Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz

Mereka Pembaca Setia

Puisi [10] : Ceritera Cinta Kita
Oleh : Isha Idiaz
Sincerely, dedicate this to DD

**************
Dia datang dengan satu nama,
Menghampiriku dengan satu kata,
Mengajar aku erti bahagia,
Menyuruh aku meninggalkan duka..

Kita kecewa dengan satu cerita,
Kita berpisah tanpa satu kata,
Di manakan ku cari akhir cerita kita,
Bila yang kau tinggalkan adalah cebisan-cebisan mimpi yang tak sempurna..


Cerita kita mungkin berbeza,
Tetapi aku memahamimu dengan satu petanda,
Sabar kita ada batasnya,
Kenapa engkau tidak percaya aku masih setia..

Aku tidak memanggilmu kembali,
Kerana aku tidak pernah menyuruhmu pergi,
Aku kan setia menanti di sini,
Menantimu dengan sebuah jawapan yang pasti,
Ya, aku mencintai dan merinduimu kini..

*************
©Hak Cipta Terpelihara-Isha Idiaz

Share

0 comments: