Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz

Mereka Pembaca Setia

Cerpen 15 : Andai Kau Pergi
Oleh : Isha Idiaz

*****

NAMA aku Isha. Ini bukan kisah cinta aku. Tetapi ini kisah hidup aku. Kisah aku bersama seorang yang aku gelar sahabat baik. Sehingga aku menulis cerita ini, aku telah kehilangan seorang sahabat baikku selama tiga tahun. Entah hidup, entah tidak, aku sendiri tidak pasti. Satu yang pasti adalah aku sangat rindukan dia saat ini. Aku berharap dia membaca nota kecilku ini jika dia masih hidup. Hanya itu harapanku.

*****

WEI mana kad pelajar aku?” aku menjerit kepada rakan sekelasku  di pusat tuisyen itu setelah aku lihat sepintas kad kehadiranku di papan itu sudah tiada.

            Marina menoleh memandangku sambil menjungkit bahu. Rambutnya yang sepanjang punggungnya itu dikuak ke belakang.

            “Tak ada pun dekat sini,” aku mendengus perlahan. Bengang. Entah siapa yang nak mendajal aku pula hari ini. Minggu lepas begitu juga. Puas aku mencari kad kedatangan aku tu.

            “Cuba tanya abang dekat kaunter tu,” usul Marina. Bibirnya dimuncungkan ke arah kerani di pusat tuisyen ini yang sedang sibuk menaip sesuatu di komputernya. Sibuk benar nampaknya dia menaip.

            Tanpa berlengah, aku menghayun langkah kakiku  selaju yang mungkin mengarah ke kaunter yang dimaksudkan oleh Marina tadi. Kenapalah aku boleh tak terfikir nak tanya abang ni. Lagipun memang dia yang tukang letak kad tu dekat papan.

            Mendengar aku berdehem beberapa kali, kerani yang mesra dipanggil Abang Lan itu menoleh memandangku. Senyuman di bibirnya tidak ubah seperti kerang busuk. Nak bermanja-manja pula dengan aku dalam masa-masa kritikal begini.

            “Ye Cik Isha?” soal Abang Lan dengan suara paling romantik yang pernah aku dengar. Meremang juga bulu tengkukku mendengar dia berkata begitu. Senyuman di bibirnya semakin lebar apabila melihat aku mengusap-usap tengkukku yang di lapisi oleh tudung bewarna biru cair.

            “Kad saya mana?” soalku tegas. Mataku melingas mencari-cari kadku di atas meja di kaunter itu. Tiada. Hampa.

            “Yang ini ke Cik Isha?” soal Abang Lan seraya menggoyang-goyangkan kad itu di tangannya. Mataku sudah bulat memandangnya. Ni namanya saja nak buat aku marah.

            “Ish. Saja menyusahkan oranglah abang ni. Ingatkan siapalah yang ambil kad orang tadi,”  ujarku dalam nada suara yang agak tinggi.

Melihat jam yang sudah menghampiri pukul tiga, pantas aku merampas kad itu daripada tangan Abang Lan. Kalau nak tunggu Abang Lan memulangkan kad itu kepada aku memang kena ceramahlah aku dengan mama sekejap lagi.

“Mesti mama marah ni aku lambat turun. Ish,” ujarku sambil berlari-lari anak menuruni anak tangga di pusat tuisyen itu.

Dan tatkala itu aku terlanggar seseorang di tangga. Hampir terjatuh aku dibuatnya. Mujur aku memegang besi di tepi tangga itu.

“Maaf,” ujarku sepatah tanpa memandang wajah insan yang baru aku langgar sebentar tadi. Kepala ku tundukkan. Gerun rasanya mahu memandang wajah insan itu. Hanya kasut Converse bewarna hitam yang aku lihat sekarang. Ukurannya agak besar. Ukuran lapan atau sembilan.

“Tak apa,” ujar pemilik kasut Converse hitam itu. Dia tidak berganjak daripada tangga itu. Aku pun kaku.

Kerana masing-masing mendiamkan diri, akhirnya aku mengangkat wajahku perlahan-lahan. Memandang pemilik suara itu yang pastinya seorang lelaki.

