Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz

Mereka Pembaca Setia

Puisi [9] : There is someone like an angel
Oleh : Isha Idiaz


This poem specially dedicated to someone like an angel named Ds~

************
There is someone like an angel,
Who sat beside me and say,
Dear, why are you crying?

There is someone like an angel,
Who sat beside me and say,
Dear, please say something to me.

There is someone like an angel,
Who sat beside me and say,
Dear can you smile for me?

Share
Kerana Aku Bukan Seorang Ustazah a.k.a. K.A.B.S.U. [12]
Jenis Karya : E-Novel
Oleh : Isha Idiaz

*****************
Usai solat maghrib, Fisha segera menanggalkan telekung. Di lipat telekung dan sejadah, lalu Fisha bingkas bangun. Di letakkan alat solat tadi di sebuah rak yang terletak di sudut biliknya. Fisha melihat jam yang tergantung di bilik itu.

“Pukul 7:50 dah. Sekejap lagi ayah balik dari surau”, desis hatinya.

Fisha menghayun langkah kakinya ke dapur. Di panaskan lauk untuk makan malam.
Share
Puisi [8] : Dahulu, Kini dan Selamanya..
Oleh : Isha Idiaz

************
Dahulu
Semuanya umpama mimpi
Gembira sentiasa terukir di hati
Hari-hari sangat berarti
Kerana cinta menemani diri
Kerana dia sentiasa di sisi


Kini
Rindu itu kembali
Kenangan itu menghantui
Dalam diam aku sendiri
Masih mencari-cari
Apa ertinya cinta sejati

Share

Puisi [7] : Is that what we called love???

Oleh : Isha Idiaz

************

Is that what we called love 
When we are worried for the one that we care? 

Is that what we called love
 
When we filled that we miss someone almost every time?
 


Is that what we called love 
When they always appear in our dreams?
 
Share

Puisi : Dia Awan
Credit : Thanks to Fir for describing me in one word. AWAN.

************
Kamu awan,macam awan
Perubahan kamu mengikut cuaca
Menyerap butir-butir halus air
Lama-lama pastikan turun hujan

Susah untuk ditentukan
Kamu berubah mengikut keadaan
Hujan itu tangisan kamu
Awan yang terbentuk adalah khilaf kamu
Share
Puisi [5] : Dariku Untukmu
Oleh : Fir Firdaus aka Fir CB
Di beri kepada dan untuk tatapan : Isha Idiaz

*************
Di sisi tulang yang bengkok
Tisu-tisu halus tidak kekok
Mengizinkan perjalanan darah ke seluruh pelusuk
Tubuh bersusuk terbentuk

Setiap naluri perasaan yang perasan
Dari ilmu yang tertanam mengarahkan rasa yang berlainan
Share
Kerana Aku Bukan Seorang Ustazah a.k.a. K.A.B.S.U. [11]
Jenis Karya : E-Novel
Oleh : Isha Idiaz

*****************
Secalit senyuman terukir di bibirnya. Fisha bingkas bangun dari kerusi. Di kemas kembali buku yang berselerak saat dia membuat rujukan tadi di bookshelf yang terletak di sudut kanan meja studynya. Softboard di depan di tatapnya kini. Di selak kalendar akademik yang di lekapkan di softboard itu. Semester lima hampir berakhir. Pantas sungguh masa berlalu. Sepantas masa yang di luangkan olehnya bersama Fahmi.

Enam bulan berlalu sudah. Persahabatan Fisha dengan Fahmi kian akrab. Cinta lama di biarkan tidak bersapa. Walaupun pintu hati diketuk kenangan lama setiap hari, bagi Fisha, persahabatan yang terjalin kembali ini harus di jaga supaya mereka tidak akan terpisah lagi. Baginya kata cinta itu harus di kunci di dalam kotak hatinya. Di buang jauh rasa itu. Kini dia mengenali Fahmi atas nama sahabat dan tidak akan lebih dari itu.
Share
Puisi [4] : Kerana Aku Di Ciptakan Untuknya
Oleh : Isha Idiaz
 
****************
Di dalam kesamaran cahaya
Terduduk di sudut yang kulihat adalah dia
Tangisan yang ku dengar adalah miliknya
Benarkah dia sedang kecewa?

Aku tertanya-tanya
Masihkah ada cinta untuknya?
Bersedihkah dia saat dia kecewa?
Tetapi yang kulihat dia tertawa dengan titisan air mata

Berapa ramai antara mereka yang tahu dia menderita?
Berapa ramai yang tahu dia sengsara?
Tahukah mereka tawanya itu hanya dusta?
Menutup helai-helai duka yang ada di setiap lapis hatinya
Share
Puisi [3] : Tentang Seseorang
Oleh : Isha Idiaz


**************
Ku lari ke taman, lalu teriakku
Ku lari ke hutan, lalu menangisku
Sepi, aku benci bersendiri

Ingin bingar, namun ku tidak mahu ke pesta
Ingin tertawa, namun ku masih tidak bisa
Ingin tersenyum, namun ia tetap hambar
Share
Kerana Aku Bukan Seorang Ustazah a.k.a. K.A.B.S.U. [10]
Jenis Karya : E-Novel
Oleh : Isha Idiaz

*****************
Kedengaran ringtone berbunyi. Bunyi itu bukanlah sebuah panggilan telefon tetapi menandakan terdapat message baru yang masuk. Fisha bangkit dari katilnya untuk mengambil handphonenya yang di letak di atas almari solek. Masih berfikir siapakah yang menghantar message kepadanya waktu cuti semester begini. Biasanya kawan-kawannya di universiti akan menyepikan diri sewaku musim cuti semester. Mengambil peluang untuk menghabiskan masa bersama keluarga seperti dirinya. 

“Siapa pula ni message malam-malam. Che’a ke? Takkan result dah keluar?”, Fisha masih berteka-teki siapakah penghantar message tadi.
 
Di capai handphone dan di buka inbox.

  
Aik, nombor baru. Siapa pula ni?”, Fisha bermonolog sendiri setelah melihat nombor pengirim yang tidak bernama di messagenya itu. Di semak semula nombor itu di contact list di dalam handphonenya. Masih tidak jumpa nama yang padan dengan nombor itu.
Share
Siapakah pemilik suara itu
Yang berjaya membuat aku tertawan dengan suaranya.. 
Yang berjaya membuat aku tersenyum tatkala mendengar nyanyiannya..

Siapakah pemilik tubuh itu?
Yang berjaya membuat aku tahu itu dia walau hanya terihat dalam cahaya samar..
Yang berjaya membuat aku tahu itu dia walau hanya terlihat sekilas pandangan mata..     

Siapakah pemilik senyuman itu?
Yang berjaya membuat aku tersenyum di kala melihat senyumannya..
Yang berjaya membuat aku terpana kerana sekuntum senyuman yang ku dambakan dari nya..

Siapakah pemilik kaki itu?
Yang berjaya membuat kaki ku turut bergoyang tatkala melihat rentak kakinya mengikut irama..
Yang berjaya membuat aku hampir tidak percaya itu dia..
Share