Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz

Mereka Pembaca Setia

Cerpen : Bukan Sekadar Cinta…
Oleh : Isha Idiaz


*****


“YOU…” Nazmy berjeda seketika sebelum menyambung kembali kata-katanya.

Farah yang sibuk menulis waktu itu memandang lelaki yang duduk di sebelahnya di Dewan Kuliah itu. Keningnya terangkat sebelah memandang lelaki itu.

“Ni,” ujar Nazmy seraya menghulurkan lembaran kertas kehadiran ke kuliah untuk ditandatangani oleh Farah.


Farah merenung wajah lelaki itu tiga saat. Wajah tanpa perasaan. Setelah itu, dia mengambil kertas itu daripada tangan Nazmy.

“Thanks,” ujarnya sepatah tanpa menoleh ke arah lelaki itu. Konsentrasinya kembali kepada pensyarahnya yang sedang galak memberi penjelasan di hadapan Dewan Kuliah itu. Sebenarnya, lelaki itu tidak perlu memanggilnya. Cukup sekadar menghulurkan kertas itu, dia tahulah mahu mengambilnya.

Nazmy hanya tersenyum memandang gelagat gadis ini. Pelik. Semua perempuan di Kolej Matrikulasi Johor ini tergila-gilakannya. Jika melihat kelibatnya melintas di hadapan mereka, gadis-gadis akan berbisik sesama mereka. Pertama kali seorang gadis tidak memandangnya dan memuji kekacakkan dirinya. Itupun gadis yang duduk di sebelahnya ini.

Farah perasan dirinya diperhatikan. Segera dia memalingkan muka ke sebelah. Memandang lelaki tadi. Cepat-cepat Nazmy mengalihkan wajahnya daripada terus menatap wajah Farah.

‘Eh,wait!’

Hati Farah memaksanya untuk memandang wajah lelaki yang duduk di sebelahnya itu buat kali kedua.

‘Damn! This guy again! Apek Cina ni.’

Pantas Farah menyinggung lengan Akma, sahabatnya yang duduk di sebelah. Akma yang kesakitan mengangkat keningnya. Keningnya bertaut. Tidak ada angin tidak ada ribut tiba-tiba Farah menyinggung lengannya sekuat itu.

“Kenapa?” soal Akma ingin tahu.

Farah hanya mengarahkan anak matanya menjeling ke arah Nazmy yang duduk di sebelah. Sepantas itu juga Akma menjengukkan mukanya sedikit ke hadapan untuk melihat orang yang dimaksudkan oleh Farah tadi.

“Tutup mulut kau tu Akma. Lalat masuk nanti,” bisik Farah apabila melihat reaksi Akma setelah melihat apek Cina itu.

“A… A… Apek tu ke?” Soal Akma teragak-agak.

Farah mengangguk lemah. Akma menekup mulutnya. Ini bala.

*****

PAGI itu mereka berdua turun awal. Mereka harus melihat jadual perkuliahan mereka di Blok Akademik.

“Mana ni…” Farah merungut sambil matanya meliar-liar mencari jadual kuliah untuk praktikum tujuh.

Sudah hampir lima belas minit mereka di hadapan papan kenyataan ini dan berpusu-pusu dengan berpuluh-puluh orang untuk melihat jadual kuliah dan praktikum masing-masing. Akma juga terkial-kial mencari jadual kuliah mereka di papan kenyataan itu.

Jadualnya bukan satu. Di dalam program Sains Hayat ini sahaja ada tujuh kelompok kuliah besar dan tiga puluh lima kelompok praktikum. Maka bertepek-tepeklah jadual kuliah yang ditampal di papan kenyataan itu.

“Tu tu Farah,” ujar Akma separa menjerit daripada belakang sambil menunjukkan jarinya ke arah jadual kuliah mereka yang bertampal di tengah-tengah papan kenyataan itu. Farah berusaha menyelit di celah-celah puluhan manusia  untuk melihat jadual tersebut.

Baru sahaja dia berada di hadapan papan kenyataan itu, lembar kertas jadual kuliahnya direntap kasar oleh seseorang menyebabkan lembar itu tertanggal daripada papan kenyataan itu.

“Hei Apek!” jerit Farah spontan kepada lelaki Cina yang mengambil dan membawa lari jadual kuliah praktikumnya daripada papan kenyataan itu.

Lelaki Cina tadi memalingkan mukanya ke belakang dan memandang tepat ke wajah Farah. Bibirnya mengukir senyum mengejek. Sebelum beredar dari situ, sempat dia melambai-lambaikan kertas itu dan mentertawakan Farah.

Farah mendengus. Geramnya bukan kepalang. Penat-penat dia berenang mengharungi lautan manusia untuk berada di hadapan papan kenyataan ini. Senang-senang sahaja, apek Cina tadi membawa lari jadual itu. Tidak sempat dia mahu mencatat. Bukan setakat mencatat, melihat pun tidak sempat.

“Macam mana ni?” Akma menyoal sebaik sahaja Farah berjaya meloloskan diri daripada kumpulan manusia di hadapan papan kenyataan itu.

“Macam mana apa. Kalau nak jadual tu, kenalah cari Apek Cina tu,” ujar Farah bengang. Giginya diketap sekuat hati. Geram.

“Mana nak cari?”

“Dekat kubur!”

Farah melajukan langkah kakinya ke arah vendor machine. Akma hanya menurutinya dari belakang. Enam keping duit syiling dua puluh sen dimasukkan ke dalam mesin itu. Kemudian sekeping duit syiling sepuluh sen dimasukkan lagi melengkapkan harga air tin Coca-Cola yang tertera harganya RM1.30 di mesin itu. Setelah menekan butang air Cola-Cola, kedengaran bunyi tin jatuh. Pantas, Farah menyeluk tangannya ke dalam ruang di bawah dan membawa keluar tin itu. Air itu diteguk dengan rakus. Hatinya panas. Biarlah air Cola-Cola yang dingin ini menyejukkan hatinya dahulu.

*****

“MOHD NAZMY,” suara pensyarah Bahasa Inggeris itu memanggil nama mengikut turutan di dalam daftar kehadiran.

Sunyi.

Masing-masing memandang antara satu sama lain di dalam praktikum tujuh itu. Siapakah gerangan yang bernama Mohd Nazmy di dalam praktikum ini. Al-maklumlah, ini pertama kali mereka masuk ke praktikum. Belum sempat lagi nak berkenalan antara satu sama lain.

“Mohd Nazmy,” kali kedua pensyarah muda itu memanggil nama tersebut.

Farah sudah menoleh ke arah kelompok pelajar lelaki berbangsa Melayu yang duduk di barisan hadapannya. Tidak ada yang mengacu tangan ke atas. Mustahil pula tidak ada manusia bernama itu sedangkan di dalam daftar kehadiran namanya ada. Seingatnya tadi, sewaktu dia melangkah masuk ke dalam ruangan ini, dilihat semua pelajar berbangsa melayu duduk di barisan paling hadapan. Cuma ada seorang pelajar berbangsa Cina duduk di belakang kelas.

“Saya,” akhirnya suatu suara menyahut di belakangnya.

Bukan sahaja Farah, malah semua mata memandang ke arah suara itu.

“Awak Mohd Nazmy?” Pensyarah muda tadi bertanya lagi inginkan kepastian.

“Ya, saya,” ujar lelaki tadi tenang.

Farah mengerdipkan matanya beberapa kali. Setelah pasti ianya bukan mimpi, cepat-cepat dia menjeling lelaki tadi dan memalingkan kembali wajahnya ke hadapan.

‘Mimpi ngeri apa pagi-pagi macam ni Farah oii. Kenapa Apek Cina tu ada dalam praktikum kau ni.’

‘Eh sekejap. Nama dia tadi siapa?’ Farah cuba mengingati nama yang disebutkan oleh pensyarahnya tadi.

‘Nazmy? Dia Melayu? Bukan Apek Cina?,’ soalan itu bertubi-tubi menerjah mindanya.

Sepantas itu, Farah menoleh kembali ke belakang. Melihat sekali lagi wajah itu.

“Awak, saya bukan Apek Cina tau,” lelaki itu bertutur separuh berbisik daripada belakang.

‘Eiiii malunya aku. Malunya,’ Farah mengeluh dalam hati.

*****

MEREKA berkumpul lagi di kediaman Miss Lina malam ini. Kata pensyarah muda itu, ada sesuatu yang harus mereka bincangkan.

“Kenapa kena kumpul malam ni miss?” Farah mula bertanya memecahkan kesunyian malam. Waktu itu suara cengkerik seolah-olah mahu berlawan dengan suaranya.

Miss Lina senyum segaris.

“Setiap seorang ambil sehelai kertas dalam kotak ni,” ujar Miss Lina tenang seraya menyuakan kotak itu kepada Farah. Setelah mengambil sehelai kertas daripada kotak itu, Farah terus memberikan kotak itu kepada Akma yang duduk di sebelah.

Tidak membantah, setiap pelajar praktikum tujuh itu mengambil sehelai kertas yang telah dilipat kemas di dalam kotak kecil itu secara bergilir-gilir.

“Ada yang tak dapat?” soal Miss Lina sambil matanya meliar memandang setiap pelajarnya. Semuanya menggeleng.

“Sekarang buka kertas tu,” arah Miss Lina lagi.

Serentak semua membuka kertas yang berlipat itu. Tertera sepatah perkataan di atas kertas bewarna putih itu. Melihatkan satu perkataan itu, masing-masing mengerutkan kening. Tidak faham apa maksud semua ini. Dan masing-masing melihat kertas yang diterima oleh rakan yang lain.

“Nama yang tertera atas kertas itu adalah nama soulmate kamu di dalam praktikum ni,” ujar Miss Lina menerangkan.

“Soulmate?” Farah bersuara sepatah.

“Ya soulmate. Memandangkan kamu ni ramai, jadi saya mahu mengeratkan hubungan antara kamu. Kalau saya tak buat macam ni, saya pasti kamu takkan kenal kawan-kawan satu praktikum kamu ni sampailah kamu habis.”

“Tapi miss…” Farah mencelah.

“Tapi apa Farah?”

“Fungsi soulmate ni macam mana sebenarnya?” Ayat yang tadi dibiar tergantung disambung semula.

Nazmy berdehem beberapa kali apabila mendengar perkataan soulmate itu keluar daripada mulut Farah. Farah memandang wajah Nazmy. Anak mata lelaki itu ditenung dalam-dalam. Geram di hatinya bertandang lagi.

“Soulmate tu soulmatelah,” ujar Nazmy seraya tertawa kecil.

Mendengar sebaris ayat yang keluar daripada mulut Nazmy tadi telah membuat tawa mereka yang ada di situ terhambur jua. Kalau itulah maksud soulmate, makanya tidak perlulah Miss Lina menerangkan secara terperinci apa itu soulmate. Farah menjegilkan matanya. Sedikitpun bibirnya tidak mengukir senyum.

‘Apek ni buat lawak bodoh pulak dia. Sekali aku hempuk kepala tu baru tahu.’

“Untuk pengetahuan Cik Farah, soul itu jiwa, mate itu pasangan. Jadi bila perkataan soul dan mate itu digabungkan, dapatlah kita tahu yang soulmate itu membawa maksud pasangan jiwa.”

Sekali lagi penerangan daripada Nazmy membuatkan rakan-rakan satu praktikumnya tidak kering gusi ketawa.

“Gila,” ujar Farah sepatah.

“Memang,” Nazmy menjawab sepatah.

Miss Lina masih mendiamkan diri dan tersenyum memerhati Nazmy dan Farah berbalah. Dia juga tidak tahu apa masalah budak berdua ini.

Setelah diam sejenak, Nazmy menyambung bicara.

“Saya memang gila. Gilakan awak.”

Terbeliak mata Farah memandang Nazmy. Perkara begini pun si Nazmy ni mahu buat main. Sebuah penumbuk sudah dikepal. Melihatkan tingkah Farah, kali ini semua yang ada di situ ketawa. Entah kenapa mereka rasakan Nazmy dan Farah ini memang ada ‘chemistry’.

*****

FARAH menyorong begnya ke laci di bawah meja. Tersekat. Begnya tidak boleh dimasukkan ke dalam lagi.

‘Haih, pagi-pagi dah bagi orang susah,’ Farah mengutuk sendiri di dalam hati.

Beg yang tadinya sudah dimasukkan separuh ke laci meja dikeluarkan semula. Farah membongkok sedikit dan merapatkan mukanya ke laci meja itu. Cuba melihat apa yang membuat begnya tidak boleh dimasukkan ke dalam. Matanya tertancap pada sebuah bugkusan.

“Eh,” ujar Farah sedikit teruja. Bibirnya mengukir senyum. Segera tangannya menarik keluar bungkusan itu. Kemungkinan besar bungkusan ini adalah pemberian soulmatenya.

Teringat kembali kata-kata Miss Lina malam itu.

“Kalau kamu lihat soulmate kamu itu bersedih ataupun punya masalah, hantarlah sesuatu kepadanya. Nota kecil atau hadiah. Ambil tahu apa yang berlaku padanya. Saat dia sedih atau saat dia gembira.”

“Hai, dah dapat hadiah pagi-pagi,” tegur Akma yang baru sahaja mengambil tempat duduk di sebelah Farah.

Farah tersenyum lagi. Kata-kata Akma tidak diendahkan. Pandangannya di arahkan kepada kotak yang telah dikeluarkan daripada bungkusan tadi. Sungguh, dadanya kini berdegup laju.

“Mesti kau excitedkan Farah?” Akma berpura-pura tanya. Sebenarnya, dia yang terlebih teruja untuk mengetahui apa isi kotak itu.

Perlahan-lahan Farah membuka penutup kotak itu. Sebaik sahaja penutup kotak itu dibuka, melantun badut keluar daripada kotak itu dengan bunyi ketawanya yang kuat. Serta-merta Farah melepaskan kotak itu dan tersandar di kerusinya kerana terperanjat.

Akma yang sedari tadi memerhati Farah membuka kotak itu akhirnya menghamburkan tawa. Siapa punya kerjalah ni. Mujur bukan soulmatenya yang memberikan hadiah sebegitu. Farah dilihat sedang mengurut-ngurut dadanya. Mungkin masih terperanjat.

Nazmy yang sedari tadi memerhati dari belakang tempat duduk Farah turut sama mentertawakan gadis itu. Geli hatinya melihat Farah dalam keadaan begitu. Dia fikir gadis itu berani. Rupanya penakut juga. Pucat lesi wajah Farah dilihatnya.

“Siapa punya kerjalah ni,” Farah mengeluh. Kotak yang tadinya di atas lantai diangkat kembali dan diletakkan di dalam laci mejanya.

Nota kecil yang disertakan bersama kotak tadi dibuka perlahan. Takut-takut jika perkara yang sama seperti tadi terjadi kembali.

‘Fuh. Selamat. Selamat,’ bisik Farah dalam hati apabila tiada apa-apa terjadi sewaktu dia membuka nota kecil itu.

Matanya membaca ayat yang tertulis di nota kecil bewarna kuning cair itu.

You terkejut?
I pun terkejut jugak tau masa mula-mula tengok benda ni.
Smile always my soulmate.

Farah memandang kiri, kanan dan di hadapannya. Semua yang ada di dalam kelas itu sibuk membuat kerja sendiri. Maka, secara logiknya, tidak mungkin mereka itu soulmatenya. Tiba-tiba Farah teringat sesuatu. Otaknya mengarahkannya untuk memandang ke belakang. Secepat itu Farah menoleh ke belakang. Dan hanya muka Nazmy yang dilihatnya waktu itu. Farah menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali.

‘Tak mungkin apek tu soulmate aku,’ ujarnya separa mengejek di dalam hati. Bibirnya dicebirkan seolah-olah memang dia tidak berminat langsung dengan lelaki bernama Nazmy itu.

Nazmy hanya tersenyum. Biarlah rahsia.

*****

FARAH mencapai kemasan botol bewarna biru yang berisi sabun Lux ‘Wake Me Up’ daripada rak. Serentak itu, Nazmy turut memegang botol yang sama.

Farah menoleh si empunya tangan itu. Nazmy. Lelaki ini. Sejak bila dia ada di sini? Kenapa banyak-banyak tempat di Bandar Tangkak ini, di Watson ini juga tempat yang dikunjunginya? Namun semua itu hanya dilafazkan di dalam hati. Farah tidak berkata apa-apa. Mulutnya seolah-olah terkunci apabila melihat lelaki itu.

“Sayang sudah habis belanja?” tegur satu suara yang menampar gegendang telinga baik Farah mahupun Nazmy.

Kedua-duanya menoleh ke arah suara tersebut. Botol tadi masih dipegang bersama.

Farah seolah-olah terjaga daripada mimpi apabila melihat lelaki yang berdiri di hadapnnya kini. Hasrul hanya tersenyum memandangnya.

“Aah.. Sudah. Tinggal ni je…” ujar Farah teragak-agak. Pandangannya dihalakan ke arah botol yang masih di dalam genggaman dia dan juga Nazmy.

“Lah, apa yang nak direbutkan. Sayang ambil je yang baru dekat rak tu. Kan banyak lagi tu,” ujar Hasrul lagi. Sebuah senyuman dihadiahkan buat Nazmy.

Mendengar kata-kata Hasrul tadi, Farah mengangguk akur. Dia melepaskan genggamannya daripada botol tersebut.

“It’s okey. Ladies first,” ujar Nazmy seraya memberikan botol itu kembali kepada Farah.

Farah teragak-agak namun botol itu kini telah bertukar tangan.

“Thanks,” ujar Farah sepatah. Nazmy sekadar mengangguk. Bibirnya mengukir senyuman.

“Jom kita bayar sayang.” Kata-kata Hasrul tadi membawa Farah lari daripada dunia khayalannya. Entah apa yang terjadi kepadanya hari ini.

*****
***Bersambung

*****
© Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz

Share

8 comments:

chenta said...

ermm...agk2 spe la hasrul erk...???t'tnya2 gk neh...

ISHA IDIAZ said...

Haha~ Sbr2.. Tggu ye..

emyhaimi said...

cerpen pn ade smbgn ke?

inaznafisya said...

hasrul ni kacau daun btullah~
Grrr !!

apek~ haha
mula2 bace ingtkan cte hntu~
apek tu mcm apek dlm Erti Cinta~
hihi
akakkkkkk~~
smbg cepattttttttt~

iniakuyangpunyahati said...

abang kot si hasrol 2 hehehe --ayat sedap kn aty sendiri--

Syaza Nadiah said...

Ala . Bersambung la pulak . Saspen dah ni . Sapa si Hasrol tu . Nak Farah ngan Nazmy . Huhu . Sambung cepat2 eh kak bila free . :) Best sangat .

aida azira said...

sape si hasrul ni kak??
saspen2.. cepat smbg.. hehe

izan supian said...

erk....bersambung ke?