Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz

Mereka Pembaca Setia


Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Sempena menyambut tahun baru 2012 ini, Isha ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru.


Semoga tahun 2012 menjanjikan kehidupan yang lebih baik kepada kita. Segala kekhilafan sepanjang tahun 2011 moga dapat kita jadikan sempadan dan pengajaran supaya kita tidak mengulangi kesalahan yang sama di masa akan datang. Teruskan membuat azam tahun baru anda. Laksanakanlah ia seperti yang anda rancangkan. Semoga semuanya dipermudahkan, InsyaAllah.

Daripada Isha sendiri, sejuta ampun dan maaf Isha pohon atas segala kekurangan sepanjang Isha menghasilkan karya-karya yang ada di blog ini. Maaf dari hati ini kerana Isha agak lewat mengupdate DDKM mahupun KABSU yang telah lama dibiarkan sepi. Bukan niat di hati untuk melambatkan sambungannya, namun kerana kekangan waktu, Isha terpaksa mendahulukan pelajaran dan peperiksaan. Harap anda semua memahami dan memaafkan Isha. 

InsyaAllah, sepanjang Isha bercuti bulan satu nanti, Isha akan cuba menyiapkan manuskrip DDKM untuk dihantar ke mana-mana syarikat penerbitan. Mohon doa anda semua agar Isha sempat menyiapkan manuskrip itu dan semua proses berjalan lancar. 

Salam dihulur, pengakhir bicara, semoga anda tetap ceria dan berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Amin, InsyaAllah.


Salam Sayang,
Isha Idiaz


Share

3 comments:

Nurfazzy said...

hepi new year kak isha.. =)

Syafi Najihah said...

firstly, selamat thn baru jgak kat akak :D
secondly, take ur time eh, jgn rush2 sgt bt ddkm..hihi
thirdly, cpatlah hntr ddkm kat mana2 publisher~~~ sy dah x sbr nk bace ni..hihi
rindu sgt2 kat farhan n faiz ni...:)

ISHA IDIAZ said...

Fazila : Tq syg~ Happy New Year too. Semoga sukses selalu.

Inaznafisya :

1st - Selamat tahun baru syg. Semoga sukses selalu.
2nd - Hehe. InsyaAllah. Tq sudi membaca.
3rd - InsyaAllah, akan cuba secepat yang mungkin sblm akk msuk hospital nnt.

Rndu jugak pd Farhan dan Faiz. InsyaAllah settle semua exam, akak update ye. :-)