Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz

Mereka Pembaca Setia


Cerpen : Bila Cinta Terukir di Bintang
Oleh : Isha Idiaz

****
JIKA kau pernah dengar kisah pungguk rindukan bulan, aku nasihatkan kau supaya berhenti berfikir bahawa kisah cinta aku begitu.

            Pernah kau dengar orang-orang bilang bila cinta terukir di bintang? Jika belum pernah, aku tidak terkejut kerana tidak pernah orang mengukir cinta mereka di bintang kecuali aku.


            Ini kisah cinta aku. Aku tidak peduli apa orang kata. Kerana kau dan mereka tidak pernah tahu aku siapa. Masa kau tahu bagaimana cintaku pada dia?

*****

“KAU nak buat apa dengan botol tu?” soal Hana dengan keningnya bertaut rapat. Hairan barangkali apabila melihat aku meletakkan botol kaca yang ke-lima di atas meja belajarku.

            Aku hanya tersenyum. Ini projek rahsia aku. Mana boleh aku beritahu pada orang lain. Namanya pun projek rahsia.

            “Saja buat koleksi,” ujarku sambil membelek-belek botol kaca yang berada di atas meja itu. Bibirku masih tidak lekang dengan senyuman membayangkan apa yang mahu aku lakukan dengan botol itu.

            “Koleksi apanya. Punyalah banyak botol plastik dekat luar tu, botol kaca juga yang kau kumpul,” ujar Hana.

            “Sebab dekat luar tu dah banyak sangat botol plastiklah aku kumpul botol kaca ni buat koleksi,” jawabku ringkas. Kulihat Hana mencebirkan bibirnya. Meluat barangkali dengan jawapanku sebentar tadi. Ah! Persetankan! Yang penting projek rahsia aku ni berjaya.

*****

SATU persatu kertas yang ada di hadapanku kugunting. Bermacam-macam warna kertas telah kubeli semalam. Ada warna kuning, merah, hijau, dan biru. Semuanya kertas dari jenis yang berkilat.

            Selesai semua kertas kugunting menjadi jalur-jalur kecil, aku mengambil pena bewarna-warni. Projek rahsia akan bermula mulai hari ini. Kuambil sejalur kertas bewarna biru, lalu aku coretkan sepotong kata-kata di situ.

            Bila cinta terukir di bintang, tak mungkin hilang cintaku padamu.

            Kertas tadi kulipat membentuk sebuah pentagon. Kemudian kupicit setiap bucunya hingga di bahagian tengah pentagon itu menggelembung. Dan terhasillah sebutir bintang. Aku senyum sendiri. Ini bintang pertama yang akan kumasukkan ke dalam salah sebuah botol yang ada di hadapanku ini.

*****

AKU tidak pernah tahu siapa tunanganku. Bahkan aku tidak pernah melihat wajahnya ataupun fotonya. Yang kutahu dia adalah seorang lelaki dan sedang menuntut di bumi Mesir. Walaupun aku tidak pernah mengenalinya, namun aku tidak pula berusaha untuk melupakannya melainkan cuba membayangkan wajahnya melalui mata hatiku.

            Aku tidak tahu bagaimana caranya bercinta dengan seorang yang lain benar perwatakannya denganku. Kalau aku seorang gadis yang ala-ala tomboy, tunanganku pula yang kudengar dia seorang ustaz. Pernah kau terfikir aku akan mendapat jodoh seperti itu? Aku juga tidak pernah terfikirkan hal pelik sebegitu. Jika bukan kerana keluarga kami yang menjodohkan kami, mustahil aku mahu menerima dirinya.

            Oleh kerana aku tidak pernah sekalipun berbicara dengannya, makanya apabila aku teringatkan tunanganku, akan aku tuliskan kata-kata yang melintas di benakku di atas kertas bewarna-warni itu.

*****

HARI ini cukup dua tahun aku menjadi tunangannya. Berarti sudah 730 butir bintang yang ada di dalam botol-botol itu. Dan kurasa itu sudah cukup lumayan sepanjang penantianku untuk bertemu tunanganku selama ini.

            “Fira dah siap?” Suara mama yang datang dari belakang mengejutkanku.

            Cepat-cepat aku menoleh ke arah mama. Tanganku kubawa ke dada. Terasa pantas sekali degupan jantungku.            

            “Sudah ma,” jawabku tergagap-gagap.

            Mama tertawa besar sejurus setelah aku selesai bicara.

            “Takkan takut sangat nak jumpa Fah hari ni sampai tergagap-gagap cakap tu,” tempelak mama.

            Haish. Ini bukan sebab Fah. Ni gara-gara aku terkejut sebab mama sergah aku tadi.

            “Mana adalah,” ujarku membela diri.

            Mama cuma tersenyum memandangku. “Dah, keluar cepat. Fah dah tunggu dekat luar tu.”       
    
            Aku mengangguk lalu berdiri menuju ke muka pintu bilikku. Kujengukkan sedikit kepalaku di luar. Ya, dapat kulihat seseorang bersusuk tubuh sederhana sedang membelakangiku saat ini. Perlahan-lahan aku menapak menuju ke arah sesusuk tubuh itu.

            “Assalammualaikum,” ujarku seraya berdiri agak jauh daripadanya.

            “Waalaikummussalam.” Satu suara yang mahu sekali kudengar kini menampar gegendang telingaku. Merdu.

            Dan pemilik suara itu berpaling memandangku di sebelah.

            “MasyaAllah,” ujarnya sepatah apabila anak matanya tepat memandang ke arahku.

            ‘SubhanAllah,’ bisik hati kecilku saat mata kami berlaga beberapa ketika. Siapa sangka tunanganku ini seperti yang kugambarkan dalam imiginasiku. Dan wajah inilah yang kuketemu disetiap mimpi malamku.

*****

“BOTOL apa ni sayang?” soal Huzaifah sambil mulutnya dimuncungkan ke arah sepuluh buah botol kaca yang kuletakkan di meja solekku sewaktu malam pertama kami. Jari-jemarinya mengelus lembut rambutku yang terbang ditiup bayu malam.

            Terasa membahang pipiku apabila Huzaifah memanggilku sayang. Namun kukerahkan juga bibirku untuk berkata-kata.

“Tu namanya projek rahsia,” ujarku perlahan.

“Kenapa rahsia? Tak baik tau berahsia dengan abang,” ujar Huzaifah lembut.

Kalau beginilah cara dia berbicara, bukan setakat cair, hancur-lebur hati aku jadinya. Tangannya kini merangkul erat pinggangku.

“Mana ada rahsia,” ujarku sambil berusaha melepaskan rangkulan itu.

Cubaanku sia-sia apabila semakin erat rangkulan Huzaifah.

“Baik cakap dekat abang cepat,” bisiknya ke telingaku.

Aku menatap wajah Huzaifah dalam-dalam. Lalu sebuah keluhan kulepaskan.

“Dalam tu ada 730 butir bintang. Setiap hari abang ambil satu. Bukak bintang tu dan baca apa isinya,” ujarku perlahan-lahan.

“Kalau abang nak bukak semua satu hari ni boleh?” soal Huzaifah teruja.

Nope. Satu hari satu je,” ujarku tegas.

“Kalau macam tu, abang nak ambil satu malam ni,” ujar Huzaifah dan melepaskan rangkulannya di pinggangku. Cepat sahaja dia sudah berada di meja solek. Pantas juga tangannya mengambil botol kaca itu dan mengeluarkan sebutir bintang bewarna biru.

Huzaifah kembali kepadaku dan duduk di birai katil. Pantas tangannya membuka dengan cermat lipatan bintang itu. Aku juga tertanya-tanya ayat manakah yang tertulis di situ untuk hari ini. Belum sempat kulihat ayat di atas kertas itu, Huzaifah sudah kembali memeluk tubuhku erat.

 “Nak anak kembar ya?” bisik Huzaifah ke telingaku. Sangkaanku meleset apabila ayat itu yang keluar daripada bibir tipis Huzaifah. Aku fikir bintang biru itu bintang pertama yang aku tulis dulu. Rupanya bintang biru yang terakhir yang kutulis sebelum kami berjumpa kali pertama dahulu.

Merona merah mukaku saat itu. Antara 730 butir bintang yang ada dalam botol-botol kaca itu kenapa bintang itu yang keluar pertama hari ini. Memalukan sungguh.

“Nak ke tak nak?” bisik Huzaifah lagi.

Aku tidak mampu berkata-kata. Cuma mengangguk lemah di bahu Huzaifah. Dengan keizinanku itu, maka gelaplah segenap bilik. Hanya diterangi cahaya samar dari lampu jalan.

Bila cinta terukir di bintang… Tak mungkin hilang cintaku padamu… Takkan… Kerana akan kucambahkan benihmu bagi meraikan cinta kita…

*****
Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz
Share

9 comments:

kuzie said...

alahai.sweet nye...
best2!!

Anis said...

bestnya...mcm kebetulan lak, smlm baru beli colour papers untuk buat bintang gak...hehe
p/s: first time comment kat sini

ISHA IDIAZ said...

Kuzie : Thnx baca. :-)

Anis : Wah nak buat bintang jugak ya. Save satu botol untuk Isha ya. Hehe. Lain kali komen lagi. Baru Isha ingat. :-)

ain said...

haha..bleh kna kencing manis trus.sweet sgt2 :D emm,watak prmpuan nie msti Husna kan?

Pena Tumpoi said...

Hihu. Semanis gula ^^

ISHA IDIAZ said...

Ain : Haha~ Kena kencing manis ya~ Nope2. Watak girl tu Fira. Hehe. Rasa ramai yang confuse cerita ni dengan Dalam Bingkai Mahabbah. Act, cerita ni Isha dah tulis dulu sebelum DBM. Tak sangka pulak nama heronya sama. Huzaifah kan~ Mungkin Isha suka sangat dengan pemilik nama Huzaifah tu kot. Kehkeh. :p

Pena : Haha~ Kasik bagi sedih je kan sesekali bagi gula. :-)

SecreT_Aimie said...

Terbaek, Ishaaa...!

ISHA IDIAZ said...

Sec : Tq dear~ :-)

Anonymous said...

Siapakah dia huzaifah itu???...=)