Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz

Mereka Pembaca Setia

Cerpen 5 : 365 hari MENANTI cinta

Oleh : Isha Idiaz

**************
365 hari menanti cinta,
Saat kita begitu pasti dia milik kita,
Kini kita kehilangannya dalam sekelip mata.

365 hari menanti cinta,
Penantian itu menjerat jiwa rasa,
Penantian itu sering mengundang rasa kecewa dan hiba.

365 hari menanti cinta,
Saat aku menanti kamu penuh setia,
Dia juga menantiku tanpa sebarang kata.


*************
Angin yang menderu di pantai Protundo yang terletak di daerah Goa, Indonesia ini benar-benar membuat Disha Dianeera berasa tenang. Di rasakan hatinya begitu lapang.

Di buang pandangan ke tengah lautan. Sayup kelihatan sampan-sampan para nelayan yang mencari sumber rezeki di lautan ini. Benarlah firman Allah di dalam Surah An Nahl ayat 14 yang bermaksud "Dan Dialah Allah yang menundukkan lautan (untukmu) agar kamu dapat memakan daripadanya daging yang segar, dan kamu mengeluarkan dari lautan perhiasan yang kami pakai. Kamu melihat bahtera berlayar padanya, dan supaya kamu mencari (keuntungan) dari karunia-Nya supaya kamu bersyukur". Tetapi berapa ramai antara kita yang sedar hakikat ini. “MasyaAllah”, bisik hati kecil Disha.

Kini, dia bersama enam orang lagi rakan serumahnya menginap di kawasan peranginan ini bagi menghabiskan hujung minggu mereka setelah tamat peperiksaan akhir mata kuliah Sistem Urogenital. Sekadar menghilangkan stress. Masing-masing melayan perasaan tatkala duduk di tebing yang menganjur ke tengah pantai ini. Menikmati keindahan alam ciptaan Allah yang sememangnya sangat indah.

Jom kita main game Express Your Love”, Farhana bersuara memecahkan kesunyian.

Lamunan Disha mati di situ. Di halakan pandangan ke wajah enam orang teman serumahnya yang masing-masing sudah teruja dengan cadangan Farhana.

Express Your Love? Macam mana tu kak?”, soal Shasha kepada Farhana yang sememangnya agak sedikit berusia berbanding mereka berenam.

Disha mendengar dengan penuh minat. Ini pertama kali dia mendengar permainan seperti ini. Di fokuskan fikirannya.

“Senang je. Main dia macam ni. Jerit kuat-kuat nama jejaka yang ada dalam hati korang sekarang ni. Tak kisah la ex-boyfriend ataupun orang yang korang minat”, tenang Farhana menuturkan.

Interesting”, Disha menuturkan perlahan.

“Sebelum ini, walaupun kita duduk serumah tapi kita jarang share hal-hal macam ni. So, now let me know your feelings all my dear sis”, sambung Farhana lagi. Disha akui, memang mereka duduk serumah tetapi mereka belum saling kenal sepenuhnya dan tidak mencampuri urusan peribadi masing-masing.

Cadangan Farhana di terima sebulat suara oleh mereka. Semua mengangguk-anggukkan kepala tanda setuju.

Ok, let’s we start from Su. Jerit kuat-kuat Su nama siapa yang ada dalam hati tu”, ujar Farhana. Semua mata memandang ke arah gadis comel yang senang di gelar Su. Keadaan agak sedikit tegang.

“Syafiqqqqqqqqq………..  I Love You!!!!!!”, laung Suhailah sekuat hatinya.

Pada mulanya semua tergamam mendengar luahan hati Su itu. Sungguh permainan ini sangat berkesan. Sebelum ini mereka cuma berpendapat Su hanya bercanda jika topik mengenai Syafiq diutarakan. Kini, mereka tahu Su benar-benar sukakan Syafiq. Ketawa mereka berenam pecah di situ. Percubaan pertama yang baik oleh Su. Mereka bersorak sambil bertepuk tangan tanda menyokong Su. Semua memberi semangat kepada Su untuk mendapatkan cintanya.

Dan kemudian berbagai-bagai soalan yang mereka tanyakan kepada Su mengenai Syafiq. Setelah semua berpuas hati dengan jawapan Su, kini semua mata bertumpu pada Disha.

“Disha, jangan nak mengelat!!!”, paduan suara enam orang gadis yang memberi amaran kepada Disha hampir sahaja membuat gegendang telinganya pecah. Semua menjegilkan mata kepada Disha. Barangkali sudah tahu Disha bakal mempermainkan mereka. Disha hanya tertawa.

Disha. Gadis yang sangat misteri. Tidak banyak bicara. Hanya hidup dengan dunianya. Sukar di fahami kerana dia seorang yang suka berahsia.

“Yelah, tak ngelat. Ni nak beritahu korang lah ni. Dengar elok-elok ok. Tiada siaran ulangan”, ujar Disha seakan-akan memberi amaran kembali kepada teman-temannya.

“Ok semua, fokus. Fokus”, tutur Ekin dengan muka yang serius. Yang lain juga kelihatan serius.

“Eddyyyyyyyyyyy…….  I Love and Miss you!!!”, laung Disha sekuat hatinya.

Sepi. Tiada suara selama lima minit. Mereka semua tahu Disha pernah di kecewakan oleh Eddy. Orang yang di pujanya selama ini. Orang yang benar-benar merubah Disha menjadi seorang yang sangat pendiam akhir-akhir ini. Dan akhirnya Nisa berbicara.

“Bila kau nak lupakan dia Disha? Tak penat ke kau tunggu dia?”, soal Nisa bertubi-tubi kepada Disha.

Dan soalan itu di biarkan tanpa jawapan kerana semua tahu Disha akan menunggu cinta hatinya itu dalam tempoh setahun. 365 hari.

*************

Lagu ST12-Jangan Pernah Berubah yang berkumandang menerusi MP3 kedengaran jelas di telinganya. Perasaannya sedikit terbuai dengan lagu ini. Liriknya seakan-akan  menggambarkan perasaannya saat ini. Di hayati lirik lagu ini sepenuhnya.

Biarkan waktu teruslah berputar
Ku cintai kamu penuh rasa sabar
Meski sakit hati ini kau tinggalkan
Ku ikhlas tuk bertahan

Cintaku padamu begitu besar
Namun kau tak pernah bisa merasakan
Malah kini kau ucapkan selamat tinggal
Membuat keresahan

Meninggalkanku tanpa perasaan
Hingga ku jatuhkan air mata
Kekecewaanku sungguh tak berarah
Biarkan ku harus bertahan

365 hari. “Mampukah aku bertahan”, keluh Disha Dianeera.

Ingatannya serta merta kembali kepada Eddy. Teringat kembali kata-kata terakhir yang di tuturkan Eddy malam itu sewaktu mereka berbicara menerusi telefon.

“Boleh tak Disha bagi Eddy masa untuk berfikir mana hala tuju  hubungan kita?”, perlahan suara Eddy menuturkan.

“Berapa lama?”, Disha bertanya inginkan kepastian.

“365 hari. Setahun. Boleh?”, soal Eddy kembali.

“365 hari. Setahun. Apa-apa sahaja boleh terjadi dalam masa setahun ini”, desis hati Disha.

“Kenapa lama sangat?”, soalan berbalas soalan daripada Disha.

We get to know each other Disha. Cukup 365 hari, I’ll tell you my answer the next day”, ringkas Eddy menuturkan.

Dan kini Disha telah melalui 133 hari dengan penuh sabar. Cuba untuk bertahan seperti lagu yang didendangkan oleh kumpulan ST12 ini yang telah masuk kebahagian korus.

***************

Disha menaip status baru di YM nya.  Statusnya berbunyi begini, “Salahkah Aku Mencintainya?”

Dan kemudian seseorang menjawab pertanyaannya di Yahoo Messanger itu. Sebenarnya ia bukan sebuah pertanyaan yang di kemukakan oleh Disha. Sekadar meluahkan rasa hatinya.

Daniel Danish. Di klik pada nama itu. Insan ini yang menjawab pertanyaannya di YM tersebut.

Tidak salah jika mahu menyayangi dan mencintai seseorang. Tetapi apa yang penting kita pandai menjaga perasaan semua pihak.
Salam sayang.. J

Senyuman terukir di bibirnya. Ada benarnya kata-kata insan yang baru dikenali oleh Disha semalam menerusi maya ini. “Nice advice”, tuturnya perlahan.

                Terima Kasih untuk nasihat tu. Noted and will remember.
                Salam kembali. J

Di tekan butang enter pada papan kekunci di laptopnya.

                Masih bersedih hari ini?

Disha memandang popup yang keluar di skrin laptopnya ini. Walaupun baru mengenali Daniel semalam, namun Disha senang berkongsi cerita dengan insan ini. Mungkin kerana perwatakannya yang bersahaja membuatkan Disha mudah sahaja menceritakan mengenai hubungannya dengan Eddy kepada jejaka yang tidak di kenali ini. Disha akui, semalam dia agak tersentuh apabila di tanya mengenai Eddy. Dan dia mudah sekali mengalirkan air mata.

                I’m fine. Thank You for asking.

Ringkas jawapan yang di berikan kepada Daniel. Disha tidak mahu Daniel terlalu memikirkan masalahnya.

                When are you going to stop waiting and crying my dear?
                Cuba buka hati Disha untuk terima orang lain.
                Fakta mengatakan lelaki yang lebih berusia lebih memahami dan matang.
                So, bukalah hati Disha untuk orang yang lebih berusia dari Disha macam Daniel ni.

Tawa Disha pecah tatkala membaca ayat yang di tuliskan oleh Daniel. Dia akui Eddy sememangnya lebih muda darinya dan dia juga tahu Daniel tua lebih tujuh tahun darinya. Namun di biarkan sahaja ayat itu menyapa dirinya. Malas dia mahu memikirkan maksud yang cuba di sampaikan oleh Daniel dalam ayat itu.

***************

“Eddy, aku nak tanya kau sikit”, Zam menuturkan perlahan sambil menepuk bahu Eddy yang sedang leka membaca komik online kegemarannya, OnePiece.

“Apa? Tanya la”, Eddy menuturkan  sementara matanya masih melekap di komputer riba miliknya, membaca muka surat seterusnya.

“Disha”, Zam menuturkan dan akhirnya melepaskan keluhan berat.

Mendengarkan nama itu, pantas Eddy menoleh ke arah Zam. Di pandang wajah Zam dengan penuh persoalan.

“Kenapa dengan dia? Dia ada beritahu kau apa-apa?”, soal Eddy bertubi-tubi kepada Zam.

Zam hanya memamirkan senyuman segaris. Nyata, temannya ini masih mengingati nama itu. “Mungkinkah dalam hatinya benar ada cinta buat Disha Dianeera”,bisik hati kecil Zam.

“Kalau aku beritahu kau dia dah nak kahwin macam mana?”, soal Zam sekadar menduga isi hati Eddy.

“Serius lah? Bila? Dia tak beritahu aku pun. Mana kau dapat tahu Zam?”, pertanyaan di balas pertanyaan.

Sungguh, dadanya berdebar laju kini. Benarkah Disha sudah mahu mendirikan rumahtangga?

“Dah berapa lama perjanjian korang tu? Berapa hari lagi tinggal Dy?” , Zam masih belum mahu mengalah.

Akhirnya Eddy mengalah. Dia tahu selagi dia tidak menjawab persoalan yang  Zam berikan, Zam juga tidak akan menjawab pertanyaan yang dia tanyakan. Sebuah keluhan di lepaskan.

“Kalau dia dah kahwin, aku nak buat macam mana Zam. Mungkin dia dah tak cintakan aku lagi. Dia dah tak sanggup nak tunggu aku lagi”, lirih kedengaran suara Eddy menuturkan ayat itu.

“Tinggal seminggu lagi je Zam. Dan kalau dia masih belum menjadi milik orang lain, akan aku katakan padanya pada hari ke 366, sudikah engkau menjadi isteriku yang sah”, tenang Eddy menambah jawapannya.

Zam hanya tersenyum. Benarlah temannya ini sudah menetapkan hatinya.

Eddy hanya mendiamkan diri. Hatinya berbisik, “Saat Istikharah, yang ku lihat hanya kamu. Moga kamu menjaga hatimu Disha hingga saat ku beritahu niat suciku ini”.

*************

Pesawat AirBus AK587 telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Lower Cost Terminal. Kedengaran suara ketua pramugari mengarahkan semua penumpang kekal memasangkan tali pinggang keselamatan dan duduk di tempat masing-masing sementara menunggu kapal terbang berhenti.

“Alhamdulillah”, Disha menuturkan. Perjalanan tiga jam daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Hasanuddin, Indonesia akhirnya telah sampai ke destinasi apabila selamat mendarat di Terminal LCC ini. Kini Disha pulang ke tanah air sendiri setelah genap setahun dia tidak menjejakkan kaki di bumi Malaysia ini. Itupun atas desakan mamanya yang sering kali menyatakan rasa rindunya kepada Disha dan ada hal yang mahu di bincangkan oleh mamanya. Kerana tidak mahu mengecewakan mamanya, makanya Disha pulang dan kebetulan dia sedang bercuti.

“Esok merupakan hari ke 366”,terdetik ayat ini di hatinya. Penantiannya bakal berakhir. Dia akan mendapat jawapan daripada Eddy tentang cintanya. Segaris senyuman mekar di bibirnya.

Jika benar dia di ciptakan untuk Eddy, esok bakal ada sebuah keajaiban.  Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Hanya Allah tempat kita sandarkan hidup dan mati. Disha tersenyum kembali. “Dah macam lirik lagu Ketika Cinta Bertasbih pula”,Disha mengejek dirinya sendiri. Ingatannya mengingat kembali bait-bait lirik lagu itu.

Bertuturlah cinta mengucap satu nama
Seindah goresan sabda-Mu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih mengutus hati ini
Ku sandarkan hidup dan matiku pada-Mu

“Sah, sama”,Disha menuturkan perlahan dengan tawa kecilnya.

**************

“Disha, pakai baju kurung dengan tudung yang mama baru belikan tu”, arah Puan Dalila.

“Kenapa kena pakai baju kurung mama? Duduk rumah je pun”, Disha sedikit meragui tindak-tanduk mamanya pagi ini. Sedari menjemput dia pulang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail,Skudai pagi tadi, mamanya sibuk memasak makanan yang sedap-sedap dalam kuantiti yang banyak. Seolah-olah ingin mengadakan kenduri pula.

“Pakai je lah. Kejap lagi ada orang nak datang. Mama sibuk ni”, Puan Dalila menjawab sambil tangannya menyendukkan lauk pauk ke dalam tray.

Enggan bertanya lanjut, segera Disha meloloskan diri ke dalam bilik dan menukar pakaiannya. “Baik cepat-cepat tukar. Nanti boleh tolong mama”, fikir Disha.

Kedengaran suara orang memberi salam di luar rumah. Segera Disha menyiapkan diri. “Eh, dah datang dah orang ni. Siapalah agaknya”,Disha mengomel sendiri sambil membetulkan letak tudungnya.

Sudah kedengaran suara mamanya menyambut tetamu. Riuh kedengaran. “Ramai ke yang datang? Majlis apa sebenarnya ni?”, Disha seolah-olah bermain teka-teki.

Dan akhirnya Disha melangkah keluar dari biliknya menuju ke dapur. Disha menuju ke ruang tamu dengan sedulang cawan berisi air bandung yang telah di sediakan oleh mamanya.

Langkah kakinya terhenti tatkala melihat wajah itu. Dulang di tangan di pegang kuat. Kedengaran bunyi gelas berlaga sesama sendiri. Semua mata memandang ke arahnya.

“Ya Allah, kuatkanlah hatiku”, bisik hati kecilnya.

“Ibu, ini Disha”, terang Daniel Danish kepada ibunya.

Ya, Daniel Danish. Orang yang selalu menemaninya di alam maya kini di depan matanya. Pandangan mata Disha yang bertemu dengan Daniel seolah-olah bertanya, “Kamu buat apa dekat sini? Ini rumah saya lah!! ”

Dan Daniel Danish hanya tersenyum dan matanya melirik ke arah dulang-dulang yang di bawa bersama rombongannya.

Disha mengikuti gerakan bola mata Daniel dan matanya juga dapat melihat dulang-dulang yang berisi barang-barang dihiasi kain berwarna biru lembut dan ros putih dan hitam. Biru lembut, warna kegemarannya. Putih dan hitam warna kegemaran Daniel. Matanya melekap pada satu dulang yang berisi semua novel Hlovatte.

Teringat perbualannya dengan Daniel pada malam itu menerusi YM.

Disha : Kalau siapa nak jadi husband I, nanti I nak minta hantaran yang salah satu dulang tu kena isi semua  novel Hlovatte.
Daniel : Bagi alamat, nanti I hantar semua novel Hlovatte kat rumah you.
Disha : Eh, tak payah. Tu I minta dekat bakal husband I je. Bukan mintak kat you.
Daniel : Kalau I nk bagi?

Mata Disha sudah berkaca. Tidak pernah di sangka gurauannya dengan Daniel hari ini menjadi realiti. Adakah ini sebuah lamaran untuknya. 365 menanti cinta. Siapakah yang menanti cinta sebenarnya dalam tempoh 365 hari itu? Disha Dianeera ataupun Daniel Danish?

*************

Seperti yang dijanjikan, majlis persandingan Disha Dianeera dan Daniel Danish di langsungkan setelah sebulan mengikat tali pertunangan.

Dari atas pelamin, Disha dapat melihat wajah Eddy dengan senyuman yang tidak tahu bagaimana mahu dia tafsirkan. Eddy berdiri dikalangan saudara-maranya. “Eddy datang”, bisik hati kecilnya.

Setelah selesai majlis pertunangannya tengah hari itu sebulan yang lepas, dia menerima panggilan daripada Eddy. Eddy menyatakan hasrat hatinya untuk menjadikan Disha isterinya seperti harapan Disha dalam tempoh 365 hari itu. Namun Eddy terlambat. Disha telah menjadi tunangan orang pada hari yang sama. Orang yang juga menantikan jawapannya dalam tempoh 365 hari itu. Orang yang tidak di sangka oleh Disha. Daniel Danish, yang kini suaminya.

Matanya dilarikan dari memandang wajah insan yang pernah di cintainya itu. Jika dia bisa menuturkan kata-kata ini kepada Eddy…

365 hari menanti cinta,
Saat kita begitu pasti dia milik kita,
Kini kita kehilangannya dalam sekelip mata.

365 hari menanti cinta,
Penantian itu menjerat jiwa rasa,
Penantian itu sering mengundang rasa kecewa dan hiba.

365 hari menanti cinta,
Saat aku menanti kamu penuh setia,
Dia juga menantiku tanpa sebarang kata.

365 hari menanti cinta,
Dalam diam, hatinya punya cinta,
Dan kini aku menjadi miliknya.

************

Usai solat isyak, Disha duduk bersimpuh di sebelah suaminya. Daniel merangkul erat pinggang Disha. Kini kasihnya tumpah sepenuhnya kepada Disha Dianeera. Disha melentokkan kepalanya ke bahu Daniel. Dapat di rasakan kasihnya juga tidak berbelah bahagi kepada Daniel Danish.

“Abang ni dari dulu misteri”, Disha menuturkan lembut.

“Kenapa sayang cakap macam tu”, Daniel bertanya inginkan kepastian.

“Yelah. Masa kita kenal dalam YM dulu, Disha tak tahu pun siapa nama sebenar abang. Tak tahu pun umur abang berapa, dah kerja ke belum, abang kerja apa, semua-semua lah Disha tak tahu”, Disha seolah-olah merungut.

“Tapi sekarang Disha dah tahu kan”, tutur Daniel perlahan memujuk isterinya yang muda tujuh tahun darinya ini.

“Sekarang mestilah dah tahu. Abang is pembuli. Sejak first time kita kenal , abang memang suka buli Disha dalam YM. Semua soalan Disha abang tak pernah jawab”, Disha masih lagi menyuarakan isi hatinya yang terpendam selama ini.

“Mana ada abang pembuli. Abang is protector for you my dear. Disha tak ingat ea abang pernah cakap abang always will be your protector”, sungguh Daniel sabar melayani kerenah Disha yang keanak-anakan ini.

“Disha ingat. And Disha paling ingat abang tulis abang jatuh dari tangga masa tengah ‘Chat’ dalam bilik air. Your Bahasa Malaysia sangat teruk abang. Nak eja cat but you spell it chat”, selesai menuturkan itu dalam tawa yang sudah pecah, Disha cuba meloloskan diri daripada pelukan Daniel. Disha tahu Daniel pasti akan membalas dendam kepadanya. Dan Daniel memeluk isterinya itu dengan kuat. Tidak mahu Disha lolos dari pelukannya.

And do you remember that I say when you bring up this matter again and if you are mine at that time, abang will caught you, then ikat tangan Disha dekat belakang, at that time, Disha handicap. Then abang akan gosok-gosok pipi Disha dan cium good night kiss dekat dahi Disha?”,soal Daniel dalam nada menyakat.

“Ingat ingat. Abang… Lepaskan Disha…”, jerit Disha manja sambil berusaha melepaskan dirinya daripada pelukan Daniel.

Daniel sudah memegang dan membawa tangan Disha ke belakang. Tangannya mengusap lembut pipi Disha dan akhirnya sebuah kucupan singgah di dahi Disha. Di peluk Disha erat dari belakang.

Disha hanya tertawa. Tidak di sangka Daniel benar-benar melakukan apa yang di katakannya di YM dulu.
Daniel merapatkan mulutnya ke telinga Disha.

I don’t like your story Disha. 365 Hari Menanti Cinta. You make me miss you more each day sayang in that 365 days”,bisiknya perlahan ke telinga Disha.

“Abang, tu kan cerpen je. Abang ni sentap la”, Disha sengaja menyakat suaminya. Sungguh, dia sangat mencintai Daniel. Jika dia tahu Daniel menantinya seperti dia menanti Eddy dalam tempoh waktu 365 hari itu, pasti dia tidak akan membiarkan Daniel terus menunggu. Penantian itu suatu penyiksaan.

“Abang nak bagi Disha sesuatu”, bisik Daniel lagi.

“Nak bagi apa abang? Novel Hlovatte lagi ke?”, soal Disha dengan tawa. Masih ingin mengusik suaminya itu.

“Ada pulak novel Hlovatte. Kan abang dah bagi sebeban tu novel Hlovatte. Abang nak bagi ni”, di hulurkan sehelai kertas kepada Disha.

Disha melihat tulisan di kertas itu. http://365HariMenantiCinta.blogspot.com

“Blog siapa ni abang?”, soal Disha penuh minat.

“Ingat Disha seorang ada blog? I have mine too la sayang”,bersahaja sekali Daniel menjawab pertanyaan Disha.

Really it’s yours? Disha nak pergi tengok la”, Disha sudah mula mahu bangun.

“Tak boleh tengok malam ni”, ringkas dan tegas Daniel menuturkan sambil memegang tangan Disha.

“Kenapa?”, soal Disha pendek.

“Siapa nak temankan abang tidur nanti?”, soal Daniel pula.

“Nakal”, hanya itu yang mampu di ucapkan oleh Disha.

365 hari menanti cinta. Akhirnya ia menjadi kisah kita berdua. Disha Dianeera dan Daniel Danish.

**************
©Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz




















*courtesy of LirikLaguIndonesia.net





Share

3 comments:

Anonymous said...

based on true story of ur life erk? :0

Nurfazzy said...

sweetnyaa...

traveldotcom said...

kak isha.. is this ur real love story?? nampak mcm btol btol la.