Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz

Mereka Pembaca Setia



Cerpen : Kembang Bakawali
Oleh : Isha Idiaz
*****
BADRUZZAMAN memandang ke luar tingkap. Keningnya bertaup rapat memandang putik-putik bunga Bakawali yang masih belum mekar. Dia tidak sabar mahu melihat putik itu memekar.
            “Hei, berangan ke apa?” tegur suatu suara yang langsung mencatas lamunannya saat itu. Badruzzaman menoleh ke belakang. Dilihat Adam bersandar di pintu biliknya sambil tersenyum.
            “Tak ada apa. Aku cuma tengok bunga tu hah,” ujar Badruzzaman sambil memuncungkan mulutnya ke arah pasu yang berderet di hadapan rumah sewanya itu. Sebuah senyuman dilemparkan kepada teman serumahnya itu.

            “Bunga apa?” soal Adam penuh berminat lantaran turut sama mengintai dari tingkap bilik Badruzzaman itu.
            “Tu namanya bunga bakawali,” terang Badruzzaman sambil matanya tidak lepas dari memandang putik-putik bunga itu.
            “Owh bakawali. Aku ingat bunga pontianak harum sundal malam,” seloroh Adam. Dia sudah ketawa terkekeh-kekeh dengan lawak yang dibuatnya sendiri.
            “Beza tu bunga bakawali dengan bunga harum sundal malam,” ujar Badruzzaman. Adam sudah mengambil posisi di atas tilam empuk Badruzzaman.
            “Kau ni aku nak cakap kau perempuan, aku tengok tegap je badan. Tak ada la terkulai mana-mana anggota badan kau macam mak nyah kat Jalan Dhobi tu. Tapi satu aku pelik, kenapa kau obsess sangat dengan bunga Bakawali ni? Dan sejak bila halaman rumah kita ni penuh macam dengan bunga Bakawali tu?”
            Terhambur tawanya apabila mendengar pertanyaan Adam itu. Dia juga tidak tahu sejak bila dia menjadi peminat bunga bunga bakawali. Bunga itu seolah-olah ada daya penariknya sendiri. Mungkin sejak dia terbaca tentang kehebatan bunga mistik itu dua bulan yang lalu. Ya bunga itu punya kuasa mistik.
Share

0 comments: