Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz

Mereka Pembaca Setia

8

TELEFON bimbitnya berdering menandakan ada panggilan yang masuk. Pantas Faizah mencari telefon bimbit yang diletakkan di bawah bantal.

            Melihat nama yang tertera di skrin, pantas Faizah menerima panggilan itu. “Hello. Assalammualikum,” ujarnya perlahan.

            “Waalaikummussalam. Faz, abang ni,” ujar Iskandar Syah di hujung talian.

            “Kenapa abang call? Ada apa-apa yang penting ke?” Faizah bertanya.

            “Faz free tak petang ni?” suara Iskandar kedengaran teragak-agak.


            Free je. Kenapa abang?” Faizah masih tidak dapat meneka apakah yang bermain-main difikiran Iskandar Syah. Tidak pernah-pernah Iskandar Syah ini menelefonnya. Sebelum ini mereka hanya sering berbalas SMS sahaja.

            “Abang ingat nak ajak Faz keluar. Faz sudi keluar dengan abang?” tenang suara itu menuturkan.

            Gulp. Air liur ditelan. Faizah menggosok-gosok matanya. Dilihat nama di skrin telefon sekali lagi. Tak salah. Memang Iskandar Syah yang sedang berbicara dengannya. Dia tidak bermimpi.

            “Mimpi apa pula Iskandar Syah ni tiba-tiba nak ajak aku keluar dengan dia,” bisik hatinya.

            “Faz, still there?” suara itu kedengaran lagi dihujung talian.

            Yup. I’m here,” balas Faizah lemah.

            So, nak teman abang tak?” Iskandar Syah masih bersabar menanti jawapan Faizah.

            “Pukul berapa?” akhirnya Faizah bertanya.

            Sebuah senyuman terukir di bibir Iskandar Syah. Beberapa bulan ini dia memang sudah merancang untuk keluar bersama Faizah. Namun baru hari ini dia berani untuk menyatakannya.

            “Pukul lima boleh?” soalnya dengan suara yang sudah kembali tenang.

            “Jumpa dekat?” Faizah membalas pertanyaan dengan pertanyaan.

            “Tunggu abang dekat bus stop depan pos pengawal,” ringkas Iskandar Syah memberikan jawapan.

            “Ok. See you there. Assalammualaikum.” segera Faizah memutuskan talian. Entah kenapa dadanya berdebar-debar. Mungkin kerana ini kali pertama seorang lelaki mengajaknya keluar selain daripad Farhan, Afiq dan Deli. Dia tahu ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh lelaki bernama Iskandar Syah ini.

            Jeans yang tergantung kemas di dalam almari di pakai. Kemeja T bewarna kuning lembut disarungkan ke badan. Tudung dengan warna senada disarungkan ke kepala. Tangannya mencapai beg silang bewarna kuning lembut yang melengkapkan penampilannya yang serba ringkas itu. Sandal disarungkan ke kaki.

            Dalam perjalanan menuju ke bus stop, telefon bimbitnya berdering lagi. Tertera nama Iskandar Syah di skrin telefon.

            “Assalammualaikum. On the way. Nak sampai dah ni,” tanpa di tanya Faizah pantas memberitahu lokasinya.

            “Waalaikummussalam. Abang tak tanya apa-apa lagi, Faz dah jawab,” komen Iskandar Syah. Tawa kecil milik Iskandar Syah kedengaran menerusi corong telefon bimbit milik Faizah.

            “Jauh daripada kompleks ni nak pergi ke depan tu. Tiga minit lagi Faz sampai,” Faizah menuturkan lagi.

            “Yelah. Abang tunggu dekat sini,” tenang suara itu memberitahu.

            “Ok. Assalammualaikum,” ujar Faizah sebelum memutuskan talian.

            Dari jauh Iskandar Syah sudah dapat melihat gadis dengan kemeja T kuning lembut menuju ke bus stop itu. Wajah gadis itu tampak biasa tanpa apa-apa solekan mahupun pelembap bibir. Namun entah kenapa wajah itu sering mendatangi mimpi-mimpi malamnya.

            Faizah mencari-cari kelibat Iskandar Syah di kalangan puluhan siswa siswi yang beratur menunggu bas untuk ke Bandar Jengka. Iskandar Syah sekadar memerhati. Namun, ada satu lagi mata yang memerhati Faizah dalam puluhan pelajar yang ada di situ.

            Tangannya mengeluarkan telefon bimbit daripada saku seluar jeans yang dipakai. Butang call ditekan. Panggilan bersambung. Kedengaran suara Faizah dihujung talian.

            “Assalammualaikum. Mimpi apa tiba-tiba kau call aku ni Farhan?” selamba sahaja Faizah menjawab.

            “Waalaikummussalam. Kau keluar tak petang ni?” soal Farhan tanpa berselindung.

            “Aku tak keluar. Penat. Kau keluar ke?” Faizah menyoal kembali.

            Dilihat Faizah berjalan menuju ke arah seseorang. “Tak. Aku dekat bilik ni,” suara Farhan sudah mula bergetar.

            “Tu je ke kau nak tanya aku?” Faizah menghadiahkan sekuntum senyuman buat Iskandar Syah. Tangannya memberi isyarat dia sedang menjawab panggilan. Iskandar Syah sekadar mengangguk.

            “Ah. Tu je aku nak tanya. Ok la. Assalammualaikum.” Talian diputuskan terlebih dahulu oleh Farhan. Matanya masih memandang Faizah yang sedang melihat skrin telefon bimbitnya.

            Faizah yang terpinga-pinga dengan tindakan Farhan tadi merenung skrin sekali lagi. “Kenapa mamat ni moody tiba-tiba,” bisik hatinya.

            Akhirnya bas UiTM yang menuju ke Bandar Jengka tiba. Iskandar Syah memberi laluan kepada Faizah untuk masuk ke dalam bas terlebih dahulu. Dia mengekori daripada belakang.

            Sepanjang perjalanan Faizah hanya mendiamkan diri. Pandangannya dilontarkan ke luar tingkap. Rasa bersalah menyusup dalam hatinya. Bukan dia sengaja mahu membohongi Farhan. Namun Faizah merasakan hal ini tidak wajar di ketahui oleh Farhan. Ini adalah kisah peribadinya.

            Berpuluh-puluh mata juga memerhati Iskandar Syah yang sememangnya pelajar terkenal dengan kekacakkannya duduk di sebelah Faizah. Kelihatan beberapa pelajar Diploma Sains berbisik sesama sendiri dan sekali-sekala menoleh ke arah Iskandar Syah dan Faizah.

            Hal itu membuatkan Faizah semakin tidak selesa. Langsung tidak dipandang Iskandar Syah yang duduk di sebelahnya. Inilah risiko yang harus ditanggungnya apabila keluar bersama dengan seorang senior yang memang sangat popular di kalangan pelajar Diploma Sains. Di kerusi belakang, Farhan hanya menjadi pemerhati.

************

BAS berhenti betul-betul di hadapan stesyen bas di Bandar Jengka. Semua pelajar sudah berdiri untuk turun daripada bas. Iskandar Syah dan Faizah masih kekal duduk di kerusi. Begitu juga Farhan. Setelah agak lapang, mereka bertiga bangun dan menuju ke pintu keluar di hadapan.

            Faizah menuruni tangga bas dan menunggu Iskandar Syah di bawah. Namun secara tiba-tiba, pandangannya tertancap pada satu wajah di belakang Iskandar Syah. Dia kenal wajah itu. Farhan. Farhan Faizuddin. Serta merta wajah Faizah berubah.

            “Jom Faz,” ujar Iskandar Syah.

            Faizah sekadar mengangguk. Matanya masih melekat di wajah Farhan. Rasa bersalah menghantui dirinya.

            Iskandar Syah menoleh sekilas ke belakang. Dilihat seorang juniornya sedang memandang mereka.

            “Kawan?” soalnya kepada Faizah.

            Faizah mengangguk lesu. Handphonenya berbunyi menandakan dia menerima satu pesanan ringkas. Pantas dia mencari handphone yang diletakkan di dalam beg sandang lalu membaca pesanan itu.

            You told me you won’t go out today. Is that you or your soul that I saw here?

            Faizah berpaling ke belakang. Dilihat Farhan telah berlalu ke arah bertentangan. Tidak menoleh ke arahnya walaupun sekali. Dia akui memang salahnya menipu Farhan. Namun bukan sengaja dia mahu menyembunyikan hal ini daripada Farhan.