‘MasyaAllah,’ bisik hati kecilku. Makluk ciptaan Allah ini sungguh indah.

Di hadapanku kini berdiri seorang lelaki yang tingginya mencapai seratus lapan puluh lima sentimeter. Badan yang agak sasa. Rambutnya kemas separas bahu. Sekilas melihat wajahnya ada iras-iras Aaron Aziz.

“Awak okey?” soalnya prihatin. Keningnya diangkat. Risau barangkali melihat aku yang hanya kaku memandangnya.

Aku hanya mampu mengangguk tanpa berkata apa-apa sebelum satu suara lain memasuki gegendang telingaku.

“Jangan kacau budak tu Fahmi. Budak GS tu,” salah seorang daripada lelaki yang ada di tangga itu menjerit seolah-olah memberi amaran kepada rakannya yang sedang berdiri di hadapan aku kini. Rakan-rakannya yang lain hanya tertawa memandang kami.

Lelaki yang bernama Fahmi memandang sekilas rakan-rakannya di tangga bawah sebelum berpaling memandangku semula. Sebuah senyuman terukir di bibirnya.

‘Ahh. Jangan senyum. Mati keras aku dekat sini nanti,’ hati aku menjerit lagi.

“Fahmi,” ujarnya. Senyuman masih tidak lekang daripada bibir.

“Hmm. Okey,” ujarku. Mataku memandang jam tangan sekilas. Sudahlah lambat makin lambat dibuatnya apabila tersangkut di sini dengan lelaki muka macam Aaron Aziz ni.

I pergi dulu,” ujarku perlahan. Memandang wajah lelaki bernama Fahmi ini. Tidak tahu kenapa aku harus memberitahunya yang aku mahu pergi. Kedengaran tidak logik tetapi itulah yang aku lakukan.

Fahmi hanya menganggukkan kepalanya. Dan setelah itu aku pun memecut laju menuruni anak-anak tangga itu. Tidak sekalipun menoleh ke arahnya lagi mahupun rakan-rakannya yang sudah mentertawakan aku.

Itulah cara aku berkenalan dengannya. Mudah bukan? Bukan kerana Tragedi Oktober seperti judul lagu nyanyian Awie tetapi perkenalan aku dengannya kerana Tragedi Di Tangga.

*****

SECRET ADMIRE. Hanya itu yang dapat aku gambarkan mengenai hubungan aku dengan Fahmi. Entah sejak bila aku mula meminati insan yang bernama Fahmi dalam diam. Sejak peristiwa di tangga itu, hari-hari makin berarti buatku. Semua yang berkaitan dengan Fahmi aku cari tahu.

            ‘Putus fius agaknya otak aku ni.’

Setiap kali terfikir tentang Fahmi, itulah ayat yang akan keluar daripada mulutku. Dan setiap pagi juga aku berharap agar aku dapat melihat Fahmi dari kejauhan seawal 6:50 pagi sewaktu bas sekolahku berhenti di hadapan sekolah Fahmi. Dan hari-hariku akan bermakna jika aku dapat melihat wajah tenang milik Fahmi.

*****

“SIAPA yang dapat jawab soalan ni?” soal En. Zamri, guru yang mengajar subjek fizik tingkatan empat di pusat tuisyen itu.

Aku dan Fahmi masih lagi bertungkus-lumus mengira untuk mendapatkan jawapan.

Ok, done. Saya dapat,” serentak aku dan Fahmi menuturkan setelah mengambil masa yang agak lama untuk menyelesaikan soalan tersebut. Serentak itu, kami menoleh memandang muka masing-masing. Bukan sekali terjadi perkara sebegini.

“Fahmi, tulis jawapan awak dekat depan. Isha, semak balik jawapan Fahmi,” En. Zamri memberi arahan.

Fahmi bangun dan menulis jawapannya di white board. “Sama,” tuturku perlahan seraya memandang wajah En. Zamri.

‘Tak menyesal jadi secret admire budak ni. Pandai,’ hati kecilku berkata-kata tatkala mata aku melihat tangan Fahmi laju menulis di white board itu.

Ha Isha, apa senyum seorang-seorang pandang Fahmi tu?” sergah Encik Zamri. “Awak buat soalan seterusnya,” arahnya kepadaku.

Fahmi menoleh memandangku. Terasa merah mukaku apabila mata kami bertentang. Serta-merta aku menundukkan kepala. Pandangan mata ku larikan daripada terus memandang Fahmi.

Sumpah, aku memang tidak minat subjek Fizik. Seolah-olah menjadi sumpahan buat aku untuk tidak meminati subjek itu. Tetapi kerana Fahmi, aku sedaya upanya cuba memahami subjek itu. Kerana Fahmi bukan sahaja secret admireku, tetapi Fahmi adalah sainganku.

*****

DIAM tidak diam, kami semakin rapat. Walaupun kini kami berlainan universiti, namun hubungan kami masih seperti dahulu. Fahmi menjadi tempat untuk aku meluahkan rasa. Hubungan kami yang sangat akrab membuat kekasih hatinya salah sangka.

Teringat satu ketika kekasih hatinya cemburukan hubungan kami. Waktu itu aku sedang mengulangkaji pelajaran di bilik. Tiba-tiba aku menerima sebuah panggilan daripada nombor yang tidak ku kenali.

“Hello. Assalammualikum,” ujarku dalam nada teragak-agak.

“Tak payah nak berpura-pura baik beri salam dekat aku!” Suara di hujung talian membentak marah.

Ku bawa telefon bimbit jauh daripada telinga. Siapa pula tengah-tengah malam ni tiba-tiba marah aku. Melihat sekali lagi nombor yang tertera di skrin telefon. Memang tidak kenal.

“Maaf, boleh saya tahu awak siapa?” soalku ingin tahu. Sebagai langkah berjaga-jaga, aku menjarakkan sedikit telefon bimbitku daripada telinga. Dan langkahku itu memang bijak apabila gadis di hujung talian itu menjerit sekuat hatinya.

“Kau tak tahu aku siapa? Ni aku nak beritahu kau. Aku ni kekasih hati Fahmi!” bentak gadis itu. Sedang marah barangkali.

            Belum sempat aku berbicara, gadis itu bicara lagi. “Kau ni siapa ha? Perempuan tak sedar diri. Nak rampas kekasih orang!”

            ‘Aaa. Kekasih Fahmi rupanya,’ otakku mencerna dengan cepat kata-kata yang dituturkan oleh gadis itu.

            “Aku tak nak kau ada hubungan apa-apa lagi dengan Fahmi! Kau faham?” ujar gadis itu lagi. Tanpa mendengar penjelasan dan jawapan daripada aku, gadis itu pantas mematikan talian.

            Aku terdiam seketika. Siti Hanum Juhana. Aku tahu nama gadis itu. Aku juga tahu sejarah percintaanya dengan Fahmi. Kan aku sudah katakan, hubungan kami memang rapat. Apa saja yang berkaitan dengan dirinya, dia akan ceritakan kepada aku. Begitu juga sebaliknya.

            Sebentar kemudian, telefon bimbitku bergetar lagi. Kali ini aku tidak melihat nama di skrin. Aku sangat pasti Hanum yang menelefonku lagi. Mungkin belum puas memarahi aku. Aku terima panggilan itu.

            “Assalammualaikum dear,” suara di hujung talian menyapa aku dengan lembut dengan salam yang diberinya.

            “Waalaikummussalam,” ujarku perlahan. Menjawab salamkan hukumnya wajib. Aku hanya tersenyum. Sudah tahu kata-kata yang akan diucapkan oleh pemilik suara itu.

            “I minta maaf. Dia tak tahu kita rapat,” ujarku selamba apabila suara di hujung talian sepi beberapa ketika.

            Dan dapat aku dengar suara itu mengeluh setelah tawanya reda.

            “Macam mana you tahu I nak cakap benda tu?” suara Fahmi kedengaran lemah. Rasa bersalah menyerbu hatinya barangkali.

            “Macam you tahu I sakit walaupun I tak beritahu you I sakit,” ujarku selamba. Memang itu kenyataannya. Hubungan semacam apa antara aku dan dia pun aku tidak tahu. Macam telepati pun ada. Apa sahaja yang aku lakukan, dia akan tahu walaupun aku tidak memberitahunya. Begitu juga sebaliknya.

            “Dia cakap apa dengan you tadi?” soal Fahmi seraya mematikan lamunanku.

            Otakku ligat memutarkan kembali adegan tadi. Ya, yang itu yang itu. Aku masih ingat satu persatu ayat yang dituturkan oleh Hanum tadi.

            “Dia tak nak I ada apa-apa hubungan dengan you,” jawabku tenang.

            Fahmi menarik nafas dalam. Hanum memang cemburu buta!

            “Nanti I suruh dia minta maaf dekat you okey. Dia cemburu tak tentu pasal pula bila tengok message nama you banyak sangat dalam telefon I ni,” Fahmi menerangkan duduk perkara yang sebenarnya.

            Rasa nak tergelak juga mendengar penerangan Fahmi itu. Kalau kekasih hati aku juga buat perkara yang sama macam Hanum, pasti Fahmi akan menerima nasib yang sama sepertiku. Mana tidaknya, dalam peti simpanan pesanan ringkasku juga penuh dengan namanya. Mujur Faris tidak bersikap begitu.

            “Siapa suruh tak buang?” soalku pula. Ringkas tapi aku juga mahu tahu kenapa dia tidak membuang pesanan ringkasku yang sudah berkurun lamanya.

            “Sayang,” ujarnya sepatah.  “Macam dia buang pula message yang I bagi,” tambah Fahmi lagi. Kedengaran tawanya pecah di hujung talian.

            “Senget! Stalker!” ujarku separa menjerit dan aku juga tertawa. Sudah aku katakan, walaupun aku tidak memberitahunya, dia sudah tahu aku juga tidak pernah membuang message yang diberi olehnya.

            “Mana ada stalkerlah dear. Kalau dekat bolehlah I nak stalk you. Ni jauh,” ujar Fahmi membela dirinya.

            “Jauh di mata dekat di hati, bak kata Melly,” ujarku pula.

            “Dekat di hati, masuk dalam mimpi,” Fahmi pula menambah perisa. Macam  pantun dua kerat pula bunyinya.

            “Dah Mie. Pergi pujuk Hanum tu dulu,” aku sekadar mengingatkannya.

            “I tak nak pujuk dia. I nak pujuk you je,” Fahmi menuturkan dengan suara romantisnya.

            “Ceh, sweet talker!”

            “Bukan sweet talker tapi sweet dream! Pergi tidur sana. Tak tahu ke dah pukul berapa,” ujar Fahmi serius. Dia memang risau jika aku tidur lambat. Takut aku sakit katanya.

            “Baiklah. You pun sama.”

            “Dear, I minta maaf bagi pihak Hanum,” ujar Fahmi dalam nada bersalah.

            “It’s okey. Unpredictable things always happen.”

            “Nak I nyanyikan lullaby ke?” soal Fahmi seperti malam-malam sebelumnya.

            “Tak nak. Nightmare!” Kami berdua sama-sama ketawa.

            “Assalammualaikum dear,” ujar Fahmi menamatkan perbualan kami hari itu.

            “Waalaikummussalam.”

*****

TERAKHIR kali aku mendengar suara Fahmi adalah di saat aku memberitahunya aku akan berhenti daripada UiTM dan menerima tawaran melanjutkan pelajaran di negara jiran.

            “Bila pergi?” soalnya ringkas. Serius.

            Aku meneliti kalendar yang berada di atas meja. Mencapai kalendar itu dan melihat tarikh yang telah aku bulatkan dengan dakwat merah.

            “Dua puluh satu hari bulan ni,” jawabku perlahan. Menanti reaksi daripada Fahmi di hujung talian sana.

            “Kenapa nak pergi sana?” soal Fahmi lagi.

            “Terpaksa,” ujarku sepatah. Sebuah keluhan aku lepaskan.

            “Tak payahlah pergi macam tu,” ujar Fahmi cuba memujuk aku supaya tidak pergi ke negara jiran ini.

            “Duit dah banyak keluar you,” aku menuturkan perlahan.

            “Habis nanti I dekat sini macam mana?” soal Fahmi lagi.

            “You kan ada Hanum,” ujarku separa memujuk.

            “Mana sama you dengan Hanum,” lirih Fahmi menuturkan.

            “Nanti I telefonlah bila dekat sana. Message ke, YM ke, FB ke,” pujukku lagi.

            “Nanti jumpa orang lain, mesti lupa I dekat sini,” sekali lagi tutur Fahmi seolah-olah sedang merajuk.

            “InsyaAllah tak lupa. Takut orang yang dekat Malaysia je tak ingat dekat I nanti,” ujarku pula.

            Itulah kata-kata terakhir daripada dia yang tidak akan aku lupa sampai bila-bila. Aku pegang kata-kata itu hingga kini.

*****

ESOK aku akan berangkat. Sebuah pesanan ringkas lewat telefon aku kirimkan kepada Fahmi. Untuk memberitahunya aku baru sahaja siap berkemas jam satu, pagi itu. Aku menunggu dia membalas pesananku tetapi hampa. Hampir sejam aku menanti. Mata juga sudah berat. Aku sangat letih sebenarnya. Seharian aku ke sana ke mari mengemas barang-barang dan dokumen yang perlu aku bawa ke sini.

            Baru sahaja aku hendak melelapkan mata, telefon bimbit yang telah aku letakkan di sebelah bantal bergetar. Mata yang kuyu terasa segar. Mungkin Fahmi yang mengirim pesanan ringkas. Pantas aku mencapai telefon bimbitku dan aku buka pesanan ringkas itu lalu membacanya.

            Boleh tak you call I? Ada benda penting I nak cakap.

            Sebuah pesanan yang dikirim oleh Hanum. Sedikit hampa kerana aku sangat berharap Fahmi membalas pesananku. Aku membalas pesanan Hanum tadi.

            Hal apa ya? I nak tidur dah.

            Langsung aku tekan butang hantar dan menanti Hanum membalas pertanyaan aku sebentar tadi. Manalah tahu memang penting hal itu yang melibatkan Fahmi.

            Kalau I cakap Fahmi cintakan you, you akan terima dia tak?

            Membuntang mata aku tatkala membaca ayat yang tertera di skrin telefon bimbitku. Segala macam perasaan bercampur-baur. Suka. Sedih. Marah. Geram.

            You cakap apa ni Hanum?

            Hanya itu yang aku tulis menjawab pertanyaannya. Fahmi ni memang nak kena bebel dengan aku.

            I cakap benda yang betul. You tak perasan ke dia suka dekat you? Dia jarang message dengan I, tapi dia message you hari-hari. Dia jarang telefon I, tapi tiap-tiap hari dia telefon you. Dia tak pernah petik gitar dan nyanyi untuk I, tapi dia nyanyi untuk you tiap-tiap hari. Takkan you tak perasan Isha? Dia selalu cakap dia sayang you kan? Takkan tu pun you tak tahu?

            Sebentar aku termangu. Membaca kembali ayat yang dikirimkan oleh Hanum kepadaku. Mencerna ayat-ayat itu mengikut logika. Keliru. Aku keliru dengan perasaan aku sendiri. Telefon aku kini bergetar lagi. Kali ini lebih lama menandakan ianya sebuah panggilan. Tertera nama Hanum di skrin. Aku menjawab panggilan itu.

            “You didn’t answer my question,” ayat itu keluar daripada mulut Hanum sebaik sahaja aku menerima panggilan itu. Suaranya kedengaran serius.

            “Why should I? You girlfriend dia Hanum. How could you ask me about this?” ujarku lemah. Sungguh aku tidak faham apa yang berlaku sebenarnya.

            “Look here Isha, he love you. Did you love him?” soal Hanum lagi.

            Memang di luar fikiran akal yang normal pertanyaan yang diajukan oleh Hanum itu. Apa yang cuba dibuktikan oleh Hanum saat ini.

            “I did love him but as my bestfriend. Tak lebih daripada tu Hanum,” aku menerangkan rasa hatiku.

            “Takkan tak ada sikit pun Isha rasa cinta you dekat dia? Takkan you nak tinggalkan Fahmi macam tu je. Please don’t go,” suara Hanum sudah terketar-ketar dan seolah-olah merayu kepadaku.

