Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz

Mereka Pembaca Setia

Puisi 14
Dia Lelaki Itu

***************

Dia, lelaki itu..
Suaranya, menggetarkan rasa..
Pandangannya, membuai jiwa..
Renungannya, mengundang malu..
Kata-katanya, membuat aku tersipu..



Dia, lelaki itu..
Nasihatnya, tersemat di hatiku..
Marahnya, mengundang pilu
Pujuknya, mengubat luka..
Gurauannya, pencetus tawa..

Dia, lelaki itu..
Dia hanya lelaki biasa..
Lelaki biasa yang berjiwa besar..
Namun hadirnya bisa mengocakkan jiwa..
Hadirnya bisa meruntuhkan ego yang aku bina..

Kerana kau lelaki itu,
Untuk katakan cinta, aku tidak mahu..
Kata-kata sayang, hanya terluah di hatiku..
Kerana aku tidak mahu kau tahu aku mencintaimu..
Hingga saatnya kau ucapkan kata cinta itu padaku terlebih dahulu..

Kerana kau lelaki itu,
Aku merinduimu selalu..
Ketahuilah aku mencintaimu..
Berhentilah menguji cintaku padamu..
Kerana aku takut untuk meluahkan kata nan satu..
Kata bahawa AKU CINTA PADAMU~

************
©Hak Cipta Terpelihara : ~Isha Idiaz~


Share

0 comments: