Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz

Mereka Pembaca Setia

5


PAGI itu sangat tenang. Bayu berpuput lembut menyapa pipi gebu milik Faizah. Daun-daun pokok diluar kelas bergesel-gesel sesama sendiri menghasilkan bunyi yang sangat merdu untuk di dengar.

            Faizah rindukan keluarganya. Lama sekali dia tidak pulang ke rumah. Pagi ini baru terasa kerinduannya menggunung seperti gunung Everest yang direkodkan sebagai gunung tertinggi di dunia.

“Faiz, awak kenapa?” Mira menyoal setelah dilihat Faizah hanya berdiam diri sejak tadi.

Faizah memandang sekilas Mira yang duduk disebelahnya. “Tak ada apa-apa,” jawabnya ringkas. Pandangannya kembali dibuang ke luar tingkap kelas. Syahdu sungguh dirasakan hari ini. Inilah yang dikatakan kelebihan hari jumaat sebagai penghulu segala hari. Mungkin ramai yang tidak tahu apakah kelebihan hari jumaat selain daripada penghulu segala hari.



Ingatan Faizah kembali kepada zaman sekolahnya. Teringat kata-kata ustazahnya yang membicarakan tentang kelebihan hari jumaat.

“Baiklah, ustazah nak tanya, siapa yang tahu apakah kelebihan hari jumaat?” pandangan Ustazah Salwa ditebarkan ke seluruh isi kelas.

Nazmi mengangkat tangan lalu berdiri. “Boleh saya cuba ustazah?” tenang sekali suara anak muda yang mewakili sekolah dalam pertandingan hafazan Al-Quran itu.

“Ya Nazmi, silakan,” Ustazah Salwa memberikan kebenaran.

“Menurut apa yang saya baca, dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Maka daripada hadith ini, dinyatakan bahawa hari jumaat merupakan penghulu segala hari.”

Ustazah Salwa menganggukkan kepalanya tanda setuju dengan apa yang Nazmi bicarakan. “Ada apa-apa lagi yang kamu mahu tambahkan Nazmi?” soal Ustazah Salwa inginkan kepastian.

“Ya ustazah. Selalunya, hari jumaat dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat.
Kenyataan ini didukung  oleh suatu hadis riwayat Muslim yang menyatakan, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

            Setelah memberikan sedikit penjelasan, Nazmi kembali duduk. Kini, giliran Ustazah Salwa memberikan sedikit penerangan.

            “Baiklah murid-murid, apa yang dikatakan oleh Nazmi tadi memang benar. Itu antara kelebihan hari jumaat yang telah disebut dalam hadith. Ada sesiapa lagi yang mahu menyatakan kelebihan hari jumaat selain daripada yang telah disebutkan oleh Nazmi?” Ustazah Salwa menuturkan.

            “Ustazah, boleh saya cuba?” Faizah mengangkat tangan dan berdiri.

            “Ya Faizah, silakan,” Ustazah Salwa memandang pelajar kesayangan hampir semua guru di sekolah agama ini. Faizah merupakan pelajar terbaik di sekolah agama ini memandangkan setiap peperiksaan akhir tahun dia mendapat tempat pertama di dalam kelasnya.

            “ Hari Jumaat memang istimewa kerana menurut pembacaaan saya, pada hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.” Malah dikatakan juga dalam hadith yang lain. Barang siapa yang meninggal pada hari jumaat , mereka akan terselamat dari fitnah kubur.” Jelas Faizah panjang lebar.

            “Betul ya apa yang dikatakan oleh Faizah tadi.  Hari jumaat memang hari Nabi Adam diciptakan dan baginda diturunkan daripada syurga dan sesiapa yang meninggal pada hari jumaat akan selamat daripada fitnah kubur. Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah  daripada fitnah kubur.”  Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.” Ustazah Salwa memberikan sedikit penerangan.

            “Baiklah, Ustazah akan tambahkan dua lagi kelebihan hari jumaat. Pada hari jumaat, disunatkan kita memotong kuku. Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.” Dan pada hari jumaat juga doa mudah dimakbulkan di antara dua khutbah. Itulah antara kelebihan hari jumaat yang patut kita ketahui.”

            Lamunan Faizah terhenti apabila mendengarkan suara Farhan yang menggetarkan tulang-tulang osikel ditelinga dalamnya yang menghasilkan bunyi yang sangat bingit. Mana tidaknya, Farhan menjerit sekuat hati ditelinganya,

            “Hoi makcik!! Berangan pagi-pagi!! Ingat pakwe ke makcik!!” sergah Farhan. Pantas Faizah menekup telinga kanannya dengan tangan.

            “Kau nak makan pelempang ke Farhan?” Faizah menyoal Farhan dengan muka tidak puas hatinya. Matanya memandang Farhan daripada atas hingga ke bawah. Farhan segak dengan baju melayu berwarna hijau lembut sedondon pula dengan baju kurung yang dipakainya hari ini. Siap bersamping dan bersongkok pula. Macam suasana di pagi Hari Raya Aidilfitri.

Matanya masih memandang Farhan. Sekuntum senyuman mekar dibibirnya. “Handsome jugak mamat ni bila pakai baju melayu,” bisik hati kecilnya.

            Melihat Faizah yang seolah-olah terpesona memandangnya, Farhan sudah mula merencanakan idea untuk mengenakan Faizah. Dia mula bangun dan berdiri di hadapan meja Faizah.

            “Adik pandang-pandang, pandang pada siapa? Kalau pada abang, hai gembira rasanya, Adik senyum-senyum, senyuman yang menggoda,  Adik jangan bingung, abang belum berpunya,” spontan Farhan menyanyi sambil mengenyitkan matanya kepada Faizah.

            “Mula dah budak ni,” Faizah mengomel dalam hati seraya menarik nafas panjang. Satu kelas sudah bergema dengan tawa melihatkan lawak spontan yang di persembahkan oleh Farhan. Lagu Zapin Usik Mengusik dendangan kumpulan senario memang kena dengan situasi antara dia dan Faizah tadi.

            “Abang lirik-lirik, melirik pada siapa? Kalau pada adik bolayanlah jawabnya. Abang kenyit-kenyit, kenyit mata buaya. Abang baik sikit, nanti ku pulas telinga.” Faizah menyambung lagu tadi. Dia tidak mahu menyerah kalah. Sekali lagi kelas mereka dipenuhi dengan gelak tawa. Mereka tidak menyangka Faizah akan membalas nyanyian Farhan tadi.
           
            Farhan yang tidak menyangka Faizah memberi respon terhadap usikannya terus mengusik.  “Hai cik adik,” tuturnya sambil mengambil tempat disebelah Faizah.

“Ya cik abang,” Faizah menjawab dengan selamba dan memandang muka Farhan. Seisi kelas masih memerhatikan mereka. Malu juga apabila difikir-fikirkan. Namun dia tidak mahu kalah dengan Farhan hari ini.

Manis jelita,” Farhan menuturkan sambil mengangkat keningnya kepada Faizah. Afiq dan Mira masing-masing menekup mulut menahan tawa. Deli yang baru tiba ternganga melihat drama spontan Farhan dan Faizah.

“Biasa saja,” Faizah menuturkan sambil berpura-pura malu sambil menutupkan mukanya dengan tudung yang dipakainya. Lakonannya boleh membuat siapa sahaja yang melihat pada waktu itu ketawa sehingga pecah perut.

Siapa nama,”  Farhan masih meneruskan rancangannya mahu mengusik Faizah.
“Namaku Joyah. Kasut nak?” pantas Faizah menjawab. Farhan Faizuddin ini memang tidak boleh dilayan. Makin dilayan makin melampau-lampau pula diusiknya.
           
            Farhan ketawa berdekah-dekah. Kemenangan berpihak kepadanya. Sorakan dan tepukan gemuruh diberikan kepadanya sebagai pelakon lelaki terbaik  dikelas mereka pada pagi jumaat ini.

            “Kau ni slack betulla Faiz. Cuba lembut sikit. Aku kena ajar kau jadi lembut la Faiz macam ni,” Farhan menuturkan dalam tawa yang masih bersisa.

            Faizah hanya buat-buat tidak faham. Deli yang melihat keadaan itu memahami Faizah bengang apabila isu dia tidak seperti perempuan lain dibangkitkan. Lalu, Deli menghampiri Farhan dan Faizah.

            “Faiz dengan Mira, jom join kitorang pergi shopping esok,” Deli mengusulkan. Faizah mengangkat sedikit kepalanya memandang Deli. “Nasib baik ada si Deli ni cover-up aku,” bisik hati kecilnya.

            “Shopping mana? Turun KL ke?” Faizah bertanya inginkan kepastian.

            “Tak ada lah sampai KL. Mega Mall je kat Kuantan nuh,” Deli menjelaskan. Memang mereka tidak bercadang untuk turun ke KL minggu ini.

            “Kau orang bukan tak tahu aku tak suka pergi shopping ni. Nanti aku…” belum sempat kata-katanya habis dituturkan, Farhan sudah mencelah.

            “Tak ada nanti-nanti. Kau kena ikut jugak.” Farhan sudah mengeluarkan mandat yang harus diikuti. Panas sahaja hati Faizah apabila mendengar kata-kata Farhan itu.

Faizah memandang Mira yang duduk disebelahnya. Mira sudah mengangguk-anggukan kepalanya tanda ingin turut serta. “Nasib baiklah ada si Mira ni, kalau tidak jangan haraplah aku nak ikut kau pergi shopping Farhan oii,” bisik hatinya.

“Yelah, aku ikut.” Akhirnya Faizah membuat keputusan. Mira, Afiq, Farhan dan Deli masing-masing berpandangan antara satu sama lain sambil tersenyum lebar. Jika dilihat sepintas, bibir mereka hampir terkoyak dek senyuman yang mahu mencecah hingga ke telinga. Mereka berempat punya rencana hebat untuk Faizah esok.

***************

JAM loceng berbunyi apabila jarum menunjukkan jam enam pagi. Pantas Faizah bangun untuk menunaikan solat subuh. Dia bangun dan menuju ke bilik air untuk mengambil wudhu. Walaupun sudah dibasahi air, namun matanya masih layu. Ini semua gara-gara menonton drama bersiri korea sehingga jam empat pagi tadi. Drama Full House ini memang berhantu. Jika sudah melihat satu episod, pasti mahu melihat episod seterusnya.

            Sebelum menunaikan solat, Faizah mengejut Mira di katil atas dan Ekin dan Hajar di katil sebelah. Kalau tidak dikejut, pasti subuh gajah mereka nanti. Lebih teruk lagi, tertinggal subuh.

Sah matanya seperti dilekatkan dengan gam gajah. Sepanjang solat tadi, matanya cuma dibuka sedikit, khuatir jika dia tertidur sewaktu mengerjakan solat. Setelah berdoa, kain telekung dan sejadah dilipat kemas dan digantungkan di hanger lalu digantung pula di hujung kepala katilnya.

Faizah kembali berbaring dikatil. Suhu yang dingin membuatkan Faizah membantutkan niatnya untuk mandi. Comforter ditarik menutupi badannya. Hangat sedikit tubuhnya. Akhirnya Faizah kembali ke alam mimpi. Mira juga kembali ke alam mimpi di katil atas setelah menunaikan solat.

**************

SUDAH hampir sepuluh minit mereka menunggu di perhentian bas di dalam kampus ini namun wajah Faizah dan Mira masih tidak kelihatan. Farhan, Deli dan Afiq masing-masing berjalan mundar-mandir. Masing-masing memikirkan berbagai-bagai andaian. “Mira demam agaknya,” kata hati Afiq. “Faizah tak nak pergi agaknya,” hati Farhan pula berkata. “Entah-entah tak bangun lagi,” hati Deli berbisik.

            “Cuba kau call si Faiz tu Farhan,” Deli memberikan cadangan. Farhan mengeluarkan handphone Sony Ericsson miliknya daripada saku seluar. Ditekan butang call dan terpampang nama Faizah di skrin di bahagian dialled number. Ditekan pada nama Faizah dan talian sudah bersambung.

            Getaran yang datang daripada handphone yang diletakkan di sebelah bantal kepalanya membuatkan Faizah terjaga daripada tidur. Diambil telefon tanpa membuka mata. Ditekan butang answer tanpa melihat siapakah gerangan yang menelefonnya pagi-pagi ini.

            Panggilan Farhan bersambut. “Hello.” Lembut sekali suara dihujung talian. Pantas Farhan melihat kembali skrin handphonnya. Benar. Memang nombor Faizah. Senyuman nakal menghiasi bibir Farhan. Idea mengusiknya datang serta-merta.

            “Hello.” Suara itu menuturkan lagi. Jika tidak ada tulang rusuk yang melekat dibadannya ini, Farhan pasti jantungnya sudah meloncat keluar. Bergetar naluri lelakinya mendengar suara itu. Bukan setakat cair, malah suara itu bisa meleburkan mana-mana jiwa lelaki yang mendengarnya.

            “Hye sexy. Pukul berapa you nak bangun ni. Cuba tengok jam you pukul berapa sekarang ni,” Farhan menuturkan dengan lemah-lembut. Afiq dan Deli yang mendengar perbualan antara dia dan Faizah sudah mula menggelengkan kepala. Farhan ini memang tidak boleh jika tidak mengusik Faizah sehari.

            Faizah yang mendengar suara Farhan dihujung talian bingkas bangun. Dilihat jam yang tersangkut di dinding bilik I2-06 itu. “Mak aiii, pukul sepuluh lima belas minit dah. Macam mana boleh terlupa. Tak sedar pulak tu. Ni semua salah Full House,” Faizah memarahi dirinya sendiri. Dahinya ditepuk berulang kali. Kepalanya disembamkan ke bantal busuknya. Malunya dia kepada Farhan.

            Farhan yang mendengar berbagai-bagai bunyi dihujung talian hanya ketawa. Pasti muka Faizah sudah merah padam menahan malu. “So sexy, pukul berapa nak sampai dekat depan ni? Penat dah kami menunggu,” Farhan memulakan bicara kembali.

            “Orang tahu lah. Setengah jam lagi orang sampai,” Faizah menuturkan lantas mematikan talian.
           
            Mira yang mendengar perbualan Faizah tadi pantas bangun dari tidurnya dan terjun daripada katil atas. Tuala dicapai dan mereka pantas menuju ke bilik air.

            Setelah mandi, masing-masing sibuk bersiap-siap. Mujur mereka berdua telah menyeterika pakaian malam tadi. Faizah tampil ringkas mengenakan jeans dan kemeja t berwarna biru lembut. Tudung biru warna senada hanya di selak kebelakang. Beg sandang berwarna putih dipakai menyilang di badan. Kasut sukan berwarna putih di sarungkan ke kaki. Mira pula ayu dengan blouse pink dipadankan dengan slack putih. Tudung berwarna putih dipin kemas di bahu. Beg duit pinknya hanya dibimbit ditangan. Sandal berwarna putih dicapai daripada rak dan disarungkan ke kaki.

            Kini mereka berlari keluar daripada Kompleks Kediaman Siswi menuju ke pintu masuk UiTM di mana perhentian bas kampus terletak di situ. Setelah hampir lima belas minit mereka berlari, akhirnya mereka sampai di perhentian bas dalam keadaan tecungap-cungap. Masing-masing berpeluh-peluh. Mana tidaknya, mereka seolah-olah peserta yang mengambil bahagian dalam acara lari pecut di dalam Sukan Sea.

            “Nah, minum dulu,” Deli menghulurkan sebotol air mineral kepada Faizah. Farhan hanya memerhati. Tanpa banyak bicara, Faizah membuka penutup botol lalu meneguk air beberapa kali. Begitu juga dengan Mira. Air mineral yang dihulurkan oleh Afiq diteguk sehingga separuh botol. Setelah nafas mereka reda, Faizah memulakan bicara.

            “Jom,” ujarnya sepatah dan kakinya pantas melangkah keluar daripada kampus menuju ke perhentian bas yang terletak diluar kampus. Memandangkan pagi-pagi begini, tiada bas UiTM yang keluar ke Bandar Jengka, mereka mengambil keputusan untuk menanti Bas Seri Jengka yang menuju ke Kuantan berhenti di perhentian bas dihadapan kampus ini.

            Setelah lima belas minit menanti, akhirnya Bas Seri Jengka kelihatan. Mereka menaiki bas tersebut. Namun nasib mereka agak malang apabila semua tempat duduk telah penuh dengan penumpang. Mereka berlima harus berdiri selama dua jam perjalanan untuk ke Kuantan.

            Mereka mula terhuyung-hayang apabila bas melalui lebuhraya yang berliku-liku  bagai ular dipalu. Faizah yang mengantuk hampir terhumban ke hadapan apabila secara tiba-tiba bas menekan brek kecemasan. Pantas Farhan memeluk erat pinggangnya. Deli pula memegang tangannya. Afiq pula menahan Mira menggunakan dadanya yang bidang. 

Sah Faizah dan Mira ini benar-benar mengantuk. Entah apa jua yang mereka buat malam tadi. Faizah yang biasanya melenting apabila dia disentuh oleh mana-mana lelaki kini tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Tangan Farhan dan Deli masih lagi melekat dipinggang dan tangannya. Bagi Farhan dan Deli, mereka tidak mempunyai apa-apa maksud terhadap Faizah. Hanya sekadar melindungi perempuan yang mereka sayangi ini.
Afiq juga berniat begitu.

