Cerpen : Kembang Bakawali
Oleh : Isha Idiaz
*****
BADRUZZAMAN
memandang ke luar tingkap. Keningnya bertaup rapat memandang putik-putik
bunga Bakawali yang masih belum mekar. Dia tidak sabar mahu melihat putik itu
memekar.
“Hei,
berangan ke apa?” tegur suatu suara yang langsung mencatas lamunannya saat itu.
Badruzzaman menoleh ke belakang. Dilihat Adam bersandar di pintu biliknya
sambil tersenyum.
“Tak
ada apa. Aku cuma tengok bunga tu hah,” ujar Badruzzaman sambil memuncungkan
mulutnya ke arah pasu yang berderet di hadapan rumah sewanya itu. Sebuah
senyuman dilemparkan kepada teman serumahnya itu.
“Bunga
apa?” soal Adam penuh berminat lantaran turut sama mengintai dari tingkap bilik
Badruzzaman itu.
“Tu
namanya bunga bakawali,” terang Badruzzaman sambil matanya tidak lepas dari
memandang putik-putik bunga itu.
“Owh
bakawali. Aku ingat bunga pontianak harum sundal malam,” seloroh Adam. Dia
sudah ketawa terkekeh-kekeh dengan lawak yang dibuatnya sendiri.
“Beza
tu bunga bakawali dengan bunga harum sundal malam,” ujar Badruzzaman. Adam
sudah mengambil posisi di atas tilam empuk Badruzzaman.
“Kau
ni aku nak cakap kau perempuan, aku tengok tegap je badan. Tak ada la terkulai mana-mana anggota badan kau macam mak
nyah kat Jalan Dhobi tu. Tapi satu aku pelik, kenapa kau obsess sangat dengan
bunga Bakawali ni? Dan sejak bila halaman rumah kita ni penuh macam dengan
bunga Bakawali tu?”
Terhambur
tawanya apabila mendengar pertanyaan Adam itu. Dia juga tidak tahu sejak bila
dia menjadi peminat bunga bunga bakawali. Bunga itu seolah-olah ada daya
penariknya sendiri. Mungkin sejak dia terbaca tentang kehebatan bunga mistik itu
dua bulan yang lalu. Ya bunga itu punya kuasa mistik.
0 comments:
Post a Comment