Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz

Mereka Pembaca Setia


Alhamdulillah.

Puji syukur kepada Allah kerana saya masih diberikan kelapangan waktu untuk menulis walaupun sibuk dengan urusan pelajaran untuk tahun terakhir ini.

Puji syukur kepada Allah juga kerana telah memberikan rezeki yang tidak putus-putus kepada saya sejak pertengahan tahun lagi. 

Gambar di atas merupakan antalogi yang memuatkan beberapa karya saya di dalamnya. Berikut adalah serba sedikit mengenai keempat-empat antologi tersebut :

Antologi Hujan Turun Lagi - Terbitan Ilham, Grup Buku Karangkraf dan Alaf 21.
* Cerpen Istikharah Cinta

Antologi Orang Berdosa - Islamku Sekadar Pada IC - Terbitan Ilham, Grup Buku Karangkraf dan Alaf 21.
* Cerpen Dalam Bingkai Mahabbah
* Satu-satunya Cinta 
* Salahkah Aku Mencintainya?

Antologi Vitae Libellus - Terbitan Grup Karyawam Luar Negara (GKLN) Publishing House dan Ikatan Penulis Mahasiswa Malaysia di Indonesia cabang Makassar (IPEM) 
* Dua buah cerpen dan sebuah puisi saya dimuatkan di dalam antologi ini

Antologi Lebuh Kehidupan - Terbitan GKLN Publishing House (dengan kerjasama IPEM, Kelab Penulisan Irbid, Kolej MARA Seremban, dan LUMSOC.
 * Puisi Bangsaku Berubah

InsyaAllah sebuah lagi antologi akan menyusul hujung tahun nanti di bawah terbitan Ilham, Grup Buku Karangkraf dan Alaf 21 dengan judul Antologi Jiwa Kacau. 

Terima kasih kepada anda yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan dan dorongan kepada saya selama penglibatan saya dalam dunia penulisan ini. 

Salam sayang,
Isha Idiaz
Makassar, Indonesia

Share


Cerpen : Aidil Sayang Adha
Oleh : Isha Idiaz
*****
AIDIL melihat emak masih duduk termenung di tepi tangga. Ibu ayam sudah sibuk membawa anak masuk ke reban. Kereta yang lalu-lalang di jalan raya di hadapan rumah juga semakin banyak. Namun semua tidak boleh mengembalikan emaknya ke alam nyata. Emak seolah-olah hanyut di dalam dunianya setiap kali hari raya aidiladha tiba.
Share
Cerpen : Jangan Bilang Tidak

Oleh : Isha Idiaz

*****

Klik LINK untuk membaca. 


Enjoy reading!
Komen kalau rajin. 

(^_^)

*****
Share
 Cerpen : Hati Dhia

Oleh : Isha Idiaz

*****

Maaf tak sempat nak upload di blog.

Klik link di bawah untuk membaca. 


*****
Share
Cerpen : Aireen
Oleh : Isha Idiaz

*****
Ini cerita dia. 
Mungkin tidak sehebat cerita anda.
Tapi cerita itu menakutkan dia.
Cerita itu hampir memusnahkan hidupnya.
Aireen.
Dia punya cerita sendiri.

*****

Klil link untuk membaca :
*****
Share


Cerpen : Kembang Bakawali
Oleh : Isha Idiaz
*****
BADRUZZAMAN memandang ke luar tingkap. Keningnya bertaup rapat memandang putik-putik bunga Bakawali yang masih belum mekar. Dia tidak sabar mahu melihat putik itu memekar.
            “Hei, berangan ke apa?” tegur suatu suara yang langsung mencatas lamunannya saat itu. Badruzzaman menoleh ke belakang. Dilihat Adam bersandar di pintu biliknya sambil tersenyum.
            “Tak ada apa. Aku cuma tengok bunga tu hah,” ujar Badruzzaman sambil memuncungkan mulutnya ke arah pasu yang berderet di hadapan rumah sewanya itu. Sebuah senyuman dilemparkan kepada teman serumahnya itu.
Share
It's My Second Baby!


 Alhamdulillah.
Rezeki menjelang Ramadhan.
Ini second baby saya yang akan menemui anda pada bulan Ogos nanti.
Tiga karya saya ada di dalam Antologi Orang Berdosa.
Terima kasih buat Cik Ilham dan Grup Buku Karangkraf serta Alaf 21.
Boleh dapatkan di MPH dan Popular.

Love and Regards,
~Isha Idiaz~
Share
Cerpen  : Santau
Oleh : Isha Idiaz

*****
Sebuah cerpen bertemakan seram untuk anda.

Klik link untuk membaca :

Kritik dan saran sangat dialu-alukan. 
Terima kasih atas sokongan anda.

*****
Share
Cerpen: Rage-V

Oleh : Isha Idiaz

*****

Rage-V. Ia menyerang semua. Ia menyerang manusia yang lupa senyum. Ia suka manusia yang pemarah. Apalagi manusia yang suka berpecah-belah. Hati-hati. Ia bakal datang lagi bila manusia melupakan nilai-nilai insani!

***** 

Klik link untuk membaca :

*****
Share
Salam and hye.

So this is what we called rezeki yang tidak disangka-sangka.
Hampir empat tahun saya menulis secara online dan akhirnya saya diterima sebagai cerpenis. 
Alhamdulillah.It was a very rare experienced and I'm happy to experienced it by myself.

Million thanks to :

Mama, ayah, along dan adik-adik serta kawan-kawan yang menyokong saya selama ini.
Cik Ilham kerana memilih karya saya untuk dimuatkan dalam antologi cerpen Hujan Turun Lagi. 
 Alaf 21 dan Ilham kerana memberi saya peluang untuk maju setapak ke hadapan.
 All readers yang tak pernah jemu membaca hasil tulisan saya walaupun kadang-kadang boring je.

Thousand thanks to :

Kak Nora, Kak Maria, Kak As, Abg Ridh, Kak Reanni, Kak Jue, Kak Ika Madera, dan semua novelist serta cerpenis yang tidak jemu mengajar saya selama ini.

Special thanks to :

Kamu.
Pemilik separuh nama aku.
This is for you, for me, and for us.

Love and regards.
~ Isha Idiaz~ 

 Dapatkan antologi cerpen Hujan Turun Lagi di PBAKL


Share