*************

SETELAH dua jam perjalanan, akhirnya mereka tiba di Benteng, stesyen bas kecil di Bandar Kuantan ini. Sungai Kuantan terbentang luas dihadapan mata mereka. Hospital Tengku Ampuan Afzan kelihatan diseberang jalan. Farhan menahan sebuah teksi untuk mereka ke Mega Mall yang terletak agak jauh daripada stesyen bas ini.

            Setelah membayar tambang teksi, mereka berlima melangkah masuk ke dalam Mega Mall, pusat membeli belah yang terkenal di Kuantan ini.

            “Nak pergi mana dulu ni?” Faizah bertanya.

            “Kita pergi makan dulu. Kau tu ada gastrik. Pagi tadi tak makan apa-apa kan?” Deli menyoal.

            Faizah  sekadar mengangguk bagi menjawab pertanyaan Deli. “Makan mana?” Faizah bertanya lagi.

            “Kau nak makan mana? KFC, McD, Kenny Rogers, Pizza, semua ada kat sini,” Afiq sudah menyenaraikan tempat makanan yang ada di situ.

            “Makan KFC boleh? Saya teragak nak makan KFC,” Mira mencelah.

            “Faiz ok je. Yang lain macam mana?” Faizah meminta pendapat yang lain.

            “On je.” Farhan menjawab apabila sudah melihat Deli dan Afiq menganggukkan kepala mereka.

            “Ok,korang cari tempat dulu. Aku dengan Mira nak pergi ladies. Korang order je la apa-apa, aku telan semua,” sempat Faizah meninggalkan pesan sebelum dia dan Mira menuju ke tandas.

            “Ok madam,” Farhan menuturkan sambil mengenyit mata. Faizah dan Mira pantas meninggalkan mereka bertiga.

            Setelah mengemaskan kembali letak tudung, Faizah dan Mira keluar daripada bilik air. Mereka masuk ke dalam KFC dan mencari sinki untuk membasuh tangan. Sambil itu mata mereka meninjau-ninjau tempat duduk yang dipilih oleh jejeka bertiga itu. Tiada di bahagian bawah, mereka menaiki tangga untuk meninjau di tingkat atas pula. Di lihat tiga jejaka sedang berbual-bual di meja tengah dengan enam kerusi itu. Mereka berjalan menuju meja itu dan mengambil tempat duduk. Faizah seperti biasa duduk disebelah Farhan manakala Mira duduk di sebelah Afiq.

            Deli membaca doa makan sebelum mereka mula makan. Setelah mengaminkan bacaan doa makan tadi, mereka mula menjamah paket Snack Plate yang telah di beli oleh Farhan. Tidak lupa Cheesy Wedges yang menjadi kegemaran Faizah. Pasangan suami isteri bersama seorang anak kecil dalam lingkungan usia satu tahun yang mengambil tempat duduk di belakang Faizah sedikit sebanyak menggangu konsentrasi Faizah dan Farhan untuk makan. Mereka berdua memang sangat sukakan budak-budak.

            Setelah geram melihat anak kecil yang sudah pandai duduk dan makan sendiri itu sejak tadi, Faizah akhirnya mencubit pipi anak tersebut. Geram sungguh dia melihat pipi anak tersebut yang gebu. Farhan pula memberi satu Cheesy Wedges kepada anak itu. Anak itu tunduk malu-malu, namun Chessy Wedges yang diberi oleh Farhan tadi di ambil dan diisap perlahan-lahan.

            Faizah yang masih geram dengan anak itu terus mencium pipinya berulang-ulang kali. Ibu muda itu hanya tersenyum melihat gelagat Faizah. Farhan yang duduk di sebelah sudah tersenyum melihat keayuan sebenar Faizah. Begitu juga dengan Mira, Deli dan Afiq. Masing-masing ternganga apabila melihat Faizah dalam versi perempuan melayu terakhir.

            Sedar dirinya diperhatikan, Faizah lantas menundukkan muka dan menikmati semula ayam gorengnya. Yang lain hanya ketawa. Setelah semuanya menghabiskan makanan masing-masing, mereka mula masuk ke bahagian pakaian yang terletak di tingkat empat pusat beli-belah tersebut.

            “Kau nak shopping apa Farhan? Kemeja ke tie?” soal Faizah sambil tangannya membelek-belek tie yang di gantungkan di hanger-hanger kecil.

            “Jom ikut aku,” ringkas Farhan menuturkan.

            Faizah dan yang lain hanya mengikuti langkah kaki Farhan. “Eh, ni tempat baju perempuan. Takkan si Farhan ni nak beli baju perempuan kot,” bisik Faizah dalam hati apabila Farhan membawa mereka ke bahagian perempuan. Yang lain hanya tersenyum.

            Setelah berhenti di satu deretan pakaian perempuan yang dirasakan sesuai untuk Faizah, Farhan memulakan bicara.

            “Hari ni kitorang nak makeover kau jadi perempuan wahai Nur Faizah,” tutur Farhan selamba. Faizah menjegilkan matanya. “Makeover apa pulak ni,” otaknya masih belum dapat mencerna.

            Pantas Farhan memilih tiga pasang blouse dan skirt labuh, lalu di serahkan kepada Faizah yang masih blur.
           
            “Pakai ni. Aku nak tengok,” Farhan menolak Faizah hingga ke dalam ruang persalinan. Faizah hanya menurut perintah.

            Sementara itu, Deli sibuk memilih tudung untuk dipadankan dengan blouse yang dipilih oleh Farhan tadi. Afiq pula memilih brooch yang sesuai untuk digayakan dengan tudung yang dipilih oleh Deli. Mira pula kembali dengan sepasang high hills empat inci.

Mewakili yang lain, Mira mengetuk pintu bilik persalinan yang dimasuki oleh Faizah tadi dan menyerahkan tudung, brooch dan high hills yang telah mereka pilih sebentar tadi. Faizah dengan muka terkejut hanya menerima semua barang yang diberikan oleh Mira. “Kami cakap, pakai semua ni,” Mira membisikkan ke telinga Faizah dan terus menghilangkan dirinya disebalik daun pintu bilik persalinan.

Di dalam bilik persalinan, Faizah mencuba blouse dan skirt labuh yang diberikan oleh Farhan tadi. Diambil tudung yang dipilih oleh Deli tadi dan disarungkan ke kepala. Brooch yang dipilih oleh Afiq dipinkan di bahu. Akhir sekali, high hills empat inci yang dipilih oleh Mira tadi disarungkan ke kaki. Faizah memandang sekali lagi dirinya dihadapan cermin. Tidak pernah dia memakai pakaian begini.

Farhan, Mira, Afiq dan Deli, masing-masing menanti dengan penuh sabar di luar bilik persalinan. Bagaimanakah penampilan Faizah setelah di‘makeover’ oleh mereka. Kedengaran selak pintu dibuka. Empat pasang mata menoleh ke belakang menunggu Faizah keluar daripada bilik persalinan itu. Dan akhirnya high hills empat inci tadi telah menapak keluar.

Faizah berjalan perlahan-lahan keluar daripada bilik persalinan itu kerana takut dirinya terpelecok. Tidak pernah dia memakai high hills atau sandal yang sewaktu dengannya. Menggigil kepala lututnya. Dia tidak dapat bayangkan bagaimana artis-artis Korea boleh menari menggunakan high hills.

Empat pasang mata tadi terpegun memandang gadis yang berdiri dihadapan mereka kini.

“Subhanallah,” ayat pertama yang dituturkan oleh Farhan. Senyuman terukir dibibirnya.

“Wow!!” Afiq menuturkan sepatah.

“Ayu,” Deli mengucapkan sambil memandang Faizah daripada atas hingga ke bawah.

“Cantik,” komen Mira.

            Muka Faizah sudah merah padam. Malu sungguh. Tidak pernah dia berpakaian begitu. Mendengarkan komen mereka berempat membuatkan dia semakin malu. Setelah mereka berempat berpuas hati, Faizah menukar semula kepada pakaian asalnya. Farhan pula membuat bayaran di cashier berdekatan.

            Hari ini mereka berjaya membuat makeover untuk Faizah. Semasa jalan pulang ke Kompleks Kediaman Siswi, Farhan sekali lagi mengingatkan kepada Faizah, dia mahu melihat Faizah memakai pakaian itu pada hari isnin nanti. Faizah sekadar mengangguk mengiakan kata-kata Farhan. Namun dalam hatinya hanya tuhan yang tahu.

**********
©Hak Cipta Terpelihara : ~Isha Idiaz~





Share

0 comments: