Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz

Mereka Pembaca Setia


Cerpen : Dalam Bingkai Mahabbah
(Sambungan cerpen Istikharah Cinta)
Oleh : Isha Idiaz

*****

BUNYI deringan telefon membuat aku tersedar daripada lamunan dan memaksa aku untuk menapak menuju ke meja belajarku. Di situlah aku mengambil telefon bimbitku lalu aku melihat nama yang tertera di skrin.

            ‘Ummi…’ bisik hati kecilku. Jarang sekali ummi mahu menelefonku melainkan jika ada hal penting berkaitan keluarga. Maklumlah, aku di Mesir sekarang ini. Jadi kos untuk menelefon aku bukannya murah.


            Aku menekan butang menerima panggilan. Dan serta-merta aku mendengar suara ummi memberi salam di hujung talian.

            “Waalaikummussalam ummi,” jawabku penuh hormat.

            Entah kenapa tiba-tiba dada aku berdebar. Aku takut jika apa yang ummi akan khabarkan kepadaku sebentar lagi adalah musibah yang menimpa keluarga. Sempat aku berdoa di dalam hati agar Allah melindungi kami sekeluarga daripada sebarang musibah.

            “Fah sihat ummi,” ujarku apabila Ummi bertanya keadaanku di sini.

            “Fah, ummi nak beritahu sesuatu pada Fah,” ujar ummi. Suara ummi kedengaran gembira. Jadi, dapat aku simpulkan, khabar yang akan di bawakan oleh ummi sebentar lagi adalah khabar gembira.

            “Apa dia ummi?” Aku bertanya inginkan kepastian. Dadaku masih berdebar walaupun debarannya tidak sehebat tadi.

            Gelas yang kupegang terlepas daripada tangan apabila mendengar penjelasan daripada ummi tadi. Aku tidak tahu bagaimana mahu mengungkapkan rasa yang aku alami kini. Mulutku seakan-akan terkunci untuk berbicara dengan ummi.

            “Fah dengar tak apa ummi cakap tadi?” soal ummi apabila aku mendiamkan diri beberapa minit dan tidak memberi respon kepada kata-katanya.

            “Fah dengar ummi,” ujarku lirih. Entah kenapa hatiku tiba-tiba sebak. Seharusnya itu sebuah khabar gembira buatku. Namun jauh di sudut hati aku merasakan sebuah kehilangan.

            “Baguslah kalau Fah dengar. Abah dah balik tu. Ummi nak sambut abah dulu,” ujar ummi dengan nada yang masih ceria.

            “Baiklah ummi. Sampaikan salam Fah untuk abah.” 

            “Waalaikummussalam,” jawabku sebelum memutuskan talian.

            Terasa kakiku tidak kuat untuk berdiri saat itu. Aku terjelepuk di atas lantai. Entah bila air mataku jatuh ke pipi.

*****

Lima hari yang lalu…

JENDELA YM aku biarkan terbuka seperti selalu jika aku online. Pantas bibirku mengukir senyum apabila melihat nama yang satu itu. Hazirah. Pantas juga jari-jemariku mengarah ke nama itu dan setelah aku menekan dua kali pada nama itu, muncul sebuah layar lain dengan latar belakang daun-daun maple yang sedang berguguran. Seiring itu juga, jari-jemariku pantas menekan beberapa butang di papan kekunci membentuk sebuah icon. Lalu kutekan butang enter dan muncullah sebuah icon smiley pada jendela bernama Hazirah tadi.

            Huzaifah : J

            Huzaifah : Assalammualaikum wbt.
   
         Selang beberapa minit kemudian, pesanan aku tadi berbalas. Dan makin lebar senyuman di bibirku saat itu.

            Hazirah : J

            Hazirah : Waalaikummussalam wbt.

            Hazirah : Ya, kenapa abang? Abang tak sihat ke?

            Itulah soalan lazim Hazirah jika aku yang memulakan perbualan. Bakal doktor yang cukup dedikasi. Apa-apa pun mesti tanya aku sihat ke tidak. Padahal kalau ikut logis akal, orang tak sihat tak adalah boleh online.

            Huzaifah : Alhamdulillah abang sihat. Cik doktor tak payahlah risau ya.

            Huzaifah : Hazirah sihat?

            Dan beberapa saat kemudian Hazirah membalas pesananku.

            Hazirah : Aaa. Ingat tak sihat. Saya sihat. Alhamdulillah.

            Aku tersenyum sekali lagi. Perkataan kegemaran Hazirah adalah aaa. Aku cuba membayangkan bagaimana memek mukanya setiap kali dia menyebut ayat itu. Dan setiap kali aku membayangkannya, pasti aku akan ketawa.

            Huzaifah : Rasa berdebar-debar nak lalui hari-hari mendatang.

            Huzaifah : Rasa semakin berat tanggungjawab yang terpaksa dipikul.

            Huzaifah : Yang pastinya, kita terpaksa meraikan semua orang.

            Aku menunggu respon daripada Hazirah.

            Hazirah : Emm… Lain macam je bunyi.

            Hazirah : Abang ada apa-apa ke nak beritahu?

            Dan seperti biasa, respon daripada Hazirah tidak pernah menghampakan aku. Dan aku tiba-tiba rasa 
mahu mengusiknya seperti selalu.
            
            Huzaifah : Mesti laa…
            
            Huzaifah : Sebenarnya…

            Sengaja aku berjeda di situ untuk memancing Hazirah bertanya. Supaya konsentrasinya kepada aku lebih saat itu.

            Hazirah : Sebenarnya apa abang?
            
            Hazirah : Ades, buat orang nervous pulak.

            Aku sudah dapat mengagak itu yang akan dikatakan oleh Hazirah. Hazirah adalah orang yang kurang sedikit tahap kesabarannya.

            Huzaifah : Sebenarnya, dragon ball ada tujuh biji kesemuanya.

            Dan aku sudah tertawa.

            Hazirah : Ades. Belasah karang.

            Sudah kuduga Hazirah akan mengeluarkan ayat itu.

            Huzaifah : Hazirah tahu tak, lepas hari raya hari tu…

Huzaifah : Ada seorang adik tu, dia selalu tegur abang dekat fb...

Huzaifah : Awal-awal tu abang tak perasan lagi.

Huzaifah : Tapi bila abang tak balas dia punya message tu dia pm message dekat inbox.

Huzaifah : Dia minta maaf la bagai sekian-sekian. Abang pun beritahulah, tak sempat nak respon message-message dekat inbox.

Huzaifah : Abang beritahu dia, semua rakan-rakan fb yang biasa berhubung tu, abang dah anggap macam adik bradik dah...

Huzaifah : Cuba Hazirah teka apa respon dia?

Dan sebentar kemudian Hazirah membalas kembali.

Hazirah : Entah~

Hazirah : Dia cakap dia suka dekat abang?

Senyuman aku ukirkan di bibirku.

Huzaifah : Dia cakap… "adik je"?? :-)

Huzaifah : Lepas tu dia terus senyap sampailah hari ni...

Serasa lega sedikit hatiku dapat meluahkan masalahku kepada Hazirah.

Hazirah : Haha. Abang heartbreaker.

Hazirah : Nak bebel kejap dekat abg.

Hazirah : Abang pun satu dok melayan. Kadang-kadang over sampai orang boleh salah sangka.

Hazirah : Sedangkan abang dengan adik-adik kandung abang sendiri abang tak treat macam tu. Kenapa dengan yang tak kandung abang nak treat lebih-lebih?

Hazirah : Memanglah orang akan terasa. Dah nama pun hati perempuan tu lembut. Cepat jatuh cinta. Yang pergi usik hati orang siapa suruh?

Hazirah : Aish~ Rasa nak belasah abg.

Huzaifah : :-)

Hazirah : Cuba belajar sikit hargai perasaan orang.

Hazirah kalau sekali dah membebel rasanya kalah ummi. Begitulah Hazirah yang aku kenal.

Huzaifah : Nak kena letak harga ke? Hehe.

Huzaifah : Susahlah Hazirah...

Hazirah : Benda ni tak susah. Abang je yang bagi susah. Hazirah bagi contoh ya.

Huzaifah : Okey.

Hazirah : Abang selalu care dekat perempuan. Macam Hazirah ni ha. Nak habis YM abang mesti cakap jaga diri baik-baik. Kalau Hazirah macam budak tu, mesti Hazirah rasa, owh.. abang ni sayang dekat aku.

Hazirah : Kalau tiap-tiap kali YM abang cakap macam tu, tak ke lama-lama kalau tak suka dekat abang pun boleh jadi suka?

Baru hari ini aku sedar apa yang aku buat selama ini boleh membuat orang lain salah sangka. Itupun apabila Hazirah yang menyedarkan aku.

Huzaifah : Ooo begitu…

Dan Hazirah terus dengan bebelannya.

Hazirah : Cuba buat biasa je. Ni buat luar biasa. Memang la akan jadi luar biasa juga.

Hazirah : Lagi satu contoh.

Hazirah : Abang bolehlah Hazirah kategorikan sebagai lelaki idaman setiap perempuan. Agama mantap, hafiz, muka boleh tahan, baik budi pekerti. Siapa yang tak nak?

Hazirah : Jadi, bila abang sentuh isu-isu cinta dan yang luar daripada kebiasaan, confirm perempuan tu akan perasan yang abang suka dekat dia.

Hazirah : Otak dia akan set, takkan abang ni yang molek agamanya akan cakap benda-benda macam ni dekat aku kalau dia tak serius. See?

Hazirah : Persepsi perempuan tak sama pada lelaki. Cuba kalau yang cakap hal cinta tu adalah playboy, otak mereka akan set, alah, lelaki ni dengan perempuan lain pun dia akan cakap benda macam ni juga. Bukan dengan aku je. Jadi dia tak sempat nak perasan. Common senselah abang.

Huzaifah : Cuba Hazirah terangkan 'isu2 cinta dan yang luar daripada kebiasaan'.

Huzaifah : Yang ni tak berapa nak faham sikit...

Hazirah : Macam mana ya. Macam dengan Hazirah kan cuti hari tu, abang asyik tanya je Hazirah dah jumpa orang tu ke belum. Abang suruh Hazirah ambil gambar dan bagi abang cemburu.

Hazirah : Ha, benda-benda ni kan memicu perempuan tu untuk fikir, ‘Eh abang ni cemburu ke kalau aku keluar dengan lelaki lain? Dia suka aku kot?;

Hazirah : So elakkanlah  memicu rasa perasan dalam hati perempuan.

Dan sekali lagi aku rasa terpempam dengan contoh yang Hazirah berikan. Tiba-tiba rasa bersalah hinggap di hatiku.

Huzaifah : Yang tu saja je nak usik Hazirah.

Huzaifah : Memang tak boleh ya?

Hazirah : Cuba kalau Hazirah pun fikir macam perempuan tu. Kan jadi luar biasa benda tu.

Hazirah : Walaupun niat abang tu mengusik, tapi bagi Hazirah benda tu serius. Mungkin abang nak cakap yang abang cemburu tapi abang tak nak Hazirah rasa bersalah. Jadi abang gunakan kiasan. Boleh je Hazirah nak fikir macam tu.

Hazirah : Jangan expect orang akan faham apa yang kita cuba sampaikan. Tapi anggap dia tak tahu apa-apa supaya kita lebih berhati-hati.

Huzaifah : :)

            Huzaifah : Difahami.

Huzaifah : Terima kasih atas pencerahan.

Dan setelah itu, aku duduk merenung ke luar tingkap. Memikirkan setiap kata-kata yang ditulis oleh Hazirah tadi. Mungkin gadis itu kecewa. Atau adakah gadis itu mencintai dirinya? Ah, dia sendiri tidak tahu perasaannya pada gadis itu.

*****

ENAM hari sudah berlalu sejak hari Hazirah meluahkan rasa hatinya kepada aku berkenaan rasa kecewanya apabila aku memperlakukannya seperti itu. Walaupun dia cuma menyampaikan dalam bentuk nasihat kepada aku, tetapi aku tahu, itu memang apa yang dirasakannya. Dan sepanjang enam hari ini, aku merasa bersalah kepadanya.

            Cinta. Nak katakan aku cintakan Hazirah mungkin tidak. Aku cuma selesa berbicara dengannya lewat YM dan juga FB. Sesekali menerusi SMS. Dia pendengar masalah yang baik. Bersedia berkongsi duka dan suka dengan aku. Tetapi untuk menafikan yang aku tak sayang Hazirah, aku tidak berani. Kerana aku tahu aku sayangkan dia. Mungkin sebagai adik. Tetapi jika aku sayang dia sebagai adik, kenapa aku melayannya lebih daripada adik kandungku sendiri?

            Aku memicit-micit dahi yang terasa berdenyut daripada tadi. Semakin banyak yang aku fikir mengenai Hazirah, semakin bersalah aku jadinya. Aku sendiri keliru dengan perasaan aku. Siapa sebenarnya Hazirah di hati aku? Di tambah pula berita yang disampaikan oleh ummi yang aku terima semalam membuatkanku rasa tidak tenteram. Perlukah aku memberitahu perkara tersebut kepada Hazirah?

                                                                        *****

LAPAN bulan berlalu, Hazirah terus mendiamkan diri daripada aku. Dia seolah-olah membawa dirinya sejak aku memberitahunya perkara itu. Mungkinkah dia merajuk dengan aku? Atau dia sibuk menjalani hari-harinya merawat pesakit di hospital?

            Setiap kali aku membuka laman YM dan aku melihat Hazirah online, aku menegurnya seperti biasa. Namun, cukup tiga saat Hazirah akan offline dan teguranku dibiarkan tidak bersambut. Jujur aku katakana, aku kehilangan tempat berbicara. Tempat untuk aku berkongsi kisah suka dan duka. Aku cuma berfikiran positif yang Hazirah tidak melupakan aku. Dia Cuma sibuk dengan tugas hariannya. Tetapi sampai bila? Lapan bulan tiada sehari pun dia menegurku di laman YM ini seperti dahulu.

            Aku buka laman FB pula. Aku melihat timeline Hazirah. Sekali lagi aku hampa kerana yang cuma boleh kulihat adalah profilnya. Gambar dan juga statusnya semua tidak boleh kulihat. Sepanjang tempoh lapan bulan ini, aku boleh katakan aku rindukan gurauan gadis itu. Aku rindukan usikannya. Aku rindukan messagenya mengejut aku setiap pagi. Aku rindukan segala-galanya tentang Hazirah. Benarlah kata orang, kita tidak akan tahu sebesar mana kita cintakan seseorang itu selagi kita tidak kehilangannya.

            Aku menyeka air mata yang tiba-tiba mengalir di hening subuh itu. Rinduku pada Hazirah membuatkan manik-manik jernih ini mengalir laju menuruni pipiku. Entah kecewa, entahkan sebak, aku juga tidak tahu. Lapan bulan menanggung rindu, adakah Hazirah masih mengingatiku?

*****

LAPAN bulan yang lalu…

            Huzaifah : Assalammualaikum wbt.

            Huzaifah : J

Dan aku tidak perlu menunggu lama kerana Hazirah sudah menjawab salamku.

            Hazirah : Waalaikummussalam wbt.

            Hazirah : Ya kenapa? Abang sihat?

            Soal Hazirah seperti biasa.

            Huzaifah : Alhamdulillah abang sihat.

            Hazirah : J

            Huzaifah : Hazirah, abang ada sesuatu nak beritahu Hazirah.

            Hazirah : Silakan.

            Huzaifah : Sebenarnya..

            Aku berjeda di situ seperti selalu. Sudah lama rasanya aku tidak bergurau dengan Hazirah.

            Hazirah : Sebenarnya, dragon ball ada tujuh biji? Hazirah dah tahulah abang.

            Dan aku tergelak membaca ayat itu. Hazirah sudah tahu aku akan mengenakannya.

            Huzaifah : Tidak. Bukan yang tu abang nak beritahu.

            Aku masih rasa serba salah untuk berkongsi cerita ini dengan Hazirah. Namun, aku tahu satu masa nanti aku tetap harus memberitahunya. Aku menunggu respon daripada Hazirah namun gadis itu diam tidak memberi apa-apa reaksi. Jadi, kukuatkan hati menyatakan hal yang sebenarnya kepada Hazirah.

            Huzaifah : Sebenarnya, abang dah bertunang…

            Sebuah keluhan aku lepaskan. Terasa sesak dadaku saat itu.

            Hazirah : Alhamdulillah.

            Dan jawapan sesingkat itu membuatkan aku rasa bersalah kepadanya. Aku tahu, Hazirah mungkin kecewa mendengar berita ini.
            
            Huzaifah : Abang serahkan segalanya pada keluarga…

            Hazirah : J

            Huzaifah : Kalu itu jodoh abang, abang redha, abang terima dia seadanya. Janji ummi bahagia.

            Hazirah : J

            Hazirah : Baguslah kalau begitu.

            Huzaifah : Kami tak pernah kenal, tak pernah jumpa.

            Hazirah : Baguslah.

            Huzaifah : Setakat ni abang serahkan semuanya pada keluarga.
            
            Huzaifah : Tak sempat lagi nak bertaaruf dengan dia.

            Hazirah : J

            Huzaifah : J

            Aku merenung skrin. Kami sama-sama kehilangan kata-kata. Aku tahu Hazirah sedang melayan perasaannya. Mungkin dia juga masih mencerna berita yang kau sampaikan tadi. Aku harap dia tabah seperti selalu.

*****

SEBUAH pesanan aku terima pagi tadi menerusi email. Namun baru sekarang aku bisa membacanya. Di suasana hening malam ini.

            Aku melihat alamat email yang tertera di situ. Alamat yang paling kuhafal. Alamat email Hazirah. Cepat-cepat aku membuka email tersebut lalu aku membaca satu-persatu ayat yang tertulis di dalam itu.
Untuk abang…

Assalammualaikum wbt. Semoga abang sentiasa sihat dan berada di dalam rahmatNya. Terlebih dahulu, maaf kerana sudah lama Hazirah tidak bertanya khabar dan bertukar cerita dengan abang. Harap abang boleh maafkan Hazirah.

Ada kalanya, kita rasa terlalu selesa dengan seseorang hingga kita lupa siapa dia di dalam hati kita. Tetapi apabila suatu hari kita sedar hati kita bukan miliknya, kita katakan pada dia dan kita harap dia dapat menerima semua yang kita kata.

Kita lupa, dia juga punya perasaan dan harapan. Yang menciptakan kenangan itu adalah kita yang tiada perasaan.Tanpa sedar, kita telah membunuhnya dengan kenangan yang kita tinggalkan. Kita biarkan dia menangis tanpa kata.

Tahukah kita, dalam setiap air mata yang dia alirkan, dia cuba untuk melupakan? Walau yang kita lihat adalah sebuah senyuman, mana mungkin hati yang luka bisa sembuh sekejap-kejapan?

Biarkan dia membawa dirinya bersama masa depan. Bukan senang untuk melupakan melainkan dia meninggalkan. Biarkan dia  melupakan segala kenangan walaupun kita tahu bukan mudah untuk dia lakukan. Mohon maafkan dia untuk segala kekhilafan.

                                                                                                            Mengingatimu…
                                                                                                                                    -Hazirah-

            Aku membaca pesanan itu beberapa kali. Dan setiap kali aku membacanya, setiap kali itu juga air mataku mengalir tanpa dipaksa. Begitu berat penderitaan yang aku berikan kepada Hazirah. Begitu payah juga dia cuba bangkit demi sebuah kehidupan.

*****

AKU melihat Hazirah duduk di sudut biliknya. Jauh sekali dia merenung memandang ke luar tingkap. Entah apa yang direnungkannya di luar sana.

            “Assalammualaikum,” ujarku sambil menapak menghampiri Hazirah.

            Hazirah menoleh memandangku. Namun pandangannya kosong. Dia kembali menatap ke luar tingkap. Salamku juga tidak bersambut seperti tiga tahun yang lalu.

            “Hazirah pandang apa dekat luar tu sampai tak nak pandang muka abang ni?” Sengaja aku memancing Hazirah untuk bicara.

Aku duduk betul-betul berhadapan dengannya.

“Abang dah tak handsome macam dulu ke?” soalku lagi.

Hazirah masih diam. Dia lebih suka melihat burung-burung yang terbang pulang ke sarang di dada langit petang itu berbanding melihat wajahku.

Hatiku remuk melihat Hazirah dalam keadaan seperti itu. Aku yang menyebabkan Hazirah terkunci di bilik kecil ini. Menghabiskan hari-harinya seorang diri tanpa sesiapa menemani. Aku merenung wajah itu dalam-dalam. Sesekali tudung Hazirah terbang ditiup angin. Hazirah hanya membiarkannya.

Agak lama sehingga Hazirah memalingkan wajahnya memandang aku. Dia merenung wajah aku dalam-dalam. Dan seketika kemudian aku lihat air mata mengalir jatuh di pipinya. Dan segera dia mengalihkan wajahnya kembali menatap pemandangan di luar. Ketukan di pintu besi mengejutkan aku. Aku berpaling memandang pintu besi itu.

“Encik, masa melawat dah habis,” ujar pengawal di luar. Dia pengawal biasa yang mengawal di wad yang terdapat di Hospital Permai ini.

Aku mengangguk tanda faham. Wajah Hazirah kutenung sayu.

“Hazirah, abang balik dulu,” ujarku perlahan. Berharap Hazirah memalingkan mukanya dan memandang wajahku saat itu.

Hazirah menoleh. Air mata masih mengalir di pipinya seperti tadi. Dia mengangguk lambat-lambat.

Dengan berat hati aku menapak menuju ke pintu besi. Sebelum pintu itu dikunci kembali, aku mendengar Hazirah berkata sesuatu. Aku menghentikan langkah kakiku.

“Abang, siapa kita untuk menolak jika jodoh datang tiba-tiba kan? Hazirah faham tu,” ujar Hazirah tenang.

Senyuman yang terukir di bibirnya dengan air mata yang mengalir di pipinya adalah jawapan kepada segala-galanya. Kemudian dia berpaling kembali menghadap ke luar tingkap.

Aku keluar dengan hati yang walang. Ini adalah kesalahan terbesar aku. Mempermainkan sekeping hati yang sangat jujur mencintai aku sehingga kehidupan seorang yang seharusnya bergelar doktor sekarang ini berakhir sebagai seorang pesakit di sebuah hospital sakit jiwa.

*****

“ABANG, Hazirah macam mana?” soal isteriku setelah aku meloloskan diri ke dalam kereta.

“Masih macam tu. Cuma tadi dia baru nak bercakap dengan abang,” ujarku menjawab pertanyaan Husna.

Husna memandang ke arah tingkap di bilik yang menempatkan Hazirah.

“Semoga Allah memberikan dia ketabahan dan ketenangan hati,” ujar Husna sebak.

Dan sebentar kemudian, aku menerima panggilan telefon daripada pihak hospital.

“Assalammualaikum encik. Hazirah baru sahaja menghembuskan nafas terakhirnya sebentar tadi.”

Telefon di dalam genggaman terlepas. Aku membuka pintu kereta lalu berlari semula menaiki tangga dan menuju ke bilik Hazirah.

Baru sahaja tadi aku mendengar gadis itu berkata-kata. Namun kini aku cuma melihat gadis itu kaku di kerusinya. 

‘Maafkan abang Hazirah…’

                                                                 *****

©Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz
Share

11 comments:

anna said...

sedih nye :'(

NurAtiZa said...

Waaa...Sedihnya π_π

Anonymous said...

sdih...ingatkn huzaifah dgn hazirah,rupanya tak..

Anonymous said...

sedihnye..

penulis nie ske wt watak mula dgn hruf H an.. :)

Anonymous said...

Ya Allah.. Kisahnya sangat mirip dengan jiran saya. tp yg perempan tu dinikahi org lain, ada anak 4 tp terkadang dia anggap suaminya tu org yg dia suka. sekarang dah tak siuman... padahal hijabnya labuh..

Ezza Mysara said...

oh.. begini endingnya?? ish ish ish.. dasyatlah kak.. belajarlah buat cerita happy ending.. hahaha.. =)

ISHA IDIAZ said...

An@ni@ : Jangan menangis. Ni tisu.

NurAtiza : Pengomen tegarku, jangan menangis. :-)

Anon 1 : Tidak. Mereka tak ditakdirkan untuk bersama. :-)

Anon 2 : Kebetulan je tu. :-)

Anon 3 : Kita tidak tahu hidup kita berakhir bagaimana. Mungkin itu akhirnya hidup jiran anda dengan cintanya. Kasihan. Turut bersimpati.

Ezza : Haha~ Wah. Suruh akak belajar wat happy ending ea. Dalam dunia ni tak semua benda berakhir dengan sesuatu yang gembira. :-)

dewdrop said...

makk aihh..tragis dan menakutkn..ok!love is soo blind..bukan hanya membutakan mata tp juga membutakan hati manusia

Idha_chunhyang said...

Sedihnya... :(:(:( mempermainkan perasaan seseorang itu sangatlah kejam
(seperti halnya perhatian Huzaifah kepada Hazirah),
seakan-akan memberikan sebuah harapan kepadanya
ialah suatu bentuk kesalahpahaman terhadap perhatian. tanpa mereka sadari ada hati yg sedang terluka...

@Isha : cerita dalam cerpen ini, pernah dialami oleh seseorang yang sangat sy kenal...
sy seakan merasakan kesedihan Hazirah...

:):):)

Addasyuhadadisini said...

pernah dengar kisah yg sma tapi alhamdulillah takdir memihak pada dia..mereka bersama dan sedang membina bahagia kerana Allah.. :)

Unknown said...

Lah camtu je?😐