Cerpen : Bila Cinta Terukir di
Bintang
Oleh : Isha Idiaz
****
JIKA
kau pernah dengar kisah pungguk rindukan bulan, aku nasihatkan kau supaya
berhenti berfikir bahawa kisah cinta aku begitu.
Pernah kau dengar orang-orang bilang
bila cinta terukir di bintang? Jika belum pernah, aku tidak terkejut kerana
tidak pernah orang mengukir cinta mereka di bintang kecuali aku.
Ini kisah cinta aku. Aku tidak
peduli apa orang kata. Kerana kau dan mereka tidak pernah tahu aku siapa. Masa
kau tahu bagaimana cintaku pada dia?
*****
“KAU
nak buat apa dengan botol tu?” soal Hana dengan keningnya bertaut rapat. Hairan
barangkali apabila melihat aku meletakkan botol kaca yang ke-lima di atas meja
belajarku.
Aku hanya tersenyum. Ini projek
rahsia aku. Mana boleh aku beritahu pada orang lain. Namanya pun projek rahsia.
“Saja buat koleksi,” ujarku sambil
membelek-belek botol kaca yang berada di atas meja itu. Bibirku masih tidak
lekang dengan senyuman membayangkan apa yang mahu aku lakukan dengan botol itu.
“Koleksi apanya. Punyalah banyak
botol plastik dekat luar tu, botol kaca juga yang kau kumpul,” ujar Hana.
“Sebab dekat luar tu dah banyak
sangat botol plastiklah aku kumpul botol kaca ni buat koleksi,” jawabku
ringkas. Kulihat Hana mencebirkan bibirnya. Meluat barangkali dengan jawapanku
sebentar tadi. Ah! Persetankan! Yang penting projek rahsia aku ni berjaya.
*****
SATU
persatu kertas yang ada di hadapanku kugunting. Bermacam-macam warna kertas
telah kubeli semalam. Ada warna kuning, merah, hijau, dan biru. Semuanya kertas
dari jenis yang berkilat.
Selesai semua kertas kugunting
menjadi jalur-jalur kecil, aku mengambil pena bewarna-warni. Projek rahsia akan
bermula mulai hari ini. Kuambil sejalur kertas bewarna biru, lalu aku coretkan
sepotong kata-kata di situ.
Bila
cinta terukir di bintang, tak mungkin hilang cintaku padamu.
Kertas
tadi kulipat membentuk sebuah pentagon. Kemudian kupicit setiap bucunya hingga
di bahagian tengah pentagon itu menggelembung. Dan terhasillah sebutir bintang.
Aku senyum sendiri. Ini bintang pertama yang akan kumasukkan ke dalam salah
sebuah botol yang ada di hadapanku ini.
*****
AKU
tidak pernah tahu siapa tunanganku. Bahkan aku tidak pernah melihat wajahnya
ataupun fotonya. Yang kutahu dia adalah seorang lelaki dan sedang menuntut di
bumi Mesir. Walaupun aku tidak pernah mengenalinya, namun aku tidak pula
berusaha untuk melupakannya melainkan cuba membayangkan wajahnya melalui mata
hatiku.
Aku tidak tahu bagaimana caranya
bercinta dengan seorang yang lain benar perwatakannya denganku. Kalau aku
seorang gadis yang ala-ala tomboy,
tunanganku pula yang kudengar dia seorang ustaz. Pernah kau terfikir aku akan
mendapat jodoh seperti itu? Aku juga tidak pernah terfikirkan hal pelik
sebegitu. Jika bukan kerana keluarga kami yang menjodohkan kami, mustahil aku
mahu menerima dirinya.
Oleh kerana aku tidak pernah
sekalipun berbicara dengannya, makanya apabila aku teringatkan tunanganku, akan
aku tuliskan kata-kata yang melintas di benakku di atas kertas bewarna-warni
itu.
*****
HARI
ini cukup dua tahun aku menjadi tunangannya. Berarti sudah 730 butir bintang
yang ada di dalam botol-botol itu. Dan kurasa itu sudah cukup lumayan sepanjang
penantianku untuk bertemu tunanganku selama ini.
“Fira dah siap?” Suara mama yang
datang dari belakang mengejutkanku.
Cepat-cepat aku menoleh ke arah
mama. Tanganku kubawa ke dada. Terasa pantas sekali degupan jantungku.
“Sudah ma,” jawabku tergagap-gagap.
Mama tertawa besar sejurus setelah
aku selesai bicara.
“Takkan takut sangat nak jumpa Fah
hari ni sampai tergagap-gagap cakap tu,” tempelak mama.
Haish. Ini bukan sebab Fah. Ni
gara-gara aku terkejut sebab mama sergah aku tadi.
“Mana
adalah,” ujarku membela diri.
Mama
cuma tersenyum memandangku. “Dah, keluar cepat. Fah dah tunggu dekat luar tu.”
Aku mengangguk lalu berdiri menuju
ke muka pintu bilikku. Kujengukkan sedikit kepalaku di luar. Ya, dapat kulihat
seseorang bersusuk tubuh sederhana sedang membelakangiku saat ini.
Perlahan-lahan aku menapak menuju ke arah sesusuk tubuh itu.
“Assalammualaikum,” ujarku seraya
berdiri agak jauh daripadanya.
“Waalaikummussalam.” Satu suara yang
mahu sekali kudengar kini menampar gegendang telingaku. Merdu.
Dan pemilik suara itu berpaling
memandangku di sebelah.
“MasyaAllah,” ujarnya sepatah
apabila anak matanya tepat memandang ke arahku.
‘SubhanAllah,’ bisik hati kecilku
saat mata kami berlaga beberapa ketika. Siapa sangka tunanganku ini seperti
yang kugambarkan dalam imiginasiku. Dan wajah inilah yang kuketemu disetiap
mimpi malamku.
*****
“BOTOL
apa ni sayang?” soal Huzaifah sambil mulutnya dimuncungkan ke arah sepuluh buah
botol kaca yang kuletakkan di meja solekku sewaktu malam pertama kami. Jari-jemarinya
mengelus lembut rambutku yang terbang ditiup bayu malam.
Terasa membahang pipiku apabila
Huzaifah memanggilku sayang. Namun kukerahkan juga bibirku untuk berkata-kata.
“Tu
namanya projek rahsia,” ujarku perlahan.
“Kenapa
rahsia? Tak baik tau berahsia dengan abang,” ujar Huzaifah lembut.
Kalau
beginilah cara dia berbicara, bukan setakat cair, hancur-lebur hati aku
jadinya. Tangannya kini merangkul erat pinggangku.
“Mana
ada rahsia,” ujarku sambil berusaha melepaskan rangkulan itu.
Cubaanku
sia-sia apabila semakin erat rangkulan Huzaifah.
“Baik
cakap dekat abang cepat,” bisiknya ke telingaku.
Aku
menatap wajah Huzaifah dalam-dalam. Lalu sebuah keluhan kulepaskan.
“Dalam
tu ada 730 butir bintang. Setiap hari abang ambil satu. Bukak bintang tu dan
baca apa isinya,” ujarku perlahan-lahan.
“Kalau
abang nak bukak semua satu hari ni boleh?” soal Huzaifah teruja.
“Nope. Satu hari satu je,” ujarku tegas.
“Kalau
macam tu, abang nak ambil satu malam ni,” ujar Huzaifah dan melepaskan
rangkulannya di pinggangku. Cepat sahaja dia sudah berada di meja solek. Pantas
juga tangannya mengambil botol kaca itu dan mengeluarkan sebutir bintang
bewarna biru.
Huzaifah
kembali kepadaku dan duduk di birai katil. Pantas tangannya membuka dengan
cermat lipatan bintang itu. Aku juga tertanya-tanya ayat manakah yang tertulis
di situ untuk hari ini. Belum sempat kulihat ayat di atas kertas itu, Huzaifah sudah
kembali memeluk tubuhku erat.
“Nak anak kembar ya?” bisik Huzaifah ke
telingaku. Sangkaanku meleset apabila ayat itu yang keluar daripada bibir tipis
Huzaifah. Aku fikir bintang biru itu bintang pertama yang aku tulis dulu. Rupanya
bintang biru yang terakhir yang kutulis sebelum kami berjumpa kali pertama
dahulu.
Merona
merah mukaku saat itu. Antara 730 butir bintang yang ada dalam botol-botol kaca
itu kenapa bintang itu yang keluar pertama hari ini. Memalukan sungguh.
“Nak
ke tak nak?” bisik Huzaifah lagi.
Aku
tidak mampu berkata-kata. Cuma mengangguk lemah di bahu Huzaifah. Dengan
keizinanku itu, maka gelaplah segenap bilik. Hanya diterangi cahaya samar dari
lampu jalan.
Bila
cinta terukir di bintang… Tak mungkin hilang cintaku padamu… Takkan… Kerana
akan kucambahkan benihmu bagi meraikan cinta kita…
*****
Hak Cipta Terpelihara :
Isha Idiaz
9 comments:
alahai.sweet nye...
best2!!
bestnya...mcm kebetulan lak, smlm baru beli colour papers untuk buat bintang gak...hehe
p/s: first time comment kat sini
Kuzie : Thnx baca. :-)
Anis : Wah nak buat bintang jugak ya. Save satu botol untuk Isha ya. Hehe. Lain kali komen lagi. Baru Isha ingat. :-)
haha..bleh kna kencing manis trus.sweet sgt2 :D emm,watak prmpuan nie msti Husna kan?
Hihu. Semanis gula ^^
Ain : Haha~ Kena kencing manis ya~ Nope2. Watak girl tu Fira. Hehe. Rasa ramai yang confuse cerita ni dengan Dalam Bingkai Mahabbah. Act, cerita ni Isha dah tulis dulu sebelum DBM. Tak sangka pulak nama heronya sama. Huzaifah kan~ Mungkin Isha suka sangat dengan pemilik nama Huzaifah tu kot. Kehkeh. :p
Pena : Haha~ Kasik bagi sedih je kan sesekali bagi gula. :-)
Terbaek, Ishaaa...!
Sec : Tq dear~ :-)
Siapakah dia huzaifah itu???...=)
Post a Comment