Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz

Mereka Pembaca Setia

Aku, Kau, atau Dia
Jenis Karya : Cerpen

By : Isha Idiaz

**************
Bila tiga bibir berbicara..
Yang salah adalah siapa?
Aku,Kau atau Dia?

Tiga nama, tiga rasa.. Sha, AE dan SNMR.. Antara mereka ada satu rasa. Rasa cinta. Dan antara mereka, siapakah yang bersalah? Adakah Sha, AE atau SNMR? Mari kita selami perasaan mereka….

***************
1. Sha

Sha melalui hari-harinya tanpa AE. Tiada lagi airmata mengalir dipipinya.
Tiada juga tawa yang menghiasi bibirnya. Sekadar menjalani harinya seperti biasa.Mengenang kembali memori bersama. Di capai diarinya. Di tulis sesuatu di dalam dairi itu. Bagi Sha, hanya kata-kata ini yang mahu di ucapkan olehnya kepada AE.

Dear AE..
4 being ur fake girlfriend i blaja banyak dr u.. I thnk i'm heartless but at the end i fall 4 u.
4 being ur true gf, w'pun cume 14 jam,thnx 4 all dat gud moment.. U teach me how 2 b patient.. How 2 face all dis kind of situation
4 being ur ex, i'm really sorry . I cume nk u tau, ape prasaan i ble u wat i mcm 2, left me without saying anything,  i try hard 2 let u know my feelings, tp u xpnh amek peduli
I’ve done everything that I can to make sure dat u cn live happily with her. But then, u stil blame me 4 wat had happen..
Eventhough I’m really sad coz u r using me n my love 2 get SNMR bck 2 u, I redha..  Coz I only wnt u 2 b happy..

Keluhan berat di lepaskan. Lembaran berikut di diarinya di buka. Sha juga mahu mengucapkan sesuatu kepada SNMR.

Ya, SNMR yang dikenalinya sebagai ex AE dalam jangka waktu yang singkat. Tapi cukup untuk membuat Sha beralah dengan gadis ini. Mungkin kerana mereka mempunyai sejarah silam yang sama. Kerana itu Sha merasa SNMR lebih berhak mendapat cinta AE. Lalu dengan alasan itu Sha mengundurkan diri.
Dan jarinya pantas mencatat sesuatu di lembaran diari yang terbuka itu.
            
            Dear SNMR,
            Sorry coz I quit from being ur advisor, doctor n sis..
            If you really need my help, I’ll be there 4 u but it’s not about AE anymore..
            I’m sorry dat I broke our promise...
But I wnt u 2 know dat I’m doing all dis coz I dun wnt 2 b blamed by AE.
He might think dat I did not wnt 2 help him coz I wnt 2 c him suffer..
Plz forgive me dear..

Pena itu diletakkan di atas meja. Sekilas Fisha memandang lembaran diari itu. Seketika kemudian, ditutup diari itu. Fisha bangkit dari kerusi. Di kembalikan diari miliknya itu di rak bukunya. Biarlah kisah mereka bertiga kaku di situ. Dia tidak mahu AE dan SNMR terluka kerananya

            “Akukah yang bersalah kerana menyakiti keduanya?”, hati kecilnya bertanya.

*****************

2. AE

Perasaannya berkecamuk kini. Antara rasa bersalah dan simpati kepada Sha dan rasa cintanya kepada SNMR.
Sha, insan yang pernah hadir ketika dia benar-benar memerlukan sokongan. Walaupun hanya seketika, tapi cukup membuai rasa. Cukup untuk melupakan ingatannya pada SNMR saat dia di tinggalkan tanpa khabar berita.

I’m sorry Sha for left u macam tu je.. Xde niat...
Memang i yang salah sebab tinggalkan u..

Itulah kata-kata yang di ucapkannya pada Sha lewat YM malam itu. Dia tahu Sha kecewa. Tetapi cintanya kepada SNMR lebih bererti untuknya.

Ingatannya kembali pada malam itu. AE berusaha memujuk semula SNMR yang telah mendapat tahu cerita cintanya bersama Sha. Bagi AE, dia sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan cinta SNMR. Kerana itulah AE telah memaksa Sha untuk mengatakan kepada SNMR yang cinta Sha padanya adalah dusta semata-mata. Antara mereka tiada apa-apa. AE juga meminta agar Sha meyakinkan SNMR bahawa hubungan mereka tidak lebih dari seorang teman waktu itu. Namun, AE terlupa, kerana kerakusannya, Sha terluka. Sangat terluka. Namun kerana cinta Sha pada AE, diturutkan jua semua permintaan AE itu. Agar Sha tidak di persalahkan. Satu-persatu ayat pada malam itu bermain di mindanya.
           
             AE : u ckp dgn SNMR
      : yg u benci i
      : u ingin tgk i dgn dia hepi
Sha: as u wish AE..

Rasa bersalahnya pada Sha memang tiada penghujungnya. Namun cinta AE pada SNMR juga bukan dusta. Antara menyelamatkan cinta atau memberi cinta. Tetapi AE memilih untuk menyelamatkan cintanya.
           
“Akukah yang bersalah kerana telah memberi harapan kepada Sha, lantas memusnahkan harapan itu sekelip mata?”, bisiknya dalam hati.

***************

3. SNMR

Cintanya kepada AE yang berputik sewaktu mereka di tingkatan empat lagi membuatkan dia sukar untuk melupakan insan bernama AE dalam hidupnya. Dia masih ingat, ketika itu, dia masih seorang gadis yang periang dan bersahaja. Malah cerita cintanya dengan AE menjadi perbualan rakan-rakan di sekolah. Setelah tamat SPM, mereka sama-sama mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Melaka. Namun ketika itu dia sudah punya teman istimewa. Dan kerana itulah dia tekad meninggalkan AE kerana baginya AE tidak pernah meluahkan perasaan cinta kepadanya. Namun perasaannya pada AE tidak pernah berkurang. Kelihatan segaris senyuman terukir di bibir SNMR.

            “Kenapa hanya kau yang ku cinta? Kenapa hanya kau yang ku puja?”, bisik hatinya.

Ingatannya kembali kepada Sha. Ya, bagi SNMR, Sha adalah insan yang mencintai AE setulus hatinya. Malah dia juga pernah mengalah tatkala mendapat berita Sha adalah kekasih AE. Mengalahnya bukan kerana takut kepada Sha. Tetapi dia mengalah kerana SNMR merasa cintanya kepada AE tidak sehebat cinta Sha kepada AE. Kerana itu dia menarik diri setelah pertama kali dia mengenali Sha menerusi YM.

Perasaan bersalah menyerbu hatinya bila teringat perbicaraan mereka lewat YM malam itu.

SNMR    :so u nk i bwt pe?
:u nk i blik dengan die?
:n u trus sakit tngok kami bdue?
: i xnk k
: u n i
: deserve happiness in life
: bkn hidup utk merana lagi.. sakit lg
: so tell me
: u nk i bwt pe???
Sha      : as u wish
: and as he wish
: go bck 2 him
: mencintai x semestinya memiliki SNMR
:nthng left 4 me either
: n i dun wnt 2 b hurted again..
: i dun wnt 2 b blamed 4 da rest of my life
: i bkn perampas dan bkn juga merampas
: tp i nk pulangkan die pd u
: live well n m8 sure he happy
: n i'll b happy 4 him 2..
: dats all

Adakah itu yang di namakan cinta? Berkorban kebahagiaan diri sendiri untuk melihat kebahagiaan orang yang di cintainya? Benarlah, Sha lebih layak berada di sisi AE berbanding dirinya kerana dia bukan sesiapa. Kerana kembalinya dalam hidup AE semula telah membuatkan hubungan AE dan Sha terputus begitu sahaja. Putus tanpa kata. Malah AE lupa janjinya kepada Sha semata-mata mahu mengejar cintanya.
           
“Akukah yang bersalah kerana hadir di antara mereka saat merka sedang mencipta bahagia?”, persoalan itu kerap kali mengganggunya. Kerana dia benar kecewa. Kerana SNMR juga tidak mahu kehilangan cintanya.

****************

Kini fikirannya lebih tenang. MP3 miliknya sedang memainkan lagu Salam Terakhir dendangan Allahyarham Sudirman. Lagu ini benar-benar menyentuh hatinya.

Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang

Pemergiannya memang tidak di rancang. Malah dia dengan berat hati menyekat AE dan SNMR daripada senarai YM nya. Malah semua media yang bisa menghubungkan mereka di sekat oleh Sha. Bukan kerana Sha membenci mereka. Sekadar dia mahu merawat luka di hatinya. Hatinya benar-benar terluka.

Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu

Ya, dia bakal merindui kedua-dua insan itu. Namun tiada penyesalan di hatinya kerana telah di korbankan masa untuk dirinya sendiri dan menggunakan masa yang terluang sebaik mungkin semasa tempoh perkenalan mereka agar mereka tidak merasai kehilangannya nanti.

Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya

Ya. Kenyataan  bahawa hubungannya bersama AE tidak mampu bertahan walaupun sehari benar membuat dia kecewa. Mengapa berjanji untuk setia jika AE tahu akan meninggalkannya…

Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu


Ya Allah, hanya padaMu aku menyembah dan hanya padaMu tempat ku memohon pertolongan. Berilah kekuatan kepada hambaMu untuk melalui dugaanMu ini. Ampunkanlah aku Ya Allah sekiranya aku terleka dengan cinta kurniaanMu ini sehingga melupakanMu. Ampunkanlah juga kesalahan AE dan SNMR terhadapku.


Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan

Mencintai tidak semestinya memiliki. Jika aku di beri peluang walaupun sehari, aku tetap akan mencintaimu AE. Cinta sampai mati… Malangnya masa mencemburui kita. Kerana tidak pernah bersua, hanya secebis ingatan kasih sayang yang ku tinggalkan buatmu sepanjang kita bersama.

Salam ku yang terakhir
Salam terakhir dariku buat kalian berdua. Gapailah impian, ciptakanlah bahagia, agar aku juga bisa tersenyum ketika melihat kalian bahagia. Jangan pernah menyerah kalah. Kerana cinta bukan untuk di dusta. Kerana cinta bagiku begitu bermakna.
Bila tiga bibir berbicara..
Yang salah adalah siapa?
Aku,Kau atau Dia?

**************

©Hak Cipta Terpelihara - Isha Idiaz 

Share

2 comments:

ainhjzack said...

kesinambungan cerpen 1 kan.. tak faham la cerpen ni.. kalau bole explain sikit.. blur blur blur

Isha Idiaz said...

ainhjzack: yup.. kesinambungan cerpen 1.. blh hubungi menerusi ym sy jika tidak fhm mana2 plot yg ada..