Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz

Mereka Pembaca Setia

Terpanggil untuk menanyakan pendapat anda 
jika saya keluarkan
Special Edition daripada cerpen
P/S : Saya BENCI awak Encik Mimpi!!

Tajuk Baru:
P/S : Saya SAYANG awak Encik Mimpi!!

Apa pendapat anda? 
Mahu tahu kisah mereka selanjutnya?
Atau sudah cukup kisah mereka dalam cerpen sebelumnya?

Pendapat anda menentukan masa depan cerpen ini~
Hehe..
Share
Cerpen
P/S : Saya BENCI awak Encik Mimpi
Oleh : Isha Idiaz

******

“KRENG KRENG KRENG!!” bunyi bising yang datang daripada bilik sebelah itu membuat Syaza terjaga lagi daripada tidurnya malam ini.

            “Aish! Bising betul la Encik Mimpi ni!” Syaza merengus keras. Bantal yang tadinya dibuat alas kepala kini sudah dipekup ke telinga.

            Di bilik sebelah, seorang jejaka sedang sibuk mereka sebuah lagu baru dengan gitar akustik kesayangannya itu.
Share
15

KINI sudah hampir ke penghujung semester Tanpa sedar hubungan mereka semakin jauh. Lima sekawan yang dulunya rapat kini membawa haluan masing-masing.

Mira sudah tidak mengharapkan lagi cinta daripada Shafik. Shafik juga tidak mahu merebut cinta Mira daripada Deli. Deli juga dalam diam telah meminati rakan sekelas mereka yang lain walaupun dalam hatinya masih ada nama Faizah. Faizah dan Farhan, ekoran daripada masalah yang dibawa oleh Deli, masing-masing menjauhkan diri.
Share

Menulis Dengan Satu Nama
Oleh : Isha Idiaz

*****


Gambar cover itu memang saya yang melukisnya.. Saje melukis sebab dah lama tak melukis.. Itulah hasilnya.. Tangan dah keras sangat dah. Maka, terhasilnya cover puisi Menulis Dengan Satu Nama~ 

*****

Aku mula menulis dengan satu nama,
Satu nama, dua kata,
Isha Idiaz, itulah sebuah nama pena,
Nama pena yang membuat aku memegang tinta

Share

Dengan rendah hati, saya persembahkan lagu ini buat semua penyokong saya.. Lagu ini untuk anda semua..

Lagu tema e-novel Dalam Diam Ku Mencintaimu aka DDKM

Tajuk Lagu : Dalam Diam Ku Mencintaimu
Lirik : Isha Idiaz , Encik Mimpi
Melody Asal : Abdullah Aqeel, Nur Adiah
Melody Ubah Suai : Encik Mimpi
Penyanyi : Encik Mimpi

*****

Verse 1 :
Dalam sukarnya meluahkan kata itu,
Aku tunjukkan rasa cintaku,
ku zahirkan rasa rindu

Verse 2:
Kelembutanmu mempesonakan jiwa,
Senyum bibirmu mengundang ceria,
Hingga terbuai rasa

c/o:
Dalam diam ku mencintai kamu,
Selamanyakan tetap di hatiku
Terpisah jauh jiwa dan raga mu,
Walau beribu tahun aku kan menunggumu

*****

Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz

**Sebarang bentuk ciplak, copy paste mana-mana daripada bahagian lagu ini tanpa kebenaran daripada saya akan di ambil tindakan undang-undang
Share
Cerpen : 3 Kali Mencintaimu
Oleh : Isha Idiaz

*****
INI kisah cinta aku. Kisah cinta aku tidaklah sehebat kisah cinta Laila dan Majnun, mahupun Juliet dan Romeonya. Kisah cinta aku adalah kisah cinta biasa. Kadang-kadang aku juga terfikir adakah kisah cinta aku ini kisah cinta magis kerana setiap kali aku jatuh cinta, pasti dia orangnya? Terpulang pada kalian untuk menilai seberapa magisnya kisah cinta aku ini.
*****
Share
 3 Kali Mencintaimu

Mengisahkan kisah percintaan antara Haziq dan Hazirah yang berputik sejak di bangku sekolah lagi. Kisah cinta mereka terhenti tatkala umur mereka menginjak dewasa dan kedua-duanya hilang tanpa berita. Takdir menermemukan mereka kembali di saat masing-masing sedang kecewa. 

Tatkala mereka bertemu semula, adakah mereka masih jatuh cinta dengan orang yang sama? Siapakah di antara mereka yang masih memendam rasa?

Ikuti kisah mereka di dalam cerpen :

3 Kali Mencintaimu.
"Setiap kali aku jatuh cinta, mengapa pasti engkau orangnya?"



Kau Tigakan Cintaku

Kisah bermula apabila muncul orang ketiga dalam kisah cinta mereka. Rumahtangga yang dulunya bahagia kini menjadi porak-peranda dengan kehadiran seorang wanita bernama Tasya. Kesabaran Lydia sebagai seorang isteri tercabar apabila sang suami mula berbagi rasa cinta di hati.

Masihkan ada ruang di hati Lydia untuk memaafkan Latif suaminya yang pernah dicintai? 

Ikuti kisah mereka di dalam cerpen :

Kau Tigakan Cintaku
"Ku tak menyangka dibelakangku kau tigakan cintaku yang hanya kepadamu"



Encik Mimpi versus Cik Realiti

Kisah cinta alam maya antara Encik Mimpi dan Cik Realiti. Encik Mimpi, seorang pemain gitar yang berjaya memikat hati Cik Realiti menerusi alunan lagu dan suaranya yang merdu. Cik Realiti, seorang penulis kisah cinta yang berjaya menawan hati Cik Mimpi melalui kisah-kisah cinta yang ditulis olehnya.

Bila Encik Mimpi masuk di alam realiti, mampukah dia menggegar naluri Cik Realiti? Bila Cik Realiti masuk ke alam mimpi, mampukah Encik Mimpi tidur lena?

Ikuti kisah mereka di dalam cerpen:

Encik Mimpi versus Cik Realiti
"dan bila mimpi menjadi realiti, terjadikah penyatuan dua hati?"



Sebenarnya Kecewa

Pasangan suami isteri ini menutup kesedihan yang bertandang di hati dengan berpura-pura mereka gembira dengan kehidupan mereka kini. Namun dalam hati mereka, penyesalan memakan diri. Dalam senyum yang diukirkan, tercalit seribu kedukaan. Dalam tawa yang diluahkan, terukir sebuah memori duka. 

Mampukah mereka bahagia seperti sebelumnya? Memori apa yang   sering mengganggu tidur malam mereka? Mampukah mereka menerima takdir Yang Maha Esa?

Ikuti kisah mereka di dalam cerpen:

Sebenarnya Kecewa
"dia bukan lagi milik kita"







Share
14
KERUSI di sebelah Mira ditarik oleh Deli sebaik sahaja dia sampai di kelas. Shafiq yang agak sedikit terkejut dengan tindakan Deli itu akhirnya beralah. Kebiasaannya, tempat di sebelah Mira adalah tempatnya. Enggan berdebat di pagi hari, Shafiq menarik kerusi di sebelah Faizah lantas melabuhkan punggungnya di situ.

            “Apa hal budak tu?” soal Syafiq sambil menyiku lengan Faizah yang sedang tekun membaca nota Biologinya. Faizah memang begitu. Pantang sahaja  ada masa terluang, pasti dia akan membaca. Hargai masa katanya.

            “Hurm?” soal Faizah sambil memalingkan wajahnya daripada buku memandang wajah Syafiq yang duduk di sebelahnya. Serius, dia tidak dengar apa yang dituturkan oleh Syafiq sebentar tadi.
Share
Cerpen : Songket Putih I^2 Pemberian Siapa?
Oleh : Isha Idiaz
*****
Sebuah sambungan daripada cerpen I^2 + A^2 = Entah Bila Cinta
*****
 “Sah?” soal Encik Izaid sambil memandang tiga orang saksi lain yang duduk disebelahnya.

Setelah ketiga-tiga mereka menyatakan pernikahan itu sah, doa pun dibaca mengucapkan kesyukuran atas terbinanya sebuah mahligai perkahwinan.
*****
Share
Di atas permintaan ramai, 
Isha Idiaz
bakal kembali dengan sambungan cerpen
I^2 + A^2 = Entah Bila Cinta 
yang diberi judul baru iaitu,

Songket Putih I^2 Pemberian Siapa?



Nantikan kemunculannya dalam masa terdekat ini.. 
(^_^)

Salam Sayang,
~Isha Idiaz~

Share