Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz

Mereka Pembaca Setia


Cerpen : BUKAN Putera Salju
Oleh : Isha Idiaz

*****

QAYRUL AMRI terbaring kaku di atas katil di hospital itu sejak dua minggu yang lalu. Buat kesekian kalinya, Amani Qaisara menitiskan air mata. Rasa bersalah tidak pernah hilang daripada hatinya sejak kejadian itu berlaku.

            Andai masa boleh diputarkan kembali, dia tidak ingin membuat lelaki itu terluka. Dia akan mencintai lelaki itu sepertimana lelaki itu mencintai dirinya.

                                             *****


“PAKCIK, bagi saya tiga kilo epal merah tu.” Mata Qaisara liar memandang epal yang ada di depannya saat itu. Tangannya juga sibuk membelek-belek buah epal hijau di sebelah. Inilah kebiasaan yang tidak dapat diubah di dalam dirinya sejak kecil lagi jika dia berkunjung ke gerai yang ada menjual buah epal.

            Gila. Rambang mata aku dibuatnya.

Dan kini, plastik yang berisi tiga kilo epal merah telah bertukar tangan. Beberapa not RM10 dikeluarkan dan diserahkan kepada penjual epal. Senyum lebar terpamer di bibir Qaisara. Puas hati dapat memiliki epal segar itu.

*****

“NAH!”

 Sebiji buah epal dibaling ke arah Dina. Mujur gadis itu cepat bertindak balas dengan menangkap buah epal itu sebelum ia sempat mencium pasu bunga di tengah meja itu.

“Epal lagi? Jemulah aku Qaisara.” Dina meluahkan rasa tidak puas hatinya kerana terpaksa mengikut arahan Qaisara untuk makan sebiji epal setiap hari.

An apple a day, keeps the doctor away,” ujar Qaisara sambil tersenyum. Segera dia mengambil tempat sebelah Dina. Mulutnya laju mengunyah sebiji epal yang tinggal setengah di tangan.

“Aku doakan kau dapat laki doktor. Walaupun kau makan epal tiap-tipa hari, kau tak sakit, tapi kau tetap kena hadap muka doktor tu tiap-tiap hari juga.” Dina tersenyum puas apabila melihat Qaisara memuncungkan mulutnya. Panjang sedepa!

I hate doctors.” Qaisara menuturkan dengan wajah menjengkelkan.

You’ll love them one day.”

No way!”

There will be a way someday. Trust me!”

Sekali lagi Qaisara menarik mucung panjang sambil berlalu ke dapur. Sebiji lagi buah epal di baling ke arah Dina.

Shut your mouth with that Dina!,” laung Qaisara dari dapur. Dina hanya menggelengkan kepalanya.

*****

“AWAK suka makan epal?” tegur satu suara di belakangnya sedang Qaisara sibuk memilih buah epal yang akan dibelinya.

            Qaisara menoleh. Seorang lelaki kemas dengan kemeja lengan panjang corak jalur-jalur warna kuning cair dan seluar tempah bewarna hitam menyapa matanya. Penampilannya lebih segak dengan tali leher warna kuning tersarung di lehernya.

Kacak!

            Cepat-cepat Qaisara kembali memandang buah epal di hadapannya. Pura-pura sibuk memilih walaupun hatinya saat itu sudah berdegup kencang. Mana tidaknya, sekali tengok lelaki yang menegurnya tadi dah macam muka Asyraf Muslim. Sejuk hati memandang.

            ‘Sejuk hati memandang ke jatuh hati memandang? Orang kata cinta ni daripada mata turun ke hati.’ Oh Qaisara, sila kembali ke alam realiti. Qaisara menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali untuk menyedarkan dirinya.

            “Awak okey tak?” Suara lelaki itu menampar gegendang telinganya lagi.

            “Aaa? Okey. Okey. Sa.. Sa.. Saya okey.”

            Fuhh. Sejak bila Amani Qaisara jadi gagap pulak ni. Setahu dia, dia dilahirkan normal. Boleh bercakap lancar. Tak ada gagap-gagap macam ni.

            Qayrul Amri menganggukkan kepalanya. Sebuah senyuman dihadiahkan buat Qaisara.

            “Qayrul,” ujar Qayrul memperkenalkan dirinya.

            “Qaisara,” ujar Qaisara spontan. Dalam hatinya menyumpah dirinya berkali-kali. Apa fasal macam laju je lidah dia memperkenalkan diri pada lelaki yang dia tak pernah kenal sebelum ni.

            “Awak suka epal?” Soalan itu dilemparkan kembali kepada Qaisara.

            “An apple a day, keeps the doctor away,” laju sahaja ayat itu keluar daripada mulut Qaisara. Dan entah kenapa bibirnya terasa murah pula nak tersenyum dengan lelaki itu.

            Qayrul tersengih menunjukkan barisan giginya yang putih. “Looks like it’s not,” ujarnya merujuk kepada ayat yang diujarkan oleh Qaisara tadi dengan senyuman yang makin lebar.

            “Kenapa?” ujar Qaisara dengan kening terangkat.

            “Cause I’m working there,” ujar Qayrul dengan telunjuknya di arahkan ke papan tanda yang ada di situ.

            Laju sahaja mata Qaisara membaca tulisan yang tertera di papan tanda itu.

            Hospital Sultanah Aminah.

            Rasa macam rahang dah jatuh dan tak tahu nak cakap apa-apa. Rasa macam nak cari Dina sekarang juga. Belasah Dina cukup-cukup.

            Dan situlah segalanya bermula antara Amani Qaisara dan Qayrul Amri. Minat mereka sama. Makan epal. Dan mereka berjumpa di sini pun kerana masing-masing mahu membeli epal dan jumpa pun di gerai yang menjual buah epal. Jangan mereka berpisah kerana epal sudahlah.

*****

“AWAK buat apa hari ni?” suara Qayrul memecah kesunyian antara mereka.

            Qaisara membetulkan duduknya. Kepalanya disandarkan ke kepala katil. Badannya penat saat ini. Matanya minta untuk berehat.

            “Kerja macam biasa,” ujar Qaisara acuh tidak acuh.

            Qayrul tersenyum.

            “Awak tahu hari ini hari apa?” Qayrul sengaja mahu menduga Qaisara. Hari ini hubungan dia dan juga Qaisara sudah mencecah tempoh satu tahun. Sudah lama juga mereka berkawan.

            “Jumaat,” ujar Qaisara antara dengar dan tidak.

            Qayrul menghelakan nafas berat. Nyata Qaisara tidak ingat.

            “Hari ni, setahun yang dulu, kita berkenalan Qaisara,” ujar Qayrul lambat-lambat.

            Qaisara diam. Dia malah tidak pernah ingat tarikh itu.

            “So?” soalnya sepatah. Otaknya tidak mampu nak berfikir dalam keadaan penat macam ni. Terus terang jelah.

            Qayrul mengambil nafas beberapa kali. Mungkin ini bukan masa yang sesuai untuk dia menyatakan hal ini kepada Qaisara. Tetapi kalau bukan hari ini, bila lagi?

            “Takkan kita nak berkawan je. Saya cintakan awak Qaisara. Boleh saya bawa keluarga saya jumpa keluarga awak minggu hadapan?” Rasa sedikit lega apabila Qayrul sudah meluahkan isi hatinya.

            Qaisara mengeluh. “Look Dr. Qayrul. I hate doctors,” ujar Qaisara satu-persatu.

            “Including me?” Belum sempat Qaisara menyambung bicaranya, Qayrul sudah mencelah. “Tapi kenapa? What did doctors do wrong to you?”

            Rasa kepalanya makin berat. Qaisara mahu sahaja memutuskan talian saat itu. Tetapi apabila difikirkan kembali, tidak sampai pula hatinya.

            “No special reason. Just I hate them.”

*****

Dua puluh lapan tahun yang lalu…

            “Doktor, macam mana keadaan isteri saya?” soal Encik Aiman apabila melihat doktor keluar daripada bilik pembedahan itu.

            “Kami minta maaf encik. Kami sudah cuba melakukan apa yang kami mampu tapi isteri encik kami tak dapat selamatkan.”

            Dan Qaisara dapat melihat papanya terduduk di situ. Di hadapan bilik pembedahan. Dia tidak tahu apa-apa saat itu. Dia baru berumur lima tahun. Yang dia tahu dia lihat papa menangis. Dan setelah itu dia melihat mamanya disorong keluar daripada bilik itu. Dia merapati ke arah mamanya. Dia menarik tangan itu. Tapi tangan itu kaku. Berkali-kali dia menjerit memanggil mama. Tapi mama tidak menyahut panggilannya.

            Bila dia tanya pada papa kenapa mama tak cakap apa-apa, papa hanya mengalirkan air mata. Papa kata, mamanya sudah tidak ada. Kemudian dia berlari mendapatkan doktor yang merawat mamanya.

            “Doktor yang bunuh mama!” Laungnya berkali-kali sampai papa memeluknya erat-erat. Papa membisikkan sesuatu ke telinganya saat itu. Papa kata, mama ada kanser otak. Tahap terakhir. Bukan doktor yang bunuh mama. Cuma doktor dah tak boleh nak tolong mama lagi. Dan sejak hari itu dia membenci sesiapa sahaja yang memakai kot putih tersebut.

*****

MEREKA berjumpa lagi di bawah pohon saga yang terletak betul-betul di hadapan sebuah gerai menjual buah-buahan.

            “Awak sihat?” soal Qayrul tenang. Dia melirik ke arah Qaisara di sebelah.

            “Alhamdulillah. Macam nilah saya,” ujar Qaisara tanpa memandang wajah Qayrul.

            Qayrul menyandarkan badannya ke bangku yang diperbuat daripada kayu itu. Matanya meliar memandang ke sekeliling. Banyak kereta yang lalu-lalang di hadapan mereka saat ini.

            “Kenapa awak tak nak bernikah dengan saya Qaisara?” Soalan itu dilontarkan.

            Qaisara memandang ke tanah. Beberapa biji buah saga yang ada di atas tanah di kuis-kuis dengan kasutnya.

            “Sebab saya tak suka doktor,” ujar Qaisara. Jujur, dia akui, dia memang sukakan Qayrul. Namun dia tidak suka kerana Qayrul seorang doktor.

            “Awak tak pernah cintakan saya?” soal Qayrul lagi.

            Qaisara memandang Qayrul. Melihat wajah itu. Lelaki itu tenang seperti biasa. Tenang seperti wajah papanya ketika jenazah mamanya di bawa ke tanah perkuburan.

            “Takkan pernah,” ujarnya sedikit teragak-agak. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia begini. Hatinya mengatakan sayang. Hatinya juga menjerit-jerit ingin mengatakan cinta. Namun lidahnya memaksa dirinya untuk mengatakan tidak kepada cinta Qayrul.

            “Awak tak menyesal kalau saya pergi tiba-tiba dan awak tak dapat cakap yang awak cintakan saya nanti?” duga Qayrul.

            Walaupun sekarang dia tahu dan dia faham doktor tidak membunuh arwah mamanya, namun dia masih trauma dengan kejadian itu. Dia melihat mamanya masuk ke bilik pembedahan itu dengan senyuman yang masih dibibir. Namun mamanya kaku apabila keluar daripada situ. Kerana itu dia seolah-olah membenci semua doktor yang ada di dunia ini.

            Sepertinya Qaisara tidak akan menjawab pertanyaannya. Qayrul bangkit daripada bangku. Melangkah beberapa tapak dan berdiri di hadapan Qaisara.

            “Awak akan menyesal nanti sebab tak nak kahwin dengan Dr. Qayrul,” ujar Qayrul bercanda.

            “Saya belikan awak epal sekejap,” tambah Qairul lagi sebelum dia pergi meninggalkan Qaira di bangku panjang itu.

            Bunyi dentuman yang kuat membuatkan Qaisara terperanjat. Dia melihat kejadian itu di hadapan matanya. Dia dapat melihat badan Qayrul disambar oleh sebuah kereta. Lalu Qayrul terpelanting jauh ke belakang. Bertaburan buah epal di tengah-tengah jalan. Dan serta-merta pandangannya ditutup oleh orang yang mengerumuni tempat kejadian.

            Qaisara bangkit daripada bangku. Kakinya terasa lemah namun digagahkan juga menghampiri ke tempat kejadian. Dia cuba menyelit di celah-celah orang ramai. Dan apabila dia berada di barisan paling hadapan, Qaisara terjelepuk di situ. Air matanya mengalir tanpa kata. Dia mencapai tangan Qayrul. Cuba membangunkan lelaki itu yang sudah berlumuran darah di kepalanya.

*****

“SAMPAI bila awak nak tidur macam ni Qayrul,” lirih suara Qaisara menuturkannya.

            Qayrul masih bergantung kepada mesin pernafasan. Doktor kata Qayrul tidak sedarkan diri hingga kini kerana kecederaan yang dialami olehnya di  kepala agak teruk.

            “Awak ingat saya pernah cakap, an apple a day keeps the doctor away?”

            Qaisara melihat tubuh Qayrul. Tiada apa-apa gerakan.

            “Sekarang saya dah tak makan epal dah. Sebab saya tak nak awak pergi tinggalkan saya,” ujar Qaisara lagi. Kali ini air matanya sudah jatuh ke pipi.

            “Saya cintakan awak Dr. Qayrul. Bangunlah…”

            Tiba-tiba dada Qayrul berombak. Cepat-cepat Qaisara memanggil doktor dan jururawat. Dia hanya boleh berdoa agar Allah memberikan dia peluang untuk berjumpa lagi Qayrul dalam keadaan yang sedar dan sihat. Saat itu, dia tidak akan teragak-agak menerima Qayrul menjadi suaminya.

*****

KINI sudah dua bulan Qayrul di hospital. Keadaan Qayrul sudah  beransur baik. Sekarang dia boleh bernafas tanpa bantuan mesin pernafasan. Cuma Qayrul masih belum sedar. Dan selama tempoh waktu itu juga Qaisara tidak jemu-jemu melawat Qayrul.

            “Awak bukan Putera Salju Dr. Qayrul,” ujar Qaisara sambil membetulkan letak selimut di dada Qayrul.

“Jangan tidur lama-lama kekasihku, kerana kau sering kutunggu,” bisik Qaisara ke telinga Qayrul seperti biasa sebelum dia pulang ke rumah.

            Baru satu tapak dia melangkah, dia merasakan tangannya dipegang seseorang. Qaisara menoleh. Dia dapat melihat tangan Qayrul memegang erat tangannya. Cepat-cepat Qaisara menghampiri ke katil Qayrul.

            “Awak dah sedar?” Tersekat-sekat suara Qaisara menuturkan ayat itu. Dia dapat melihat Qayrul membuka matanya lambat-lambat.

            Pantas tangannya menekan butang di hujung katil Qayrul dan sebentar kemudian doktor dan jururawat masuk membuat pemeriksaan. Qaisara hanya mampu mengalirkan air matanya dan berkali-kali memanjatkan syukur kepada Allah kerana telah memberikan satu lagi peluang kepada Qayrul untuk hidup.

            Qayrul masih tidak mengalihkan pandangan matanya daripada Qaisara. Hari ini, dia tahu Qaisara benar-benar mencintainya. Puji syukur kepada Allah kerana memberinya peluang sekali lagi bernafas di muka bumi.

*****
©Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz
            
Share

7 comments:

intan abd wahab said...

Alhamdulilah...dah tak sedih2 lagi...
klw baca cerpen isha msti nk mnangis..

NurAtiZa said...

Best....#^_^

ain said...

hee..suka ngan qayrul

Ezza Mysara said...

alah... pendek je kak.. heh.. awat x cerita lepas qayrul sedar.. hehe.. barulah lebih sweet..

ISHA IDIAZ said...

Kak Intan : Hehe. Maafkan Isha.

NurAtiza : Terima kasih. :-)

Ain : Hehe~ Qayrul hensem.

Ezza : Haha~ Xmo pjg2.. :-)

SecreT_Aimie said...

alhamdulillah tak berapa sedih.. kalau tak... kompem2.. dah mengalir air mata sec ni, Isha... huk3

ISHA IDIAZ said...

Sec : Hehe~ Yg ni mmg xsedih sebenarnya. Nnt org ksik nangis je bce. Ssh gak.