            “If I say yes, I do love him, what will happen to you?” soalku pula cuba menyedarkan Hanum yang seolah-olah tidak sedar kata-kata yang diucapkan olehnya.

            “I will step back sebab I tahu dia lebih cintakan you daripada I eventhough he never said that to you. I kenal dia macam mana Isha,” ujar Hanum lagi.

            “I dah ada Faris and I’ll always be by his side,” ujarku tegas.

            Tidak mahu mendengar lagi kenyataan yang menyakitkan dan menjawab lagi soalan yang mungkin membuat aku meragui ketulusan cintaku pada Faris selama ini, pantas aku memutuskan talian.

*****

ITULAH pengakhiran hubungan kami. Aku hanya tahu melalui Hanum tentang isi hatinya kepadaku selama ini setelah tujuh tahun perkenalan kami.

Aku akui, sejak pertama kali aku bertemu dengannya aku sebenarnya sudah jatuh cinta dengannya. Namun waktu itu, kami tidak pernah berbicara soal hati dan perasan. Hubungan kami cuma atas dasar teman.

Malah setelah tamat SPM, kami terputus hubungan. Waktu itu, aku menyesal kerana aku tidak berterus terang dengan Fahmi aku sangat mencintainya. Kami rapat kembali apabila aku mendapat nombor telefonnya daripada seorang teman di pusat tuisyen yang sama dulu.

Aku menghubunginya kembali setelah dua tahun kami terputus hubungan. Waktu itu, aku meluahkan rasa hatiku. Namun hatinya sudah dimiliki oleh Hanum. Aku tidak sedih kerana aku faham situasinya. Aku masih ingat kata-katanya, jika aku meluahkan perasaanku dahulu, pasti aku sudah bahagia dengannya waktu itu kerana dia juga mencintai aku. Tetapi kini, hatinya milik Hanum.

Sejak itu aku membuang jauh-jauh rasa cinta itu daripada hatiku untuk insan bernama Fahmi. Aku menyayanginya atas nama persahabatan. Tidak lebih daripada itu. Aku fikir dia juga berbuat perkara yang sama kerana dia juga tidak pernah membicarakan hal itu lagi. Nyata malam itu, aku baru mendapat tahu, dia mencintaiku.

Sejak malam itu, aku kehilangan seorang sahabat baik. Seorang yang sangat baik terhadap aku. Seorang yang sangat memahamiku. Kerana itu juga, pemergian aku ke negara jiran ini membawa hatiku yang sangat parah waktu itu apabila mengetahui perkara sebenar.

*****

KINI hampir tiga tahun Fahmi telah pergi daripada hidup aku. Aku sangat rindukan dia setiap kali aku teringat masa yang telah kami habiskan bersama. Kerana rindu itu aku menulis cerita ini. Aku tak akan pernah melupakannya sampai bila-bila. Fahmi, jika you membaca cerita ini, hanya ini yang I ingin katakan kepada you.

            This is just for you my dear Fahmi,

            Assalammualikum. You sihat? Lama tak tanya khabar. Hope you sihat selalu. I dengar cerita you merokok sejak I pergi sini. Kurangkanlah merokok tu. Buat apa nak rosakkan diri sendiri. I jauh nak datang melawat you kalau you sakit. So, do take care of yourself there.

            Hurm.. Pasal malam tu. Kita tak pernah clarify apa yang terjadi sebenarnya. Is that true apa yang Hanum beritahu dekat I malam tu? Sejak bila you rasa macam tu? Kenapa you tak pernah beritahu I?

            Dear Mie, it’s not that I pergi sini sebab nak tinggalkan you seorang-seorang dekat sana. I have to untuk masa depan I. And I tak pernah lupakan you sikit pun. When I remember someone, it’s always your face that I saw first.

            Sebenarnya, I tulis benda ni sebab I rindu you sangat-sangat. Rindu nak membebel dekat you. Rindu nak lepas geram dekat you. Rindu nak marah you. Rindu nak dengar suara you. Miss you damn much here. It’s been a long time since wehave our last talk.

            I tak pernah menyesal kenal dengan you Mie, dan I tak pernah menyesal suka you. Satu je yang I kesal sampai sekarang, only if you don’t tell Hanum about your feelings towards me, mesti kita tetap kawan macam dulu.

Kenapa bukan you yang beritahu I sendiri Mie? What did you expect from me? Cakap ya pada Hanum iaitu your girl? Mesti dia sakit nanti Mie. Didn’t you care about her feelings?

            Actually, banyak benda I nak mengadu dekat you since tiga tahun I tak mengadu apa-apa dekat you. Banyak benda I nak bebel dekat you. Banyak benda I nak marah you.  Ingat tak you pernah nyanyi lagu ni untuk I? I’ve heard this song sepanjang I tulis cerita ni.

Dikau pernah berkata,
Akulah segalanya,
Tanpaku tak mungkin kau bahagia.

P/S : You cakap nanti I yang lupakan you, tapi you yang lupakan I.

Namun di sebaliknya,
Setelah ku percaya,
Kau bersikap dinginku terpinga.

P/S : How dare you make me go through all the hardness alone?    

Andai kau pergi
Hilanglah arahku
Jangan kau pergi
Usah kau pergi
Andai kau pergi hampir pasti
Berteman pilu sepanjang hayatku

P/S : I’ve try to be strong enough this three years without you but I need your shoulder to cry on like last time I did cause my life is so hard here. Really.              
                                         
Dengan sepenuh cinta,
Daku tanam di dada,
Dengan harapan terbina istana.

P/S : I will back in Januari 11, hope will see you in JB

Apakah di mindamu
Mengapa kau membisu
Hanya katakan kau masih menyinta

P/S : Let’s clarify everything so I tak hidup dalam tanda tanya.

Ku tak mengerti
Mengapa kau bersikap sebegitu
Andainya
Kau tahu hatiku
Betapa penuh di dada menyintamu

P/S : Love you from the first we met until now. Coz you are my best frend.

Sayang
Ku masih tidak mengerti
Ke manakah hilangnya cintamu
Jiwaku resah dan sepi
Andainya kau pergi 

P/S : Don’t go away from my life cause I won’t let you go.

Andai kau pergi, hampir pasti, berteman pilu sepanjang hayatku…

*****
©Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz                                                                       *****Note : Mungkin anda rasa cerpen ini sebijik, sebulat, sebentuk macam kisah Encik Mimpi. Yes, I admit it. But this is what really happen to me. Encik Mimpi left her BFF but in my story, I'm the one dat have been left.  Encik Mimpi just make me remembered about my past story that I've been try to forget all these days. Dan untuk menulis cerpen ini, saya mengambil masa yang sangat lama kerana saya melukakan kembali hati saya mengingati kembali apa yang saya lalui. Dan saya bazirkan banyak air mata untuk cerpen ini. Harap anda berpuas hati dengan cerpen ini.                                                                       *****
Share

10 comments:

aira mohamad said...
This comment has been removed by the author.
aira mohamad said...
This comment has been removed by the author.
ISHA IDIAZ said...

Aira : Sebab kisah akak sebijik sebulat sebentuk macam kisah Encik Mimpi tu. Sebab tu bila baca EM tulis macam tu just remind me of everything about my past.

aira mohamad said...

patut la kak.. he3.. hope akak akn jmpa bestie akak tu nnti ye.. minat akak sgt2 n i'll always pray the best for u

nas nasriyah said...

akak..cter akak best sgt..sye suke bce cter akak..simple..tpi yg ni mmg sedih..

Nur Sara Wahiza said...

Bestnya kak ! :)

mInE pLayGrouNd!!!! said...

Salam Isha...
I hope u guys will meet later and make everything crystal clear okayh?..and hope after that will start again ur friendship..pray for ur best..

xlupa..

#thumbs up....

Nurfazila Suhaide said...

sedihnya...mengalir air mata..
dah la faz tengah sedih cuz terpisah ngan besties yg terpksa p indonesia, lost contact dah 4 tahun ngan dia..bufday dia hari nih.. =(

baca nih..betul3x terharu..

kleo said...

kak ishaa! sangat best cerita ni! :) thumbs up! teruskan berkarya! ;)

kusyi said...

kq ishaaaaaaaaaaaaa...best!!