            Can we go now?” Iskandar Syah bertanya inginkan kepastian.

            Faizah sekadar mengangguk. Kakinya mengorak langkah bersama Iskandar Syah menuju ke restoran yang menghidangkan makanan seafood. Namun hati dan mindanya masih mengingati peristiwa tadi.

            “Faz nak makan apa?” soal Iskandar Syah setelah pelayan restoran datang untuk mengambil pesanan.

            Faizah tidak menjawab. Matanya hanya merenung kosong menu yang ada di tangan. Iskandar Syah menarik nafas dalam.

            “Faizah, what would you like to eat?” soal Iskandar Syah buat kali ke dua. Tangannya mencapai menu yang ada di tangan Faizah. Faizah tersedar daripada lamunannya.

            “Abang tanya apa?” Faizah menyoal.

            “Abang tanya, Faz nak makan apa,” tenang sahaja Iskandar Syah menjawab walaupun masuk kali ini sudah tiga kali dia bertanya.

            “Faz ikut abang je,” ringkas Faizah menjawab.

            Iskandar Syah mengangguk lalu memesan dua jus oren, nasi bersama tomyam, ikan siakap tiga rasa, kangkung goreng belacan dan juga sotong goreng tepung. Setelah pelayan berlalu, Faizah kembali termenung. Keadaan kembali sunyi.

            “Kenapa ni? Ada masalah?” Iskandar Syah memulakan bicara.

            “Tak ada apa-apa,” Faizah menjawab seraya menundukkan wajahnya.

            “Kalau tak ada apa-apa kenapa diam je daripada dalam bas tadi?” Iskandar Syah bertanya lagi.

            “Sebab tak tahu nak cakap apa. Kenapa tiba-tiba abang ajak Faz keluar?” Faizah memberanikan diri untuk bertanya.

            “Sebab abang nak bagi ni pada Faizah,” jujur Iskandar Syah memberitahu. Tangannya diseluk ke dalam kocek seluar. Sebuah kotak berbentuk hati dikeluarkan dan diletakkan di atas meja. Perlahan-lahan kotak itu di tolak ke arah Faizah.

            Faizah memandang kotak itu. Dia sudah dapat mengagak apa yang ingin dikatakan oleh Iskandar Syah sebentar lagi. Dibiarkan kotak itu tidak berbuka. Akhirnya, Iskandar Syah membuka dan mengeluarkan sebentuk cincin emas daripada kotak itu.

            Pantas Iskandar Syah bangun dan berdiri di sebelah kerusi Faizah. Kemudian dia berlutut memandang gadis itu. Faizah tergamam melihat tindakan Iskandar Syah itu.

            “Sudikah Faizah jadi teman hidup abang?” perlahan Iskandar Syah menuturkan. Dia telah memikirkan perkara ini masak-masak. Malah dia sudah berbincang dengan keluarganya untuk melamar Faizah. Baginya, biarlah cinta itu datang setelah mereka bernikah nanti. Dia tidak mahu kehilangan Faizah.

            “Apa abang cakap ni? Stand up la abang,” suara Faizah sudah bergetar. Dia sendiri tidak tahu apa perasaannya ketika ini. Suka, terharu, sedih atau kecewa. Semuanya bercampur baur.

            I won’t until you tell me your answer.” Iskandar Syah masih berlutut di situ. Semua yang ada di restoran itu memandang mereka.

            I need time to gave you the answer. Please. Jangan buat Faz malu dekat sini,” suara Faizah semakin bergetar. Matanya sudah mula berkaca. Entah sejak bila lelaki yang melutut di hadapannya ini mempunyai rasa cinta untuknya. Fikirannya berkecamuk waktu itu.

            Melihat mata Faizah yang sudah merah dan berair, Iskandar Syah bangun dan kembali ke kerusinya.

            “Faz, please. Jangan menangis,” rasa bersalah menyerbu hatinya. Wanita yang di cintainya kini mula mengalirkan air mata.

            “Sejak bila?” dengan suara yang tersekat-sekat Faizah bertanya. Tangannya mencapai tisu dan mengelap air mata yang membasahi pipi.

            “Sejak abang pegang Faz masa Faz terjatuh dulu,” Iskandar Syah menerangkan. Wajah Faizah dipandang sayu.

            “Kenapa tak pernah beritahu?” soal Faizah lagi.

            “Sebab baru hari ini abang rasa abang bersedia untuk beritahu Faz,” jujur jawapan yang diberikan oleh Iskandar Syah.

            “Kenapa baru hari ini?” Faizah masih terus menyoal.

            “Sebab abang tak nak kehilangan Faz,” ujar Iskandar lagi.

            “Abang tahukan, Faz cuma anggap abang senior Faz. Tak lebih daripada tu,” Faizah menerangkan.

            “Jangan terburu-buru membuat keputusan Faz. Cinta tu boleh datang setelah kita bernikah nanti,” yakin sekali Iskandar Syah menerangkan.

            “Tapi cinta Faz bukan untuk abang. Antara kita sekadar kawan abang,” lirih suara Faizah menerangkan. Wajah Farhan bermain-main di tubir matanya.

            Iskandar Syah meletakkan kotak berbentuk hati tadi di dalam genggaman tangan Faizah. Nafasnya dihela.

            “Kalau macam tu, just keep this as a present from me. If you change your mind, just let me know,” ujar Iskandar Syah. Muka gadis di hadapannya itu ditatap lagi.

            Pelayan datang dengan juadah yang dipesan oleh Iskandar Syah. Iskandar Syah berlagak seperti biasa walau di sudut hatinya ada rasa kecewa. Melihat Iskandar Syah begitu, Faizah juga berpura-pura dia juga tidak apa-apa. Mereka menikmati makan malam itu bersama. Mungkin inilah kenangan yang tidak akan dilupakan oleh mereka selama-lamanya.

*************

MEREKA jalan beriringan menuju ke Kompleks Kediaman Siswi. Walaupun ditegah oleh Faizah, namun Iskandar Syah tetap berdegil untuk menghantarnya pulang sehingga ke pintu masuk Kompleks Kediaman Siswi itu.

            “Abang minta maaf pasal tadi,” Iskandar Syah memecah kesunyian. Kini, mereka melintasi Pusat Kesihatan.

            “Faz pun minta maaf juga,” ujar Faizah lantas menundukkan mukanya.

            “Dah, lepas ni jangan ingat lagi ya. Kita tetap kawan ok?” Iskandar Syah cuba memberikan jaminan kepada Faizah.

            Sekuntum senyuman terukir di bibir Faizah. Benarlah kata orang-orang tua, lelaki yang lebih berusia lebih memahami.

            “Sampai bilik nanti, mandi then terus tidur ya,” tutur Iskandar sebelum Faizah melangkah masuk ke dalam Kompleks Kediaman Siswi.

            “Ya, abang pun sama,” ujar Faizah dan sebuah senyuman dihadiahkan buat lelaki yang berdiri di hadapannya ini.

            “Dah. Masuk. Assalammualaikum,” ujar Iskandar Syah.

            “Waalaikummussalam,” Faizah menjawab. Lalu, langkah kakinya dihalakan ke Blok I.

            Iskandar Syah kembali ke Kolej Kediaman Siswa setelah kelibat Faizah sudah hilang daripada pandangan matanya.

            Faizah menapak menaiki tangga. Otaknya masih memikirkan kejadian tadi. Secara tidak sengaja dia terserempak dengan Farhan yang di tipunya dan Iskandar Syah pula melamar dirinya. Semuanya berlaku secara tiba-tiba.

            Tangannya menyeluk ke dalam beg sandang yang dipakainya mencari kunci bilik. Dengan lemah, tangannya memulas tombol pintu. Faizah melangkah masuk setelah memberi salam.

            Tudung yang dipakai tadi di sangkut di dalam almari. Beg sandang di letakkan di atas katil. Faizah berjalan menuju ke arah penyidai tuala dan tuala mandinya dicapai. Bakul kecil yang diisi dengan peralatan mandinya ditarik keluar daripada ruang kecil di sebelah meja. Faizah keluar kembali tanpa mengucapkan apa-apa.

            Mira, Ekin dan Hajar hanya memerhati. Masing-masing sekadar mengangkat bahu apabila pintu bilik ditutup. Inilah kali pertama mereka lihat Faizah bertindak seperti itu.

            Pili air di buka. Air yang mengalir ditadah menggunakan tangan. Faizah melihat wajahnya sekilas di cermin. Matanya sembap. Mungkin kerana dia menangis tadi. Tangannya diraup ke muka.

            Bakul mandiannya di bawa bersama masuk ke kamar mandi. Air pancur itu di buka. Dibiarkan titisan air itu membasahi seluruh tubuhnya. Biarlah peristiwa yang berlaku hari ini pergi bersama air-air yang mengalir turun daripada badannya. Air matanya menitis lagi. Sungguh dia tidak tahu apa perasaannya kini. Setelah hampir sejam berada di dalam bilik mandi, akhirnya Faizah keluar dan kembali ke biliknya dengan tuala yang membaluti seluruh tubuhnya.

            Baju tidur disarungkan ke badan. Faizah duduk termenung di kerusi belajarnya. Rambutnya masih tidak disikat. Dia termenung lagi. Mira yang duduk disebelah memandang Faizah. Hatinya gusar melihat Faizah sebegitu.

            Mira bangun dan menuju ke almari Faizah lalu mengambil sikat. Tuala kecil milik Faizah yang tersangkut di penyidai tuala juga diambil oleh Mira. Diangkat rambut Faizah yang panjang mengurai itu dan tuala kecil tadi disangkut ke bahu Faizah agar bajunya tidak basah.

            Perlahan-lahan Mira menyikat rambut Faizah. Faizah hanya membiarkan perlakuan Mira. Otaknya masih berselirat dengan bermacam-macam persoalan. Mira juga tidak bertanya apa-apa. Dia faham Faizah sedang dalam masalah. Jika tidak masakan Faizah berdiam diri sejak pulang tadi.

         Setelah rambut Faizah agak kering, Mira menyuruhnya berehat. Seperti robot yang telah diprogramkan, Faizah bangun dan menuju ke katilnya. Bantalnya di susun  seperti selalu dan badannya direbahkan ke katil.

Mira menuju ke suis yang terletak disebelah pintu untuk memadamkan lampu bilik yang mengarah ke katil. Hanya lampu di bahagian meja belajar sahaja di pasang. Dia dapat melihat Faizah memegang sebuah kotak berbentuk hati di tangan sambil berbaring. Air mata temannya itu menitis lagi. “Sah, Faizah dalam masalah,” bisik hatinya.

            Setelah menangis agak lama, akhirnya Faizah terlena. Namun mimpinya membuatkan dia menangis kembali di dalam tidur. Esakkan Faizah menyedarkan Mira daripada tidurnya. Bingkas Mira bangun dan melihat jam loceng yang diletakkan di sebelah katilnya.

            “Tiga pagi,” hatinya berkata.

          Perlahan-lahan Mira turun daripada katil dan melihat Faizah dalam keadaan samar- samar berbekalkan cahaya lampu jalan yang menerobos masuk di celah-celah tingkap bilik I2-06 itu. Berjurai-jurai air mata Faizah turun membasahi pipi. Mira menggeleng-gelengkan kepalanya. Entah apa yang dimimpikan oleh Faizah hingga dia menangis sebegitu. Diambil tisu di meja dan dilap air mata Faizah yang tidak berhenti mengalir keluar dari tubir matanya. Di usap-usap kepala Faizah perlahan hingga gadis itu berhenti menangis.

            Mira mengambil kotak berbentuk hati yang ada di dalam genggaman Faizah. Di buka kotak itu. Sebentuk cincin emas bertatahkan sebiji berlian cantik terlihat di dalam kotak itu. “Mungkinkah Faizah dilamar oleh seseorang?” pertanyaan itu bermain-main di fikiran Mira.

Kotak itu ditutup dan diletakkan kembali di sebelah bantal Faizah. Mira memanjat kembali tangga dan merebahkan semula badannya ke tilam. Otaknya ligat berfikir, “Siapakah gerangan yang melamar Faizah? Adakah Farhan yang melamarnya?” Akhirnya Mira terlena. Moga esok semua persoalannya terjawab.

***************
©Hak Cipta Terpelihara : ~Isha Idiaz~
           
           
           

Share

0 comments: