Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz

Mereka Pembaca Setia

Kerana Aku Bukan Seorang Ustazah a.k.a. K.A.B.S.U. [12]
Jenis Karya : E-Novel
Oleh : Isha Idiaz

*****************
Usai solat maghrib, Fisha segera menanggalkan telekung. Di lipat telekung dan sejadah, lalu Fisha bingkas bangun. Di letakkan alat solat tadi di sebuah rak yang terletak di sudut biliknya. Fisha melihat jam yang tergantung di bilik itu.

“Pukul 7:50 dah. Sekejap lagi ayah balik dari surau”, desis hatinya.

Fisha menghayun langkah kakinya ke dapur. Di panaskan lauk untuk makan malam.
Hari ini mamanya telah memasak makanan kegemarannya, tomyam dan ikan siakap asam manis. Sambil memanaskan lauk dan menghidang makan malam, sempat hatinya berbisik, betullah syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Sesibuk manapun, mamanya masih sempat menurut permintaanya apabila dia meminta mamanya untuk memasak makanan kegemarannya itu hari ini.

Selesai menghidang, kedengaran suara ayahnya dari ruang tamu.

“Ayah sudah pulang barangkali”, Fisha bertutur seraya menuju ke ruang tamu.

Di lihat ayahnya sedang menyakat adik bongsunya yang sangat leka menonton kartun di televisyen. Kedengaran rengekan satu-satunya anak lelaki di dalam keluarga ini. Fisha tertawa melihat gelagat adiknya itu. Fisha merapati kedua orang tuanya.

“Ayah, mama, jom makan. Angah dah siap hidang dah. Nanti sejuk pula lauk tu”, Fisha bersuara penuh hormat.

Dan mereka sekeluarga menikmati makan malam bersama-sama.

Beginilah rutin kehidupan keluarga Fisha. Walaupun masing-masing sibuk dengan pelbagai urusan dan mempunyai komitmen, namun mereka tetap akan makan malam bersama. Sudah menjadi kebiasaan setelah selesai makan, mama dan ayah akan menanyakan hal-hal persekolahan kepadanya dan adik beradiknya yang lain. Mungkin bagi mereka di luar sana, makan bersama merupakan suatu hal yang leceh kerana terpaksa menunggu semua orang, tetapi bagi keluarga Fisha, ini adalah peluang yang baik untuk merapatkan lagi hubungan mereka dan berkongsi masalah dan cerita dan sebagai medium untuk bertukar-tukar pendapat.
Setelah mengemas semula dapur, Fisha kembali ke kamarnya dan menunaikan solat isya’.

Fisha melabuhkan punggunggnya di birai katil. Sudah beberapa kali Fisha menguap usai solat isya’ tadi. Mengantuk barangkali. Dan akhirnya Fisha lena tanpa teringat untuk membuka kotak pemberian Fahmi sewaktu mereka berjumpa tadi.

**************

Jam loceng berbunyi. Fisha bangun seawal jam 5:30 pagi untuk menunaikan solat subuh sekaligus membantu mamanya menyediakan sarapan pagi.

Di bantu ibunya mengejut adiknya untuk ke sekolah. Mujur adik lelakinya ini mudah terjaga dan tidak liat untuk bangun pagi. Rajin pula ke sekolah.

Baby bangun. Pukul enam dah. Baby nak pergi sekolahkan?”, Fisha menuturkan sambil menepuk lembut bahu adiknya.

Dah pagi ke angah?”, soal si kecil itu tanpa membuka matanya. Fisha tersenyum melihat gelagat adiknya.

Dah pagi dah. Jom mandi jom. Nanti baby lambat sampai sekolah cikgu denda”, pujuk Fisha lagi. Dia tahu adiknya masih mengantuk kerana semalam adiknya menyiapkan hampir tujuh kerja sekolah hingga jam satu pagi. Rasa kasihan terbit di hatinya, tetapi itulah tugas yang harus dilalui oleh seorang pelajar.

“Ok, baby bangun”, akhirnya anak kecil itu bangun dan menuju ke bilik air tanpa di suruh.

Fisha tahu beginilah rutin mamanya setiap pagi jika dia tiada di rumah. Menyediakan sarapan, menyiapkan adiknya untuk ke sekolah dan menghantarnya.

“Angah, nak salam. Baby nak pergi sekolah”, ucap adiknya.

“Ok. Belajar betul-betul tau. Nanti dapat nombor satu angah bagi hadiah”, tutur Fisha sambil menghulurkan tangannya dan memeluk adiknya serta menghadiahkan sebuah kucupan di pipi montel itu.

“Ok angah. Bye. Assalammualaikum”, tutur anak kecil itu lagi.

“Waalaikummussalam”, jawab Fisha sambil menghantar adik serta ibunya hingga ke kereta.

Fisha masuk ke dalam rumah setelah bayang kereta proton iswara merah itu hilang dari pandangan mata.

*****************

Usai mandi, Fisha mendandan dirinya. Di buka laci almari soleknya untuk mengambil sikat. Kelihatan kotak kecil berwarna silver diikat dengan reben bewarna gold dengan bunga ros kecil di atasnya di sudut laci itu. Ingatannya kembali pada kisah semalam.

“Pakai nanti”, kata-kata itu masih terngiang-ngiang di telinganya.

Dikeluarkan kotak kecil itu dan diletak di atas meja solek.  Diuraikan reben yang membalut kotak itu perlahan-lahan. Dada Fisha berdebar-debar. Sungguh dia tidak tahu apa isi kotak itu.

Di buka kotak itu. Sebuah bekas berbentuk hati bewarna merah hati terdapat di dalam kotak tadi. Sebuah nota kecil di lekatkan pada bekas berbentuk hati ini. Fisha mencabut nota kecil itu. Tertera di atasnya ayat ini.

Ketika jantungmu berdegup pantas saat membuka pemberianku ini, itu adalah petanda kamu merinduiku.. J

Pantas tangannya di halakan ke dada. Ya, berdegup pantas.

“Adakah aku merinduinya?”, soal Fisha pada dirinya.

“Tak mungkin rindu. Ni namanya cuak nak tahu apa isi kandungan dalam bekas ni”, tutur Fisha untuk menyedapkan hatinya.

“Pandai betul nak psycho org Fahmi ni”, Fisha masih mempertahankan dirinya. Masih menidakkan perasaan rindu yang mekar dalam hatinya.

Diletakkan nota kecil itu di atas meja. Di ambil kembali bekas tadi. Di buka perlahan.

Mulutnya ternganga tatkala melihat isi bekas tadi. Terkejut kerana inilah pertama kali dia menerima pemberian seperti itu daripada seorang lelaki.

Di keluarkan cincin yang terletak kemas di dalam kotak itu. Cantik. Sangat cantik sebenarnya. Cincin yang berbentuk dua hati bertindih itu kelihatan sangat eksklusif.

Terngiang-ngiang kembali ayat yang dituturkan oleh Fahmi di telinganya.

“Pakai nanti”

Dengan perlahan Fisha menyarungkan cincin itu di jari manisnya. Memang padan. Ukurannya sama dengan jari Fisha.

Fisha hanya mampu tersenyum melihat jarinya di hiasi cincin pemberian Fahmi itu.

“Petanda apakah ini Fahmi”, soal Fisha perlahan seolah-olah Fahmi berada di hadapannya.

Soalan itu dibiarkan tidak berjawab. Dia juga tidak mahu menjawab soalan yang di tanya oleh dirinya itu.

Seketika kemudian, kedengaran handphonnya berbunyi. Pantas Fisha mengambil handphone yang di letakkan di atas rak bukunya. Di buka inbox. Mesej dari Fahmi.

Ketika jantungmu berdegup pantas saat membuka pemberianku, itu adalah petanda kamu  merinduiku. Ketika kamu merinduiku dan mengutarakan pelbagai persoalan, aku menghampirimu untuk menjawab semua pertanyaan.

“Sah Fahmi ni senget. Dah macam tukang tilik nasib dah”, hanya itu yang mampu di tuturkan oleh Fisha.

Kenapa harus dijawab pertanyaan yang tidak pernah aku tanyakan.

Hanya itu di balas. Sungguh dia agak panik apabila Fahmi mula menunjukkan reaksi yang sebegini.

Kerana di hatimu hanya ada aku.

Fahmi membalas SMS itu dengan wajah yang ceria. Dia cuba berkias menyatakan perasaan hatinya kepada Fisha.

                Perasan. =P

Tergelak besar Fahmi apabila menerima balasan SMS dari Fisha ini. Dia tahu Fisha sengaja mengelakkan diri apabila dia cuba membangkitkan hal ini. Kerana itu dia telah menyediakan plan B sewaktu ideanya datang untuk memberikan Fisha cincin silver itu. Dia tidak mahu Fisha mengganggap dia tidak serius.

Telah di selitkan sepucuk surat di dalam kotak itu dilapisi oleh kertas-kertas lain yang dirobek halus membentuk puluhan bentuk hati yang kecil. Sepucuk surat yang menyatakan seluruh isi hatinya pada Fisha. Mungkin Fisha tidak perasan keberadaan surat itu di dalam kotak tersebut. Memang sengaja dibuat begitu. Plan B ini akan dilaksanakan apabila Fisha mengelak darinya. Dan kini dia akan memberitahu Fisha tentang surat itu.

