Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz

Mereka Pembaca Setia

 3 Kali Mencintaimu

Mengisahkan kisah percintaan antara Haziq dan Hazirah yang berputik sejak di bangku sekolah lagi. Kisah cinta mereka terhenti tatkala umur mereka menginjak dewasa dan kedua-duanya hilang tanpa berita. Takdir menermemukan mereka kembali di saat masing-masing sedang kecewa. 

Tatkala mereka bertemu semula, adakah mereka masih jatuh cinta dengan orang yang sama? Siapakah di antara mereka yang masih memendam rasa?

Ikuti kisah mereka di dalam cerpen :

3 Kali Mencintaimu.
"Setiap kali aku jatuh cinta, mengapa pasti engkau orangnya?"



Kau Tigakan Cintaku

Kisah bermula apabila muncul orang ketiga dalam kisah cinta mereka. Rumahtangga yang dulunya bahagia kini menjadi porak-peranda dengan kehadiran seorang wanita bernama Tasya. Kesabaran Lydia sebagai seorang isteri tercabar apabila sang suami mula berbagi rasa cinta di hati.

Masihkan ada ruang di hati Lydia untuk memaafkan Latif suaminya yang pernah dicintai? 

Ikuti kisah mereka di dalam cerpen :

Kau Tigakan Cintaku
"Ku tak menyangka dibelakangku kau tigakan cintaku yang hanya kepadamu"



Encik Mimpi versus Cik Realiti

Kisah cinta alam maya antara Encik Mimpi dan Cik Realiti. Encik Mimpi, seorang pemain gitar yang berjaya memikat hati Cik Realiti menerusi alunan lagu dan suaranya yang merdu. Cik Realiti, seorang penulis kisah cinta yang berjaya menawan hati Cik Mimpi melalui kisah-kisah cinta yang ditulis olehnya.

Bila Encik Mimpi masuk di alam realiti, mampukah dia menggegar naluri Cik Realiti? Bila Cik Realiti masuk ke alam mimpi, mampukah Encik Mimpi tidur lena?

Ikuti kisah mereka di dalam cerpen:

Encik Mimpi versus Cik Realiti
"dan bila mimpi menjadi realiti, terjadikah penyatuan dua hati?"



Sebenarnya Kecewa

Pasangan suami isteri ini menutup kesedihan yang bertandang di hati dengan berpura-pura mereka gembira dengan kehidupan mereka kini. Namun dalam hati mereka, penyesalan memakan diri. Dalam senyum yang diukirkan, tercalit seribu kedukaan. Dalam tawa yang diluahkan, terukir sebuah memori duka. 

Mampukah mereka bahagia seperti sebelumnya? Memori apa yang   sering mengganggu tidur malam mereka? Mampukah mereka menerima takdir Yang Maha Esa?

Ikuti kisah mereka di dalam cerpen:

Sebenarnya Kecewa
"dia bukan lagi milik kita"







Share

0 comments: