Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz

Mereka Pembaca Setia

Puisi [5] : Dariku Untukmu
Oleh : Fir Firdaus aka Fir CB
Di beri kepada dan untuk tatapan : Isha Idiaz

*************
Di sisi tulang yang bengkok
Tisu-tisu halus tidak kekok
Mengizinkan perjalanan darah ke seluruh pelusuk
Tubuh bersusuk terbentuk

Setiap naluri perasaan yang perasan
Dari ilmu yang tertanam mengarahkan rasa yang berlainan
Tersemai bak benih menumbuhkan tunas-tunas kasih
Menjadi persinggahan embun-embun rindu
Yang selalu dingin namun ianya suci
Lahir dari kehendak fitrah yang tidak bertepi


Ayahnda adam yang bermula dari tanah
Sisi kiri rusuk yang bengkok
Halus lembut terciptanya bonda Hawa
Menjadi pasangan Jannah

Rasakah kamu maksud impianku?
Sedarkah kamu maksud impianku?
Puisi syair-syair kalam
Belum tentu dapat menambat hatimu
Belum tentu dapat keizinanmu
Melamar seperti kata indah
Bagaikan pasangan soleh dan solehah

***********
©Hak Cipta Terpelihara – Isha Idiaz & Fir Firdaus
Share

2 comments:

.::wardatulsyauqah::. said...

wah2 sume ni fir buat?

ISHA IDIAZ said...

asrar: yup2.. fir yg wat.. sweet kn? hehe.. die bg puisi ni utk akk.. :-)