Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz

Mereka Pembaca Setia

Kerana Aku Bukan Seorang Ustazah a.k.a. K.A.B.S.U. [10]
Jenis Karya : E-Novel
Oleh : Isha Idiaz

*****************
Kedengaran ringtone berbunyi. Bunyi itu bukanlah sebuah panggilan telefon tetapi menandakan terdapat message baru yang masuk. Fisha bangkit dari katilnya untuk mengambil handphonenya yang di letak di atas almari solek. Masih berfikir siapakah yang menghantar message kepadanya waktu cuti semester begini. Biasanya kawan-kawannya di universiti akan menyepikan diri sewaku musim cuti semester. Mengambil peluang untuk menghabiskan masa bersama keluarga seperti dirinya. 

“Siapa pula ni message malam-malam. Che’a ke? Takkan result dah keluar?”, Fisha masih berteka-teki siapakah penghantar message tadi.
 
Di capai handphone dan di buka inbox.

  
Aik, nombor baru. Siapa pula ni?”, Fisha bermonolog sendiri setelah melihat nombor pengirim yang tidak bernama di messagenya itu. Di semak semula nombor itu di contact list di dalam handphonenya. Masih tidak jumpa nama yang padan dengan nombor itu.

Fisha membalas message yang diterimanya itu.

Waalaikummussalam. Ya saya Fisha. Boleh saya tahu siapa di sana?

Di tekan butang send. Seminit kemudian delivery report tercatat di handphonnya. Bermakna message yang di hantarnya tadi sudah sampai ke pengirim tidak bernama tadi.

“Siapa pula manusia ni. Malas betul nak melayan kalau tak kenal”, Fisha masih tidak dapat meneka siapakah pengirim tanpa nama yang mengenalinya itu.

Dilihat sekilas nombor yang tertera di skrin handphonnya. 017-7328460. “Tapi nombor ni nombor JB”,Fisha mengeluh. Pasti rakan sekolahnya yang mahu mempermain-mainkan dirinya.

Ringtone berbunyi lagi. Pantas tangan Fisha membuka message yang baru masuk ke inboxnya.

Tangannya menggigil setelah membaca message yang baru di terimanya itu. Fisha mengetap kuat bibirnya. Sangat kuat. Di gagahkan hati untuk membacanya buat kali kedua.
                 
                Saya Fahmi. How are you dear?

Fisha menggosok-gosok matanya. Bagai tindakan reflex yang tidak boleh di berhentikan, tangannya pantas menampar perlahan pipinya beberapa kali. Di baca ulang message tadi.

                Saya Fahmi. How are you dear?

Sah. Memang tidak salah. Ya, pengirim tanpa nama itu adalah Fahmi. Dua tahun tanpa berita. Dan hari ini dia kembali. Kembali untuk apa? Fisha masih tertanya-tanya. 

                I’m fine thank you. How about you?

Di tekan butang send. Fisha berasa agak janggal ingin bertukar cerita dengan insan bernama Fahmi ini. Dua tahun. Tempoh yang agak lama setelah masing-masing senyap tanpa berita.  

                Fine too. You sekarang study kat mana? UiTM ke?

Teryata insan ini masih mengambil berat terhadapnya. Fisha teringat teman rapatnya, Iza pernah memberitahu, Fahmi pernah bertanya kepadanya di mana Fisha meneruskan pengajian sekarang. 

                Yup. I study dekat UiTM Jengka. You kat KMJ lagi ke?

Sekadar berbasa-basi. Jangan Fahmi menganggap Fisha tidak mengambil berat terhadapnya.

                Yup, second year. Tak lama lagi habislah. You sem berapa tahun ni?

Fahmi diterima masuk ke Kolej Matrikulasi Johor dalam jurusan Sains Fizikal dalam tempoh pengajian dua tahun. Masih bersisa satu tahun. Fisha pula menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian di UiTM Jengka, Pahang dalam jurusan Diploma Sains dengan tempoh pengajian selama tiga tahun. Masih bersisa setahun.

                I sem four. Lagi setahun habislah.

Fahmi membaca message yang di terima sambil tersenyum. Mereka berdua masing-masing hampir tamat pengajian. Cuma berbeza, Fisha bakal menggenggam segulung diploma setelah tamat nanti tetapi dia harus melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah kerana tiada graduasi untuk pelajar matrikulasi.

“Macam berjodoh pula dengan Fisha ni”, tutur Fahmi perlahan. 

                Eh, sama pula. You tiru I ke? Hehe. 

Bukan dia mahu meniru Fahmi tetapi memang sudah tersurat begitu. Alhamdulillah setakat ini dia tidak pernah gagal mana-mana subjek yang akan mengheretnya untuk extend ke semester 7.

                Tak tiru you pun. Sudah tersurat begitu. Nak buat macam mana. Terima sahaja.

Bibirnya menguntum sebuah senyuman. Fisha masih seperti Fisha yang di kenalinya dulu. Rigid.  Umpama sel yang tidak telap sama sekali kepada air. 

                Do you miss me?

Sengaja di pancing Fisha dengan soalan begitu. Ingin mengetahui sama ada Fisha masih mempunyai perasaan yang sama terhadapnya.

                Don’t you have other question?

Gila. Takkan nak mengaku aku memang rindukannya. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja Fisha menyatakan rasa rindunya pada Fahmi. Namun dia tidak mahu mengalah dengan Fahmi.

                Don’t miss me anymore. I dah ada couple.

Fahmi tidak mahu membohongi Fisha tentang status dirinya. Ya, dia kini sedang menjalin hubungan cinta dengan Hanum. Pilihan hatinya semenjak dia di tingkatan tiga. Namun saat Hanum menolak cintanya pada waktu itu, Fahmi beralih arah kepada Fisha.

                You are my friend and always be my friend.

Seperti jangkaannya, Fahmi sudah pasti mempunyai teman wanita. Dan Fisha pasti , pilihan Fahmi itu pasti yang terbaik. Dalam gembira terselit rasa duka. Gembira kerana dia ditemukan semula dengan Fahmi, insan yang dirinduinya. Duka kerana insan itu kini milik orang.

Fahmi mengeluh. Dia faham Fisha pasti kecewa.

                If you tell me once that you love me before we left our school days, I am really sure that I’ll accept you Fisha. Because I really love you at that time. I’m, sorry that I left you without saying anything on our last day of tuition.

Fisha kaku. Dia sudah mengagak inilah topik yang bakal di bicarakan oleh Fahmi kepadanya bila mereka bertemu kembali. Dan hari ini, semuanya terjadi seperti jangkaannya. Kemas dan tersusun seperti plot-plot cerita yang di karang oleh penulis dalam sebuah filem box office.

                You know that I love you but why you didn’t asked me once about my feelings towards you Fahmi?

“Sebab I takut you reject I Sha… “, namun kata-kata ini hanya mampu di tuturkan oleh Fahmi. Tidak mampu rasanya dia mahu memberitahu Fisha keadaan yang sebenarnya.

                Sebab you garang macam singa..

Fisha tertawa saat membaca message itu. Benarkah dia garang? 

You yang takut macam tikus Mie..

Fahmi juga tertawa. “Tikus? Sungguhlah budak seorang ni. Banyak-banyak binatang, tikus juga yang di sebutnya”, tutur Fahmi dengan tawa yang masih bersisa sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Namun dia akui sememangnya dia umpama seekor tikus. Takut untuk menyatakan rasa cintanya kepada Fisha.

                Can we meet each other? I dah lupa muka you. You tengah cuti kan?

“Sampai hati dia lupa muka aku”, Fisha sedih.

                Yup. Tengah cuti. Tak payah la jumpa. You kan dah lupa muka i. Nanti kalau jumpa pun you tak tau nak cari I yang mana satu.

Fisha meletakkan handphone di sisi bantalnya. Di capai comforter lantas di balut kemas ke tubuhnya. Di capai bantal busuk pooh miliknya lalu di tutup mukanya. Selesa.

                Just meet me once. I miss you a lot Fisha.

Fisha sudah di buai mimpi. Fahmi menunggu tanpa jawapan yang pasti. Inikah harga yang harus di bayar kerana membuat Fisha menanti dirinya. 

“Andai kau tahu Sha, hanya wajahmu tergambar di minda dan hatiku. Masakan aku bisa melupakan wajah itu”, Fahmi mengeluh sendiri.

**************

Suasana di Larkin Central sangat riuh dengan pekikan penjual-penjual tiket bas di kaunter. Orang berpusu-pusu di sana sini. Ke hulu-hilir dengan beg. Semuanya mengejar masa untuk ke destinasi masing-masing. Beginilah rutin keadaan di Larkin Central tidak kira saat musim perayaan ataupun hari-hari biasa.  Sentiasa riuh.

Fisha mengangkat beg galasnya. Setelah hampir sebulan setengah menikmati cuti semester, hari ini dia harus pulang ke Pahang. Alhamdulillah, dia menerima Anugerah Dekan semester lepas. Kini dia harus menyahut seruan semester baru dengan azam baru. Walaupun kakinya berat untuk melangkah pulang ke UiTM Jengka yang sinonim dengan nama Jungle Jengka itu, digagahkan jua langkah untuk meneruskan perjuangan menuntut ilmu. Pepatah ada mengatakan, tuntutlah ilmu hingga ke negeri China. 

Platform 46 penuh dengan manusia yang bersesak-sesak menanti bas Pahang South Union yang bakal menuju ke Temerloh, Pahang. Jam menunjukkan pukul 10:30 pagi. Fisha meletakkan begnya di kerusi. 

“Berat sangat ye angah beg tu?”, soal mamanya.

“Berat juga la ma”, jawab Fisha sambil memandang beg yang di pegangnya tadi.

“Mana tak berat, semua makanan nak bawa balik Jengka. Macam B5 tak ada jual makanan tu”, mamanya berseloroh.

“Mahal la ma kat sana. Kalau bawa balik makanan ni semua kira dah save budget bulan ni sebab mama dah belanja”, Fisha juga menyakat ibunya.

Hon bas kedengaran. Bas Pahang South Union sudah parkir di hadapan platform 46. Fisha memandang jam tangannya sekilas. 11:45. Di lihat kiri dan kanan. Tidak di lihat bayang Fahmi di platform itu. Fahmi sudah berjanji akan berjumpa dengannya hari ini di Larkin Central. Sudah di beritahu dia menunggu di platform 46 ini. Namun sampai sekarang dia tidak melihat wajah Fahmi berada di kalangan puluhan manusia yang ada di platform itu.

“Dah cakap dah mesti dia tak cam muka aku”, tutur Fisha seolah-olah mengejek Fahmi.

Handphonnya berbunyi. Di buka inbox.

Sha, you dekat mana? I tak nampak you pun.

Pantas jari-jemari Fisha menaip agar messagenya segera di hantar.

                I dekat platform 46 ni. You dekat mana? I dah nak naik bas ni.

Dilihat Fisha cemas sambil memandang sekeliling bersilih ganti memandang handphonenya. Mencari dirinya barangkali. Fahmi hanya memerhati Fisha yang berdiri di hadapannya dengan jarak satu hasta. Sengaja di biarkan Fisha mencarinya. 

“Angah tak nak naik ke? Tadi kata nak cop tempat sebelah tingkap”, mama bertanya.

“Nak ma. Tapi tadi ada kawan angah kata nak datang jumpa”, Fisha menjawab pertanyaan mamanya.

Mata Fisha masih meliar mencari wajah Fahmi yang dikenalinya dulu. Hon bas berbunyi sekali lagi. Petanda bas sudah mahu berangkat. Fisha putus asa. Di masukkan handphone ke saku jeansnya. Tiada rezeki untuk berjumpa barangkali. 

 “Sha, I dah cakap hanya wajah you tergambar di minda dan hati I. Impossible I can forget you. You are the one who forget me. I just standing in front of you here and you did not recognize me even though you saw my face many times just now”, Fahmi berbicara sendiri. Masih memerhati Fisha yang sedang menyalami ibu dan adiknya.

Fisha sudah mula melangkah. Jarak yang satu hasta kini menjadi satu depa. Pantas Fahmi melajukan langkah. Di pegang tangan Fisha dari belakang. Fisha menoleh. Jantungnya berdebar. Nafsnya seolah-olah terhenti. Manik jernih gugur membasahi pipinya. Teringat peristiwa saat Fahmi menarik tangannya di tuisyen dulu. 

“Fahmi”, hanya perkataan ini yang terkeluar di bibirnya.

Fahmi menghadiahkan Fisha sekuntum senyuman sambil melepaskan pegangannya. Dapat di lihat wajah Fisha yang di basahi linangan air mata. Gembirakah dia? Sedihkah dia?

I came”, tuturnya perlahan seolah-olah berbisik di telinga Fisha.

Thanks”, Fisha menuturkan lalu melangkahkan kaki ke perut bas. 

Di lambaikan tangan ke mama dan adiknya yang masih menanti di platform. Di lihat wajah Fahmi menerusi tingkap di sebelahnya. Fahmi juga masih menanti di platform. 

Ya, wajah itu yang dirinduinya. Wajah itu yang menghantuinya selama perpisahan mereka. Dan hari ini dia masih berpeluang melihat wajah itu. Di lihat Fahmi semakin tinggi sekarang. Malah dia kelihatan lebih kacak berbanding sewaktu zaman sekolah dahulu. Sedikit janggut yang kemas di dagunya. Masih berkaca mata. Fisha melihat semua itu seiring dengan bas yang mulai beredar meninggalkan platform. Di lihat Fahmi mengikuti bas yang di naikinya sehingga ke jalan keluar dari Larkin Central itu. Seolah-olah tidak mahu melepaskan dia pergi. 

Fahmi masih melambaikan tangannya dengan senyuman di bibir. Matanya tidak lepas memandang wajah Fisha. Wajah itu yang dirinduinya. Wajah itu yang menghiasi mimpi malamnya.   

Air mata Fisha menitis lagi. “Beginikah cinta”, bisiknya dalam hati.

Fahmi menyeka air mata lelakinya yang gugur kerana perempuan yang pernah di cintainya. “Adakah cinta itu masih di hatiku?”, soalnya pada diri.

Bas bergerak laju setelah keluar dari simpang. Wajah Fahmi makin menghilang. Handphonnya berbunyi. Di buka message

                Take care Sha. Dah sampai nanti beritahu i. By the way, you yang tak kenal I Sha. I always recognize you. I’m standing in front of you for 10 minutes and you didn’t recognize me.

Air mata itu semakin deras mengalir. Fisha akui, dia yang tidak mengenali Fahmi. Kerana itu dia agak terperanjat apabila melihat wajah Fahmi sewaktu Fahmi memegang tangannya. Memang wajah itu yang dilihat berdiri di hadapannya tadi. Di sangkakan penumpang-penumpang yang ingin menaiki bas yang sama dengannya. Rupanya, itulah wajah yang di carinya. 

                I admit, I didn’t recognize you. Your face totally different. Handsome sangat kot. Sebab tu I tak kenal. Nanti dah sampai I beritahu. You balik elok-elok.

Di tekan butang send. Fisha melelapkan mata. Satu persatu kejadian tadi bermain di fikirannya. Lagu Di Saat Aku Mencintaimu nyanyian Dadali yang sedang bermain di MP3 kedengaran di telinga. 

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku…
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu…

“I love you Fahmi”, tutur Fisha dengan linangan air mata. 

**************
©Hak Cipta Terpelihara - Isha Idiaz
Share

0 comments: