Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz

Mereka Pembaca Setia


Cerpen 9 : I2 + A2 ENTAH BILA CINTA

Oleh : Isha Idiaz
**************************************
AMARAN : Cerita ini sangat panjang. Hehe. Selamat membaca dan tinggalkan komen anda. Terima Kasih.
**************************************


         YOU tengah buat apa je tu?” soal Iffah Ifhami. Keningnya terangkat memandang Afiq Afham yang duduk di kerusi sebelah. Matanya melirik ke arah komputer riba milik Afiq. Cuba mengintai apa yang sedang dilakukan oleh Afiq yang sedari tadi leka menghadap komputer ribanya itu.


Afiq menjeling sekilas Iffah di sebelahnya. Komputer ribanya ditarik sedikit dekat kepadanya agar Iffah tidak dapat mengintai aktiviti yang sedang dilakukannya kini.

I tengah join Yahoo Chatgroup. Kacau entah siapa la ni. Tak kenal pun,” ujar Afiq tersengih-sengih. Bibirnya yang nipis itu masih kelihatan merah walaupun dia merupakan seorang perokok tegar. Tidak percaya? Afiq boleh menghabiskan sekotak rokok dalam masa sehari.


Iffah tertawa kecil. Matanya yang redup pantas memandang Afiq dengan pandangan yang tidak tahu mahu ditafsirkan sebagai apa. Cinta? Sayang? Ah, dia sendiri tidak pasti.

“Memang tak boleh bla. Chatgroup. Memang bosan sangat dah Afiq tu,” ujar Iffah dalam ketawa yang masih bersisa. Kepalanya menggeleng-geleng tanda tidak percaya Afiq juga sepertinya. Aktif berchatting tidak kira di mana pun mereka berada.

Melihat Iffah yang tidak berhenti ketawa, Afiq menoleh sekilas. Dia juga turut tertawa apabila melihat mata Iffah yang sudah berair menahan tawanya. “Tahu tak apa.  Awek dah tak ada. Target awek untuk dikacau pun dah tak ada,” ujar Afiq dalam nada yang dibuat-buat seperti sedang menyesal.

Senyuman masih menghiasi bibir Iffah yang masih memandang Afiq. Menunggu Afiq menyambung bicaranya. Afiq yang seolah-olah faham, pantas menyambung bicara. “Saat kemerosotan I ni. Sepatutnya at least ada lima orang awek penghilang bosan,” ujarnya selamba.

Mata Iffah membuntang sebaik sahaja Afiq selesai menuturkan ayatnya. Ketawa Afiq sudah bergema di Taman Diskusi itu. Pantas, helaian notanya digulung dan satu pukulan mengenai bahu Afiq.

“Apakah? Teruk betul perangai budak seorang ni,” ngomel Iffah. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya tanda tidak percaya Afiq bersikap seperti itu. Player rupanya mamat ni.

“Apa pulak. Berkawan. Backup pun kena ada jugak,” tambah Afiq lagi. Sengaja mahu mencurahkan minyak ke atas api yang sedang berbara di hati Iffah.

Haish. Pantang betul aku dengan lelaki player macam mamat ni,’ Iffah berkata dalam hati. Tangannya sudah mengepal sebuah tumbukan.

Belum sempat Iffah membuka mulutnya, Afiq sudah memintas. “Malangnya nasib daku,” ujarnya. Serentak mereka berdua ketawa. Memang nasib mereka serupa. Afiq Afham, seorang senior tahun ketiga yang masih belum berpunya. Iffah Ifhami, seorang junior yang juga masih kekal single dalam tahun kedua.

“Sama la. Backup pun tak ada. Susah betul,” rungut Iffah. Orang kata, jodoh tak perlu di cari. Tapi kalau macam dirinya yang sudah menginjak umur dua puluh tiga, kalau tidak mencari pasti dia tergolong dalam kategori ‘andartu’ nanti. Ayat panjangnya, Anak Dara Tua. Gusar juga dia apabila memikirkan jika dia mendapat title itu.

Kedua-duanya diam sebentar tanpa bicara. Namun otak Iffah masih ligat berfikir. Dan akhirnya…

Tadaaaa!! Idea Idea.

“Apa kata kita backup sesama sendiri?” usul Iffah. Senyuman paling manis bak coklat Cadburry dihadiahkan kepada Afiq. Dia juga tidak tahu mengapa tiba-tiba sahaja dia mengusulkan perkara itu. Adakah lobus frontal di cerebrum otaknya yang mengawal bahagian daripada percakapan dan penyelesaian masalah kurang berfungsi sehingga idea bodoh itu dikeluarkan daripada mulutnya.

You ni buat lawak pulak,” hanya itu ayat yang terkeluar daripada mulut Afiq. Dia agak terperanjat dengan cadangan yang di buat oleh Iffah itu. Bukan mereka tidak biasa bergurau  kasar seperti itu, tetapi baginya soal cinta bukan perkara yang boleh dijadikan mainan.

Bagi melindungi kesalahannya, Iffah segera ketawa terbahak-bahak. Ketawa yang dibuat-buat sebenarnya. Muka Afiq dihadapannya sudah berubah warna.

“Tahu pun takut. Dengan I tak nak pulak buat backup,” lancar sahaja ayat itu keluar daripada mulut Iffah menutup kegusaran hatinya waktu itu. Senyuman di bibir masih seperti biasa. Kain tudung yang terbang ditiup angin dibetulkan letaknya di kepala.

Afiq hanya memerhati gadis yang duduk di sebelahnya. Ringkas dengan baju T warna biru lembut dan jeans. Seolah-olah berjanji pula dengannya yang juga memakai baju biru warna sama.

“Bukan takut,” akhirnya Afiq bersuara. Pandangannya kembali memandang komputer riba di hadapan. Jari-jemarinya pantas menaip sesuatu membalas pertanyaan yang diajukan kepadanya di dalam Yahoo Chatgroup tadi.

“Tapi terkejut dengar you merepek. Nak main-main pulak,” sambungnya setelah jari kelingkingnya menekan butang enter pada papan kekunci. Terdengar tawa di hujung bicaranya itu.

Iffah sudah merancang sesuatu. Hari ini biarlah dia membuli seniornya ini. Bukan senang hendak dapat peluang membuli senior. Peluang sebegini hanya datang empat kali setahun. Empat kali setahun? Eh, dah macam empat musim pula. Senyuman mekar di bibir Iffah.

Betol-betol la ni senior. Mana ada main-main. Haish,” ujar Iffah dalam nada serius. Mukanya juga memaparkan riak wajah yang benar-benar serius. Jika dia dicalonkan sebagai calon penerima anugerah pelakon wanita terbaik drama sebabak, pasti dia bakal membawa pulang trofi kemenangan.

Afiq tergelak melihat riak wajah Iffah sebegitu serius. “You suka I ke?” soalnya tanpa berlapik. Tanpa muqaddimah. Tanpa alas. Tanpa tudung saji. Keningnya diangkat seraya memandang Iffah dengan wajah menggoda. Matanya dikecilkan memandang wajah gadis yang bujur sirih itu. Tangannya menupang dagunya sambil menunggu jawapan daripada Iffah.

Dadanya berdebar pantas. Sepantas itu, otaknya berputar mengingati kembali lagu Take Care My Bus, OST drama korea Marry Me Mary. Bunyi gitar elektrik terngiang-ngiang di telinganya. Lirik lagu itu kini tergambar di hadapan matanya.

‘Like crazy just run run run running,
Go Go, Take care, my bus, to the stage.
My heart is beat beat beat beating,
Boom Boom,
The hurricane sound, that comes even inside my heart’

‘Uish. Beat Beat, Boom Boom. Macam nak terkeluar jantung aku ni di buat dek Afiq. Nasib baik ada dua belas costa vertebra yang menutup abdomen aku ni. Kalau tidak, terkeluar dah jantung aku ni disebabkan Beat Beat, dan kau pun boleh dengar jantung aku bunyi Boom Boom Afiq oii,’ Iffah bermonolog dalam hati.

 “Ehem Ehem,” Iffah membetulkan suaranya. Rasa macam kelat pulak tekaknya. Dia tercekik buah mengkudu ke tadi sampai rasa kelat macam ni? Tidak pula seingatnya.

“Soalan cepu emas tu senior. Kena jawab ke?” soalnya ringkas. Tangannya juga sudah menupang dagunya. Menayangkan wajah comel buat tatapan seniornya yang memang suka membulinya ini. Walhal, saat itu jantungnya sudah berdenyut pantas. Hampir-hampir boleh diklasifikasi sebagai tachycardia jika dia tidak pandai mengawal pernafasannya.

Afiq meredupkan matanya. Akhirnya dia menjawab, “Dah tahu dah pun jawapannya.” Kening Iffah sedikit terangkat menanti bicara Afiq yang selanjutnya. “Confirm lah tak kan,” Afiq menyambung sisa baki ayatnya tadi.

Kali ini, Iffah bangun dan beralih tempat duduk. Dia kini duduk bertentangan dengan Afiq Afham. Mukanya dirapatkan sedikit ke arah Afiq seolah-olah mahu membisikkan sesuatu. Afiq juga merapatkan mukanya seolah-olah mereka mahu berkongsi rahsia yang besar sahaja lagaknya.

“Nak cakap tak suka tu, sukalah jugak senior. Tapi nak cakap suka tu…” Iffah sengaja mematikan kata-katanya di situ.

Afiq menanti penuh sabar. Melihat Iffah yang masih diam dan riak mukanya yang menahan tawa, akhirnya Afiq sedar dirinya dipermain-mainkan oleh Iffah. Maka, dengan itu, sebuah pukulan padu daripada buku Netter, Atlas of Human Anatomy tepat mengenai bahu Iffah. Iffah terkekeh-kekeh ketawa sambil mengusap bahunya yang terasa sengal setelah dipukul oleh buku setebal 547 muka surat itu. Begitu juga Afiq. Sudah semacam konspirasi gangster pula gaya mereka berbicara tadi.

Setelah ketawa mereka reda, Afiq menarik nafas dan menyambung bicara. “Tapi nak cakap suka tu tak ada la pulak. Hah. Tu kan sambungannya?” gertak Afiq.

Iffah sudah tersenyum manis. Kali ini, semanis kremer manis F&N. “Nak cakap suka tu, adalah kot,” jujur sahaja jawapan yang keluar daripada mulut Iffah itu.

You kan banyak orang suka. Dah kerja lagi. I believe I won’t fit any syarat you,” jujur juga jawapan daripada Afiq. Dia sendiri sudah tahu sejarah percintaan Iffah sebelum mereka rapat sebegini. Iffah juga sudah mengetahui sejarah cintanya bersama bekas teman wanitanya dulu.

“Contohnya?” sepatah Iffah menyoal.

“I tak tahu apa syarat you, tetapi, usually, I’m not suit any girls dream,” tenang jawapan yang diberikan oleh Afiq. Dia tidak mahu menipu Iffah seperti yang dilakukannya kepada wanita lain.

Iffah memandang wajah Afiq dengan senyuman. Jujur juga senior aku ni. Bukan senang nak dengar ayat macam ni daripada mulut dia.

“Hummm. I tak suka cinta dengan syarat senior. I terima seadanya,” ujar Iffah berterus-terang. Memang dia tidak suka cinta yang meletakkan berbagai syarat untuk dimiliki. Kini topik perbualan mereka semakin serius. Afiq diam tanpa bicara memikirkan kata-kata yang diucapkan oleh Iffah tadi.

Melihat Afiq yang tidak berketik walaupun sedikit, akhirnya Iffah ketawa. “Senior, speechlees sudah.” Tawanya disambut oleh Afiq yang baru sedar dia terdiam lebih kurang sepuluh minit. Tidak ada modal mahu berbicara.

“Saja nak buat ayat-ayat novel dekat I kan?” soal Afiq sambil matanya melirik wajah Iffah di hadapannya.

“Isk Isk. Mana ada ayat novel la senior. Ayat tu datang ikhlas daripada hati. Cinta dengan syarat tu bukan cinta senior. Cinta dengan syarat tu means orang tu tak cintakan you. Dia sengaja beri alasan untuk buat you jauh daripada dia,” panjang lebar Iffah menerangkan. Sekali lagi suasana bertukar serius dan keadaan menjadi sepi.

Akhirnya Afiq mengangkat muka. “Now, truly I’m wordless,” keluh Afiq Afham. Pandangannya dilarikan daripada Iffah memandang daun-daun kering yang gugur daripada pokok-pokok yang akhirnya berterbangan lalu jatuh ke atas meja mereka.

“Kesiannya la. Sila-sila cakap senior,” ujar Iffah sengaja mahu membuli seniornya itu. Dalam hatinya sudah ada pesta bunga api meraikan kemenangannya hari ini kerana dapat membuli seniornya itu.

Afiq mengambil daun kering tadi dan mengoyakkannya menjadi helaian-helaian kecil dan dibiarkan bersepah di atas buku mereka. “Nak cakap apa kalau dah speechless,” ujar Afiq perlahan. “You won,” tambahnya lagi.

Daun-daun kecil yang telah dikoyakkan oleh Afiq tadi dikumpul oleh Iffah. “Yeay!!,” teriaknya sambil melemparkan daun-daun kecil tadi ke arah Afiq.

Afiq hanya tersenyum memandang keletah juniornya ini yang masih kebudak-budakan. Jika diikutkan, usia juniornya lebih tua setahun daripadanya. Namun perangainya masih seperti anak kecil yang suka dimanjakan.

“Saja test I kan,” ujar Afiq dengan suara yang antara dengar dengan tidak.

“Ish. Mana ada test. I never lie. Benda macam ni sangat senstif untuk menipu dan ditipu. Kalau suka cakap suka, kalau tak suka cakap tak suka. Kan senang,” ujar Iffah bersahaja. Tangannya menguis-nguis daun-daun yang bersepah di atas buku.

Are you asking for my answer?” soal Afiq dalam nada serius. Matanya memandang tepat ke dalam anak mata Iffah.

“Kalau you nak jawab, jawablah,” ringkas sahaja jawapan daripada Iffah. Dia tidak berani mengangkat wajahnya memandang Afiq.

We barely know each other yet, so elok kita lebih kenal dulu, then baru I boleh answer. Is it ok?” ujar Afiq meminta kepastian daripada Iffah. Iffah tersenyum dan mengangguk perlahan.

***************

HARI ini, sekali lagi mereka bersua muka setelah hampir seminggu masing-masing sibuk. Afiq Afham sibuk dengan tugasnya sebagai pelajar clinical yang bertugas di hospital, manakala Iffah Ifhami pula sibuk dengan pelajarannya sebagai pelajar pre-clinical.

            “Eh,” ujar Afiq sepatah.

            Iffah memandang Afiq sekilas. “Hmmm,” ujarnya juga sepatah. Kemudian matanya memandang kembali nota akupunture yang masih berada di tangan.

            “Ada kawan you duduk dekat Perdos eh?” soal Afiq. Matanya masih memandang Iffah yang sedang menghafal letak duduk acupoint di bahagian tangan.

            “Yup. Ada. Rumah I yang lantai tiga pindah duduk Perdos,” ujar Iffah. Mukanya diangkat sedikit memandang Afiq. “Awat? Nampak mereka?” soalnya sambil mengangkat kening.

            “Oh. Tujuh orang kan?” soalan berbalas soalan daripada Afiq.

            “Yup yup. Wah, you siap kira sorang-sorang lagi. Afiq memang tak ada kerja kan,” ujar Iffah dalam nada bersahaja. Otaknya ligat menghafal setiap titik-titik akupunture.

“Dekat ke rumah you dengan diorang?” Iffah bertanya setelah Afiq diam tidak bicara.

“Tak ada la. Dengar budak-budak I cerita,” terang Afiq. Tidak mahu Iffah salah sangka terhadapnya.

Ish ish. Senior gossip. Budak you kan banyak suka budak dekat Perdos tu,” ujar Iffah. Matanya menjeling Afiq yang juga sama leka menyelak helaian buku entah apa tajuknya, dia juga tidak tahu.

“Owh yeke? Siapa mereka?” soal Afiq penuh berminat. Dia juga tidak tahu siapa rakan seangkatannya yang tersangkut dengan junior mereka.

“Entah la. I tak kenal senior. Nama pun I tak ingat. Exception for you la Dr. Muda Afiq Afham,” jawab Iffah dalam nada yang agak tegas dihujung ayat.

“Siapa kawan you tu yang budak I minat. Bagilah clue sikit. Bagi la I tengok picture sikit,” ujar Afiq dalam nada merayu. Mukanya kelihatan comel.

“Cari sendiri la der,” ujar Iffah endah tidak endah. Malas dia mahu melayan Afiq yang mengada-ngada itu.

“Alaa, at least bagi la nama,” pujuk Afiq lagi. Entah kenapa hari ini moodnya berubah menjadi mengada-ngada atau lebih senang dikatakan gedik. Mungkin kerana dia rindu pada Iffah. Dia mahu wanita itu melayannya dan berhenti menghadap nota akupunture itu.

“Rahsia batch mana boleh beritahu senior,” ringkas sahaja jawapan Iffah. Itulah pesanan yang mereka pegang hingga kini untuk selamat hidup di dalam komuniti. Menjaga rahsia batch sendiri. Baik buruk, biarlah hanya batch mereka yang tahu. Jangan sampai ada campur tangan daripada senior.

“Tak apa la. Siapa nama? Bukan I nak mengurat pun. Jangan risau,” Afiq seolah-olah memberikan jaminan kepada Iffah bahawa dia tidak akan mengurat teman seangkatan Iffah.

Iffah sudah tersenyum. Ke situ pula Afiq ni. Bagi side siku baru tahu.

No name,” ujarnya tegas. Buku akupunture ditutup. Afiq sudah mula mengada-ngada. Kalau tidak dihentikan, memang sampai bila pun tidak habis dia dibuli. Afiq sudah tergelak mendengar jawapan Iffah itu.
“Jangan kata you risau I mengurat diorang,” duga Afiq. Wajah Iffah ditatap.

Awat I nak risau pulak?” soal Iffah pula. Keningnya berkerut memandang Afiq. Sebenarnya dia mahu sahaja ketawa mendengar pernyataan Afiq itu.

“Mana tau. Sampai tak nak bagi semua,” ujar Afiq memberikan bukti yang agak kukuh untuk mengenakan Iffah. Iffah hanya senyum tidak mahu memberikan komen selanjutnya.

*******************

HELLO, Assalammualikum,” ujar Iffah di corong telefon.

            “Waalikummussalam,” kedengaran suara Afiq di hujung talian menjawab salam.

            “You, nak tanya sikit,” ujar Iffah terus kepada topik perbualan.

            “Hmmm, tanya la,” jawabnya.

            “Baju batik Indon tu mahal tak? Biasanya berapa harga?” bertubi-tubi soalan yang ditanya oleh Iffah.

            “Kenapa?” seperti biasa, soalan berbalas soalan daripada Afiq.

            “Ada orang kirim,” ringkas jawapan Iffah.

            “Siapa?” soal Afiq lagi. Suarnya sudah berbaur cemburu.

            “My future hubby,” sekali lagi ringkas, tepat, padat dan jitu jawapan yang diberikan oleh Iffah.

            “You nak cari untuk?” soal Afiq lagi.

            “Orang kirim la,” Iffah sudah panas hati. Banyak songeh pula Afiq ni. Jawab je la soalan yang di tanyanya.

            “Kata untuk future hubby,” Afiq sudah bermain kata.

            “Ish, makin pening den dibueknya. Future hubby pulak yang disave dalam otaknya,” komen Iffah.

            “You suka dia?” soal Afiq serius.

            “Suka tapi macam tak. Tak suka tapi macam suka,” jujur jawapan daripada Iffah.

            “Tu lah perempuan. Ni baru I dengar statement perempuan daripada you. Kalau tidak macam lelaki aje,” ujar Afiq dalam tawa.

            “Cess Afiq. Kira selama ni you bercakap dengan lelaki lah ya?” soal Iffah. Suaranya sengaja dibuat seperti orang yang sedang menahan geram.

            “Lebih kurang la,” ujar Afiq dalam tawa yang masih belum reda. “Jangan marah,” sambungnya lagi.

            “Tak ada hal la der. Cuma surprise sikit la sebab I rasa I dah punya cover cun lah dengan you, sekali tak cun jugak, still ganas lagi,” komen Iffah panjang lebar.

            Afiq tergelak besar mendengar kenyataan daripada Iffah itu. Rupanya selama ini Iffah cover cun dihadapannya.

            “Tahu tak apa. You tu ganas sangat. Layan je. Macam sembang dengan lelaki sikit,” ujar Afiq tenggelam timbul dengan tawanya.

            “You ni memang. Dah la. Telefon you ni membazir kredit tahu tak. Tak menjawab soalan langsung,” ujar Iffah geram. Sudahlah Afiq tidak menjawab soalannya, sempat pula mengenakannya lagi.

            Tut Tut Tut.

Talian telefon diputuskan. Afiq hanya ketawa. Dia tahu Iffah merajuk. Sekarang tugasnya pula memujuk Iffah.

**************

“JOM keluar berbuka sama-sama,” ujar Afiq. Lama juga Iffah merajuk. Setelah dua minggu barulah panggilannya berjawab.

            “I berbuka je dekat mana-mana,” Iffah menjawab sepatah-sepatah.

            “You berbuka dekat mana hari ni? Kita berbuka la sama-sama,” tutur Afiq cuba berdiplomasi.

            “I pergi je D’Cost tu. Dah naik teksi dah pun,” ujar Iffah endah tidak endah. Rajuknya masih belum reda.

            “Ok, wait for me there. Pukul lima nanti I gerak,” ujar Afiq. Senyuman dibibirnya sudah lebar.

            Teringat puisi yang ditulis oleh Iffah untuknya dalam tempoh dia merajuk itu. Puisi yang diberi tajuk “MERAJUK, Hatinya Luka!!”

            Saat dia merajuk
Dia hanya diam tidak minta untuk dipujuk
Dia hanya biar dirinya dikutuk

Saat dia merajuk
Air matanya menitis jatuh tidak jenuh
Jiwanya terus berkecamuk

Saat dia merajuk
Mengapa mereka tidak memujuk?
Mengapa mereka biar dia terus mengamuk?

Tahukah mereka hatinya luka?
Tahukah mereka hatinya kecewa?
Tahukah mereka dia sengsara?

Tidak, mereka tidak tahu
Kerana mereka hanya tahu menipu
Kerana mereka hanya tahu mereka cerita-cerita palsu

Kerana rajuk itu, dia membawa diri
Rajuk itu membuang perasaan sayang yang ada di hati
Lalu rasa benci merajai

Kerana rajuk itu kini jangan lagi kau hampiri
Insan yang dulu kau sangka selembut puteri
Kini dengan berani membunuh namamu di hati

Rajuk, kini dia merajuk!!
Hatinya benar-benar terluka dan tidak mungkin dapat kau pujuk!!
Hanya jika kau tahu sememangnya dia sedang merajuk!!

Afiq tersenyum lagi. Sungguh, Iffah Ifhami benar-benar seperti seorang anak kecil. Moga hari ini dia berhasil memujuk. Takkan dibiarkan Iffah merajuk.

****************

BAYANG Afiq Afham sudah kelihatan di pintu masuk restoran yang diberi nama D’Cost itu. Iffah Ifhami berpura-pura tidak melihatnya. Malah Afiq juga berpura-pura tidak melihat Iffah.

            Kerusi di hadapan Iffah ditarik. Iffah mengangkat mukanya. ‘Tahu pula aku dekat sini, bisik hatinya. ‘Ingatkan tak nampak,’ hatinya berkata lagi.

            “Mengantuk!!” tegur Afiq Afham. Sebuah senyuman manis dihadiahkan kepada Iffah semanis air Es Teh Manis yang terhidang dihadapan mereka kini.

            “Tak adalah. Ok je. Cuma penat sikit. Duduk sebelah I la. Situ tempat along dengan kawan I,” ujar Iffah.

            “Owh, ok,” jawab Afiq seraya berpindah duduk disebelah Iffah.

            Dan keadaan dibiarkan sunyi tanpa kata. Afiq takut mahu memulakan bicara. Iffah pula masih dengan rajuknya.

            “Tidur tadi?” soal Iffah. Soalan itu ditujukan kepada Afiq. Rutin petang hariannya adalah tidur setelah seharian bertungkus lumus dihospital.

            “Macam biasa lah. Penat. Ada kelas tadi?” giliran Afiq pula bertanya.

            “Ada. Balik rumah kejap letak beg lepas tu terus datang sini,” Iffah menerangkan. Suasana sepi kembali.

            “Ingatkan tak nak datang,” ujar Iffah dalam nada suara yang hampir tidak kedengaran.

            “Dah orang tu merajuk. I tanya tak nak jawab,” ujar Afiq dengan suara memujuk.

            “Siapa merajuk. Mana ada I merajuk,” ujar Iffah. Senyuman dibibir disembunyikan daripada Afiq.

            “Meh sini pandang I meh. I nak tengok muka budak merajuk,” Afiq mula mengusik.

            Sebuah cubitan hinggap di lengan Afiq. “Mengada,” ujar Iffah sepatah.

“Ganas,” ujar Afiq juga sepatah.

 Akhirnya tawa mereka pecah juga.

Sesudah mereka menikmati juadah berbuka puasa, Iffah bercadang untuk berbelanja barang keperluan hariannya.

You nak pergi mana lepas ni?” soal Afiq. Langkahnya mengikuti langkah Iffah di hadapannya.

I nak pergi booked meal untuk flight balik ni. Lepas tu belanja sikit,” Iffah menerangkan.

Afiq hanya mengangguk. Melihat Afiq mengekorinya, Iffah berasa pelik.

You tak nak balik?” soal Iffah. “Nak ikut I belanja ke?” soalnya lagi.

You nak suruh I balik ke?” soal Afiq pula kepadanya.

“Tak adalah macam tu. Ingatkan you nak balik,” ujar Iffah. Langkah mereka seiring menuju ke kaunter Air Asia untuk menempah makanan Iffah sewaktu penerbangan balik ke Malaysia untuk sambutan Aidilfitri nanti.

You balik dua puluh enam hari bulan kan Iffah?” soal Afiq. Tangannya turut memegang tiket penerbangan Iffah sambil matanya melihat tarikh yang tertera di situ.

“Ya. You balik bila? Dua puluh enam juga?” soal Iffah. Dia memandang wajah Afiq yang berdiri rapat di sebelahnya kini.

Sorry Iffah. I balik dua puluh empat hari bulan,” jawab Afiq serba salah.

“Awalnya you balik. Kenapa tak balik dua puluh enam?” soal Iffah. Nada suaranya perlahan. Sedikit perasaan kecewa bertandang di hati.

“Abah suruh balik dua puluh empat. Kenapa? You nak suruh I balik dua puluh enam ke?” soal Afiq pula. Wajah sugul Iffah di hadapannya ditatap penuh kasih.

“Tak ada lah macam tu. Tapi kenapa you tak cakap dekat abah nak balik dua puluh enam,” Iffah masih belum berpuas hati dengan jawapan Afiq.

“Dua puluh enam tu tak boleh la you. Ada masalah sikit dua puluh enam tu,” terang Afiq.

“Tapi kenapa?” soal Iffah.

Personal,” jawab Afiq. “Kalau boleh, dah lama I balik dengan you,” Afiq menambah lagi.

“Ok, faham,” ringkas jawapan Iffah. Mati akal Afiq dibuatnya apabila dilihat Iffah seperti merajuk kembali.

Akhirnya mereka berjalan berdua berbelanja barang-barang Iffah. Lagak mereka seperti pasangan suami isteri.

Tiba di bahagian kosmetik, Iffah mencapai bedak muka serta perfume yang biasa dipakainya. Afiq sekadar menjadi pemerhati. Mahu dicapai tuala wanita tetapi niatnya dimatikan apabila teringat Afiq ada bersamanya.

Afiq yang menyedari akan hal itu, merapati Iffah lalu mengambil bedak dan perfume yang ada di tangannya dan diletakkan ke dalam troli.

Di hadapan mereka, tersusun lampin pakai buang bayi di booth pampers. Afiq sudah memandang Iffah dengan senyuman di bibirnya. Iffah mengangkat kening sebagai isyarat bertanya apa yang disenyumkan oleh Afiq itu.

You tak nak beli tu?” soal Afiq kepada Iffah. Mulutnya dimuncungkan ke arah timbunan lampin pakai buang bayi itu. Muka Iffah sudah merah menahan malu. Faham maksud yang tersirat di sebalik pertanyaan Afiq tadi.

“Kalau you nak beli, beli je lah. I faham,” tambahnya lagi.

Iffah menggulung brocher Carrefour dan sebuah pukulan hinggap di bahu Afiq. “Mengada. I tak nak beli pun. Jom pergi tempat lain,” jawab Iffah. Pantas sahaja kakinya meninggalkan ruangan kosmetik itu. Afiq tertawa lagi. Sah Iffah Ifhami sedang menutup rasa malu yang bertandang di hatinya.

**************

TELEFON bimbitnya bergetar menandakan ada pesanan ringkas yang masuk. Lagu sesuci lebaran nyanyian Dato’ Siti Nur Haliza berkumandang. Maklumlah hari ini masih hari raya. Hari raya kedua Aidilfitri.

            Iffah Ifhami mencapai telefon bimbitnya yang diletakkan di meja solek. Pantas tangannya membuka inbox dan membaca pesanan yang beru diterimanya.

            ‘Nombor baru,’ Iffah bermonolog sendiri.

            Matanya membaca ayat yang tertulis dalam pesanan ringkas itu. Pantas Iffah berkejar ke pintu rumahnya. Lima buah kereta bersusun di hadapan perkarangan rumahnya.

            Iffah kaku dihadapan pintu rumahnya. Dilihat tetamu yang datang ke rumahnya itu masing-masing memegang dulang hantaran bewarna merah hati yang terhias indah. Dan salah seorang daripada tetamu itu, dia dapat melihat muka seseorang yang dikenalinya. Afiq Afham.

            Telefon bimbit ditangan bergetar lagi. Kali ini, panggilan pula yang masuk. Melihat nombor yang tertera di skrin telefon itu, Iffah menjawab panggilan itu.

            “Kenapa tercegat dekat depan pintu tu sayang? Tak nak bagi Afiq, abah dengan mama masuk ke?”  suara Afiq kedengaran jelas.

            Ibu dan bapa Afiq berbalas pandangan sesama mereka. Senyum terukir di bibir. Itukah gerangan Iffah Ifhami yang selalu disebut-sebut oleh Afiq Afham, anak sulung mereka.

            “Mama, ada orang datang,” suara Iffah kedengaran daripada corong telefon.

            “Tapi…. Ramai,” sambung Iffah lagi. Afiq sudah tertawa di luar rumah. Ibu dan bapa Afiq juga ketawa mendengar ayat yang dituturkan oleh Iffah tadi.

            “Dia memang macam tu,” komen Afiq.

            “Yang macam tu lah yang along paksa mama dengan abah meredah highway datang ke Johor Bahru ni saat-saat hari raya,” tenang suara Puan Aini menuturkan sambil senyuman terukir dibibirnya.


              "Iffah Ifhami dan Afiq Afham, ENTAH BILA CINTA, mama. Kami pun tak tahu," ujar Afiq sambil tersenyum sebelum rombongan keluarganya untuk merisik Iffah masuk ke rumah.


                  Hari ini dia dapat menyelesaikan sebuah equation cinta iaitu :


                  I kuasa dua = Iffah Ifhami + A kuasa dua = Afiq Afham  = ENTAH BILA CINTA. 


                    Afiq tersenyum lagi. Hatinya kini bahagia.. 

***************
© Hak Cipta Terpelihara : ~Isha Idiaz~
Share