Puan Ainun pagi ni. Mama kesayangan kau tu Farhan. Lambat nanti dia tak bagi masuk pulak,” Deli sengaja menempelak Farhan. Sudah beberapa kali Farhan tidak dibenarkan masuk kuliah kerana lewat ke kelas.

“Mama aku, mama kau juga Deli. Dengan kau sekali tak dapat masuk,” Farhan menuturkan selamba. Memang ketiga-tiga mereka sering lambat ke kelas. Mereka ketawa lagi.

***************

FAIZAH menyarungkan sandal empat inci yang diberikan oleh Farhan ke kaki. Mira membantunya untuk berdiri.

            “Mak aii. Macam mana orang perempuan boleh pakai sandal tinggi macam ni,” komen Faizah setelah dia berjaya berdiri.

            “Awak tu bukan perempuan ke Faiz,” Mira menyoal sambil terkekeh-kekeh ketawa.

            “Perempuan la jugak. Tapi bukan la perempuan melayu terakhir,” Faizah menuturkan selamba.

                “Nanti dah biasa pakai tu ok la,” Mira menuturkan. Matanya melihat sandal yang tersarung kemas di kaki Faizah. “Memang cantik,” bisik hatinya.

            “Dah jom pergi kelas. Lambat karang tak boleh masuk kelas Puan Ainun,” tutur Faizah sambil mengunci pintu biliknya.

            “Mari saya pegang tangan awak. Macam tak stabil je saya tengok awak jalan,” Mira menawarkan pertolongan setelah dilihat Faizah berjalan agak kekok. Kasihan juga apabila melihatnya. Sepantas itu Faizah menghulurkan tangannya.

            Hari itu mereka berjalan agak lambat dan lebih berhati-hati memandangkan hari ini buat pertama kalinya Faizah memakai sandal bertumit tinggi seumur hidupnya.

            “Seksa betul macam ni. Macam siput je jalan. Tak bergerak ke mana. Bila nak sampai kelas kalau macam ni,” Faizah mengomel sepanjang perjalanan.

            “Siput tak jalan Faiz. Dia mengengsot je,” Mira sengaja mengusik Faizah. Mereka sudah tiba di bangunan kuliah. Dia masih memimpin tangan Faizah menaiki tangga untuk menaiki tangga ke kelas mereka di tingkat tiga.

            Masa pertukaran kelas paling dibenci oleh Faizah. Manusia berpusu-pusu turun dan naik tangga. Masing-masing mahu mengejar masa untuk ke kuliah berikutnya. Dan masa itulah mereka akan terserempak dengan bermacam-macam jenis manusia yang berbagai ragam.

            “Phewitttt!! Wow!! Awek cun babe!!” tutur satu suara sewaktu Faizah dan Mira melintas di koridor kelas yang terletak paling hujung itu.

            “Wow. Memang cun.”  Sekumpulan pelajar lelaki yang ada di kelas bertentangan ketawa setelah seorang kawan mereka bersuara.

            Faizah dan Mira sudah menundukkan kepala apabila berjalan melewati pelajar-pelajar lelaki yang gemar bersidai di koridor kelas itu.  Hanya mereka berdua yang lalu di situ pada waktu itu. Maka, kata-kata itu memang tepat ditujukan kepada mereka.

            “Hai cik adik sayang, jalan berlenggang-lenggang. Tak ubah seperti hai Puteri Gunung Ledang,” satu suara menyanyi di belakang Faizah dan Mira. Sorakan dan gelak-tawa sudah kedengaran di belakang mereka.

            Hati Faizah sudah panas. Teringat sewaktu Farhan mengusiknya dengan lagu yang sama jumaat lalu. Pelajar lelaki tadi masih mengekori di belakang Faizah.

            Faizah berhenti. Sandal bertumit di kaki kanannya itu dilepaskan dan dipegang di tangan kanan. Mira yang terkejut dengan tindakan Faizah itu hanya diam dan ketepi. Dia tahu Faizah sedang marah. Pelajar lelaki yang mengekori mereka tadi juga tergamam. Hanya berdiri kaku di situ. Faizah menoleh ke belakang dan matanya mencerun memandang pelajar itu.

            “Siapa yang jalan berlenggang-lengang hah cik abang?” Faizah meninggikan suaranya. Matanya bagai mahu terkeluar memandang pelajar tersebut. Pelajar itu menundukkan wajahnya.

            “Kau ada nampak Puteri Gunung Ledang ke kat sini?” Faizah menyoal lagi. Kumpulan pelajar lelaki lain yang mengusiknya tadi semuanya senyap tidak berketik. Masing-masing menundukkan muka.

            Kini Faizah melepaskan sandalnya yang dipakai di kaki kiri. Dia berjalan menuju ke kumpulan lelaki yang masih kaku di koridor itu dengan berkaki ayam. Pelajar-pelajar lelaki tadi mengundur ke belakang hingga mereka kelihatan seolah-olah beratur dalam satu barisan pula. Masing-masing tidak berani untuk mengangkat muka.

            “Kau nak tahu kenapa aku tak suka kau?” tanya Faizah kepada setiap pelajar lelaki itu. Semuanya hanya diam.

            “Kau sambung nyanyi lagu tadi tu balik!” Faizah mengarah. Mukanya menyinga. Pelajar-pelajar tersebut mula menyanyi kerana takut melihat wajah Faizah yang merah menahan marah itu.

            Apabila masuk ke bahagian berbalas-balas pantun itu, Faizah memulakan peranannya.

“Hai cik adik,” ucap seorang jejaka.

“Ya cik abang,” Faizah menjawab.

“Pilihlah saya,” ucap jejaka itu kembali.

“ Muka tak lawa,” selamba Faizah menjawab sambil menudingkan sandalnya ke arah jejaka itu yang sememangnya tidak kacak.

Ambillah saya,” ucap seorang jejaka lagi.

“ Misai tak ada,” jawab Faizah kepada jejaka itu yang hanya memiliki janggut. Janggut jejaka itu ditarik kuat. Setelah dilepaskan, jejaka itu mengurut-urut dagunya yang sakit.

“Kalau saya pula,” seorang lagi jejaka di dalam kumpulan itu menyambung nyanyian lagu tadi dengan pitching yang lari.

“ Kurus kerengga,” Faizah menjawab sambil melihat jejaka yang memang kurus itu. Merah padam muka jejaka itu apabila ditempelak oleh Faizah.

 “Dah tentu saya,” seorang lagi jejaka bersuara menyambung lagu Zapin Usik-Mengusik itu.

“ Botak kepala,” Faizah menuturkan bersahaja. Jejaka itu pantas menundukkan mukanya.

Nak macam mana?”  jejaka terakhir bertanya.

“Hensem bergaya.”

Belum sempat Faizah menyambung lagu itu, satu suara lain telah menyambung. Suara itu sangat dikenalinya. Lima jejaka tadi serentak memandang ke arah suara itu.

Faizah menoleh kebelakang. Deli yang segak dengan berkemeja hitam lengan panjang dan tali leher hitam berjalur kuning berdiri sambil memeluk tubuh memandang Faizah. Matanya disorot ke sandal yang dipegang di tangan kanan Faizah.

Perasan Deli yang memandang ke arah sandalnya, Faizah meletakkan sandalnya ke bawah lalu terus menyarungkannya ke kaki.

“Yang itu baru segak bergaya. Kalau setakat muka-muka macam korang ni tak payahlah nak mengurat aku. Bukan setakat aku, monyet betina kat Kompleks tu pun tak nak dekat korang ni,” selamba sahaja Faizah menuturkan. Lima jejaka tadi menundukkan kembali muka mereka.

Pantas Faizah berjalan menuju ke arah Deli dan meninggalkan lima jejaka tadi. Mira hanya mengekori mereka berdua dari belakang. Otaknya masih belum dapat mencerna kejadian yang dilihatnya tadi. Pertama, Faizah mengutuk lima lelaki tadi iaitu senior mereka tanpa rasa takut langsung. Kedua, kejadian tadi ditonton oleh puluhan siswa yang berdiri di hadapan koridor. Ketiga, dari mana Deli tahu Faizah sedang melakukan pertunjukkan teater muzikal secara free di situ. Namun dibiarkan semua itu bermain-main di dalam benaknya sahaja.

************

SHU kelihatan terkejut apabila melihat Faizah melangkah masuk ke dalam kelas. Bukan Shu sahaja, malah semua mata memandang Faizah.

            “Faiz kenapa kau nampak lain hari ni?” soal Alia yang sememangnya suka menyibuk.

            “Ha-ah la. Lain pula tengok kau hari ni,” Awa mengiakan kata-kata Alia tadi. Matanya memandang Faizah daripada atas hingga ke bawah.

            “Apasal? Nampak aku jalan berlenggang-lenggang macam Puteri Gunung Ledang ke?” soal Faizah selamba sambil membuat muka toyanya. Buku yang dipegang di tangan dihempas ke meja. Marahnya masih belum reda. Tangannya menarik kasar kerusi dan pantas duduk di sebelah Farhan. Alia da Awa masing-masing tidak terkata apa.

            Farhan hanya mendiamkan diri. Sebungkus coklat Cadburry Hazelnut dihulurkan kepada Faizah. Faizah membuka bungkusan aluminium coklat itu dan mematahkannya lalu dimasukkan ke dalam mulut.

            Penyedut minuman dicucukkan ke lubang yang ada di kotak air berperisa soya itu. Afiq pula menghulurkan sekotak air soya kepada Faizah. Marah benar Faizah nampaknya. Habis coklat yang diberi oleh Farhan tadi dimakannya.

            Shu yang masih tertanya-tanya mengapa Faizah kelihatan lain pada hari ini bangun daripada tempat duduknya dan menghampiri Faizah.

            “Faiz, kau pakai susuk ke? Mai la cerita kat aku. Kenapa kau nampak lain hari ni,” Shu cuba memancing Faizah untuk bercerita.

            “Mana adanya aku nak pakai susuk Shu oii. Kalau kau yang pakai tu ya la agaknya. Kulit kau kan halus lagi mulus,” Faizah menuturkan perlahan. Malas betul dia mahu melayan Shukri.

            “Tak baik tau kau nak sorok-sorok daripada aku Faiz,” Shu masih mencuba taktiknya mengorek rahsia.

            Faizah yang masih marah lantas membuka sandalnya. Sandal itu diangkat dan ditunjukkan di hadapan Shukri. Biar puas hatinya.

            “Mak aii. Meletup you all,” pantas sahaja tangan Shu mencapai sandal yang ditunjukkan oleh Faizah itu sepantas mulutnya yang berbicara kuat hingga membuatkan satu kelas terjenguk-jenguk melihat sandal yang dipegang oleh Shu.

            “Lip lap lip lap ni ha. Kelas gitu,” tuturnya lagi sambil membelek-belek manik yang menghiasi tali sandal itu. “Kau pakai ni ke Faiz? Boleh ke kau pakai?” soalnya betubi-tubi.

            Farhan sudah memandang muka Faizah yang kelihatan tidak senang disoal sebegitu.

            “Wei Shu, yang kau sibuk sangat nak tahu apasal? Kau nak pakai ke sandal tu?” Deli mula berbicara. Farhan yang sedari tadi mendiamkan diri masih diam.

            “Yang kau nak melenting kenapa Deli? Kau jealous ke kalau aku nak pakai sandal ni?” Shu menuturkan selamba. Pandangan matanya menyorot ke kaki Faizah yang masih memakai sebelah lagi sandal itu.
            “Cantik la Faiz sandal kau ni. Terletak je tu ha kat kaki kau. Dah la kaki kau tu putih melepak. Memang lagi lip lap la sandal ni kalau kau pakai,” komen Shukri jujur.

            “Patutlah aku tengok kau tinggi je hari ni. Empat inci rupanya,” sambungnya lagi sambil terkekeh-kekeh ketawa.

            “Opps, terlebih sudah,” Shu menuturkan sambil menekup mulutnya menggunakan tangan.

            “Patutlah kau nampak lain hari ni. Lebih tinggi daripada biasa rupanya.” Alia sudah datang menghampiri. Sandal yang tadi ditangan Shukri kini sudah bertukar ke tangan Alia.

            Tangannya mula membelek-belek sandal Faizah itu. “Siapa yang belikan ni Faiz?” soalnya.

            “Bukan kau yang beli sendirikan? Yelah, kau bukannya perempuan,” Alia menjawab sendiri pertanyaan yang diajukannya tadi. Mukanya seolah-olah sedang mengejek Faizah.

            “Kau bagi aku je la Faiz sandal ni. Sesuai sikit kalau aku yang pakai,” selamba Alia menuturkan lalu sandal itu diletakkan di atas lantai. Sandalnya dibuka. Belum sempat dia menyarung sandal itu, Farhan cepat menunduk ke bawah dan mengambil sandal itu lalu menyarungkan kembali ke kaki Faizah.

            “Wow!! Ada backup nampak,” spontan Alia menuturkan ayat itu. Dia tidak menyangka Farhan menyarungkan sandal itu ke kaki Faizah.

            “Kau ke yang belikan sandal tu Farhan? Kau ada apa-apa ke dengan Faiz ni?” soal Alia bertubi-tubi kepada Farhan.

            “Kalau aku yang belikan pun kenapa?” Farhan pula menanyakan soalan kepada Alia. “Kalau Faiz ni ada apa-apa pun dengan aku yang kau nak sibuk kenapa?” soalnya lagi.

            Alia yang terkejut mendengar soalan Farhan itu terdiam di situ.

            “Memang dia girlfriend aku. So, kau ada apa-apa masalah?” soalnya lagi kepada Alia. Alia hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.

            “Kalau tak ada masalah, kau boleh blah daripada depan mata aku ni,” tuturnya kasar. “Kau pun sama Shu.”

            Pantas kedua-duanya meninggalkan meja itu. Terkejut mereka melihat reaksi Farhan yang tiba-tiba mengamuk begitu. Tidak pernah mereka melihat Farhan marah selama ini.

            “Betul ke Farhan couple dengan Faiz tu?” soalan itu bermain-main di fikiran Alia.

***************

SETELAH beberapa jam mendengar kuliah, akhirnya tamat juga kelas mereka hari ini. Sepanjang hari ini, Faizah tidak banyak bicara. Begitu juga dengan Farhan. Sewaktu mereka berlima berjalan melintasi Taman Tenet, Farhan memegang lengan Faizah lantas membuatnya terhenti daripada meneruskan langkah kaki. Yang lain juga turut berhenti.

            “Korang balik dulu. Aku ada hal sikit nak cakap dengan Faiz,” arah Farhan kepada Deli, Afiq dan Mira.

            “Kau nak cakap apa? Cakap je la kat sini,” Faizah menjawab perlahan.

            “Afiq, Deli, korang berdua pergi hantar Mira sampai depan pintu Kompleks,” Farhan menuturkan tegas.

            Afiq dan Deli masing-masing mengangguk laju tanda faham. Bukan setakat faham akan arahan yang diberikan oleh Farhan malah faham yang Farhan juga mood Farhan tidak elok. Mereka bertiga berlalu meninggalkan Faizah dan Farhan di Taman Tenet yang lengang itu.

            “Jom duduk dekat sana,” suara Farhan mula mengendur. Faizah hanya berjalan mengikuti Farhan.

            Setelah duduk, Farhan memulakan bicara.

            “Kau kenapa hari ni?” soal Farhan lembut. Mata redupnya kini menatap mata Faizah yang sudah berkaca.

            “Mana ada apa-apa,” Faizah menjawab selamba namun ada getar dihujung suaranya.

            “Anything to confess?” soal Farhan tenang. Matanya masih tidak lari memandang Faizah.

            “Nothing,” sepatah Faizah menuturkan.

            “Pagi tadi nyanyi lagu zapin usik-mengusik tu dengan siapa?” soal Farhan.

            “Farhan, kau jangan nak mula,” Faizah memberi amaran. Matanya sudah merah menahan air mata yang bila-bila masa sahaja akan mengalir keluar daripada kolam matanya.

“Zapin usik-mengusik tu, kau cuma boleh nyanyi dengan aku je. Dengan orang lain aku tak benarkan kau nyanyi,” tutur Farhan lembut.

Pantas Faizah menutup mukanya dengan tangan dan menyembamkannya di atas meja. Esakan kecil kedengaran.

Cry Faiz, cry,” Farhan menuturkan perlahan. Dia tahu Faizah pasti bersedih sepanjang hari ini kerana hal itu.

Tangisan Faizah semakin menjadi-jadi, hingga tersedu-sedu gadis itu. Akhirnya Faizah mengeluarkan suara.

“Salah ke kalau aku pakai sandal? Tak boleh ke kalu aku pakai sandal?” soalnya dalam tangisan. Mukanya masih tidak diangkat daripada meja.

“Mana ada salah. Cantik je aku tengok kau pakai. Macam Puteri Gunung Ledang.” Farhan sudah mula mengusik.

Faizah pantas mengangkat mukanya dan memukul lengan Farhan beberapa kali sambil ketawa dan menangis serentak.

“Kenapalah tuan puteri ni comel sangat walaupun time tengah menangis macam ni,” Farhan mengusik lagi sambil tangannya memegang tangan Faizah yang sejak tadi memukul lengannya.

“Mana ada comel. Comot je ada,” jawab Faizah.

Farhan mengeluarkan sapu tangannya dan mengelap sisa air mata Faizah. “Comot pun tak apa, aku tetap sayang kau,” jujur dia menuturkan. Memang dia tidak kisah tentang paras rupa dan perwatakan Faizah. Dalam hati dan mindanya cuma ada nama gadis tomboy ini.

“Kau tu dengan semua orang pun kau sayang. Lagi-lagi si Alia tu kan,” Faizah menjawab dengan senyuman mengejek kepada Farhan. Mereka semua tahu Alia meminati Farhan sejak MMS dahulu.

“Hai, jealous ke sayang aku ni?” Farhan semakin menjadi-jadi mengusik Faizah. Dalam hatinya, dia sangat bersyukur. Akhirnya Faizah sudah bisa tersenyum.

“Dah, nak balik ni. Nak maghrib dah,” Faizah menuturkan perlahan sambil memandang Farhan meminta agar lelaki ini memahaminya.

“Tak payah buat muka comel macam tu. Jom, aku hantar sampai Kompleks,” Farhan bingkas bangun. Faizah akhirnya ketawa mendengar ayat yang dituturkan oleh Farhan itu.

Mereka berdua berjalan menyusuri susur gajah melintasi Uwais Al-Qarni, Kolej Kediaman Siswa, Dewan Makan Siswa, dan Padang Ragbi. Sesekali Farhan memegang lengan Faizah apabila melihat Faizah tidak seimbang.

Setelah tiba dihadapan pintu Kompleks Kediaman Siswi, Farhan tunggu sehingga Faizah masuk ke dalam pagar. Faizah melambaikan tangannya dan berjalan tanpa menoleh ke belakang. Farhan hanya memerhati Faizah berjalan. Dilihat memang Faizah berjalan lenggang-lenggok. Mungkin kerana masih baru belajar untuk mengimbangi dirinya.

Satu SMS masuk ke handphonenya. Faizah berhenti di situ. Dicari handphone yang diletakkan di dalam beg. Dibuka message yang baru diterimanya.

You look really beautiful with that sandal. Jalan lenggang-lenggok macam Puteri Gunung Ledang. Next time wear it with those blouse, skirt, scarf and brooch that I gave you. Sure people will call you Puteri Hang Li Po next time. Hehe. Take care my girl. J

Faizah menoleh kebelakang. Farhan melambaikan tangannya dengan senyuman di bibir.

Sandal nak?” Faizah melaungkan daripada tempat dia berdiri sambil menghadiahkan sekuntum senyuman kepada Farhan.

***********
©Hak Cipta Terpelihara : ~Isha Idiaz~











           
           




           
             

Share

0 comments: