Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz

Mereka Pembaca Setia


Puisi 18 : Kain Putih Dan Sepasang Tangan
Oleh : Isha Idiaz

*****

Pada kain putih itu
Terpalit jua sedikit lumpur
Mengotorkan warnanya
Menghilangkan kesuciannya

Pada kain dengan palit lumpur itu
Orang melihat jijik
Orang melihat hina
Padahal yang kotor itu cuma sedikit


Sepasang tangan menyambut kain itu
Menerima dengan ikhlas
Membersihkan noda-noda lumpur
Membuang segala macam prasangka mereka di luar sana

Kerana sepasang tangan yang menyambut itu
Kain itu kini tersidai bersih di ampaian
Semoga angin kencang tidak membawa dia terbang
Dijepit kuat,  kejap, tetap di sana

Aku berharap
Kain putih itu sentiasa dalam genggaman pemilik sepasang tangan
Yang menyambut dirinya dalam serba kekurangan
Melengkapi kekurangan dengan kesempurnaan

 *****
©Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz


Share

0 comments: