Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz

Mereka Pembaca Setia

Assalammualaikum dan Selamat sejahtera.


Sedikit perkongsian untuk pembaca setia blog ini. 


11.12.2011


Apa istimewanya tarikh ini? 


Tarikh ini sangat bermakna dalam sejarah nama Isha Idiaz. Pada tahun lepas dengan tarikh yang sama adalah pertama kali saya mula menulis. Kini, genaplah usia saya menggunakan nama Isha Idiaz ini selama setahun dengan berkecimpung dalam dunia penulisan.






Di manakah saya mula-mula menulis?


Saya mula menulis di FB notes buat pertama kali. Alhamdulillah, notes saya yang bertajuk Kerana Aku Bukan Seorang Ustazah mendapat perhatian daripada teman-teman di FB. Mereka meminta agar notes ringkas itu dipanjangkan menjadi sebuah cerita. Dan daripada situ saya mula menulis setiap minggu dan hanya mengupdatenya di notes FB.


Karya pertama saya?


KABSU ataupun singkatan kepada Kerana Aku Bukan Seorang Ustazah merupakan karya pertama saya. Pada asalnya ia sebuah nota ringkas luahan hati saya. Atas permintaan teman-teman, saya melanjutkannya sebagai sebuah e-novel.


Blog pertama saya?


Sebelum ini saya mempunyai blog peribadi yang memuatkan berbagai kisah kehidupan saya sendiri dan bercampur aduk dengan karya-karya saya sebelum ini yang lebih fokus kepada puisi dan sajak. Kerana sukar mencari karya-karya saya di sana, maka saya membuat blog ini yang khusus menempatkan semua karya-karya saya.


Sejak bila minat menulis?


Saya meminati bidang penulisan sejak di sekolah rendah lagi. Mungkin kerana sering curi-curi membaca novel yang dibawa oleh rakan-rakan di sekolah ataupun yang dipinjam daripada perpustakaan, saya sangat minat membaca novel dan dari situ timbul azam untuk menjadi seorang penulis apabila sudah dewasa. Saya juga sangat meminati subjek sastera dan Bahasa Melayu sewaktu sudah melangkah ke sekolah menengah. Masih saya ingati, hanya saya seorang yang mendapat nilai A1 untuk subjek Bahasa Melayu penulisan ujian pertama sewaktu di tingkatan empat. Dari situ azam itu semakin bertambah kuat. 


>>Kepada guru Bahasa Melayu saya, Puan Arfah dan Encik Nor Hashim Baharin, terima kasih atas tunjuk ajar cikgu kepada saya sepanjang tingkatan tiga hingga lima. 


Siapa yang mendorong saya untuk menulis?


Seorang insan yang saya kenali melalui muka buku. Kerana dia, saya mula menulis. Kerana dia, saya masih di sini hari ini untuk menyudahkan apa yang telah saya mulakan dengannya suatu masa dulu. Dia insan pertama yang merestui minat saya dalam bidang penulisan dan mendorong saya untuk menulis secara aktif. Dia sangat percaya saya boleh melakukannya. Walaupun dia tidak pernah memberikan komen terhadap karya-karya saya, tetapi saya tahu dia membacanya. 


>>Kepada awak, terima kasih kerana mempercayai bakat yang ada pada saya.  Awak suruh saya menulis apabila saya rindukan awak selama tempoh 365 hari ini. Saya menulis sehingga sekarang kerana saya sangat rindukan awak. Saya mahu awak tahu yang saya benar-benar rindukan awak sepanjang tempoh 365 hari ini.


Kenapa menggunakan nama Isha Idiaz?


Isha. Asal nama daripada Farisha. Nama yang mahu diberikan oleh ibu saya semasa mengandungkan saya selama sembilan bulan tetapi sewaktu mahu mendaftar nama, ibu saya terlupa nama Farisha ini. Makanya, saya sangat ingin menggunakan nama ini. Idiaz. Nama orang pertama yang merestui minat saya dalam bidang penulisan ini. Dia yang suatu masa dahulu sentiasa memberikan dorongan kepada saya. Isha tidak akan wujud tanpa Idiaz. Kerana itu saya menggunakan nama Isha Idiaz.


>> Kepada Idiaz, ini untuk anda. Penghargaan saya yang tidak terhingga kepada anda. Di mana ada saya, pasti di situ ada anda. 


Pernah kecewa dan putus asa sepanjang setahun menulis?


Pernah. Bagi yang mengikuti E-Novel KABSU daripada awal, anda pasti tahu mengenai hal ini. Saya sangat berputus asa ketika itu kerana saya merasakan saya sudah hilang percaya pada diri sendiri. Waktu itu adalah saat paling getir ketika baru mahu menatih dalam dunia penulisan. Saya menghentikan KABSU pada episod 12 dan sehingga kini saya masih belum bisa menyambung episod itu. Sewaktu saya bangkit kembali dari rasa putus asa, saya memulakan penulisan DDKM dan pada episod 12, sekali lagi saya mengalami hal yang sama. Namun kerana pembaca setia DDKM, alhamdulillah, saya berjaya menyambung DDKM hingga ke episod 18 pada hari ini.


Bilakah masa saya menulis?


Kerana keterbatasan waktu dan jadual kuliah yang amat padat, saya terpaksa menggadaikan masa tidur saya pada hujung minggu untuk mengupdate DDKM mahupun menulis cerpen baru. Malah jika terpaksa tidak tidur juga saya sanggup demi pembaca setia saya. 


Apa harapan saya?


Semoga segala urusan dipermudahkan untuk saya terus menulis. Saya sangat berharap agar DDKM dapat dihantar ke meja editor sebelum saya praktikal di hospital pada hujung tahun depan insyaAllah. Kepada semua pembaca setia, terima kasih kerana masih terus membaca karya saya hingga hari ini. Saya sangat menghargai kalian. 


Sedikit info mengenai Isha Idiaz


Nama : Isha Idiaz
Tarikh Lahir : 21 Mac 1988
Asal : Johor Bahru
Pendidikan : Medical Doctor, Hasanuddin University, Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia
FB, Fanpage, Twitter, Skype, Formspring : Isha Idiaz
Kerjaya : Freelance Writer at penulisan2u.my, Freelance DJ at KaryaFM


Sekian daripada saya. Terima kasih sudi meluangkan masa anda untuk membaca coretan ini. Harap perkongsian ini dapat menjawab pertanyaan anda selama ini tentang saya.


Selamat Ulang Tahun Pertama Isha Idiaz.. (^_^)


Salam Sayang,
Isha Idiaz









Share

2 comments:

memey said...

woop woop !! orang pertama nie . hahaha . selamat ulang penulisan pertaman kak isha idiaz ! semoga berterusan menulis hendaknya :)

RinsyaRyc said...

sape la idiaz tu ek> bertuahnya dia.. ^__^