Cerpen
: BUKAN Putera Salju
Oleh
: Isha Idiaz
*****
QAYRUL AMRI
terbaring kaku di atas katil di hospital itu sejak dua minggu yang lalu. Buat
kesekian kalinya, Amani Qaisara menitiskan air mata. Rasa bersalah tidak pernah
hilang daripada hatinya sejak kejadian itu berlaku.
Andai masa boleh diputarkan kembali,
dia tidak ingin membuat lelaki itu terluka. Dia akan mencintai lelaki itu
sepertimana lelaki itu mencintai dirinya.
*****
“PAKCIK, bagi
saya tiga kilo epal merah tu.” Mata Qaisara liar memandang epal yang ada di
depannya saat itu. Tangannya juga sibuk membelek-belek buah epal hijau di
sebelah. Inilah kebiasaan yang tidak dapat diubah di dalam dirinya sejak kecil
lagi jika dia berkunjung ke gerai yang ada menjual buah epal.
Gila. Rambang mata aku dibuatnya.
Dan
kini, plastik yang berisi tiga kilo epal merah telah bertukar tangan. Beberapa
not RM10 dikeluarkan dan diserahkan kepada penjual epal. Senyum lebar terpamer
di bibir Qaisara. Puas hati dapat memiliki epal segar itu.
*****
“NAH!”
Sebiji buah epal dibaling ke arah Dina. Mujur
gadis itu cepat bertindak balas dengan menangkap buah epal itu sebelum ia
sempat mencium pasu bunga di tengah meja itu.
“Epal
lagi? Jemulah aku Qaisara.” Dina meluahkan rasa tidak puas hatinya kerana
terpaksa mengikut arahan Qaisara untuk makan sebiji epal setiap hari.
“An apple a day, keeps the doctor away,”
ujar Qaisara sambil tersenyum. Segera dia mengambil tempat sebelah Dina.
Mulutnya laju mengunyah sebiji epal yang tinggal setengah di tangan.
“Aku
doakan kau dapat laki doktor. Walaupun kau makan epal tiap-tipa hari, kau tak
sakit, tapi kau tetap kena hadap muka doktor tu tiap-tiap hari juga.” Dina
tersenyum puas apabila melihat Qaisara memuncungkan mulutnya. Panjang sedepa!
“I hate doctors.” Qaisara menuturkan
dengan wajah menjengkelkan.
“You’ll love them one day.”
“No way!”
“There will be a way someday. Trust me!”
Sekali
lagi Qaisara menarik mucung panjang sambil berlalu ke dapur. Sebiji lagi buah
epal di baling ke arah Dina.
“Shut your mouth with that Dina!,” laung
Qaisara dari dapur. Dina hanya menggelengkan kepalanya.
*****
“AWAK
suka makan epal?” tegur satu suara di belakangnya sedang Qaisara sibuk memilih
buah epal yang akan dibelinya.
Qaisara menoleh. Seorang lelaki
kemas dengan kemeja lengan panjang corak jalur-jalur warna kuning cair dan
seluar tempah bewarna hitam menyapa matanya. Penampilannya lebih segak dengan
tali leher warna kuning tersarung di lehernya.
Kacak!
Cepat-cepat Qaisara kembali memandang
buah epal di hadapannya. Pura-pura sibuk memilih walaupun hatinya saat itu
sudah berdegup kencang. Mana tidaknya, sekali tengok lelaki yang menegurnya
tadi dah macam muka Asyraf Muslim. Sejuk hati memandang.
‘Sejuk hati memandang ke jatuh hati
memandang? Orang kata cinta ni daripada mata turun ke hati.’ Oh Qaisara, sila
kembali ke alam realiti. Qaisara menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali
untuk menyedarkan dirinya.
“Awak okey tak?” Suara lelaki itu
menampar gegendang telinganya lagi.
“Aaa? Okey. Okey. Sa.. Sa.. Saya
okey.”
Fuhh. Sejak bila Amani Qaisara jadi
gagap pulak ni. Setahu dia, dia dilahirkan normal. Boleh bercakap lancar. Tak
ada gagap-gagap macam ni.
Qayrul Amri menganggukkan kepalanya.
Sebuah senyuman dihadiahkan buat Qaisara.
“Qayrul,” ujar Qayrul memperkenalkan
dirinya.
“Qaisara,” ujar Qaisara spontan.
Dalam hatinya menyumpah dirinya berkali-kali. Apa fasal macam laju je lidah dia memperkenalkan diri pada
lelaki yang dia tak pernah kenal sebelum ni.
“Awak suka epal?” Soalan itu dilemparkan
kembali kepada Qaisara.
“An
apple a day, keeps the doctor away,” laju sahaja ayat itu keluar daripada
mulut Qaisara. Dan entah kenapa bibirnya terasa murah pula nak tersenyum dengan
lelaki itu.
Qayrul tersengih menunjukkan barisan
giginya yang putih. “Looks like it’s not,”
ujarnya merujuk kepada ayat yang diujarkan oleh Qaisara tadi dengan senyuman
yang makin lebar.
“Kenapa?” ujar Qaisara dengan kening
terangkat.
“Cause
I’m working there,” ujar Qayrul dengan telunjuknya di arahkan ke papan
tanda yang ada di situ.
Laju sahaja mata Qaisara membaca
tulisan yang tertera di papan tanda itu.
Hospital Sultanah Aminah.
Rasa macam rahang dah jatuh dan tak
tahu nak cakap apa-apa. Rasa macam nak cari Dina sekarang juga. Belasah Dina
cukup-cukup.
Dan situlah segalanya bermula antara
Amani Qaisara dan Qayrul Amri. Minat mereka sama. Makan epal. Dan mereka
berjumpa di sini pun kerana masing-masing mahu membeli epal dan jumpa pun di gerai
yang menjual buah epal. Jangan mereka berpisah kerana epal sudahlah.
*****
“AWAK
buat apa hari ni?” suara Qayrul memecah kesunyian antara mereka.
Qaisara membetulkan duduknya. Kepalanya disandarkan ke
kepala katil. Badannya penat saat ini. Matanya minta untuk berehat.
“Kerja macam biasa,” ujar Qaisara acuh tidak acuh.
Qayrul tersenyum.
“Awak tahu hari ini hari apa?” Qayrul sengaja mahu menduga
Qaisara. Hari ini hubungan dia dan juga Qaisara sudah mencecah tempoh satu
tahun. Sudah lama juga mereka berkawan.
“Jumaat,” ujar Qaisara antara dengar dan tidak.
Qayrul menghelakan nafas berat. Nyata Qaisara tidak
ingat.
“Hari ni, setahun yang dulu, kita berkenalan Qaisara,”
ujar Qayrul lambat-lambat.
Qaisara diam. Dia malah tidak pernah ingat tarikh itu.
“So?” soalnya
sepatah. Otaknya tidak mampu nak berfikir dalam keadaan penat macam ni. Terus
terang jelah.
Qayrul mengambil nafas beberapa kali. Mungkin ini bukan
masa yang sesuai untuk dia menyatakan hal ini kepada Qaisara. Tetapi kalau
bukan hari ini, bila lagi?
“Takkan kita nak berkawan je. Saya cintakan awak Qaisara. Boleh saya bawa keluarga saya jumpa
keluarga awak minggu hadapan?” Rasa sedikit lega apabila Qayrul sudah meluahkan
isi hatinya.
Qaisara mengeluh. “Look
Dr. Qayrul. I hate doctors,” ujar
Qaisara satu-persatu.
“Including me?”
Belum sempat Qaisara menyambung bicaranya, Qayrul sudah mencelah. “Tapi kenapa?
What did doctors do wrong to you?”
Rasa kepalanya makin berat. Qaisara mahu sahaja
memutuskan talian saat itu. Tetapi apabila difikirkan kembali, tidak sampai
pula hatinya.
“No special reason.
Just I hate them.”
*****
Dua
puluh lapan tahun yang lalu…
“Doktor, macam mana keadaan isteri
saya?” soal Encik Aiman apabila melihat doktor keluar daripada bilik pembedahan
itu.
“Kami minta maaf encik. Kami sudah
cuba melakukan apa yang kami mampu tapi isteri encik kami tak dapat selamatkan.”
Dan Qaisara dapat melihat papanya
terduduk di situ. Di hadapan bilik pembedahan. Dia tidak tahu apa-apa saat itu.
Dia baru berumur lima tahun. Yang dia tahu dia lihat papa menangis. Dan setelah
itu dia melihat mamanya disorong keluar daripada bilik itu. Dia merapati ke arah
mamanya. Dia menarik tangan itu. Tapi tangan itu kaku. Berkali-kali dia
menjerit memanggil mama. Tapi mama tidak menyahut panggilannya.
Bila dia tanya pada papa kenapa mama
tak cakap apa-apa, papa hanya mengalirkan air mata. Papa kata, mamanya sudah
tidak ada. Kemudian dia berlari mendapatkan doktor yang merawat mamanya.
“Doktor yang bunuh mama!” Laungnya
berkali-kali sampai papa memeluknya erat-erat. Papa membisikkan sesuatu ke
telinganya saat itu. Papa kata, mama ada kanser otak. Tahap terakhir. Bukan
doktor yang bunuh mama. Cuma doktor dah tak boleh nak tolong mama lagi. Dan sejak
hari itu dia membenci sesiapa sahaja yang memakai kot putih tersebut.
*****
MEREKA
berjumpa lagi di bawah pohon saga yang terletak betul-betul di hadapan sebuah
gerai menjual buah-buahan.
“Awak sihat?” soal Qayrul tenang.
Dia melirik ke arah Qaisara di sebelah.
“Alhamdulillah. Macam nilah saya,”
ujar Qaisara tanpa memandang wajah Qayrul.
Qayrul menyandarkan badannya ke bangku
yang diperbuat daripada kayu itu. Matanya meliar memandang ke sekeliling. Banyak
kereta yang lalu-lalang di hadapan mereka saat ini.
“Kenapa awak tak nak bernikah dengan
saya Qaisara?” Soalan itu dilontarkan.
Qaisara memandang ke tanah. Beberapa
biji buah saga yang ada di atas tanah di kuis-kuis dengan kasutnya.
“Sebab saya tak suka doktor,” ujar
Qaisara. Jujur, dia akui, dia memang sukakan Qayrul. Namun dia tidak suka
kerana Qayrul seorang doktor.
“Awak tak pernah cintakan saya?”
soal Qayrul lagi.
Qaisara memandang Qayrul. Melihat
wajah itu. Lelaki itu tenang seperti biasa. Tenang seperti wajah papanya ketika
jenazah mamanya di bawa ke tanah perkuburan.
“Takkan pernah,” ujarnya sedikit
teragak-agak. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia begini. Hatinya mengatakan
sayang. Hatinya juga menjerit-jerit ingin mengatakan cinta. Namun lidahnya
memaksa dirinya untuk mengatakan tidak kepada cinta Qayrul.
“Awak tak menyesal kalau saya pergi
tiba-tiba dan awak tak dapat cakap yang awak cintakan saya nanti?” duga Qayrul.
Walaupun sekarang dia tahu dan dia
faham doktor tidak membunuh arwah mamanya, namun dia masih trauma dengan
kejadian itu. Dia melihat mamanya masuk ke bilik pembedahan itu dengan senyuman
yang masih dibibir. Namun mamanya kaku apabila keluar daripada situ. Kerana itu
dia seolah-olah membenci semua doktor yang ada di dunia ini.
Sepertinya Qaisara tidak akan
menjawab pertanyaannya. Qayrul bangkit daripada bangku. Melangkah beberapa
tapak dan berdiri di hadapan Qaisara.
“Awak akan menyesal nanti sebab tak
nak kahwin dengan Dr. Qayrul,” ujar Qayrul bercanda.
“Saya belikan awak epal sekejap,”
tambah Qairul lagi sebelum dia pergi meninggalkan Qaira di bangku panjang itu.
Bunyi dentuman yang kuat membuatkan
Qaisara terperanjat. Dia melihat kejadian itu di hadapan matanya. Dia dapat
melihat badan Qayrul disambar oleh sebuah kereta. Lalu Qayrul terpelanting jauh
ke belakang. Bertaburan buah epal di tengah-tengah jalan. Dan serta-merta
pandangannya ditutup oleh orang yang mengerumuni tempat kejadian.
Qaisara bangkit daripada bangku.
Kakinya terasa lemah namun digagahkan juga menghampiri ke tempat kejadian. Dia
cuba menyelit di celah-celah orang ramai. Dan apabila dia berada di barisan
paling hadapan, Qaisara terjelepuk di situ. Air matanya mengalir tanpa kata.
Dia mencapai tangan Qayrul. Cuba membangunkan lelaki itu yang sudah berlumuran
darah di kepalanya.
*****
“SAMPAI
bila awak nak tidur macam ni Qayrul,” lirih suara Qaisara menuturkannya.
Qayrul masih bergantung kepada mesin
pernafasan. Doktor kata Qayrul tidak sedarkan diri hingga kini kerana
kecederaan yang dialami olehnya di
kepala agak teruk.
“Awak ingat saya pernah cakap, an apple a day keeps the doctor away?”
Qaisara melihat tubuh Qayrul. Tiada
apa-apa gerakan.
“Sekarang saya dah tak makan epal
dah. Sebab saya tak nak awak pergi tinggalkan saya,” ujar Qaisara lagi. Kali
ini air matanya sudah jatuh ke pipi.
“Saya cintakan awak Dr. Qayrul.
Bangunlah…”
Tiba-tiba dada Qayrul berombak. Cepat-cepat
Qaisara memanggil doktor dan jururawat. Dia hanya boleh berdoa agar Allah
memberikan dia peluang untuk berjumpa lagi Qayrul dalam keadaan yang sedar dan
sihat. Saat itu, dia tidak akan teragak-agak menerima Qayrul menjadi suaminya.
*****
KINI sudah
dua bulan Qayrul di hospital. Keadaan Qayrul
sudah beransur baik. Sekarang dia boleh
bernafas tanpa bantuan mesin pernafasan. Cuma Qayrul masih belum sedar. Dan
selama tempoh waktu itu juga Qaisara tidak jemu-jemu melawat Qayrul.
“Awak bukan Putera Salju Dr. Qayrul,”
ujar Qaisara sambil membetulkan letak selimut di dada Qayrul.
“Jangan
tidur lama-lama kekasihku, kerana kau sering kutunggu,” bisik Qaisara ke
telinga Qayrul seperti biasa sebelum dia pulang ke rumah.
Baru satu tapak dia melangkah, dia
merasakan tangannya dipegang seseorang. Qaisara menoleh. Dia dapat melihat
tangan Qayrul memegang erat tangannya. Cepat-cepat Qaisara menghampiri ke katil
Qayrul.
“Awak dah sedar?” Tersekat-sekat
suara Qaisara menuturkan ayat itu. Dia dapat melihat Qayrul membuka matanya
lambat-lambat.
Pantas tangannya menekan butang di
hujung katil Qayrul dan sebentar kemudian doktor dan jururawat masuk membuat
pemeriksaan. Qaisara hanya mampu mengalirkan air matanya dan berkali-kali
memanjatkan syukur kepada Allah kerana telah memberikan satu lagi peluang
kepada Qayrul untuk hidup.
Qayrul masih tidak mengalihkan
pandangan matanya daripada Qaisara. Hari ini, dia tahu Qaisara benar-benar
mencintainya. Puji syukur kepada Allah kerana memberinya peluang sekali lagi
bernafas di muka bumi.
*****
©Hak
Cipta Terpelihara : Isha Idiaz
7 comments:
Alhamdulilah...dah tak sedih2 lagi...
klw baca cerpen isha msti nk mnangis..
Best....#^_^
hee..suka ngan qayrul
alah... pendek je kak.. heh.. awat x cerita lepas qayrul sedar.. hehe.. barulah lebih sweet..
Kak Intan : Hehe. Maafkan Isha.
NurAtiza : Terima kasih. :-)
Ain : Hehe~ Qayrul hensem.
Ezza : Haha~ Xmo pjg2.. :-)
alhamdulillah tak berapa sedih.. kalau tak... kompem2.. dah mengalir air mata sec ni, Isha... huk3
Sec : Hehe~ Yg ni mmg xsedih sebenarnya. Nnt org ksik nangis je bce. Ssh gak.
Post a Comment