                Bila semua jawapan sudah tertulis di dalam sebuah surat bertinta merah, di manakah kau akan mencari ia? Di hatiku, hatimu atau di dalam kotak itu? J

Pantas Fisha membuka semula lacinya setelah membaca SMS itu. Di keluarkan semula kotak silver pemberian Fahmi daripada laci. Di keluarkan semua isi kotak itu. Robekkan kertas-kertas kecil berbentuk hati berwarna-warni memenuhi meja. Ya, baru dia melihat ada sekeping kertas berwarna merah lembut di situ. Di keluarkan kertas itu.

Belum sempat dibuka surat itu kedengaran mamanya memberi salam.

Fisha memasukkan semula semua kertas-kertas yang bertaburan di atas meja soleknya ke dalam kotak. Surat itu di kembalikan ke dalam kotak. Di simpan kemas kotak itu ke dalam laci. Berlari-lari anak Fisha menyambut kepulangan ibunya di muka pintu.

Dan rutin harian berjalan seperti biasa. Namun dalam hati dan Fisha masih teringat tentang surat itu.

“Apakah isinya?”,persoalan itu yang bermain-main di fikirannya.

“Duhai hari, cepatlah malam. Berilah aku kesempatan untuk membaca surat itu”, bisik hati kecilnya.

Bukan dia tidak bisa membaca surat itu di siang hari. Cuma Fisha merasa tidak manis jika dia meninggalkan mamanya seorang memasak didapur. Dan bagi dirinya, cuti semester ini adalah satu-satunya peluang untuk dia melepaskan rindu kepada mamanya setelah hampir enam bulan tidak berjumpa. Berkongsi pelbagai cerita dan pengalaman hidup serta mencungkil pelbagai petua daripada mamanya. Wajarlah dia menghabiskan masa siangnya bersama mama. Biarlah orang katakan dia hanya berkepit di bawah ketiak mamanya jika cuti semester. Dia tidak peduli. Kerana ini adalah dia. Fisha.

Hari beransur gelap. Sebuah senyuman terukir di bibirnya.

“Kenapa senyum sorang-sorang tu angah? Macam kerang busuk dah mama tengok”, tegur mamanya apabila melihat Fisha sedari tadi senyum.

“Tak ada apa lah mama. Mama nak masak kerang ke esok? Sedap juga tu”,jawab Fisha selamba dengan tawa cuba mengalih topik perbualan.

Kantoi sudah”, hati kecilnya berkata.

 Fisha menghampiri mamanya. Memeluk erat wanita itu. Di sandarkan kepala di atas bahu ibunya.

Wanita itu mengusap-usap rambut anak keduanya penuh kasih.

“Angah nak makan kerang ke? Kalau nak esok mama masak ya”, tutur mamanya lembut.

“Mama nak masakkan ke? Angah on je. Semua mama masak angah makan”, tutur Fisha lagi. Hatinya berbunga riang. Mamanya tidak pernah menghampakannya jika dia mahu makan sesuatu.

“Yelah, esok mama masak. Dah, pergi masuk bilik tidur. Mama pun nak masuk tidur ni. Esok nak hantar baby sekolah lagi”, tutur mamanya.

Fisha mengangguk tanda faham. Sempat dia mengucup pipi ibunya.

“Jangan berangan je dalam bilik tu. Tidur”, tambah mamanya lagi apabila Fisha sudah menghampiri biliknya.
Fisha tergelak mendengar kata-kata mamanya.

“Baiklah ma. Selamat malam”, Fisha menjawab lalu menghilangkan diri di sebalik daun pintu.

Pintu sudah di kunci. Fisha merapati meja soleknya. Inilah saat yang dinantikannya. Kotak itu, surat itu.

Di keluarkan surat itu. Langkah kakinya di halakan  ke arah katil. Surat berada di tangan.

“Bismillahhirrahmannirrahim”, ucapnya sebelum membuka surat itu.

Dadanya berdegup laju.

“Kenapa la sampai macam ni sekali nak baca surat ni. Surat je pun. Macam nak bukak kertas soalan final exam pula debarnya”, ngomelnya.

Teringat SMS Fahmi siang tadi.

Bila semua jawapan sudah tertulis di dalam sebuah surat bertinta merah, di manakah kau akan mencari ia? Di hatiku, hatimu atau di dalam kotak itu? J

Sekali imbas dia memandang surat itu. Tulisan yang ditulis dengan tinta merah. Apa yang ada pada surat ini. Dilihat pula sekali imbas  isi surat. Fisha hanya melihat bait-bait puisi didalam surat itu.

Puisi.

Ya,sebuah puisi untuknya.

*************
©Hak Cipta Terpelihara- Isha Idiaz

Share

3 comments:

Bintur Rahman said...

first time jenguk blog akk..sblum ni tak sempat..baca karya akk dlm p2u je.. Mmm..tahniah, tak sabar nk baca bab sterusnya... keep writing k.. mabruk...

Jimmy said...

bila sambungannye nie?
\

ain79 said...

x nk smbung ke nvel nie lme da tgntung..xsbar plak nk bce kish dia dgn fahmi n suami dia nti