Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz

Mereka Pembaca Setia

The Fifth Baby
Antologi Cerpen Detik Terindah bersama Fair & Lovely

100 Detik Terindah. 
100 penulis. 
100 cerita. 
1 antologi. 
Salah satunya saya.
 Terbitan Ilham, Alaf 21 dan Grup Buku Karangkraf
Boleh dapatkan di Karnival Karangkraf sekarang.
Share
ZANNA memandang wajah Alynn yang duduk di hadapannya. Wajah gadis itu sembab. Mungkin gadis itu menangis lagi malam tadi. Zanna melepaskan sebuah keluhan. Dia tidak tahu sampai bila gadis ini mampu bertahan. Alynn memberikan sebuah senyuman kepada Zanna.

“Kenapa akak pandang Alynn macam tu?” soal Alynn yang dari tadi melihat Zanna memandangnya tanpa berkedip.

Zanna menggeleng perlahan. Sebuah lagi keluhan dilepaskan. “Alynn, sampai bila…”

“Alynn dah buat keputusan kak,” ujar Alynn memotong kata-kata Zanna.

Bulat mata Zanna memandang Alynn. Kali ini dia lihat mata Alynn sudah berkaca. Perlahan tangan Alynn diusap dan digenggam erat dalam genggaman tangannya.
Share
Cerpen : Tentang Dia

Oleh : Isha Idiaz

*****

NAK cakap dia ni cantik, wajah dia tak adalah cantik mana. Gelap je. Macam bulan mengambang. Nak cakap dia seksi, seksi lagi pelakon Hindustan Kareena Kapoor. Nak cakap dia ayu, ayu lagi Dian Sastrowadoyo.

Tapi kalau dia tak ada depan mata aku, aku rindu dia. Bila aku pandang langit, aku rindu dia. Bila aku tengok bintang, aku rindu dia. Bila aku renung bulan, aku rindu dia. Nak dipendekkan cerita, di mata aku ni cuma ada dia.

Satu je yang aku tak faham dengan diri aku sendiri, bila dia ada depan aku, aku suka buli dia. Aku suka sangat buat dia menangis. Bukan sekali. Bukan dua kali. Malah kalau dihitung menggunakan jari, tak terkira banyaknya aku buat dia menangis. Mungkin sebab aku rindukan dia. Sebab tu aku suka buli dia.
Share
Cerpen : Inikah Cinta?
Oleh : Isha Idiaz

*****

Aku curi-curi pandang Edi lagi. Entah untuk yang ke berapa kali, aku juga tidak tahu. Akhirnya, dia pandang ke arah aku. Dia kunyah roti bakar yang aku sediakan untuk sarapan pagi itu.

"Kenapa? Kau rasa aku ni handsome sangat ke yang sampai kena tengok dua tiga kali?" perli Edi.

Aku tunduk. Rasa menyesal pula aku pandang dia. Padahal bukan handsome sangat pun dia tu. Hati berkobar-kobar nak sebut ayat tu, tapi lain pula yang aku sebut.

Aku geleng kepala. "Tak, cuma roti tu sememeh dekat tali leher awak," ujarku tanpa melihat wajah Edi lagi. Roti bakar yang sama, aku kunyah perlahan. Rasa mati selera nak menikmati sarapan yang aku buat sendiri.
Share
JUDUL FILEM : Bencinta
PELAKON : Nora Danish dan Farid Kamil
PENGARAH : Eyra Rahman

Saya kurang faham mesej sebenar yang nak disampaikan melalui filem ini ketika pertama kali saya menonton. Yang saya dapat tangkap, isteri kena belajar karate kalau dapat suami yang kaki pukul. Haha. Saya cuma bergurau.

Hemat saya, filem ini mengangkat tema kes penderaan isteri. Mungkin rakyat Malaysia khususnya perempuan yang sudah bergelar isteri masih takut untuk bersuara jika mereka berada di tempat Nora Danish seperti di dalam filem ini. Justeru, bagi saya, filem ini memberikan semacam solusi kepada isteri-isteri yang menderita di luar sana apabila mempunyai suami yang kaki pukul.
Share
FILEM : Mencari Cinta                                            
PELAKON : Rusdi Ramli dan Nora Danish         
PENGARAH : Shirin Khuzaimi

Cerita ni simple je. Pasal kahwin paksa, tapi yang lelaki sayang isteri dia tapi si isteri susah nak terima suami dia. Tengah-tengah cerita, bila mereka dah sayang, adalah konflik tunang lelaki ni datang balik mengacau dia dan ex perempuan ni ganggu rumah tangga dia.

Value cerita ni lebih kepada bagaimana menjadi suami yang baik kepada seorang isteri yang kononnya up-to-date dengan gaya orang bandar. Saya memandang si suami tersebut bagaikan seorang suami mithali. Mana kau nak jumpa lelaki nak urut kaki isteri bila isteri balik kerja penat-penat? Suruh masak lagi untuk dia makan adalah.

Share
JUDUL FILEM : Psiko Pencuri Hati
PELAKON: Bront Palarae, Sharifah Amani  
PENGARAH: Namron


Daripada seorang suami dan doktor yang baik, siapa sangka dia rupanya pembunuh yang mencuri hati setiap perempuan yang dibunuhnya. Sebabnya? Ibunya curang dengan lelaki lain di dalam rumah lantaran ayahnya yang hanya boleh duduk di atas kerusi roda. Ayahnya secara tidak sengaja telah dibunuh oleh kekasih ibunya dan sekaligus memberikan impak yang besar kepada dirinya hingga dia membunuh ibunya. Seorang penulis yang mahu menulis mengenai kisah tersebut menjadi batu loncatan kepada dirinya untuk melarikan diri daripada pembunuhan yang dia lakukan kepada Siti, isteri kepada pemilik resort yang mereka menginap sewaktu bercuti.
Share
Cerpen : WNT 143
Oleh : Isha Idiaz

*****
“Look Wan. Aku kenal dia sejak aku jadi HO dekat hospital tu sampailah sekarang ni. Dah lama aku berkawan dengan dia dan dia pun berkawan dengan aku. Sampailah semalam dia cakap dekat aku, dia cintakan aku,” ujar aku sepatah sepatah supaya Wan dengar penjelasan aku.

“Lelaki kau tak boleh percaya sangat Tia,” Wan mengingatkan aku.

Aku angguk. Ya, memang betul cakap Wan tu. “Tapi sampai bila aku kena duduk bawah ketiak kau je Wan? Sampai bila aku kena hidu bau Polo Black kau tu? Aku nak juga bau Dark Obsession.”

Share

Alhamdulillah.

Puji syukur kepada Allah kerana saya masih diberikan kelapangan waktu untuk menulis walaupun sibuk dengan urusan pelajaran untuk tahun terakhir ini.

Puji syukur kepada Allah juga kerana telah memberikan rezeki yang tidak putus-putus kepada saya sejak pertengahan tahun lagi. 

Gambar di atas merupakan antalogi yang memuatkan beberapa karya saya di dalamnya. Berikut adalah serba sedikit mengenai keempat-empat antologi tersebut :

Antologi Hujan Turun Lagi - Terbitan Ilham, Grup Buku Karangkraf dan Alaf 21.
* Cerpen Istikharah Cinta

Antologi Orang Berdosa - Islamku Sekadar Pada IC - Terbitan Ilham, Grup Buku Karangkraf dan Alaf 21.
* Cerpen Dalam Bingkai Mahabbah
* Satu-satunya Cinta 
* Salahkah Aku Mencintainya?

Antologi Vitae Libellus - Terbitan Grup Karyawam Luar Negara (GKLN) Publishing House dan Ikatan Penulis Mahasiswa Malaysia di Indonesia cabang Makassar (IPEM) 
* Dua buah cerpen dan sebuah puisi saya dimuatkan di dalam antologi ini

Antologi Lebuh Kehidupan - Terbitan GKLN Publishing House (dengan kerjasama IPEM, Kelab Penulisan Irbid, Kolej MARA Seremban, dan LUMSOC.
 * Puisi Bangsaku Berubah

InsyaAllah sebuah lagi antologi akan menyusul hujung tahun nanti di bawah terbitan Ilham, Grup Buku Karangkraf dan Alaf 21 dengan judul Antologi Jiwa Kacau. 

Terima kasih kepada anda yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan dan dorongan kepada saya selama penglibatan saya dalam dunia penulisan ini. 

Salam sayang,
Isha Idiaz
Makassar, Indonesia

Share


Cerpen : Aidil Sayang Adha
Oleh : Isha Idiaz
*****
AIDIL melihat emak masih duduk termenung di tepi tangga. Ibu ayam sudah sibuk membawa anak masuk ke reban. Kereta yang lalu-lalang di jalan raya di hadapan rumah juga semakin banyak. Namun semua tidak boleh mengembalikan emaknya ke alam nyata. Emak seolah-olah hanyut di dalam dunianya setiap kali hari raya aidiladha tiba.
Share