PELAKON: Bront Palarae, Sharifah Amani
PENGARAH: Namron
Daripada
seorang suami dan doktor yang baik, siapa sangka dia rupanya pembunuh
yang mencuri hati setiap perempuan yang dibunuhnya. Sebabnya? Ibunya
curang dengan lelaki lain di dalam rumah lantaran ayahnya yang hanya
boleh duduk di atas kerusi roda. Ayahnya secara tidak sengaja telah
dibunuh oleh kekasih ibunya dan sekaligus memberikan
impak yang besar kepada dirinya hingga dia membunuh ibunya. Seorang
penulis yang mahu menulis mengenai kisah tersebut menjadi batu loncatan
kepada dirinya untuk melarikan diri daripada pembunuhan yang dia lakukan
kepada Siti, isteri kepada pemilik resort yang mereka menginap sewaktu
bercuti.
Dari perspektif lain, penulis menulis berdasarkan pengalaman mereka atau orang di sekeliling mereka. Tapi dalam menulis sesuatu yang di luar petala akal fikiran, jangan bawa sama jiwa, tapi bawa akal. Setiap yang kita lakukan harus ada batasan. Jangan mahu terjun ke dalam setiap adegan yang kita cipta secara berlebihan kerana boleh memberi mudarat kepada diri kita sendiri.
Sekian. Review Psiko Pencuri Hati dari saya yang telah terpsiko dengan jalan ceritanya.Saya bagi empat bintang untuk filem ini.
0 comments:
Post a Comment