Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz

Mereka Pembaca Setia

Puisi [4] : Kerana Aku Di Ciptakan Untuknya
Oleh : Isha Idiaz
 
****************
Di dalam kesamaran cahaya
Terduduk di sudut yang kulihat adalah dia
Tangisan yang ku dengar adalah miliknya
Benarkah dia sedang kecewa?

Aku tertanya-tanya
Masihkah ada cinta untuknya?
Bersedihkah dia saat dia kecewa?
Tetapi yang kulihat dia tertawa dengan titisan air mata

Berapa ramai antara mereka yang tahu dia menderita?
Berapa ramai yang tahu dia sengsara?
Tahukah mereka tawanya itu hanya dusta?
Menutup helai-helai duka yang ada di setiap lapis hatinya

Ku dekati dirinya
Ku lihat wajah suram itu begitu menderita
Ku bertanya kenapa kau tidak mahu meninggalkannya?
Dengan tenang dia menjawab kerana aku di ciptakan untuknya..

Kau di ciptakan untuknya?
Jika benar kenapa dia harus berdusta?
Mata itu redup memandangku tanpa kata
Yang ku tahu dia sedang berduka

Ku tinggalkan dia di situ
Di sudut itu dia masih kaku
Masih di belenggu
Dengan keyakinan aku di ciptakan hanya untukmu..

 *************
©Hak Cipta Terpelihara - Isha Idiaz
Share

0 comments: