Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz

Mereka Pembaca Setia


Kerana aku bukan seorang ustazah [2]
Jenis Karya : E-Novel
Oleh : Isha Idiaz

………………

Kelihatan di luar cermin, titis-titis hujan masih lagi membasahi bumi. Sudah hampir sehari semalam hujan,namun ia masih belum menunjukkan tanda-tanda mahu berhenti. Ya, hujan turun dengan lebat sejak hari pernikahan Fisha dengan insan yang bergelar suami semalam. Memori semalam menggamit ingatan.

                “Lebat betul hujan hari ni, tak pernah hujan lebat macam ni kat Jengka”,kata seorang makcik yang tidak ku tahu namanya.

                “Betul tu. Tak pernah hujan sampai banjir Kg. Awah tu. Tenggelam generator dekat kawasan tadahan air tu. Nasib baik aku da siap-siap simpan air dalam kolah semalam. Tak de la aku risau sangat kalau tak de air ”, kata seorang lagi makcik.

                “Rezeki pengantin ni kot. Kata orang tua-tua kalau kahwin musim hujan ni,sejuk rumah tangga pasangan tu”, balas makcik yang pertama.


Serentak, kedua-dua makcik tadi sama-sama memalingkan muka mereka ke arah Fisha sambil tersenyum. Dari kejauhan Fisha hanya melemparkan senyuman kembali kepada mereka. Hatinya berdetik, apakah benar kata-kata makcik tadi. Sempat jua dia mengaminkan kata-kata makcik tadi. Mudah-mudahan masjid yang baru di bina kekal hingga akhirnya doanya dalam hati.
Bunyi kosekan di atas katil mematikan lamunan Fisha. Segera dia berpaling. Ternyata suaminya masih lena di buai mimpi. Maklumlah, jam baru menunjukkan jam 3 pagi. Mungkin keadaan suhu yang dingin di sebabkan hujan yang tidak henti-henti mengganggu tidur suaminya itu. Di hampiri tubuh yang sedang lena itu. Fisha mengambil comforter lalu membalut tubuh suaminya.

                “Macam baby”, terkeluar juga ayat itu dari mulutnya. 

Bimbang suaranya mengejutkan tidur si suami, pantas Fisha menekup mulut dengan tangannya. Namun, dia tidak dapat menahan rasa geli hati melihat cara suaminya tidur. Merengkok kesejukan seolah-olah bayi kecil yang baru di lahirkan.Tawa kecilnya masih bersisa.

Tidak segera beredar, Fisha duduk di birai katil, menatap muka insan yang sudah bergelar suami untuknya. Di tatap muka itu dengan penuh kasih. Benarlah,kasihnya hanya tertumpah untuk insan yang bernama Faris. Jikalau dulu, dia pernah memasang angan-angan untuk menatap wajah Faris sewaktu sedang lena tidur. Tidak di sangka angan-angan nya menjadi realiti hari ini.

Wajah ini yang hampir setiap hari menemani dirinya dulu. Walaupun tidak pernah melihat Faris secara realiti, dan hanya berbekalkan gambar-gambar Faris yang ada di Facebook, dia sudah mulai mencintai Faris. Cinta Fisha pada waktu itu merupakan cinta di alam maya, cinta cyber. Mengimbas kembali detik pertama Fisha berkenalan dengan Faris membuatkan sebuah senyuman terukir di bibirnya. 

                Fareez_faris is online

Hati Fisha benar-benar gembira melihat notification itu. Sudah seminggu dia menanti nama itu online  di YM. Tidak tahu mengapa dia menunggu insan itu. Pantas jari-jemarinya menaip huruf-huruf yang membentuk perkataan Salam dan menekan butang enter pada laptop Acer miliknya.

Tidak lama kemudian, popup di YM keluar. Satu pesanan masuk. Pantas jari Fisha membuka kembali page YM tadi. Yeah, ada respon hari ni. Terpampang di skrin perkataan 

“W’salam”

Dan selepas itu, hanya YM dan Faris yang menemaninya malam Jumaat itu. Biarlah YM berbicara… 

…………………

 ©Hak Cipta Terpelihara - Isha Idiaz  
               



Share

1 comments:

khairul said...

topup la lagi crita nih..
starting da best tuh