Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz

Mereka Pembaca Setia

           
           “Isteri derhaka! Aku bagi kau duit tu untuk belanja barang dapur! Bukan untuk kau labur dekat jantan tu!” Satu tamparan hinggap di pipi Faridah. Tangan kiri Hasrul masih tidak melepaskan rambut Faridah yang panjang mengurai itu daripada genggamannya.

            Faridah mengerang kesakitan sambil memegang rambutnya yang seperti mahu tercabut daripada kulit kepala dengan tangan kirinya. “Sakitlah abang! Ida dah cakap Ida tak bagi duit tu pada sesiapa! Ida memang buat untuk belanja barang dapur sahaja! Lepaskan rambut Ida ni!” Tangan kanan Faridah cuba menepis tangan kanan Hasrul yang mahu menampar pipinya sekali lagi.

            “Kurang ajar! Kau berani melawan ya sekarang ni. Siapa yang ajar kau melawan? Jantan tu? Cuba kau cakap dengan aku, siapa yang ajar kau melawan ni?” Hasrul membentak lagi. Suaranya sudah naik sepuluh oktaf bagaikan bunyi halilintar. Mukanya merah, urat-urat di lehernya tampak ketara.

         Belum sempat Faridah menjawab, Hasrul mendorong kepala Faridah ke dinding lalu menghantukkannya beberapa kali untuk melempiaskan rasa marah dan cemburunya.

            “Sakit abang.. Sakit…..” Faridah melirih kesakitan. Giginya dikatup rapat menahan kesakitan yang jauh lebih sakit sewaktu dia melahirkan anak sulungnya dahulu. Malah matanya tertutup dek menahan kesakitan yang amat sangat. Hasrul tidak mempedulikan rintihan Faridah. Marahnya masih belum reda.

            “Oh! Baru sekarang kau rasa sakit! Habis hati aku yang sakit ni kau tahu?” tuturnya dalam nada sinis. Sekali lagi kepala Faridah dihantukkan ke dinding. Kali ini darah memancut keluar daripada kepala Faridah. Hasrul panik apabila darah segar itu memercik ke mukanya. Dilihat mata Faridah telah tertutup rapat. Akhirnya Faridah rebah ke lantai.
           
           

Share

0 comments: