Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz

Mereka Pembaca Setia

Kerana Aku Bukan Seorang Ustazah [1]
Jenis Karya : E-Novel
Oleh : Isha Idiaz
........................

Jendela chatting masih lagi terbuka.. Perbincangan mereka masih di teruskan..

 fisha- 12:45am    Can i ask you something?
 faris- 12:45am    What?
 fisha- 12:46am    Kenapa you tak pernah bagi I peluang?
 faris- 12:47am     I afraid that one day i might search for other girl..
Then probably it will be very complicated..
 fisha- 12:50am    Salah ke mencuba?
 faris- 01:04am     I dah ada calon pilihan
 fisha- 01:04am    Boleh beritahu  I siapa calon pilihan you?

faris- 01:07am    Ustazah
 fisha- 01:07am   Owh... Patutla..
Jauh sangat beza dengan I..
Must be a perfect women...

Mata fisha masih kaku menghadap skrin laptop.. Barangkali masih tidak percaya dengan apa yang di bacanya sebentar tadi.

Faris appeared offline
 
Matanya masih memandang kosong pada skrin laptop.. Beribu persoalan bemain di fikirannya.. Bertukar ganti umpama layar iklan di televisyen.. 1 1  kenangan lalu  bermain di ruangan mata.. Dunia seakan-akan gelap bagi fisha..
Fisha bermonolog sendiri di dalam hatinya..

Kerana aku bukan seorang ustazah...
Kerana aku hanya seorang bakal doktor...
Kerana ini adalah aku...
Kerana aku tidak boleh memadam sejarah itu...
Kerana aku tiada alasan untuk membela diriku sendiri...
Maka aku diamkan diri...
  
Tanpa sedar, manik-manik jernih itu menitis lagi di pipi.. Ya, itulah harga yang perlu di bayar untuk mendapatkan sebuah cinta.. Bukan cinta biasa.. Tetapi cinta sejati.. Mungkin bagi mereka Fisha gila.. Mendambakan kasih insan yang tidak pernah mengasihinya.. Bukan tidak pernah rakan-rakan dan kakaknya menasihati Fisha untuk meninggalkan Faris. Tetapi Fisha masih dengan pendiriannya untuk bersama Fariz.. Bukan kerana dia mengejar cinta Fariz, tetapi dia mengejar Cinta yang Maha Esa.. Kerana dari Fariz la Fisha berubah ke arah kebaikan tanpa dipaksa.. Kerana Fisha percaya, Fariz di cipta untuknya.. 

Sambil menyeka air mata yang entah bila jatuh di pipi, Fisha mencapai handphonenya. Di buka kembali Inbox. Di cari kembali message yang sudah berjuta kali di bacanya itu. Dia berhenti di message itu, lalu menekan butang open.
  
             12 September 2010   04:53am
             Jgn sdeyh2 dh.. Yg lepas tu lepas la. Da xleh ubah.. U kne brubah jd baik skrg,doa byk2 n taubat.. Ad  rezeki ad la jodoh u tu..

Fisha bermonolog lagi.. Ya kerana aku bukan seorang ustazah.. Kerana aku hanya manusia biasa yang tak lari dari membuat kesilapan.. Kerana itu aku mengharapkan pertolongan dirimu.. 

                Jika aku tercipta untukmu, maka aku akan berusaha untuk menjadi bidadari seperti yang kamu mahukan..
Jika kamu menginginkan kasih yg lain,dan itu akan membahagiakan kamu,aku redha..
Tetapi janganlah kamu lepaskan pimpinan kamu dari aku,supaya aku tidak leka dari jalan Allah..
Kerana aku bukan sahaja mencari cintamu, tetapi aku juga mencari ridhaNya..
Kerana cintaku padaNya melebihi cintaku padamu..
Kerana aku juga mahu menjadi seorang ustazah seperti dambaanmu..

 Entah kenapa hatinya begitu terguris setiap kali ayat itu yang diucapkan oleh Fariz.. Mungkin kerana dirinya tidak setanding dengan seorang ustazah..

                Andainya engkau tahu, bagaimana perasaanku Faris, luah Fisha dalam nada sayu.. 

 Manik-manik jernih yang sudah lama membasahi pipi tadi kini mengalir dengan lebih deras.. Begitu kecil terasa dirinya.. Begitu hina terasa dirinya.. Dikuatkan hati.. Di seka air mata yang tidak akan berhenti itu.. Di tanamkan azam di dalam diri..

Andai kita bertemu lagi 10 tahun akan datang dan aku masih bukan seorang ustazah di matamu, maka aku tidak sesekali akan menanyakan pengakhiran hubungan kita..

Tetapi jika kita bertemu lagi dan kau merasakan diriku sorang ustazah,katakanlah padaku kerana aku sentiasa menunggumu.. 

Bukan hanya kerana cintamu Fariz, tetapi kerana cintaku padaNya..
..............................

©Hak Cipta Terpelihara - Isha Idiaz


Share

0 comments: