Puisi 18 : Kain Putih Dan Sepasang Tangan
Oleh : Isha Idiaz
*****
Pada
kain putih itu
Terpalit
jua sedikit lumpur
Mengotorkan
warnanya
Menghilangkan
kesuciannya
Pada
kain dengan palit lumpur itu
Orang
melihat jijik
Orang
melihat hina
Padahal
yang kotor itu cuma sedikit
Sepasang
tangan menyambut kain itu
Menerima
dengan ikhlas
Membersihkan
noda-noda lumpur
Membuang
segala macam prasangka mereka di luar sana
Kerana
sepasang tangan yang menyambut itu
Kain
itu kini tersidai bersih di ampaian
Semoga
angin kencang tidak membawa dia terbang
Dijepit
kuat, kejap, tetap di sana
Aku
berharap
Kain
putih itu sentiasa dalam genggaman pemilik sepasang tangan
Yang
menyambut dirinya dalam serba kekurangan
Melengkapi
kekurangan dengan kesempurnaan
*****
©Hak
Cipta Terpelihara : Isha Idiaz
0 comments:
Post a Comment