Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz

Mereka Pembaca Setia

Puisi 17 : Selamat Tahun Baru, wahai Mr. Nice Guy ku!
Oleh : Isha Idiaz

*****
Saat aku bersedih,
Dia hadir membuat aku rasa tidak tersisih.
Perkenalan yang tak di duga,
Dia datang membawa bahagia.

Corat-coret hati insan yang tidak dikenali,
Tetapi dia lebih memahami.
Bukan aku minta berlebih-lebih,
Aku cuma minta kau tidak bersedih.


Mr. Nice Guy,
Engkau anugerah terindah di malam tahun baru,
Kerana kau aku sentiasa tersenyum selalu.
Mungkin hala tujuan hidup kita tidak sama,
Tapi aku terima kamu apa adanya.

Kerana kau Mr Nice Guy di malam tahun baru,
Aku hadiahkan puisi ini hanya buatmu.
Mungkin antara kita ada dusta,
Ketahuilah engkau, ini, aku yang nyata.


Selamat Tahun Baru, Mr Nice Guy ku! (^_^)

*****
©Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz
Share

2 comments:

aira mohamad said...

terbaik la kak isha..
selamat tahun baru jugak..
moga akak dpt hasilkan karya yg lg baik dr 2011 k!! :)

ISHA IDIAZ said...

Aira : Tq syg~ Selamat tahun baru jugak.. InsyaAllah. Mohon doanya.. :-)