Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz

Mereka Pembaca Setia

Kerana Aku Bukan Seorang Ustazah a.k.a. K.A.B.S.U. [11]
Jenis Karya : E-Novel
Oleh : Isha Idiaz

*****************
Secalit senyuman terukir di bibirnya. Fisha bingkas bangun dari kerusi. Di kemas kembali buku yang berselerak saat dia membuat rujukan tadi di bookshelf yang terletak di sudut kanan meja studynya. Softboard di depan di tatapnya kini. Di selak kalendar akademik yang di lekapkan di softboard itu. Semester lima hampir berakhir. Pantas sungguh masa berlalu. Sepantas masa yang di luangkan olehnya bersama Fahmi.

Enam bulan berlalu sudah. Persahabatan Fisha dengan Fahmi kian akrab. Cinta lama di biarkan tidak bersapa. Walaupun pintu hati diketuk kenangan lama setiap hari, bagi Fisha, persahabatan yang terjalin kembali ini harus di jaga supaya mereka tidak akan terpisah lagi. Baginya kata cinta itu harus di kunci di dalam kotak hatinya. Di buang jauh rasa itu. Kini dia mengenali Fahmi atas nama sahabat dan tidak akan lebih dari itu.


Sayup kedengaran lagu Without Words dari handphone milik Fisha menandakan ada SMS baru yang di terimanya. Fisha berlari anak menuju ke katilnya. Di panjat katil dua tingkat itu untuk mengambil handphonenya yang di letakkan di bawah bantal. 

Morning doesn’t mean getting up and working again, it rather means God loves you so much to let you live and see another day. Good Morning dear Fisha.

Fisha tersenyum. Hampir setiap hari dia menerima SMS dari Fahmi. Indahnya persahabatan jika di sulami dengan senyuman. Jari jemarinya menekan kekunci handphone dan menekan butang send.

                Morning too dear Fahmi. So, what’s up? Apa plan hari ni? 

Begitulah hubungan mereka. Perkara kecil yang bisa membuatkan mereka bahagia. Fisha bersandar di dinding. Kakinya dilunjurkan sambil menanti SMS nya berbalas.

                Hari ni I nak apply to further degree. I nak try apply engineering kalau dapat.

Pengajian Fahmi hampir tamat di matrikulasi. Dia bakal menjejakkan kaki ke menara gading tidak lama lagi. Menuntut ilmu agar bisa mendapat segenggam ijazah. 

                Really? Good. Engineering. So, you nak apply mana ni?

Tertanya-tanya juga Fisha dimana Fahmi mahu melanjutkan pelajarannya.

                I apply UTM. But then, dekat tempat you Pahang tu ada juga kan universiti yang ada course engine? Apa eh nama dia?

Universiti Teknologi Malaysia. “Memang sesuai kalau nak apply engine. Sah-sah banyak course yang dia suka”, bisik hati Fisha.

Otak Fisha ligat memikirkan kemungkinan universiti yang di maksudkan Fahmi selain daripada UTM itu. 

Memang ada universiti di Pahang ini yang dulu dikenali dengan nama Kolej Universiti Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia atau lebih dikenali dengan nama KUKTEM. Namun setelah lima tahun beroperasi, pihak Kerajaan Malaysia telah mengumumkan pertukaran nama KUKTEM kepada Universiti Malaysia Pahang (UMP) berkuatkuasa mulai 1 Februari 2007. Itu yang Fisha tahu.

                KUKTEM kan? Yang sekarang nama dia UMP? Yang 1 Februari 2007 kerajaan tukar nama KUKTEM pada UMP?

“Fisha ni dah macam cikgu mengajar sejarah pula gayanya. Orang tanya nama universiti dia bagi sejarah universiti sekali”, ngomel Fahmi dengan senyuman terukir di bibirnya.

                Ye, UMP. Nak ajar I sejarah ke pagi-pagi ni dear? I tak nak belajar subjek sejarah pagi-pagi. I nak belajar subjek cinta pagi-pagi. Tolong ajarkan I subjek cinta Cik Fisha. Hehe.

Darah menyerbu ke mukanya. “Betullah Fahmi ni. Pagi-pagi dah nak buli orang”, Fisha mengomel sendiri sambil kedua-dua tapak tangannya mengusap muka yang dirasakan sudah memerah. Sebetulnya, dalam hatinya masih ada rasa cinta itu. Kata-kata begitu dari Fahmi mengingatkan Fisha pada masa dan kenangan yang mereka telah tinggalkan. 

                Subjek cinta? I tak mahir dalam subjek ni. I dapat E je selalu. I cuma boleh ajar you subjek kecewa En. Fahmi. Nak belajar? Hehe..

“Subjek kecewa?”, Fahmi tersenyum lagi. Fisha memang tidak berubah. Sangat berterus terang. Fahmi tahu Fisha tidak bermaksud untuk menyindirnya. Tetapi dia juga tahu dia pernah mengecewakan hati Fisha.  Sehingga kini dia kesal. Dia akui dalam hatinya masih punya rasa cinta pada Fisha.

                Boleh juga. Ajarkan I subjek kecewa Cik Fisha. Nanti I ajar you subjek cinta. Sebab I selalu dapat A dalam subjek ni. 

“Berlagak sungguh. Nak kenakan orang lah tu”, Fisha seolah-olah tidak puas hati kerana sering di buli oleh Fahmi. Hanya lelaki ini yang sering membulinya.

                I tak nak ajar you dan I pun tak nak belajar dari you apa-apa subjek. Nanti you buli I je.

Tawa Fahmi bergema di seluruh  bilik sebaik sahaja dia membaca SMS dari Fisha. Di rasakan Fisha seakan-akan anak kecil. Rajuknya kadang-kadang bagai anak kecil yang kehilangan mainan. Cuba di pujuk Fisha dengan menukar tajuk perbualan.

                You tahu kenapa I nak apply UMP?

“Mana orang tahu. Dia yang nak apply. Bukan orang”, rungut Fisha seolah-olah Fahmi ada di depannya. Masih protes dengan sikap Fahmi yang suka membulinya.

                I tak nak tahu. You apply la mana-mana pun. Yang penting you sambung study.

“Eh, betul-betul merajuk ni”, Fahmi mulai risau.

                I nak apply UMP sebab I nak dekat dengan you. I really miss you dear. Nanti dah dekat boleh la kita date tiap-tiap minggu. You nak date dengan I tak?

Hatinya tersentuh. Dia dapat menduga perkara itu sewaktu Fahmi menanyakan pertanyaan itu padanya tadi. Tidak di sangka perkara yang sama juga ada di hati Fahmi. Sama seperti apa yang di fikirkannya. 

“I miss you too. Really”, luah Fisha perlahan. Namun dia tidak mahu Fahmi tahu perasannya. Fahmi sudah berpunya. Fisha tidak mahu menjadi perampas kebahagiaan orang lain.

                I tak nak date dengan orang yang tinggi. Nanti sakit tengkuk I nak pandang orang tu.

Fisha semakin berani. Sangat lantang menyuarakan pendapatnya. Fahmi kagum dengan sifat Fisha yang satu ini. 

Walaupun Fisha menyindirnya, Fahmi masih bisa tertawa. Memang dia tinggi. 181cm. Jika di bandingkan dengan Fisha, yang dia ingat sewaktu mereka bertemu di platform itu, Fisha hanya paras dadanya. Mungkin lebih rendah dari itu. Ada benarnya kata Fisha itu. Mungkin lehernya sakit lantaran terpaksa mendongakkan kepala waktu itu. Fahmi masih tersenyum.

                Kesian my dear. Sakit ea. Hehe. K la Sha, I nak pergi CC dulu ni. Nanti malam I call ok.

“Sedar pun. Padan muka kena buli balik”, Fisha berpuas hati kerana dapat membuli Fahmi. 

                Ok. Pergi elok-elok. Will wait for you. Salam.

**************

Fisha sedang bersiap-siap di hadapan cermin. Mengenakan tudung berwarna coklat cair. Sedikit lipice di oles di bibirnya agar tidak kering. Dia akan berjumpa Fahmi sebentar lagi. Pertemuan kedua. Fisha akan di temani oleh kakaknya.

                Kita jumpa pukul 1 k Sha. You tunggu I dekat foodcourt

Fisha maklum hal itu. Masuk kali ini sudah hampir 10 kali Fahmi mengingatkannya. 

                Ye. I tau. Depan rumah I je kot. You tu yang jauh. Pergi siap-siap sana. 

Fahmi bersetuju untuk menemui Fisha di Carrefour. Sesungguhnya, itu bukan tempat yang ideal untuk mengadakan temujanji untuk berjumpa. Carrefour bukan lah tempat untuk muda mudi menghabiskan masa. Ia tidak seperti Plaza Angsana ataupun City Square JB yang terkenal sebagai tempat lepak para muda mudi. Ia adalah tempat sinonim untuk orang yang sudah berkeluarga berbelanja. Namun kerana permintaan Fisha, dia sanggup ke tempat ini. 

Fisha bukan seorang yang pandai bergaul. Malah Fisha tidak tahu sama sekali menaiki bas dan teksi. Kerana itu dia memilih Carrefour sebagai tempat pertemuan. Kerana Carrefour ini betul-betul terletak di hadapan rumahnya. Fahmi tahu akan hal ini. Dan kerana itu dia menurut sahaja permintaan Fisha daripada dia langsung tidak dapat berjumpa dengan insan yang dirinduinya ini.

                You pakai baju apa? Warna apa? Nanti senang sikit I nak cari.

“Warna baju pun nak kena beritahu. Apa la”, Fisha merungut. Dia tidak tahu kenapa hari ini Fahmi berkelakuan sedikit aneh. Hal-hal yang kecil di tanya. Namun Fisha tetap menjawab pertanyaan Fahmi itu.

                I pakai blouse coklat dengan slack hitam. Tudung coklat juga. Light choc

Pantas Fahmi membalas SMS Fisha itu.

                Ok. Wait for me. Will be there in 10 minutes.

Fisha melangkah keluar dari rumah bersama kakaknya. Dia melintas di zebra crossing. Kini telah sampai di pintu masuk Carrefour. 

“Along nak masuk dalam kejap beli barang. Jumpa la dia elok-elok”, sempat alongnya memesan.

Fisha mengangguk tanda faham. Setelah alongnya berlalu, Fisha meneruskan langkah ke bahagian food court.
Di cari kelibat Fahmi di kalangan puluhan orang yang ada di pintu masuk food court itu.

Fahmi sudah melihat Fisha dari jauh. Di lajukan langkah kaki. Dia menghampiri Fisha dari belakang. Di tundukkan sedikit badannya ke arah Fisha. Di dekatkan sedikit mulutnya ke telinga Fisha.

Are you waiting for me my dear?”, ayat yang di tuturkan penuh romantik itu singgah di telinga Fisha. Fisha terkejut. Tindakan reflex mengarahnya untuk menoleh ke belakang, ke arah suara itu datang. Hampir sahaja Fahmi terciumnya. Mujur Fahmi sempat mengangkat mukanya. 

Muka Fisha memerah apabila yang dilihatnya adalah Fahmi. “This guy really make me sick”,tutur Fisha dalam hati.  

“Assalammualaikum. Lama dah ke tunggu I ni?” Fahmi bertanya setelah masing-masing berdiam diri di situ. Di lihat muka Fisha merah. Mungkin malu kerana hampir saja tadi dirinya mengucup pipi Fisha dalam keadaan yang tidak sengaja. Dia memarahi dirinya sendiri.

“Waalaikummussalam. Tak lama”, Fisha menjawab dengan nada yang rendah. Menundukkan wajahnya. Dia masih tidak mampu menatap mata itu. 

Fisha masih seperti kali pertama mereka bertemu. Tidak akan memandangnya. 

“Jom kita duduk sana. You da lunch? I belikan KFC ea”, Fahmi menuturkan perlahan sambil berjalan ke arah tempat yang di maksudkannya.

I da lunch. Kalau you nak makan beli la”, tutur Fisha sambil mengambil tempat duduk di hadapan Fahmi.

You malu ke dengan I? Dari tadi tak angkat muka. Selalu message, call banyak cakap. Ni hari ni I dah ada depan mata senyap pula dia. Kelu dah ea lidah tu bila tengok i?”, Fahmi bertutur selamba. 

Fisha mengangkat sedikit mukanya. Memandang wajah Fahmi. Ya, wajah itu yang dirinduinya. 

“Buli orang je tahu. Pergi la makan. You belum lunch lagi kan?”, sekadar berbasa basi menutup malunya pada Fahmi.

“Ha, baru dengar suara dia. Tu muka tu kenapa merah?”, Fahmi masih lagi mengusik Fisha.

Dilihat wajah Fisha semakin memerah. Benarlah wanita di hadapannya ini malu padanya. Wajah yang di rinduinya. Wajah ini yang sentiasa hadir di dalam mimpi malamnya.

“Mana ada. Eiii. Bagi penumbuk karang  baru tau”, Fisha memberanikan dirinya.

Fahmi hanya tertawa. “Mula dah dia nak protest tu”,bisik hatinya. Ini kali pertama dia melihat Fisha merajuk di hadapannya. Selalunya, dia hanya tahu Fisha merajuk saat mereka SMS atau call. Tetapi dia tidak pernah melihat wajah itu ketika merajuk. Rupanya memang wajah itu sungguh keanak-anakan tatkala merajuk. Seperti yang di bayangkannya sebelum ini. Comel.

“Ganas ea sekarang. Nak tumbuk i. Dah tak sayang I dah?”, Fahmi masih tidak mahu mengalah.

“Tak sayang”, ringkas jawapan Fisha.

Fahmi bangun meninggalkan Fisha. Dia menuju ke kaunter membuat pesanan. Fisha hanya melihat dari jauh. Fahmi datang menghampiri dengan dulang berisi KFC dan dua air tin Soya Bean. Fisha menghidapi gastric. Kerana itu Fahmi membeli air soya bean itu. Dia tidak mahu Fisha sakit nanti. 

“Makan. Nanti you sakit. Jangan tipu I cakap you dah lunch”, Fahmi bertutur dengan nada tegas sambil menyua dulang yang berisi KFC dan air ke arah Fisha. Dia tidak mahu Fisha sakit. 

Fisha hanya menurut perintah Fahmi. Di lihat Fahmi sedang membuka jaket yang di pakainya. Panas barangkali.

Saat memandang baju yang di pakai oleh Fahmi, Fisha hanya mampu menundukkan kepalanya. Coklat. Sama sepertinya. Adakah ini tujuan Fahmi menanyakan warna baju yang di pakainya sebelum dia bertolak ke sini tadi.

“Nah, you minum ni. Jangan minum coca-cola tu”, Fahmi menghulurkan air soya bean yang sudah di buka kepada Fisha.

You pun minum la. Makan. Suruh I buat tapi dia yang degil”, tutur Fisha sambil menyuakan pinggan dan air kepada Fahmi.

“Tak nak suapkan i?”, Fahmi bertanya selamba.

“Eiii.. Apa mengada ni. Suap sendiri”, Fisha menjawab selamba. Dia tahu Fahmi suka menggiatnya.
Kelihatan along di pintu masuk food court. Fisha menghantar SMS kepada kakaknya dan melambai-lambai dari meja. Along menghampiri meja mereka.

“Along, ni Fahmi. Fahmi, my sis”, dilihat Fahmi bangun dari kerusi dan mempelawa kakaknya untuk duduk. 

“Eheh, amik hati along ke fahmi ni”, Fisha tersenyum sambil memberikan along untuk duduk di sebelahnya. Di capai plastik yang penuh berisi barang dan diletak di kerusi sebelahnya.

“Sis dah makan? Fahmi belikan”, Fahmi bertanya kepada alongnya.

“Eh, tak apa. Akak dah makan dah”, jawab alongnya tegas.

“So, Fahmi belajar mana? KMJ kan?”, serius kakanya bertanya.

“Ye kak, KMJ. Sem ni habislah”, jawabnya penuh hormat.

Dan akhirnya Fahmi dan along berbual rancak kerana alongnya juga dulu bekas belajar di Kolej Matrikulasi Johor atau mesra di panggil KMJ. Fisha hanya menjadi pendengar setia sambil memandang mereka silih berganti. Dalam hatinya terbit satu rasa. Alangkah bagus jika mereka  adalah satu keluarga.

Jarum jam menunjukkan jam 2.30. Fisha juga sudah letih. Akhirnya mereka sampai ke penghujung cerita untuk babak hari ini. Fahmi mengiringi Fisha dan kakaknya hingga ke pintu luar. Di lihat kakak Fisha memberi ruang untuk mereka berbicara. Pantas Fahmi memegang erat tapak tangan Fisha lalu meletakkan kotak kecil di atasnya. 

“Pakai nanti”, bisiknya.

“I balik dulu. Kak, Fahmi balik dulu. Assalammualaikum”, tutur Fahmi sopan.

“Waalaikummussalam”, Fisha dan alongnya menjawab serentak. 

Fisha menggenggam kotak itu. Tidak tahu apa isinya. Teringat kata-kata Fahmi tadi. 

Pakai nanti.

****************
©Hak Cipta Terpelihara - Isha Idiaz
Share

0 comments: