Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz

Mereka Pembaca Setia

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

InsyaAllah Isha akan menulis e-novel terbaru bagi menggantikan e-novel DDKM yang baru sahaja di hantar ke pihak penerbit untuk proses evaluasi. Mohon doa daripada semua pembaca DDKM dan pengikut blog ini agar DDKM dapat dibukukan dalam bentuk novel. 

Bagi yang pernah membaca KABSU, Isha akan cuba menyambung e-novel ini tetapi mungkin agak lambat sedikit. Memandangkan ini adalah semester terakhir Isha sebelum menjalani praktikal, mungkin blog ini akan sunyi buat sementara waktu. Namun, jika ada kesempatan, Isha akan cuba menulis cerpen dan update di blog ini. 

Bagi menggantikan e-novel DDKM, Isha akan cuba menulis e-novel ketiga iaitu Lelaki Idaman. Storyline masih dalam perancangan. Jadi bagi anda yang mahu berkongsi pendapat mengenai jalan cerita untuk e-novel ini, jangan segan-segan untuk meluahkan pendapat menerusi ruangan komen. 

Sekian untuk makluman anda. :-)

Salam Sayang,
-Isha Idiaz-


Share

2 comments:

Anonymous said...

teruskan berkarya kak... !!!
chaiyok chaiyok..

ciknie said...

x sbar nk tggu KABSU..