Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz

Mereka Pembaca Setia

Cerpen : 3 Kali Mencintaimu
Oleh : Isha Idiaz

*****
INI kisah cinta aku. Kisah cinta aku tidaklah sehebat kisah cinta Laila dan Majnun, mahupun Juliet dan Romeonya. Kisah cinta aku adalah kisah cinta biasa. Kadang-kadang aku juga terfikir adakah kisah cinta aku ini kisah cinta magis kerana setiap kali aku jatuh cinta, pasti dia orangnya? Terpulang pada kalian untuk menilai seberapa magisnya kisah cinta aku ini.
*****


PERTAMA kali aku mengenalinya sewaktu aku berumur dua belas tahun. Waktu itu aku masih anak kecil yang tidak tahu apa itu cinta. Aku kenali dia dengan nama Hazwan Haziq. Nak senang, aku panggil dia double H.

Bagaimana rupanya waktu itu? Ya, hingga kini aku masih ingat mukanya yang bujur itu. Rambutnya yang lurus disikat ke tepi sebelah kiri. Matanya yang bulat itu dihiasi dengan bulu mata yang lentik. Aku sangat iri kerana dia tidak perlu menggunakan mascara untuk melentikkan bulu matanya itu. Oh, aku juga ingat dia sangat segak dengan kemeja t lengan pendek bewarna hitam dan slack warna senada. Kacak juga orangnya walaupun masih kecil. Mesti kauorang tertanya-tanya sekarang dia masih hensem ataupun tidak kan? Haish. Sabar-sabar. Nanti aku cerita. Tak kan kauorang tak nak tahu macam mana rupa aku waktu tu? Isk isk. Kalau kauorang tak nak tanya, aku tak kira. Aku nak cerita juga.

Aku pula bagaimana waktu itu? Aku ni ringkas sahaja orangnya. Bulu mata aku tak berapa nak lentik, kalau nak lentik aku kena pakai mascara. Mata aku pun tak berapa nak bulat, kalau nak tengok mata aku bulat, kau kenalah buat aku terkejut tahap tak ingat punya. Confirm masa tu bulat gila mata aku ni. Masa tu, aku tak pakai tudung lagi. Sempoi tahap gaban aku ikat rambut aku yang tak berapa nak panjang tu ala-ala pony tail mat saleh kata. Pony tail pun kauorang tak tahu? Ikat ekor kuda la. Aish. Nak dipendekkan cerita sebab takut kauorang bosan dengar cerita pasal aku ni kan, akulah budak perempuan yang paling tak ayu dalam kelas tuisyen aku tu. Budak-budak perempuan semua panggil aku minah tomboy. Aku sikit pun tak kisah dapat gelaran tu. Sebab nak buat macam mana. Dah memang betul pun aku tomboy.

Di mana aku berjumpa dengan double H? Kan aku dah cerita aku jumpa dia dekat sebuah pusat tuisyen. Al-maklumlah, tahun itu kami bakal menduduki peperiksaan UPSR. Maka, aku dengan hati yang tidak rela telah dihantar ke pusat tuisyen tersebut untuk mempersiapkan diri sebelum menduduki peperiksaan besar itu pada bulan sembilan nanti. Aku rasa dia pun senasib juga dengan aku. Kira macam paksa rela punya kes la. Cukup tak intro ni nak bagi kauorang dapat idea macam mana keadaan aku dan dia masa pertama kali kami jumpa? Tak cukup? Tak apa. Scroll bawah sikit. Meh aku cerita lagi.

*****

AKU memang malas nak melayan budak-budak dalam kelas ni. Dahlah aku memang tak suka nak berkawan. Di tambah pula malas nak bercakap. Jadi, sampai-sampai je kelas, aku amik port biasa aku. Duduk diam-diam sampai cikgu tuisyen aku tu datang.

            “Nama awak siapa?” soal si double H tiba-tiba.

            Macam yang aku cakap awal-awal cerita tadi, kalau nak tengok mata aku bulat, buatlah aku terperanjat tahap tak ingat punya. Dan sekarang memang rasa nak terkeluar biji mata aku ni di sebabkan rasa terkejut yang tahap tak ingat tu. Aku urut dada aku yang rasa macam nak meletup ni. Tak pandang pun budak yang boleh buat nyawa aku boleh melayang kalau ada sakit jantung tadi. Dia masih berdiri depan meja aku.

            “Nama awak siapa?” soal dia sekali lagi. Aku masih tidak mengangkat muka. Haish. Kau tak faham ke aku tak nak cakap dengan kau ni? Aku dahlha memang malas nak bercakap.

            Di sebabkan mamat ni tak faham-faham, terpaksalah aku pandang muka dia. Senang cerita, aku pandang tanpa perasaan la. Eh, ada sikitlah perasaan. Perasaan GERAM. Dia masih menantikan jawapan daripada aku. Dengan rasa malas nak buka mulut, kalau nak di bayangkan dekat kauorang, tahap malas aku nak buka mulut tu ala-ala kena guna playar tolak rahang aku ni bagi buka, aku pun cakap lah nama aku.

            “Hasya Hazirah,” jawab aku dua patah lantas menundukkan kembali muka aku menghadap buku. Nasib baik nama aku dua patah perkataan. Kalau tak, memang satu perkataan jelah yang keluar daripada mulut aku masa tu.

            “Come again?” ujar mamat itu. ‘Eh, kau tak pergi lagi ke?’ Sememangnyalah mamat ni degil.

            Aku menghela nafas panjang. Aku pandang semula wajah mamat yang berdiri depan mata aku sejak lima minit tadi.

            “Hasya Hazirah. Double H,” ujarku tanpa nada. Kali ni, maju sikit dah. Empat patah perkataan. Kali ini aku tak terus menundukkan muka. Aku renung mamat depan aku ni. Manalah tahu, kalau dia nak tanya apa-apa lagi.

            “Wow, nice name. Double H. Saya pun double H juga. Hazwan Haziq,” ujarnya penuh ramah. Sebuah senyuman dihadiahkan buat aku. Terima kasih, tapi selain daripada tak suka nak cakap, aku juga memang tak suka nak senyum.

            Belum sempat aku buka mulut, dia dah sambung lagi. “Macam janji pulak kan. Double H. Awak Hazirah, saya Haziq,” ujarnya masih dengan senyuman di bibir. Kali ni aku rasa senyuman dia tu sudah mencecah ke telinga.

            “Manisnya mulut awak. Macam gula-gula,” ujar aku pula. Aku senyumlah sikit dekat mamat tu. Senyum yang kalau orang lain tengok bolehlah cakap senyum menyampah.

            “Macam gula-gula? Bukan macam coklat?” kata-kata itu meluncur laju di mulutnya. Serentak itu sebuah cubitan hinggap di lengannya. Wah, penyelamat aku dah sampai. Cikgu Aina sudah mencekak pinggang.

            “Amboi Haziq. Manis macam gula-gula la. Manis macam coklat la,” ujar Cikgu Aina. Jarinya sudah mula memulas kulit yang sempat di cubit di lengan Haziq tadi. Aku apa lagi. Gelak sakan dalam hati.

            “Adoi cikgu. Sakit. Lepas lepas,” Haziq mula mengaduh. Sudah mula membuat muka sepuluh sen.

            “Awak datang sini nak belajar ke nak mengurat anak dara orang?” soal Cikgu Aina tegas. Haziq sudah tersenyum sumbing.

            “Dua-dua cikgu. Belajar pun nak. Bercinta pun nak,” jawabnya selamba. Jawapannya itu memang meminta cubitan yang lebih padu daripada Cikgu Aina hingga membuat dia menjerit kesakitan.

            Aku hanya menggelengkan kepala. Benda-benda cinta ni memang tak masuk dalam otak aku sekarang ni. Tak tahu lah kenapa. Mungkin sebab aku ni sekolah perempuan. Jadi, aku memang ada rasa anti dekat manusia yang dipanggil lelaki.

            Itulah, pertama kali aku bercakap dengan manusia bernama Hazwan Haziq.

*****

KINI, sudah hampir lima bulan aku tuisyen. Mulut yang dulu malas nak bercakap, kini sudah rajin sikit bercakap. Tu pun cuma dengan si Double H tu la. Mesti kauorang ingat sebab aku dah jatuh cinta dekat dia kan? Jawapannya adalah……. Teetttt SALAH. Aku cakap dengan dia bukan sebab aku jatuh cinta dekat dia, tapi sebab dia yang selalu tanya aku macam-macam soalan. Nak tak nak aku kena lah jawab kan. Dah tu macam mana aku boleh jatuh cinta dengan dia? Ni aku nak beritahu ni.

            Masa tu tiba-tiba ada pop kuiz. Siapa tak dapat jawab kena denda. Kebetulan si Double H ni tadi duduk sebelah aku. Maka, bila tiba giliran dia kena jawab soalan, aku dengan baik hati tolong kirakan jawapan untuk dia. Baikkan aku?

            Dan sebelum balik hari tu, dia bisik dekat telinga aku ayat ni. “Saya suka awak Hazirah.” Dalam hati masa tu aku rasa macam dah terbang naik ke awan. Al-maklumlah, first time lelaki cakap suka dekat aku kan. Tapi disebabkan aku ni jenis anti lelaki, aku buat tak tahu je lah bila dia cakap macam tu.  Kisah hari tu langsung tak berbekas dekat hati aku ni.

            Esoknya, sebelum memulakan kelas, Cikgu Aina mengambil kedatangan. Dan nama pun dipanggil macam biasa. Hinggalah tiba pada nama Hazwan Haziq.

“Hazwan Haziq,” panggil Cikgu Aina tanpa memandang ke arah kami.

“Saya cikgu,” jawab Haziq yang duduk di belakangku.

Kemudian nama aku pula dipanggil.

“Hasya Hazirah”

Belum sempat aku nak menjawab, Haziq sudah menjawab bagi pihak aku.

“Saya cikgu,” jawabnya selamba.

Pantas Cikgu Aina memandang kami. Rakan-rakan sekelas sudah ketawa macam nak pecah perut. Mana tidaknya, nama yang dipanggil oleh Cikgu Aina tadi nama perempuan. Lebih tepat, nama yang dipanggil tadi tu nama aku. Tapi yang menjawabnya Hazwan Haziq. Apa kes?

“Haziq, nama awak Hasya Hazirah ke?” soal Cikgu Aina geram.

“Bukan cikgu,” laju dia menjawab.

“Kenapa awak pula yang menyahut bila saya panggil nama tu?” soal Cikgu Aina lagi.

“Tu nama bakal isteri saya cikgu. Dia malas sikit nak bercakap. Jadi saya tolong jawabkan bagi pihak dia,” terangnya panjang lebar.

Aku yang tidak percaya dengan ayat yang baru sahaja aku dengar daripada mulut Haziq tadi lantas menoleh ke belakang. Haziq hanya tersenyum memandangku.

“Awak cakap apa tu?” soal aku kepada Haziq. Muka aku masa tu memang dah merah padam. Malu satu hal. Bengang satu hal.

“Saya cakap saya suka awak,” jawab Haziq perlahan sambil mendekatkan mukanya kepada aku. Supaya aku jelas mendengar ayat yang dituturkan olehnya.

Ya, memang jelas. Hingga ayat itu menyerap langsung ke dalam hati aku, ke dalam jantung aku. Itulah pertama kali aku jatuh cinta pada Hazwan Haziq.

*****

HARI itu hari terakhir tuisyen. Minggu hadapan, kami semua bakal menduduki peperiksaan UPSR.

            “Good Luck nanti,” ujar Haziq kepadaku.

            Kami mengorak langkah bersama keluar meninggalkan pusat tuisyen itu.

            “Good Luck juga,” ujarku kepadanya.

            Sebenarnya, aku rasa sedih waktu itu. Walaupun kami jarang bercakap, tetapi Haziq lah orang yang paling rapat dengan aku di pusat tuisyen itu.

            “Lepas ni kalau jumpa Haziq, tegur-tegur lah ya,” ujarnya perlahan. Matanya melirik ke arah aku.

            Aku hanya mengangguk mengiakan kata-katanya.

            “Boleh tak janji sesuatu dengan Haziq?” soalnya pula memandangkan aku masih berdiam diri. Pantas aku menoleh melihat wajahnya. Dan tiba-tiba sahaja dadaku berdebar pantas apabila anak matanya memandang tepat ke dalam anak mataku. ‘Oh tidak! Sah aku jatuh cinta!’

            “Janji apa?” soalku perlahan. Anak mataku aku larikan memandang pepohon yang melambai-lambai ditiup angin tengah hari itu. Menyembunyikan rasa gelisah yang beraja di hati.

            “Janji dengan Haziq, kalau lepas ni awak jatuh cinta, awak hanya boleh jatuh cinta dengan Haziq sahaja. Boleh?” soalnya inginkan kepastian.

            “Kalau ada jodoh tak ke mana,” ujarku perlahan. Haziq menangguk perlahan.

            Dan selepas itu, ayah Haziq menjemputnya pulang. Aku dapat melihat dia menoleh ke arahku sewaktu kereta Iswara merah itu meluncur laju meninggalkan perkarangan pusat tuisyen. Dan itulah kali terakhir aku melihatnya tahun itu. Walaupun aku tidak berjanji kepadanya, namun aku sentiasa mengingati pesanannya itu.

            ‘Jika aku jatuh cinta, aku hanya boleh jatuh cinta dengannya.’

*****

PEJAM celik pejam celik, tahun ini aku bakal menduduki peperiksaan PMR. Tidakku sangka cepat sungguh masa berlalu. Baru semalam ku rasakan aku melihat wajah Haziq yang menoleh ke arahku saat kereta Iswara merah itu membawa dia pergi. Mungkin pergi selamanya daripada hidupku kerana sejak itu aku tidak pernah lagi bertemu dengannya.

            “Hoi!” jerkah Iza. Aku tersentak. Hilang terus gambaran wajah Haziq yang bermain-main di mindaku sebentar tadi. Tanganku mengurut-ngurut dada yang terasa berdebar laju.

            “Terperanjat wei,” gumam aku sambil mengengsot sedikit ke tepi memberi ruang untuk Iza menyelit duduk di sebelahku di kerusi yang berada di kantin itu. Mujurlah badan teman baikku ini kecil molek. Muatlah dia menyelitkan dirinya di ruang yang tidak seberapa besar itu.

            “Termenung ingat siapa cik kak? Haziq lagi?” soal Iza bertubi-tubi. Tangannya pantas mencapai straw dan dicucukkan ke kotak air soya bean yang entah bila dibelinya.

            “Mana tahu?” soalku penuh tanda tanya. Sejak bila si Iza ni pandai menilik hati aku. Eh ada ke penilik hati? Setahu aku ada penilik tangan je. Ha, suka-suka hati aku je kan buat ayat sendiri.

            “Awak tu kalau dah termenung macam tu tak lain tak bukan mesti ingat Haziq la. Tak ada orang lain dah yang diingatnya,” ngomel Iza. Sebuah senyuman dihadiahkan buatku.

            “Semalam, Najia cakap dia dah ada boyfriend,” ujarku rendah. Melarikan mata daripada Iza sebelum dia menilik mataku pula selepas ini.

            “Jangan cakap boyfried dia Haziq?” duga Iza. Tangannya pantas memegang tanganku. Aku masih tidak menoleh ke arahnya.

            “Rasanya begitulah,” ujarku semakin perlahan. Ya, Najihah atau Najia, adik angkatku kini menjadi teman wanita Haziq. Itulah perkhabaran berita yang aku terima petang semalam sebelum aku pulang ke rumah. 

            Mata Iza membulat. Mulutnya juga melopong saat memandangku. Terkejut benar agaknya dengan perkhabaran berita yang ku bawa ini.

            “Tutuplah mulut tu. Masuk lalat nanti,” ujarku berseloroh. Pantas ku lihat Iza menutup mulutnya.

            “Dah tu?” soalnya ringkas.

            “Three,” ujarku sepatah diselangi dengan tawa kecil. Menutup rasa kecewa yang merajai hatiku saat itu.

            Iza sudah menarik muka masam. Mulutnya sudah sudah sedepa dimuncungkan ke hadapan. Tidak puas hati dengan jawapan yang ku berikan barangkali. Tetapi itulah hakikatnya. Aku tidak tahu apa perasaanku saat ini. Adakah aku harus merasa gembira kerana adik angkatku menjadi teman wanita Haziq? Atau adakah aku harus merasa sedih kerana Haziq telah melupakan janji itu? Ahh. Aku sendiri tidak tahu.

*****

JALANRAYA waktu itu sangat sibuk. Kereta berderet-deret di lampu isyarat yang menghala ke arah Lebuhraya Pasir Gudang. Aku menjeling sekilas jam tangan Seiko yang berada di pergelangan tangan kiriku. Pukul tujuh. Memang waktu begini jalanraya masih sesak memandangkan masing-masing mahu pulang ke rumah setelah penat seharian bekerja mahupun bersekolah.

            Aku menyandarkan kepala di kerusi tempat dudukku di dalam bas sekolah. Terasa lenguh pula leherku hari ini. Pandanganku dihalakan ke tengah jalan raya yang sesak memandang kenderaan yang masih tidak bergerak menanti isyarat hijau pada lampu isyarat.

            Aku masih teringat lelaki itu. Haziq. Ya, lelaki itu. Sudahkah dia melupakan aku? Otakku menerawang jauh mengingati kembali saat pertama kali kami berjumpa. Entah bila kami akan bertemu lagi. Sebuah keluhan aku lepaskan. Pandangan mata ku arahkan ke bas sekolah yang berhenti di sebelah bas sekolah yang dinaiki olehku. Agak terganggu dengan bunyi suara yang datang daripada bas itu. Pandangan mata ku alihkan ke arah bertentangan bila aku lihat ramai pelajar lelaki di bas itu.

            “Hazirahhhhhhhhh!!!” laung suatu suara yang memanggil namaku daripada bas itu. Laungan itu telah memaksaku untuk menoleh kembali untuk melihat pemilik suara itu yang sangat ku kenali.

            Senyumannya membuat pandangan mataku kaku. Kehadirannya di hadapanku kini mematikan semua persoalan yang bermain difikiranku sebentar tadi.

            Melihat aku yang masih terpaku memandangnya, akhirnya dia menjerit kembali.

            “I love youuuuu!!!” dan serentak itu sebuah sorakan kedengaran daripada bas itu. Senyumannya lebar hingga ke pipi.

            Aku masih tidak percaya aku berjumpa dengannya setelah sekian lama kami terpisah. Hampir tiga tahun kami tidak bersua muka. Tiada khabar berita.

            Hazwan Haziq. Hari ini kita berjumpa lagi. Saat aku masih mencari jawapan kepada semua persoalan tentang kita. Tentang hubungan kita. Hubungan kita yang terjalin tanpa kata, terpisah kerana masa. Aku juga mahu mendengar daripada mulutmu, apakah benar Najihah kekasihmu.

            Aku terus menatap wajah itu tanpa kata. Memandang anak matanya. Mencari kejujuran daripada mata itu. Dia juga masih menatapku dengan senyuman yang sangat ku rindui selama ini. Aku masih menatapnya ketika bas sekolahku mula bergerak meninggalkan bas sekolahnya di belakang.

            Air mata yang tidak ku tahu sejak bila telah membasahi pipi kini semakin laju mengalir keluar daripada tubir mata seperti air takungan yang melimpah apabila empangan pecah. Semakin ku seka, semakin laju ia mengalir keluar.

            ‘Aku rindu dia!’ Hanya itu yang mampu aku katakan saat bas kami membawa haluan yang berbeza. Dia masih melihatku menerusi jendela. Aku juga masih melihatnya dalam juraian air mata.

*****

ANGIN petang yang berpuput lembut di bumi Indonesia ini membawa ingatanku kembali ke bumi Malaysia. Bunyi daun-daun yang bergeser sesama sendiri apabila ditiup angin sangat mengasyikkan untuk didengar. Tenang. Itu yang aku rasakan.

            Pantas sungguh masa berlalu. Sudah dua puluh satu tahun aku menjalani kehidupan. Begitu banyak yang masih belum ku laksanakan. Begitu banyak juga impian yang belum tercapai. Pantas, aku teringat impianku yang masih ku simpan kemas dalam otakku.

Aku ingin bertemu sekali lagi dengan insan yang bernama Hazwan Haziq. Itu adalah impian yang aku simpan sejak kami terpisah buat pertama kalinya sembilan tahun yang lalu.

Dan tanpa diminta, air mataku menitis lagi. Kenapa setiap kali aku rindu, pasti Haziq yang menjelma difikiranku? Kenapa setiap kali aku jatuh cinta, pasti Haziq orangnya?

Pantas, aku masuk ke kamarku. Tiada ketenangan lagi di luar koridor ini. Kakiku melangkah menuju ke meja belajarku yang terletak di sebelah katil. Pantas tanganku berlari-lari di papan kekunci komputer riba Acer milikku lalu membuka lawan sesawang Facebook setelah aku melabuhkan punggungku di kerusi.  

Pantas juga tangan ku menaip nama Hazwan Haziq di bahagian carian di laman sesawang itu. Tidak sampai seminit, beribu-ribu profil dengan nama Hazwan Haziq terpapar dihadapan mataku kini. Aku buntu. Tidak tahu yang mana satu profil milik Hazwan Haziq yang aku cari. Maka ku kecilkan pencarian dengan menapis menggunakan tempat asal kelahiran. Kini, bilangan profil yang terpapar sudah sedikit berkurang. Tinggal angka ratusan sahaja.

Dan bermulalah pencarianku mulai detik itu. Satu persatu profil yang tertera nama Hazwan Haziq itu ku teliti. Sesiapa yang aku rasa berkemungkinan seperti Haziq yang ku cari, ku hantar permintaan untuk menjadi kawan mereka.

Hampir dua bulan aku menjalankan proses pencarian ini sehinggalah pada suatu hari aku mendapat reaksi positif daripada salah seorang kenalan yang berada di laman sesawang itu. Aku hampir pasti dialah Haziq yang aku cari.

Namun pada akhirnya aku masih kecewa.

*****

DADAKU berdegup pantas. Laman Yahoo Mesengger terbentang di hadapan mataku kini. Nama Hairul Haziq tertera di atas pesanan yang baru ku terima sebentar tadi.  Ku baca sekali lagi ayat yang tertulis di pesanan itu.

            Hazwan Haziq : Assalammualikum. Haziq di sini. Boleh Haziq tahu siapa di sana?

            Jari-jemariku terasa berketar saat mahu menekan papan kekunci komputer ribaku ini. Namun ku kuatkan hati. Semoga dialah insan yang aku cari itu. Pantas ku taipkan juga persoalan yang ingin ku tanyakan.

Hasya Hazirah : Waalaikummussalam. Hazirah di sini.

Hazwan Haziq : Owh Hazirah. Kenapa ya? Haziq dapat tahu Hazirah hendak tanyakan sesuatu.

Memang benar aku mahu tanyakan sesuatu kepada insan ini. Aku ingin memastikan bahawa dia Haziq yang aku cari selama ini.

Hasya Hazirah : Boleh saya tahu Haziq ni asal daripada mana?

Hazwan Haziq : Johor Bahru. Hazirah pula?

Hasya Hazirah : Johor Bahru juga. Haziq sekolah mana dulu?

Hazwan Haziq : English College.

Sepi seketika. Aku semakin pasti dia memang Haziq yang ku cari. Mungkinkah benar dia orangnya?

Hazwan Haziq : Sudah berpunya?

Hasya Hazirah : Hurm?

Hazwan Haziq: Masih menunggu Haziq sampai sekarang? Tak penat tunggu Haziq sembilan tahun ni?

Dan kini, air mata itu tidak dapat ku tahan lagi. Memang benarlah dia Hazwan Haziq yang ku cari selama ini.

Hasya Hazirah : Siapa cakap saya tunggu Haziq?

Hazwan Haziq : Hati Haziq yang cakap macam tu. Anda sudah bertudung sekarang.

Hasya Hazirah : Ya, masa mendewasakan kita. Kita perlu berubah kan?

Hazwan Haziq : Tetapi kenapa hati anda tidak berubah sedikitpun Hazirah?

Hasya Hazirah : Mana anda tahu hati saya tidak berubah Haziq?

Hazwan Haziq : Kerana anda masih Hasya Hazirah yang saya kenali dulu.

Bibirku mengukir senyum. Kerana dia juga Hazwan Haziq yang ku kenali dulu. Dia semakin matang kini. Wajahnya yang menghiasi profil Yahoo Messenger nya ini juga ku lihat semakin matang. Berbeza sekali dengan yang ku lihat terakhir kali semasa di tingkatan tiga dahulu.

Pertemuan kali ketiga ini telah dibantu oleh salah seorang jejaka yang telah ku tambah sebagai kenalan di facebook yang ku sangka Hazwan Haziq. Jejaka ini memang berasal daripada Johor Bahru, bersekolah di English College dan tinggal di Jalan Seroja di Taman Johor Jaya. Memang serupa, sebiji, sebulat dengan Haziq. Kerana itulah aku pasti dia adalah Haziq. Namun setelah ku lihat gambarnya, dia bukan Haziq yang aku cari.

Dia memberitahuku, jiran yang tinggal berdekatan rumahnya juga ada yang bernama Haziq. Dan melaluinyalah aku dapat berhubung kembali dengan Haziq melalui alamat Yahoo Messanger yang telah diberi oleh jejaka itu.

*****

TIGA kali mencintainya, kini sudah sebelas tahun aku menantinya. Sejak kali ke tiga kami berhubung melalui alam maya itu, jarang sekali kami bertukar cerita. Malah lebih mudah aku katakan, kami saling tidak bertegur sapa di Yahoo Messanger mahupun di Facebook.

Namun, di sudut hati kecilku, aku masih menanti jawapan daripada dirinya. Jawapan kepada janji yang pernah dia ciptakan untukku. Jawapan kepada janji yang sentiasa membuat aku tersekat atas perhubungan tanpa nama. Pertalian hati tanpa kata.  

Aku bukan seorang yang pandai memetik gitar. Tetapi jika aku bisa memetik gitar, ingin sekali aku hadiahkan sebuah lagu untuk orang yang aku cintai selama sebelas tahun ini.

Dan jika engkau membaca kisah ini, terimalah laguku untukmu sebagai hadiah sempena ulang tahun kelahiranmu yang kedua puluh tiga…

Tiga kali mencintaimu,
Sebelas tahun aku menunggu,
Setiap kali aku jatuh cinta,
Mengapa mesti engkau orangnya?

Pertama kali kita bersua,
Engkau berjaya mencuri pandangan mata,
Namun cinta kita mati disitu,
Dibawa pergi bersama waktu

Kau laungkan namaku,
Waktu kali kedua kita bertemu,
Wajah engkau ku lihat sekilas,
Kenangan lama datang mengimbas

Kali ke tiga kita tetap kaku,
Di alam maya kini kita bertemu,
Aku cuba berlagak sahaja,
Sungguhpun cinta mengetuk pintu jiwa

Kelak jika kita bersua,
Katakan sahaja jika engkau masih mencinta,
Dalam diam kita tetap merindu,
Entah bila akan bersatu

Tiga kali mencintaimu,
Sebelas tahun aku menunggu,
Tidak ku pinta cintaku berbalas,
Cukup kau tahu cintaku ikhlas.

Inilah kisah cinta aku. Sudah aku katakan kisah cintaku tidak sehebat kisah cinta Laila dan Majnun, mahupun Juliet dan Romeonya. Kisah cinta aku adalah kisah cinta biasa.. Namun aku ingin tetap di sini, menanti cintaku, jika benar dia memang diciptakan untukku. Dalam sebelas tahun ini, aku tidak pernah menyesal mengenalinya. Tidak pernah menyesal mencintainya. Tidak pernah menyesal merinduinya.

Hazwan Haziq, tamatkanlah kisah kita. Beritahulah aku kesudahan cerita kita yang kau tinggalkan buat aku. Agar aku bisa mencintai selain daripada dirimu. Agar aku tidak pernah lagi menanti dirimu seperti sebelas tahun yang lalu…

*****
Dedikasi buat dia yang ku ingati selalu..
“Cinta bagiku hanya dirimu. Walau jauh beribu batu, walau kisah kita ditelan waktu. Aku tetap setia di sini menanti dirimu.”  ~Isha Idiaz~
*****
©Hak Cipta Terpelihara : ~Isha Idiaz~

           
            

Share

15 comments:

kusyi said...

best! tapi mcm mne ending nya? hazirah bersatu tak dgn haziq tu sbnrnya? hehe..

Intan ChOki chOki said...

best2..terbaekk kak siah.. :)

ISHA IDIAZ said...

kusyi : mekasih~ hehe~ mcm xbiasa lak kn bce cerpen akk.. kne pk sendiri tu dorg bersatu ke x..

intan : mekasih syg~ :-)

et said...

hee.aduhai.benda yang tak pasti ni,susah nak predict. nak teka ending pon susah.

apa-apa pon, jalan cerita best. olahan ayat pon boleh tahan. nice. :)

ISHA IDIAZ said...

et : tq bce.. hehe ssh ye nk teka endingnya?

btw tq 4 ur comment.. pertama kali menulis gaya begini.. rse byk kekurangan lg..

Isha Merdeka said...

Subhanallah, ternyata saya punya saudara cerpenis. Slm kenal ya, smg Allah merahmati kita semua. Mampir klo ada waktu di http://ishamerdeka.blogspot.com. Insyaallah bermanfaat.

ISHA IDIAZ said...

Salam kenal juga Isha Merdeka.. Insyaallah akn sy kunjungi anda.. :-)

black rose said...

bru 4low.. trus ske dgn crpen2 nyer. besh cite nyer.. tp ending nyer ape cite ek?

Siti Nurazlinda said...

alaa laa , sweet gila ! sampai nangis baca cerpen ni ._.

Rehan Makhtar said...

haa..dah siap baca..ni 1st time I2 pakai POV kan..cerita ni macam biasa kary I2 yang lain..best dan menarik..tp k rm perasan ade sikit je kesilapan kecil..k rm rasa hensem tu BI di BM kan..takdak dlm kamus kan..kauorang<<jauh..spelling lgsung takde silap..tp, k rm rs garapan I2 agak kaku kali ni..kurang sikit nk compare ngn karya I2 sblm ni..tp cite ni mmg menarik..kalo k rm jd H2 pompuan, k rm blah je..tinggal je H2 lelaki tuh..haishh

ISHA IDIAZ said...

black rose : tq follow.. tq juga sudi membaca.. endingnye ye? isha xske bg ending tp suke org fikirkn apa endingnya. :-)

azlinda : tq sudi membaca dan menitiskan air mata anda. really appreciate dat~

kak RM : tq sudi baca pov1 isha ni.. hehe.. noted all da mistake.. tq menegur.. akn cuba perbaiki lg slps ini.. kaku kn? isha pun rse mcm 2.. haha~ wah2 kak rm nk jd h2 gurl2 ea~ bgus kak rm, tgglkn h2 lelaki 2~ lmbt sgt nk gtau isi hati 2.. tension menunggu.. >_<!

Anonymous said...

i love this story. just like mine. still waiting for him. entah ada jodoh ke tidak nak bertemu lagi. thanks writer! :')

ISHA IDIAZ said...

anon: tq 2 u too sbb sudi bce karya sy yg xseberapa ni.. smoga anda bertemu jodoh anda itu jika benar dia milik anda.. :-)

cari aku di sini said...

best...feeling habis..nak nagis juga masa hazira menangis dlm bus huhuhu

Anonymous said...

kenape x bt novel terus??cerpen2 dlm blog ni best la..buat la novel..nanti sy bli ekk.