Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz

Mereka Pembaca Setia

21

MATA mereka saling bertentangan. Masuk kali ini sudah lima kali mata mereka berlaga. Faizah menundukkan pandangan.
            ‘Cair cair,’ bisik hatinya.
            Farhan yang memandang tindak-tanduk Faizah sejak tadi sudah tersenyum. Pasti gadis itu malu apabila matanya tepat menikam anak mata Faizah.
            Afiq yang perasan drama pandang memandang antara Farhan dan Faizah sempat menyinggung tangan Mira yang duduk di sebelah. Mira hanya mengangkat kening memberi isyarat bahawa dia tidak faham apa yang cuba dibuktikan oleh Shafik tadi.
            “Ehem ehem.”

Shafik berdehem-dehem sekaligus membawa Farhan dan Faizah ke dunia nyata yang mana bukan mereka berdua sahaja di perpustakaan itu.
“Apa?” serentak Farhan dan Faizah menuturkan.
Kedua-duanya memandang Shafik dengan pandangan membunuh. Memang betullah, Farhan tu sehati sejiwa dengan Faizah. Dua-dua pandai nak cover.
“Aku tak cakap apa-apa pun,” pantas sahaja ayat itu keluar daripada mulut Afiq. Mira hanya tertawa melihat Afiq yang sudah gelabah apabila disergah.
“Kita orang pun tak cakap kau cakap apa-apa.”
Faizah dan Farhan memandang antara satu sama lain dan akhirnya tawa mereka pecah. Sekali lagi mereka mengatakan ayat yang sama secara serentak. Suratan atau kebetulan? Kebetulan mungkin.

 “USTAZ nak kamu buat kelompok masing-masing. Satu kelompok paling ramai ustaz nak empat orang. Tak boleh lebih.” Ustaz Rashid memberi arahan.
“Ustaz nak kamu buat pembentangan ikut setiap bab yang Ustaz dah bahagi-bahagikan pada awal semester dahulu. Satu kelompok satu tajuk. Markah akan Ustaz ambil dua puluh peratus daripada pembentangan dan dua puluh peratus lagi daripada laporan kamu,” terang Ustaz Rashid lagi secara terperinci mengenai tugas yang harus dilakukan oleh pelajarnya untuk memperoleh carry mark sebelum ujian akhir semester.
Satu-persatu wajah pelajarnya dipandang. Memandangkan kelas itu sunyi sepi sahaja, Ustaz Rashid menyambung bicaranya. “Ada sesiapa yang tak faham atau nak tanya soalan?”
            Farhan membisikkan sesuatu ke telinga Afiq setelah mendengar arahan daripada Ustaz Rashid tadi. Mungkin mahu memilih ahli kumpulannya. Setelah Afiq mengangguk-anggukan kepalanya, Farhan mengangkat tangan untuk bertanya.
            “Ya Farhan, apa yang kamu tak faham?”
            Farhan bangun dan menurunkan tangannya semula. Semua isi kelas memandangnya termasuklah Faizah.
            “Err.. Ustaz, dalam kumpulan boleh campur tak lelaki dengan perempuan?” soal Farhan teragak-agak.
            Ustaz Rashid tersenyum sebaik sahaja soalan itu diajukan kepadanya. Dia tahu, pasti akan ada yang bertanya soalan itu.
Pelajar lain hanya tertawa mengejek. Soalan jenis apa yang ditanya oleh Farhan itu. Sudah terang lagi bersuluh, kelompok ini untuk subjek CTU ataupun subjek Agama Islam. Ada ke logik nak bercampur lelaki perempuan satu kelompok. Tak masuk akal langsung.
Sebelum menjawab pertanyaan itu, Ustaz Rashid berdehem beberapa kali dan memandang Faizah yang duduk betul-betul di sebelah Farhan di dalam ruangan kuliah itu.
            “Awak ada niat nak buat jahat ke kalau saya bagi awak bentukkan kelompok yang bercampur lelaki perempuan?” Ustaz Rashid menyoal Farhan pula. Mukanya kelihatan serius.
            Kini, giliran Farhan, Afiq, Faizah dan Mira pula yang tergelak. “Nak buat jahat apanya ustaz. Dengan budak tiga orang ni, saya tak berani nak buat jahat,” ujar Farhan seraya memandang Afiq, Faizah dan Mira yang duduk sebaris dengannya.
            Mendengar jawapan daripada Farhan itu, semakin lebar senyuman Ustaz Rashid. Dia percaya Farhan bukan seorang yang nakal dan liar. Jika tidak, anak itu tidak akan masuk kelompok tadarus yang dianjurkan oleh Uwais Al-Qarni. Jarang sekali siswa mahu mengikuti kelompok tadarus itu melainkan muka-muka Farhan, Afiq, Deli dan juga salah seorang senior mereka. Kalau tidak silap, namanya Iskandar.
            “Kalau kamu tak ada niat nak buat jahat, Ustaz benarkan. Tetapi jika kamu berniat untuk membuat sesuatu yang tidak elok, Ustaz tidak mahu bersubahat,” terang Ustaz Rashid panjang lebar.
            Farhan memandang Afiq dan mereka sama-sama tersenyum. Faizah memandang mereka berdua dengan perasaan geram. Tak pasal-pasal satu kelompok dengan mereka. Sudahlah laporan praktikum hanya dia dan Mira yang menyiapkan setiap minggu. Farhan dan Shafik cuma akan meniru sahaja kerja mereka. Faizah dan Mira sama-sama mengeluh.
            “Kamu nak sekelompok dengan siapa Farhan?” soal Ustaz Rashid.
            “Tak ada orang lain ustaz. Kami berempat ni,” jawab Farhan sambil menudingkan jarinya ke arah Afiq, Faizah dan Mira.
            Kini, Faizah pula yang mengangkat tangan. Tanpa menunggu kata-kata daripada Ustaz Rashid, pantas Faizah bersuara. “Ustaz, saya nak tukar kelompok boleh? Saya tak nak sekelompok dengan budak pemalas ni,” lancar sahaja ayat itu meniti di bibir Faizah.
            Satu kelas tertawa apabila mendengar kata-kata Faizah itu. Budak pemalas? Siapa? Farhan ataupun Afiq atau kedua-duanya sekali?
            “Kami pun tak nak sekelompok dengan kau Faiz. Kau tu garang macam harimau,” sahut Bob daripada belakang kelas. Mendengar kata-kata daripada Bob itu, pantas Faizah menoleh ke belakang dan matanya mencerun memandang Bob.
            “Tengok tu Ustaz. Saya dah cakap, Faiz ni garang macam harimau. Dia dah tenung-renung saya tu. Sekejap lagi dia datang terkam saya,” usik Bob lagi sambil cuba menyorokkan wajahnya di bawah meja. Kali ini, bukan sahaja pelajar yang ada di dalam kelas itu ketawa, malah Ustaz Rashid turut ketawa melihat telatah Bob yang suka mengusik Faizah.
            “Malas nak layan,” Faizah menggumam rendah. Geram dengan Bob yang gemar mengusiknya. Orang tak hendak, kita pun tak ingin. Biarlah dia sekelompok dengan Farhan dan Afiq sekalipun. Dia tidak kisah. Yang penting dapat markah.

MALAM itu, mereka berempat berkumpul di perpustakaan Al-Bukhari lagi untuk mencari rujukan untuk topik pembentangan mereka. Susah juga mahu mencari sumber rujukan untuk menyiapkan topik yang mereka terima ini. Tokoh-tokoh di zaman perkembangan sejarah sains Islam.
            “Dapat tak Faiz?” soal Farhan sambil menyelak helaian buku yang ada di tangannya. Matanya tidak berganjak membaca isi kandungan yang ada dalam buku tersebut.
            Mata Faizah juga liar melihat sekilas ayat-ayat yang tertulis di dalam buku yang dipangku di atas ribanya itu. “Ada sikit je ni,” jawabnya ringkas tanpa menoleh ke arah Farhan. Tekun menyelak helaian demi helaian untuk mencari maklumat-maklumat yang diperlukan oleh mereka.
            “Kalau tak jumpa juga dalam buku-buku yang ada dalam perpustakaan ni, kita cari dekat internet jelah nanti,” usul Afiq. Bukan satu dua buku yang mereka ambil daripada rak. Malah ada hampir dua puluh buah buku di atas meja yang mereka huni sekarang ini.
            Bukan mereka tidak mahu menggunakan ‘Encik Google’ untuk mencari maklumat, tetapi jika sumber rujukan mereka daripada buku, maklumatnya lebih dipercayai. 
            “Okey. Tapi jangan ambil daripada Wikipedia pulak. Cari sumber-sumber yang boleh dipercayai kesahihan tulisan tu,” Mira bersuara tanda bersetuju dengan cadangan Afiq.
            “Betul kata Mira tu. Nak cari maklumat biar yang betul. Nanti karang kita sampaikan dekat orang benda yang salah dah jadi macam ajaran sesat pula,” sampuk Faizah. Farhan yang sedari tadi tekun mengadap buku masing-masing baru kini mengangkat muka memandang Faizah sambil tersenyum.
            “Bijak-bijak.” Farhan memuji buah hatinya itu. Sekuntum senyuman dihadiahkan buat Faizah. Faizah hanya mencebirkan bibirnya apabila mendengar pujian daripada Farhan itu. Bijak apa. Itu namanya common sense.
            Melihat reaksi Faizah itu, Afiq dan Mira hanya tertawa. Farhan sudah membuat muka. Merajuk kononnya. Faizah tidak ambil pusing. Dia malas mahu melayan kerenah Farhan. Jika sekali dilayan, nanti Farhan tidak tahu nak berhenti. Baik dia teruskan kerjanya mencari bahan rujukan kerana minggu hadapan mereka harus membuat pembentangan itu.

SETELAH seminggu masa diberikan kepada pelajarnya, hari ini tibalah masa untuk Ustaz Rashid menilai hasil kerja mereka melalui pembentangan dan juga laporan yang dihantar.
            “Okey, Ustaz tak nak cakap banyak hari ini sebab hari ini Ustaz nak dengar kamu semua bercakap pula,” beritahu Ustaz Rashid setelah mengucapkan salam dan mengambil tempat di hadapan kelas.
            Pelajar-pelajarnya senyap. Tumpuan diberikan sepenuhnya terhadap dirinya di hadapan. “Jadi, hari ini, kita mulakan dengan kelompok satu. Kelompk satu, sila maju ke hadapan dan bentangkan hasil kerja kamu,” arah Ustaz Rashid.
            Fadhil, Nik, Kechik, dan juga Fahim meninggalkan tempat duduk masing-masing dan berdiri di hadapan kelas. Kertas transparensi yang sudah bertulis itu diletakkan di atas projektor. Butang on pada projektor ditekan dan kini, tulisan itu dapat dibaca di layar putih yang melekat di dinding itu.
            “Assalammualiakum,” ujar Nik sebagai ketua kumpulan satu yang akan membentangkan tajuk Sumbangan Institusi Saintifik di Dalam Perkembangan Sejarah Sains Islam.
            “Hari ini, kami berempat akan membentangkan mengenai tajuk seperti yang tertera di skrin. Hambo semua nampok dok?” Tanya Fadhil tiba-tiba dengan loghat Kelantannya yang pekat. Belum sempat mereka menjawab, Fadhil sudah mencelah lagi. “Kalau  dok nampok, tak lama lagi kubur nak panggil dah tu.” Seisi kelas tertawa mendengar ayat Fadhil yang terakhir itu. Ustaz Rashid turut tersenyum.
            “Dalam perkembangan sejarah sains Islam ni, banyak institusi yang telah di bina. Kalau tak percaya cakap saya, boleh baca dekat skrin tu. Kita ada yang namanya sekolah. Tak cukup sekolah, kita tambah universiti. Tapi zaman dulu, mereka bukan sahaja gunakan sekolah dan universiti untuk menuntut ilmu, tetapi masjid dan rumah-rumah ulama juga menjadi tumpuan untuk tempat menimba ilmu. Sebab apa kita perlu semua ni? Sebab dalam Al-Quran, terang-terang Allah dah khabar dekat kita dalam surah Al’Alaq. Iqraq yang membawa maksud bacalah!”
“Suka saya ingin bacakan erti daripada surah Al’Alaq ini daripada ayat satu hingga ayat lima. Allah nyatakan dalam ayat ini maksudnya, Bacalah dengan nama Tuhan engkau, Yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah! Dan Tuhan engkau itu Maha Pemurah. Yang mengajarkan dengan pena. Mengajarkan manusia apa yang belum diketahuinya.”
“Di situ, Allah dah menekankan betapa pentingnya pelajaran kepada kita. Tugas kita sebagai khalifah di muka bumi ini bukan sekadar mencari ilmu tetapi menyebarkan ilmu pengetahuan. Jadi, kepada yang selalu dok ponteng kuliah tu, dia degil tu. Tak mahu mencari ilmu, bahkan tidak tahu ilmu apa yang harus disebarkan kepada orang lain. Kita tak usah dok ikut perangai kawan kita kalau ada pesen-pesen macam tu,” ujar Fadhil sinis kepada rakan-rakan sekelasnya yang selalu ponteng kuliah.
“Kita dah ada namanya perpustakaan semasa zaman pemerintahan Khalifah Harun Al-Rasyid. Tapi masa tu, tak adalah dipanggil perpustakaan. Baitul Hikmah dipanggilnya. Hebat tak hebat zaman tok nenek moyang kita dulu. Baitul Hikmah ni merupakan pusat pengumpulan manuskrip, tempat untuk menterjemahkan karya tamadun Islam serta pusat penyalinan semula buku serta menuskrip.”
 “Kalau fikirlah kita sekarang pergi Perpustakaan Al-Bukhari tu bukan baca buku, berdating sakan, malu kita ni dengan tok nenek moyang kita. Jadi ni hambo nak khabar molek-molek dekat kawan-kawan semua. Hok yang betul-betul nak belajar tu eloklah pergi duduk dalam library tu. Tapi kalau setakat nak berdating, pergilah cari tempat lain. Tak molek berdating dekat tempat orang nak cari ilmu.”
            Berubah wajah mereka-mereka yang selalu berdating di perpustakaan apabila mendengar hujah-hujah yang diucapkan oleh Fadhil tadi. Seterusnya, pembentangan diserahkan pula kepada Nik. Suasana di dalam kelas sudah sedikit bising. Faizah sudah memerhati beberapa orang yang sedari tadi tidak berhenti bercakap. Baginya, di sinilah mereka harus mendengar dengan teliti kerana banyak ilmu yang akan mereka peroleh.
            “Saya nak sambung sikit. Selain universiti, sekolah dan juga perpustakaan, hospital juga memberi sumbangan dalam perkembangan institusi saintifik.  Selain menjadi pusat rawatan pesakit, hospital juga digunakan sebagai pusat pengajian perubatan dan kejururawatan. Ada juga yang digunakan sebagai pusat penyelidikan penyakit dan ubat-ubatan. Malah banyak lagi fungsi yang dijalankan oleh hospital sebagai institusi saintifik seperti yang anda boleh lihat di depan.”
            “Yang terakhir, kita ada balaicerap astronomi. Melalui namanya sahaja kita sudah tahu, balaicerap ini digunakan sebagai pusat penyelidikan astronomi. Malah, ianya dijadikan sebagai pusat latihan dan pembelajaran astronomi. Disinilah, kita dapat menarik pengkaji luar untuk datang belajar di dunia Islam.”
Kini, Kechik membuat kesimpulan sebagai kata terakhir untuk pembentangan mereka hari itu. Kata-katanya itu disambut dengan tepukan gemuruh oleh seisi kelas. Pembentangan yang sangat menarik oleh kelompok satu.
‘Siapa kita untuk mengabaikan sejarah dalam  kehidupan kita. Tanpa sejarah, siapalah kita sekarang,’ bisik hati Faizah.
Sekarang tiba pula giliran kelompoknya untuk membuat pembentangan mengenai tajuk mereka. Farhan, Afiq, Faizah dan Mira menuju ke hadapan kelas.
“Assalammualikum,” ujar Farhan. Salamnya disahut oleh teman-teman yang lain.
“Kami berempat diberi amanah untuk mengupas tajuk tokoh-tokoh di zaman perkembangan sejarah sains Islam. Mungkin topik ini agak sedikit membosankan kerana ianya fakta belaka. Jadi saya di sini memohon kerjasama daripada anda semua untuk mencatat apa jua maklumat yang kami berikan kerana kita ada harimau di depan ini yang akan menerkam sesiapa sahaja yang membuat onar semasa kami menerangkan topik ini,” ujar Farhan sambil mengenyitkan matanya kepada Faizah. Faizah hanya menjelingnya.
“Kalau saya yang buat onar, kena terkam juga ke?” soal Ustaz Rashid daripada belakang kelas. Bibirnya sudah mengukir senyum. Seisi kelas sudah tertawa.
“Tak adalah Ustaz,” cepat-cepat Faizah menjawab. Mukanya sudah merah padam apabila diusik begitu.
Sekejap sahaja masa berlalu, diam tidak diam sudah tiba giliran Faizah untuk menerangkan mengenai tokoh terakhir iaitu Imam Al-Biruni.
“Al-Biruni atau nama sebenarnya ialah Abu Al-Raihan Muhammad Ibn Ahmad Al-Biruni. Beliau dilahirkan pada tahun 363-442 hijrah di Bandar Khivo. Khwarazm. Beliau menetap di mana ada sesiapa yang tahu?” Faizah menyoal tiba-tiba apabila dia melihat Bob sedang bercakap dengan Fadhil yang duduk di sebelahnya.
            Bob terus memandang ke hadapan dan menundukkan mukanya. Ustaz Rashid terus tertawa apabila melihat reaksi Faizah yang tiba-tiba tadi. “Memang garang awak ni. Lagi garang daripada saya,” komennya kepada Faizah.
            Faizah hanya tersenyum. “Beliau menetap di Ghaznah, Afghanistan,” sambung Faizah. Dilihat Bob dan Fadhil masing-masing mendengar dengan tekun. Takut jika di soal tiba-tiba sebentar lagi olehnya barangkali.
            Setelah hampir selesai kelompok mereka membuat pembentangan, memandangkan suasana kelas juga sudah agak bising, Faizah membuat pop kuiz secara tiba-tiba.
            “Sekarang kami akan mengajukan beberapa soalan untuk memastikan yang anda benar-benar faham apa yang kami terangkan sejak tadi,” ujar Faizah serius.
Farhan, Afiq dan Mira masing-masing sudah tersenyum. Mereka tahu siapa yang akan menjadi mangsa terkaman Faizah sebentar lagi. Faizah sudah tidak dapat mengawal perasaan marahnya memandangkan sejak kelompok satu tadi membuat pembentangan, Bob tidak henti-henti berbual.
“Kau yang dekat belakang tu. Sebelah Fadhil,” ujar Faizah tegas sambil menudingkan jarinya ke arah Bob.
“Bangun,” ujar Faizah sepatah. Fadhil segera menepuk bahu Bob dan memberitahunya Faizah memintanya untuk berdiri.
“Daripada tadi kau berbual tak berhenti-henti. Sekarang aku nak soal kau. Apa nama karya terkenal Al-Biruni?”
Bob sudah tidak keruan. Dia memang tidak menumpukan perhatian sepanjang pembentangan tadi.
“Apa?” gertak Faizah lagi.
Bob tersenyum kelat. Faizah menghela nafas berat.
“Sebab tu masa orang cakap dekat depan jangan berbual dekat belakang,” Faizah sudah berleter di hadapan.
Ustaz Rashid hanya tersenyum memandang kerenah pelajarnya yang seorang ini. Faizah memang dikenali oleh pensyarah-pensyarah yang mengajarnya kerana sifatnya yang berdisplin sewaktu kuliah.
“Dengar sini Bob. Nama kitabnya yang terkenal ada dua. Kitab Al-Qanun Al-Masudi dan juga Kitab Al-Saidanah,” ujar Faizah satu satu.
“Cuba kau ulang balik nama kitab tu,” pinta Faizah. Pandangannya masih belum beralih daripada Bob.
“Kitab Al-Biruni yang terkenal ada dua. Kitab Al-Qanun Al-Masudi dan juga Kitab Al-Saidanah,” ujar Bob dengan yakin.
“Betul, dah, kau boleh duduk,” arah Faizah.
            Sebelum melabuhkan punggungnya di kerusi, sempat Bob mengusik Faizah lagi. “Kau memang gangster Faiz,” ujarnya sambil terkekeh-kekeh ketawa.
            Biarlah apa orang lain nak kata. Dia hanya menjalankan tugasnya sebagai teman dengan menegur kesalahan teman-temannya apabila mereka melakukan hal yang tidak sepatutnya. Itu sahaja niatnya. Jika tidak ditegur, sampai bila pun mereka tidak akan berubah. 
Share

7 comments:

Miss CS said...

yuhuu kak isha.. baru bukak blog ni td terus dh ada entry baru.. hehe cayyokk kak!! kelakar time bob dgn fadhli kena dgn faizah... terkulat2 si bob tu nk jwb.. hahaha good job kak!!

Anonymous said...

tetiba teringat ank murid sy nma uwais al qarni gak :)

NurAtiZa said...

Akhirnye,setelah lame menunggu muncul jugak sambungannye...
Sayang sis sangat-sangat...XD

Idha_chunhyang said...

akhirnya, hadir lagi DDKM nya :)
dah lama tunggu2...

memang ganas lah si Faiz ni, tp saya suka2.... :D

lagi sambung Isha... ;)

Aida Sherry said...

rindu sungguh dgn Farhan dan Faizah ni.....

Anonymous said...

Ni yg last ke? Nak bace lagi...cite ni buat sy tak tido malam...tapi dah tak jumpe smbungan...nak tau sape prince charming yg ke 2 ni...

missy novelle said...

hai....jemput share link novel kat grup kami https://www.facebook.com/groups/214963462020115/

pencarian bakat baru sedang bermula