Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz

Mereka Pembaca Setia

Puisi : Sedetik Kurang
Oleh : Isha Idiaz

******************
Jika sedetik kurang
Masa dapat ku undurkan
Pasti ku tidak kehilangan

Jika sedetik kurang
Ku biarkan masa tidak berganjak
Pasti jiwa ku tidak bergelodak

Jika sedetik kurang
Sebelum kau berlalu jua
Pasti kini aku tidak menyeka air mata




Jika sedetik kurang
Kata maaf sempat ku ucapkan
Pasti hatiku tidak terkilan

Jika sedetik kurang
Kau masih sempat ku tatap
Walau berjauhan tidak akan ku meratap

Jika sedetik kurang
Jemariku tidak menulis
Akankah kau membuat aku menangis?

Kerana sedetik tidak berkurang
Kerana sedetik itu meninggalkan kita
Aku kan terus berjuang
Bersama memori cinta dan duka

*********

Hak Cipta Terpelihara : ~Isha Idiaz~



Share

2 comments:

hatikubaik|mohdhazlan Dreadlock said...

hargai masa :)

ISHA IDIAZ said...

yeah~ itulah meseg yg mahu sy sampaikan~