Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz

Mereka Pembaca Setia

Kerana Aku Bukan Seorang Ustazah a.k.a. K.A.B.S.U. [7]
Jenis Karya : E-Novel
Oleh : Isha Idiaz

****************

Fisha sedang bersiap-siap untuk ke kuliah hari ini. Di buka almari pakaiannya. Matanya tertancap pada kalendar. 

“14 Februari”, hati kecilnya berbisik pada diri sendiri.

14 Februari sangat sinonim dengan “Valentines Day”. Kononnya hari memperingati kekasih.

                “Habis kalau aku yang tiap-tiap hari ingat si Faris ni tak kira hari,apa kes?”, soal Fisha pada dirinya sendiri.

“Tapi….. Kenapa tiba-tiba muka Fahmi yang terbayang kat otak ni?”, Fisha semakin runsing.

Seketika ingatannya kembali kepada seseorang yang di kenalinya sejak zaman sekolah menengah lagi. Bukan Faris. Fahmi. Ya Fahmi. Nama itu tidak asing lagi dalam hidupnya. Mungkin kerana hubungannya lebih lama dengan Fahmi berbanding Faris. 


Tangannya pantas mencapai tudung daripada hanger. Sambil mengenakan brooch pada tudung, otaknya masih ligat memikirkan Fahmi. Fahmi.. Ya, nama itu pernah bertakhta dalam hatinya.

**********************

Wei, mana kad pelajar aku? Asal tak de kat board?”, soal Fisha kepada Marina, temannya di pusat tuisyen itu, merangkap pelajar sekolahnya juga.

“Aku tak amik. Cuba tanya budak-budak ni”, arah Marina sambil jari telunjuknya mengarah kepada pelajar yang lain.

Walawei, sape pulak yang dajal aku ni. Korang, sape amek kad aku ni? Jangan la main-main. Mak aku da tunggu kat bawah tu”, tutur Fisha dalam nada tak puas hati.

“Fisha, kad awak kat sini”, jerit kerani yang bertugas di kaunter di pusat tuisyen tersebut.

Aisey, abg ni awat tak letak je kad saya tu kat board. Bikin gempak je”, tutur Fisha seraya mengambil kad pelajarnya dari tangan kerani tersebut lantas berlari-lari anak menuruni anak tangga setinggi tiga tingkat itu. 

“Mesti mama marah ni sebab turun lambat. Slack betul abang ni”, Fisha mengomel tanpa sedar.

Tiba-tiba Fisha terlanggar seseorang di tangga.

Opps, sory awak”, tutur Fisha sambil menundukkan kepalanya. Rasa bersalah menghantui diri. Tidak berani mengangkat wajahnya kerana yang dilanggarnya merupakan pelajar lelaki di pusat tuisyen tersebut.

“Ni semua salah abang tu. Kan da terlanggar orang”, Fisha membebel di dalam hati. Masih tidak puas hati dengan kerani tadi.

Setelah kaku di situ hampir 1 minit, kepalanya di angkat. 

It’s ok”, kedengaran suara orang yang dilanggarnya tadi. 

Fisha masih kaku di situ. Orang pertama yang dilihatnya setelah mendongakkan kepalanya tadi bukan orang yang di langgarnya, tetapi orang yang berada di selekoh tangga tersebut.

“Awak, it’s ok. Saya ok je ni”, suara itu kedengaran lagi. Mungkin dia panik melihat Fisha yang kaku seakan-akan patung di situ.

Ohho Fisha, what happen? Sedarlah kau”, tuturnya dalam hati. Matanya masih pada manusia di selekoh tangga itu.

Akhirnya Fisha memandang orang yang di langgarnya tadi. “Sorry”, tuturnya sambil meninggalkan jejaka itu dalam keadaan terpinga-pinga. Dan bertembunglah Fisha dengan orang yang membuatnya kaku tadi bersama gengnya di selekoh tangga. Sebuah senyuman terukir di bibir si pemilik tubuh itu.  Fisha menundukkan wajahnya lantas menundukkan sedikit badannya dan terus berlalu meninggalkan mereka.

“Budak SIGS tu. Jangan usik wei. Budak pandai”, kedengaran satu-satu ayat yang di tuturkan oleh suara pemilik tubuh tadi.
Dadanya berdebar-debar. Mata seolah-olah berpinar. Fisha bermonolog sendiri.

                “Kau dah kenapa ni Fisha? Sakit ke? Ohho, it’s not cinta pandang pertama ok. Kau gila ke apa. Ingat macam cerita dalam novel ke first time tengok terus jatuh cinta. Nonsense.”
 
Di buka pintu kereta, lantas cepat dia meloloskan diri ke dalam kereta yang sudah lama menantinya di hadapan pusat tuisyen itu sebelum ibunya membebel kerana dia lewat turun.

Ya, itulah kali pertama dia berkenalan dengan insan bernama Fahmi secara tidak formal. Tapi cukup membuat hidupnya sangat bermotivasi sejak peritiwa itu. Menjadikan Fahmi sebagai idola dan saingan untuknya, membuatkan Fisha berjaya mencapai targetnya untuk peperiksaan Penilaian Menengah Rendah dengan skor 8A tahun itu.

*********************

Secret Admire. Hanya itu yang dapat di gambarkan mengenai hubungannya dengan Fahmi. Entah sejak bila Fisha mula meminati insan yang bernama Fahmi dalam diam. Sejak peristiwa di tangga itu, hari-hari makin berarti buat Fisha. Semua yang berkaitan dengan Fahmi di cari tahu. 

                “Putus fius agaknya otak aku ni”

Setiap kali terfikir tentang Fahmi, itulah ayat yang akan keluar dari mulutnya. Dan setiap pagi juga Fisha berharap agar dapat melihat Fahmi dari kejauhan seawal 6:50 pagi sewaktu bas sekolahnya berhenti di hadapan sekolah Fahmi. Dan harinya akan bermakna jika dia dapat melihat wajah tenang milik Fahmi.

**********************

“Siapa yang dapat jawab soalan ni?”, soal En. Zamri, guru yang mengajar subjek fizik tingkatan empat di pusat tuisyen itu.
Kelihatan Fisha dan Fahmi masih lagi bertungkus-lumus mengira untuk mendapatkan jawapan. 

Ok, done. Saya dapat”, serentak Fahmi dan Fisha menuturkan setelah mengambil masa yang agak lama untuk menyelesaikan soalan tersebut. Serentak itu, mereka menoleh memandang muka masing-masing. Bukan sekali terjadi perkara sebegini. 

“Fahmi, tulis jawapan awak kat depan. Fisha, semak balik jawapan Fahmi”, En. Zamri memberi arahan.

Fahmi bangun dan menulis jawapannya di white board. “Sama”, tutur Fisha perlahan seraya memandang wajah En. Zamri. Hati kecil Fisha berkata-kata tatkala matanya melihat tangan Fahmi laju menulis di white board itu.

                “ Tak menyesal jadi secret admire budak ni. Pandai”

Ha Fisha, apa senyum sorang-sorang pandang Fahmi tu? Awak buat soalan seterusnya.”, arah En. Zamri.

Fahmi menoleh memandangnya. Terasa merah mukanya apabila mata mereka bertentang. Serta-merta kepalanya di tundukkan. Di larikan pandangan matanya dari Fahmi.

                “Alamak kantoi la pulak. Slack betul cikgu ni. Baru nak layan jiwa sekejap. Bagi malu orang betul.”

Sumpah, Fisha memang tidak minat subjek fizik. Seolah-olah menjadi sumpahan buat dirinya untuk tidak meminati subjek itu. Tetapi kerana Fahmi, dia sedaya upanya cuba memahami subjek itu. Kerana Fahmi bukan sahaja secret admirenya, malah Fahmi adalah saingannya. 

************************

Dalam diam sudah tiga tahun Fisha menjadi secret admire kepada Fahmi. Kini mereka sekelas untuk subjek Matematik Tambahan. Killer subjek zaman sekolah menengah atas. 

“Nak pinjam buku hutang boleh? Cikgu Roger cakap buku awak lengkap. Nak dua-dua sekali boleh?”, soal Fahmi kepada Fisha.

Semua mata memandang ke arah mereka. Memang sudah terdengar gosip di kalangan rakan sekelas mengenai Fahmi dan Fisha. Bahkan, rakan-rakan Fahmi juga giat mengenakan mereka. 

“Boleh, tapi lepas kelas la. Tapi kena pulang balik esok sebab minggu depan ada kelas add maths form 4”,balas Fisha sambil menghulurkan buku formula add math nya kepada Fahmi.

Ok, thanks”, jawab Fahmi sambil menghadiahkan sekuntum senyuman kepada Fisha.

                “Ok Fisha, sila bawa bertenang. Senyum je kot.”

No problem”, Fisha berlagak seolah-olah tiada apa-apa berlaku sedangkan di dalam hatinya seolah-olah ada pertunjukkan bunga api.

Dan serentak itu, rakan-rakan Fisha yang lain menghadiahkan senyuman nakal buatnya sambil mengenyitkan mata mereka.

********************

Pintu kelas di buka. Fisha memberi salam lantas masuk ke kelas. Salamnya di jawab perlahan oleh Fahmi yang duduk di barisan paling belakang. Fisha mengambil tempat duduknya di tepi pintu. 

                “Aish, mana semua orang ni. Takkan tak datang lagi kot. Sabotaj betul. Saja nak tinggalkan aku dengan mamat ni ke”,Fisha terus mengomel di dalam hati.

Di keluarkan buku notanya dari beg. Di tulis di atas halaman terakhir buku tersebut.

                6/1/2005:
Cuaca hati Fisha di ramalkan petir-kilat sepanjang hari.

Di tutup buku nota itu dan dikeluarkan buku latihan. Di lihat nombor soalan yang di bulatkan olehnya. Masih ada yang belum selesai.

“Awak dah siap soalan minggu lepas?”,soal Fahmi dari tempat duduknya.

“Dah, tapi ada yang tak dapat jawab”, jawab Fisha tanpa menoleh kearah Fahmi.

Thanks bagi pinjam buku hutang”, tutur Fahmi lagi.

Ok”, Fisha membalas acuh tak acuh.

Bukan niatnya mahu memperlakukan sebegitu kepada Fahmi. Sekadar ingin mengawal perasaannya sendiri. 

                “Kerana Aku Bukan Seorang Ustazah”, bisik hati kecilnya.

Dan hampir 15 minit suasana di kelas itu sunyi sepi. Tiada lagi perbicaraan antara mereka. 

                “Mana budak-budak ni. Semua tak datang ke.”

Seketika kemudian daun pintu ditolak. Fisha menoleh ke arah pintu. Kesemua ahli kelas berebut masuk dan mengambil tempat masing-masing. Seolah-olah sudah berjanji untuk datang bersama pada hari itu. Semuanya berdehem-dehem sewaktu memasuki kelas apabila mereka melihat hanya Fisha dan Fahmi berada di dalam kelas.

“Punyalah kitorang tunggu lama kat luar. Bagi line clear. Ingatkan adalah progress. Yang dok diam tak cakap apa-apa tu apasal Mat? 15 minit pulak tu. Kelu ke lidah kau nak cakap dengan budak GS tu? Hampeh betul”, kedengaran suara Faizi yang duduk di sisi Fahmi. Nadanya seolah-olah hampa.

                “Patutla tak de sorang pun masuk. Memang nak kene budak-budak ni”, tutur Fisha di dalam hati.

“Ayun, apasal datang lambat hari ni? Korang saje je ea nak kenakan kita?”, soal Fisha pada teman sekelasnya di sekolah yang kebetulan duduk di sebelahnya di pusat tuisyen itu.

“Hehe. Bagi peluang kot. Tapi kitorang tak plan. Budak-budak tu yang tak nak masuk bila tengok kitorang tunggu kat luar”, jawab ayun sambil tersenyum nakal.

Hampeh punya member”, Fisha berlagak marah. 

Sebetulnya dia tidak selesa bila di giat oleh rakan-rakannya. Padanya, biarlah perasaan itu terpendam. Dia tidak mahu pelajarannya terganggu kerana seorang lelaki.

*********************

12 Februari 2005.

“Fisha, nah”, ucap Faizi sambil menghulurkan sekeping kad kepada Fisha.

“Apa ni?”, soal Fisha dengan muka yang penuh tanda tanya.

“Buah hati awak bagi”, jawab Faizi bersahaja.

Kedengaran tawa pecah di belakang kelas. Sah, memang tak habis-habis nak kenakan orang si Faizi ni.

“Cakap kat orang yang bagi ni, thanks but no thanks”, balas Fisha selamba.

“Eh, tak boleh. Awak kena amik jugak”, tutur Faizi sambil meletakkan kad itu di atas meja Fisha seraya bergegas kembali ke tempat duduknya di sebelah Fahmi.

Dan kedengaran sorakan daripada rakan-rakannya yang lain. Bingit telinga Fisha mendengarnya. Di palingkan mukanya kebelakang memandang Fahmi dengan renungan membunuh. Fahmi menganggukkan kepalanya sambil tersenyum tanda menyuruh Fisha menyimpan kad itu.

Akur dengan arahan tak spontan daripada Fahmi, Fisha menarik kad itu. Di lihat perkataan pada kad.

                Valentines Dinner Invitation to : Miss Fisha
                Date : 14 Februari 2005
                Venue : SAB Hall
Do wear proper attire according to the dress code.
Please attend this dinner with those that gave you this invitation.

Tangannya masih memegang kad itu. Di toleh sekali lagi ke arah Fahmi. Fahmi hanya senyum penuh bermakna. Di keluarkan buku notanya. Di buka halaman terakhir. Pantas jari-jemarinya mencoretkan sesuatu di dalam buku itu.

                12/2/2005:
Cuaca hati Fisha di ramalkan cerah sepanjang hari. 

Di simpan kad yang di terima di dalam beg sandangnya. Beribu persoalan menerjah mindanya. 

                “Fahmi, please say it just a joke and don’t ever say that we share the same feelings right now”, bisik hati kecilnya. Di gengam tangannya sekuat mungkin agar akal warasnya kembali. Agar dia tidak tebuai dengan keasyikan perasaan yang di rasainya kini.

Perasaannya masih belum tenang tatkala sehelai nota di letak di atas mejanya. Di baca ayat yang tertulis di atas nota itu.

Make sure you come. I’ll wait for you. 

Di lihat orang yang meletakkan nota itu. Fahmi. 

                “Ya Allah, bantulah hambaMu ini”, doa Fisha dalam hati.

********************
©Hak Cipta Terpelihara - Isha Idiaz

               




Share

2 comments:

zaza said...

macam cerita andai kau pergi kan?
misteri.....

zaza said...

semua karya cik, buat saya teringin sangat mengenali cik isha..... sungguh misteri... saya suka saya suka....
i'm ur big fan