Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz

Mereka Pembaca Setia

Siapakah pemilik suara itu
Yang berjaya membuat aku tertawan dengan suaranya.. 
Yang berjaya membuat aku tersenyum tatkala mendengar nyanyiannya..

Siapakah pemilik tubuh itu?
Yang berjaya membuat aku tahu itu dia walau hanya terihat dalam cahaya samar..
Yang berjaya membuat aku tahu itu dia walau hanya terlihat sekilas pandangan mata..     

Siapakah pemilik senyuman itu?
Yang berjaya membuat aku tersenyum di kala melihat senyumannya..
Yang berjaya membuat aku terpana kerana sekuntum senyuman yang ku dambakan dari nya..

Siapakah pemilik kaki itu?
Yang berjaya membuat kaki ku turut bergoyang tatkala melihat rentak kakinya mengikut irama..
Yang berjaya membuat aku hampir tidak percaya itu dia..


Suara,tubuh,senyuman dan kaki itu...
Siapakah pemiliknya?
Benarkah itu dia...
Dia
yang aku puja...

Suara,tubuh,senyuman dan kaki itu...
Siapakah pemiliknya?
Adakah dia yang ku damba..
Benarkah itu dia??
Share

0 comments: